You are on page 1of 16

e-

3

4-&

7
a
c: 9
ca
on
c:
:::J 10
"'C
c:
ca 11
~
......
til
- 12 13

14

15

Renungan Khas Dato' Dr Halim Man

Artikel Utama

Evolusi Daripada e-Wallet Ke Mobile Wallet: Gaya Baru Pemindahan Duit Digital

Inisiatif Kerajaan Satu Mukim Satu Telecenter

Iniaiatif KTAK Projek Perintis Jalur Lebar Pulau Pinang & Kulim

Iniaiatif Semaaa Bengkel Perlaksanaan 'Pusat Perkhidmatan & Ilmu Komuniti' (PPIK) Peringkat Negeri Selangor

Inisiatif .JKR Sistem Aduan Online eKomuniti Desa

Inlslatlf MOE Perasmian Projek Pembekalan Tenaga Elektrik Ke Sekolah Luar Bandar Di Sarawak

Inlslatlf Maxis e-Jekitan : Hubungan Dunia Luar Untuk Kaum Penan

Inisiatif Intel

Malaysian Teachers Upgrade Pedagogical Skills, Improve Teaching Outcomes with Intel®Teach Programme

Tauladan

PID Tasek Gelugor Rahmat Kepada Puan Noorsiah

Laman Web Pili han Sistem Aduan Disiplin (SAD) Kementerian Pelajaran Malaysia

Dari Meja Editor

Pelaksanaan perkhidmatan e-wal/et telah meningkatkan penggunaan pembayaran secara online. Dengan wujudnya sistem e-wal/et, pengguna boleh menggunakan kemudahan transaksi secara online dengan lebih meluas. Segala bentuk pembayaran secara online kini boleh dibuat secara digital cash.

e-wal/et adalah satu sistem bayaran online yang boleh disamakan seperti sebuah dompet duit fizikal di mana di dalamnya terkandung kad kredit, duit dalam bentuk digital serta butiran identifikasi pemilik. Pengguna-pengguna e-wal/et perlu mengesahkan amaun pembayaran dan semua transaksi akan diselesaikan oleh sistem ini dengan mudah dan cepat. Dalam erti kata lain, segal a urusan transaksi kini terletak di hujungjari.

Setiap pemegang akaun e-wal/etakan mempunyai butiran data peribadi dan juga sijil digital khas yang akan mengesahkan serta membenarkan pemegang akaun sahaja yang boleh membuat transaksi tersebut. Sistem canggih e-wal/et ini dicipta lengkap dengan ciri keselamatan yang dapat memberi pelindungan kepada pengguna.

e-wal/et selain daripada dilengkapi dengan ciri-ciri keselematan, membenarkan transaksi yang cepat serta mudah digunakan. Walaubagaimanapun, kepantasan transaksi e-wal/et adalah bergantung kepada kelajuan sambungan Internet ke laman yang diakses.

Keraguan pengguna e-wal/et terhadap transaksi secara online, adalah dari segi keselamatan data. Kes penipuan yang melibatkan transaksi secara online menunjukkan peningkatan indeks. Tidak dinafikan kes-kes sebegini akan menimbulkan kebimbangan serta keraguan di kalangan pengguna ewal/etyang menjalankan aktiviti pembayaran secara online.

Kepelbagaian transaksi dan kemudahan pembayaran secara online membolehkan pengguna e-wal/et memilih transaksi sesuai dengan kehendak peribadi masing-masing. Di samping itu, sistem e-wal/et juga dapat memberi nilai dan faedah tambahan kepada pengguna di dalam era pembangunan moden dan seterusnya dapat melahirkan lebih banyak ruang perniagaan secara online.

Penggunaan pembayaran secara online kini semakin meningkat akibat permintaan yang tinggi terutamanya daripada syarikat-syarikat besar di Malaysia. Pengguna e-wal/et memerlukan opsyen pembayaran secara online untuk memudahkan transaksi terutamanya di dalam urusan perbankan. Penerimaan terhadap sistem perkhidmatan e-wallet membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini sudah bersedia menuju ke arah negara berstatus maju dan berteknologi tinggi.

Kerajaan akan terus mengorak langkah dan berusaha untuk memastikan setiap rakyat mendapat pelbagai kemudahan secara elektronik dengan mengadaptasikan teknologi serta penemuan yang terbaru. Pengguna adalah digalakkan menggunakan kemudahan transaksi melalui e-wal/et dalam aktiviti seharian mereka .

Ahmad Amin Esa

Setiausaha Bahagian

Sahagian Teknologi Maklumat / Pengurusan Projek

Renungan Khas

Artikel Utama

Artikel Utama

- •

Ka'angan kita mung kin sudah terbiasa dengan perkataan e-dagang atau e-perbankan. Namun pernahkah kita mendengar perkataan ewallet dan mobile wallen

Kaedah e-wallet merupakan penyelesaian kepada permasalahan pembayaran secara elektronik yang mana ianya boleh diakses melalui pelbagai cabangan antaranya ialah Internet dan telefon bimbit.

Arus kemodenan dalam teknologi membuatkan pengguna kini tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak di dalam dompet mereka. Dengan hanya menggunakan perkhidmatan Internet atau PDA (personal digital assistant) atau telefon bimbit, mereka dapat melakukan pembayaran secara mudah alih. Itulah kelebihan e-wallet dan mobile wallet.

e-wallet secara teorinya sarna seperti dompet duit yang kita gunakan setiap hari. Di dalamnya terkandung data-data sensitif peribadi termasuklah juga akaun bank, kad-kad kredit serta kata kunci bagi e-wallet.

Namun begitu, nama e-wallet tidak begitu popular di negara kita kerana kebanyakan penyedia perkhidmatan lebih gemar menggunakan nama lain seperti Maybank 2U, bankislam.biz atau rhb.bank online. Nama sebegini akan lebih menonjolkan kredibiliti dan jenama perkhidmatan mereka. Akan tetapi kaedah yang diguna pakai adalah sarna dengan apa yang terkandung di dalam e-wallet.

Kini, lanjutan daripada sistem e-wallet, pihak penyedia perkhidmatan telah mula mengorak langkah baru dalam menyediakan kemudahan pembayaran dengan lebih mudah iaitu mobile wallet. Dengan mobile wallet, sistem pembayaran digital makin dipermudahkan. Dengan hanya menggunakan telefon bimbit, segala pembayaran dan penerimaan wang kini dapat dilakukan tanpa masalah.

Biarpun berbeza latar geografi, namun dengan mobile wallet, segala permasalahan pemindahan wang dan pembelian secara dalam talian dapat diselesaikan dari telefon bimbit anda. Anda tidak perlu berada di kawasan atau di cawangan perbankan yang sarna hanya untuk menguruskan pemindahan wang. Anda boleh melakukannya di dalam kereta, di rumah, semasa bercuti di pantai atau di mana-mana sahaja.

Anda cuma perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit anda dan seterusnya setiap transaksi hanya perlu dilakukan dari telefon tersebut. la begitu mudah dan menjimatkan masa serta tenaga terutama untuk menyelesaikan bil-bil bulanan.

Aspirasi Digital - 5

Bagi pengguna mobile wallet, mereka tidak perlu khuatir sekiranya kehilangan telefon bimbit mereka. Ini kerana setiap transaksi memerlukan kata kunci sebelum dapat mengesahkan pembayaran.

Artikel Utama

Seperti mana yang kita maklum, segala pembayaran terutamanya pembayaran utiliti seperti air, elektrik, segala bentuk cukai serta perbankan memerlukan kita hadir ke rangkaian mereka untuk berurus niaga. Perkara sedemikian dilihat sebagai satu bentuk pembaziran terutama sekiranya terpaksa mengorbankan masa serta wang ringgit. Hasilnya, teknologi pembayaran secara digital ini telah diperkenalkan dan diharap akan memudahkan manusia untuk melakukan urus niaga.

Bagaimana sistem e-wallet dan mobile wallet berfungsi?

Kebanyakan sistem perbankan di negara kita sudah mula menggunakan sistem e-wallet di dalam urusan perkhidmatan mereka. Pihak penyedia perkhidmatan perbankan kini telah sedar akan kepentingan menggunakan sistem pembayaran sebegini kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah turut menjimatkan penggunaan tenaga kerja bagi mereka.

Cara untuk mengakses kepada e-wallet amatlah mudah. Apa yang anda perlukan ialah kad kredit atau kad ATM dan mendaftarkannya di laman web yang terbabit. Segala maklumat peribadi akan direkodkan di dalam bank data peribadi anda.

Apabila anda ingin membuat pembayaran atau melakukan pembelian dalam talian, segala maklumat peribadi anda akan diisi secara automatik ke dalam borang pembayaran dengan hanya satu klik. Kemudian anda hanya perlu mengesahkan pembelian dan memasukkan nombor pin keselamatan anda. lanya sungguh mudah dan menyenangkan pengguna.

e-wallet tidak hanya digunakan untuk membuat pembayaran, sebaliknya ia juga boleh menerima kemasukan wang. Apa yang perlu, kedua-dua belah pihak mestilah mempunyai dan mendaftar pada sistem perbankan yang sama. Sebagai contoh, pemindahan duit digital boleh dilakukan oleh pihak A kepada pihak B melalui e-wallet tanpa perlu bersusah payah memasukkan duit di dalam bank.

Sambungan terus akaun e-wallet ke telefon bimbit anda kini dapat dilakukan agar segal a pembayaran boleh dilakukan hanya melalui telefon bimbit.

Sekuriti

Setiap penyedia perkhidmatan e-wallet dan mobile wallet di negara kita memberi jaminan bahawa keselamatan transaksi adalah tinggi. Kawalan keselamatan ini adalah untuk memastikan pengguna dilindungi daripada masalah kecurian identiti dan pemalsuan.

Permasalahan kecurian identiti serta pemalsuan data merupakan satu kes jenayah yang makin meningkat dan dilihat menjadi satu kebimbangan kepada pengguna untuk melakukan transaksi secara dalam talian. Menyedari akan hakikat terse but, pihak penyedia perkhidmatan e-wallet selalunya menaik taraf sekuriti dan keselamatan laman e-wallet mereka.

Pihak pengguna juga perlu turut sama memastikan keselamatan akaun mereka terjamin dengan mengambil langkah-Iangkah pro-aktif menjaganya. Antaranya pengguna dilarang untuk menulis nombor pin keselamatan mereka, sebaliknya hanya perlu mengingati sahaja. Pengguna juga diingatkan untuk tidak sesekali memberikan nombor pin keselamatan mereka apabila ada pihak yang menghubungi kerana pin tersebut tidak boleh diberikan kepada sesiapa pun termasuklah pegawai bank yang bertugas.

Kelebihan e-wallet dan mobile wallet kepada pengguna

e-wallet dan mobile wallet memberikan kemudahan kepada pengguna dari segi pemindahan wang dalam jumlah yang kecil. la berbeza dengan penggunaan kad kredit di mana pembayarannya mempunyai tahap minimum yang perlu diikuti. Dengan e-wallet, tiada had minimum yang diperlukan.

la juga turut menjimatkan masa dan tenaga. Pengguna perkhidmatan ewallet dan mobile wallet boleh melakukan pembayaran di mana-mana sahaja mereka berada tanpa perlu beratur dan menunggu giliran. Kesemuanya kini berada di dalam skrin komputer dan juga telefon bimbit mereka. Kemudahan sebegini memberikan pili han kepada pengguna dalam melakukan pembayaran yang mereka inginkan.

Merapatkanjurang digital

Arus kemodenan yang melanda negara kita tidak sesekali meninggalkan mereka yang di luar bandar untuk sama-sama menikmatinya. Kemudahan e-wallet dan mobile wallet disasarkan kepada semua lapisan masyarakat agar ianya dapat membantu memudahkan lagi proses kehidupan.

Segala jenis pembayaran yang terpaksa dijelaskan oleh masyarakat terutama mereka yang di luar bandar kini bukan lagi menjadi masalah. Mereka hanya perlu mempunyai sambungan Internet bagi memastikan setiap pembayaran dapat dijelaskan pada waktunya.

Kini dengan adanya perkhidmatan mobile wallet, penduduk-penduduk di luar bandar dapat menjelaskan bil utiliti mereka dengan pantas. Mereka tidak perlu lagi beratur dan menunggu lama untuk pembayaran sama ada di bankatau kaunter-kaunterterbabit.

Untuk merealisasikan perkara tersebut, kerajaan dengan inisiatif tersendiri telah membangunkan sejumlah 217 telecenter di kawasan luar liputan bagi meningkatkan keupayaan penduduk luar bandar mengakses kepada Intemet demi untuk kemajuan kehidupan mereka.

Dengan adanya jaringan Internet, secara tidak langsung penduduk luar bandar juga dapat mengakses kepada e-wallet dan juga mobile wallet. Inisiatif kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan sebegini amat wajar diberi pujian kerana ia dilihat dapat merapatkan jurang pemisah digital antara rakyat.

Aspirasi Digital - 6

Inisiatif Kera laan

Inisiatif KTAK

Projek Perintis Jalur Lebar Pulau Pinang dan Kulim merupakan hasil daripada kajian yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pada tahun 2003. Di dalam kajian tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah mendapati Pulau Pinang mempunyai potensi dan bersedia untuk menggunakanjalur lebar.

Permintaan dilihat lebih terarah kepada pihak swasta di mana nisbah permintaan terhadap jalur lebar di Pulau Pinang adalah 20:1 (sektor swasta:sektor kerajaan). Jumlah keseluruhan pengguna yang telah mendaftar pula ialah seramai 140,000. Melihat kepada jumlah dan kesediaan pengguna, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk memohon bantu an kewangan dan kepakaran dari Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi didalam usaha mereka membangunkan jalur lebar di Pulau Pinang.

Menerusi bantu an yang dibekalkan oleh pihak kerajaan, beberapa program utama telah dijalankan untuk memastikan keberkesanan projek terse but. Penyempurnaan bahagian terakhir pengumpulan maklumat yang telah dijalankan oleh pihak swasta sebelum ini merupakan sebahagian daripada kelangsungan bantuan kerajaan.

Turut menjadi agenda utama ialah program-program promosi untuk mewar-warkan tentang faedah jalur lebar. Meningkatkan kesedaran awam mengenai jalur lebar amat perlu kerana ia mampu membuka ruang-ruang baru kepada masyarakat untuk menerokai dan mendapat faedah daripadanya.

Selain itu, bantuan daripada pihak Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi (KTAK) juga merangkumi aktiviti-aktiviti pemetaan secara terperinci untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang mempunyai permintaan tinggi terhadap jalur lebar di Pulau Pinang. Perkara sebegini amat penting di dalam usaha untuk memastikan penerimaan jalur lebartersebut akan dapat dinikmati sewajarnya.

Pihak kerajaan juga akan memastikan bahawa tiada kawasan yang tercicir di dalam memajukan projek tersebut. Dengan itu, ia akan memastikan keperluan yang sesuai untuk diberikan kepada kawasankawasan yang mana penawaran jalur lebarnya adalah rendah atau belum wujud lagi.

OBJEKTIF PROJEK JALUR LEBAR PULAU PI NANG

Satu rangka strategi yang dipanggil Build, Operate and Own (BOO) menggariskan beberapa objektif untuk dicapai. Antaranya ialah untuk membangunkan perkhidmatan jalur lebar dengan kriteria pemilihan jalur lebar baru berdasarkan strategi keseluruhan dan sasaran Pel an Jalur Lebar Negara.

Sebanyak 2.8 juta sambungan atau lebih kurang 10 peratus kadar penetrasi pelanggan pada tahun 2008 disasarkan di dalam Pel an Jalur Lebar Negara dan ia juga diharap mencapai sekurang-kurangnya 50

peratus kadar penembusan isi rumah.

Projek Jalur Lebar Pulau Pinang juga membolehkan KTAK mengendalikan serta menapis pemilihan jalur lebar baru dan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan subbandar dan semi-bandar. Penglibatan pihak kerajaan negeri juga amat diperlukan terutama dari segi penyediaan kos di dalam usaha untuk memastikan kawasan-kawasan yang berpermintaan tinggi terhadap jalur lebar ini dapat dibangunkan.

KTAK juga akan mempraktikkan pengalaman serta kemahiran yang ada di dalam kajian bebas yang cepat dan cekap untuk mengukur Kos Bersih Perkhidmatan Jalur Lebar. Kajian ini akan memastikan penjimatan yang dapat dihasilkan daripada kos-kos penyediaan seperti kos lokasi Universal Service Provision (USP). Penjimatan kos dari segi anggaran akan dapat membolehkan sumber kewangan tersebut disalurkan kepada bahagian yang memerlukan.

Selain itu, iajuga untuk menguji garis panduan di dalam menentukan keutamaan lokasi jalur lebar yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu lokasi Keutamaan Satu (P1) dan lokasi Keutamaan Dua(P2).

- Keutamaan Satu (P1)

Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana permulaan yang mencukupi dengan harapan lokasi tersebut dapat dijadikan sebagai "commercially viable" dalam tempoh maksimum dua tahun daripada dana subsidi

- Keutamaan Dua (P2)

Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana permulaan yang mencukupi dengan harapan lokasi tersebut dapat dijadikan sebagai "commercially viable" dalam tempoh maksimum tiga tahun daripada dana subsidi

LOKASI

Terdapat enam lokasi dan satu pusat data telah dikenal pasti bagi projek perintis ini. Lokasi-Iokasi tersebut ialah:

1- Teluk Bahang, Batu Feringghi dan Tanjung Bungah

2- Bayan Lepas dan Balik Pulau ke

BayanBaru

3- Bukit Mertajam ke Bukit Minyak 4- Batu Kawan ke Nibong Tebal

5- Kepala Batas, Sungai Dua, Bertam dan kawasan sekitarnya

6- Taman Teknologi Tinggi Kulim dan kawasan sekitarnya

7- Pusat Data

Kesemua lokasi akan dihubungkan melalui satu rangkaian pusat data yang mana ianya dapat menghubungkan semua pelanggan di bawah projek ini dengan satu pangkalan data yang

Aspirasi Digital - 8

menawarkan faedah harga jalur lebar secara 'common wholesale' yang mempunyai perkhidmatan antara hubungan dan kandungan serta keupayaan peering.

Pusat Data Sepunya yang akan dikendalikan oleh KTAK akan membolehkan mereka serta pejabat SUK memantau perkembangan perkhidmatan jalur lebar serta untuk memastikan projek perintis ini dapat menjadi model bagi dana USP membiayai projekjalur lebar akan datang.

PENANG WI-FI TREASURE HUNT Satu rangka promosi yang diberi nama Penang Wi-Fi Treasure Hunt telah dijalankan oleh pihak Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi (KTAK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Promosi tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai jalur lebar.

Pertandingan mencari harta karun ini dijalankan pad a 20 Januari 2008 bertempat di Esplanade, Pulau Pinang. Bendera permulaan dikibarkan seawal jam lapan pagi di mana penyertaan begitu memberangsangkan. Setiap peserta diperlukan mendaftar dan membayar yuran sebanyak RM200 untuk sebuah kenderaan. Setiap kenderaan diwajibkan mempunyai pemandu dan penunjuk arah. Namun begitu, peserta boleh membawa penumpang dan had maksimum hanya empat orang bagi sebuah kenderaan.

Kenderaan-kenderaan yang dibenarkan adalah kenderaan yang diklasifikasikan sebagai kenderaan sedan, kereta sport, pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna SUV dan van persendirian. Setiap pasukan bagaimanapun mesti mempunyai satu komputer riba atau gajet yang boleh diakses kepada jaringan tanpa wayar.

Pe~alanan bermula dari Esplanade pada pukul lapan pagi dan berakhir di Bayview Beach Hotel, Batu Feringghi pada hari yang sama lebih kurang antara jam 3.30 petang ke jam 4.00 petang. Peserta dimestikan melalui kesemua tujuh jalan yang telah diperuntukkan di dalam syarat pertandingan.

Hadiah-hadiah menarik telah disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya ialah komputer riba jenama Dell, komputer peribadi dan pelbagai gajet-gajet lain yang menarik. Turut disediakan ialah cabutan bertuah untuk peserta yang berjaya pada penghujung acara.

Pertandingan mencari harta karun ini turut ditaja bersama oleh TM, Jaring, PenangFon dan EB. Dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini, diharap masyarakat akan dapat memahami fungsi jalur lebar yang merupakan projek kerajaan untuk kepentingan bersama.

Inisiatif Semasa

P PIK adalah salah satu inisiatif bagi merapatkan jurang digital. Melalui PPIK beberapa aktiviti komuniti akan dijalankan di setiap lokasi oleh AJK PPIK melibatkan semua peringkat seperti warga emas, belia, pelajar, pengusaha kecil dan sederhana, petani, nelayan, go long an kurang upaya dan lain-lain.

Di dalam usaha untuk memastikan setiap operasi PPIK berjalan dengan lancar dan berkesan, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) telah mengadakan Siri Seminar dan Bengkel Perlaksanaan Pusat Perkhidmatan dan IImu Komuniti (PPIK) Peringkat Negeri. Seminar dan Bengkel PPIK dilaksanakan untuk melatih Pengurusan dan juga Champion PPIK.

Pengurusan PPIK terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab memastikan operasi PPIK berjalan dengan lancar dan cekap. Mereka mewakili personel di berbagai peringkat seperti Negeri dan Daerah serta Organisasi Bukan Kerajaan (NGO). Champion PPIK pula ialah ahli-ahli masyarakat setempat yang akan menjuarai perjalanan PPIK dan memastikan sustainability PPIK dari segi penggunaan dan dari aspek ekonominya.

Bengkel peringkat negeri Selangor telah pun diadakan pada 22 sehingga 25 Januari 2008 bertempat di Dynasty Hotel Kuala Lumpur. la telah dihadiri oleh 9 wakil daripada agensi-agensi kerajaan seluruh negeri Selangor bagi kumpulan Pengurusan. Manakala terdapat 64 wakil daripada pelbagai PPIK seluruh Malaysia (JKKK bagi tempat masing-masing) untuk kumpulan Champion (Juara).

Wakil pula terdiri daripada dua orang bagi setiap 21 PPIK dari negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Penyertaan juga dibuka untuk wakil daripada PPIK dari negeri-negeri lain yang sebelum ini tidak dapat menghadirkan diri semasa bengkel PPIK dilaksanakan di negeri masing-masing.

Bengkel ini adalah sebahagian daripada program untuk USP fasa 5 iaitu lanjutan daripada projek USP fasa 4 yang telah melaksana sembilan (9) PPIK sebagai Projek Perintis. Di dalam Projek USP fasa 5 termasuk di bawah RMK9, sebanyak dua ratus lima puluh (250) buah PPIK akan dibangunkan di seluruh Malaysia.

Program Bengkel PPIK yang telah dijalankan selama tiga hari ini diatur serentak untuk kedua-dua Program Pengurusan dan Program Champion. Peserta kemudiannya akan diasingkan mengikut kumpulan masing-masing semasa sesi Simulasi.

Program Pengurusan

Bengkel Pengurusan disasarkan kepada personel yang akan memastikan pengurusan PPIK berjalan lancardan cekap. Pemilihan peserta bergantung kepada lokasi PPIK tetapi secara amnya akan melibatkan wakil-wakil pengurusan peringkat negeri seperti Perpustakaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian ICT Negeri, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Bukan Kerajaan.

Bengkel yang dijalankan ini bertujuan untuk menyediakan pihak pengurusan peringkat Negeri dan daerah dengan pengetahuan dan mendapatkan sokongan daripada mereka bagi memastikan PPIK beroperasi dengan licin.

Program Champion

Program untuk Champion disasarkan kepada mereka yang berpengaruh di komuniti di mana PPIK akan diwujudkan. Mereka terdiri daripada penghulu dan ahlijawatankuasa JKKK di kawasan yang terlibat dalam projek PPIK.

Bengkel yang difokuskan kepada Champion bertujuan memberi pengetahuan mengenai projek PPIK dan mempromosi PPIK bagi memastikan para pengguna memanfaatkannya.

Antara fasilitator-fasilitator yang memberikan ceramah ialah Prof. Madya Datin Dr. Norizan, En. Jalaluddin Abdul Rahman dari Karangkraf, Dato' Dr. Raja Malik, Dato'

Aspirasi Digital - 9

Awadz Mohamed, En Sahariman Sidek dari World Comm Sdn Bhd serta ramai lagi yang terlibat.

Di dalam bengkel terse but, para peserta telah diberikan ceramahceramah yang berkaitan seperti Merapatkan Jurang Digital, Rangka Kerja Kebangsaan Bagi Merapatkan Jurang Digital, Jurang Digital Dari Perspektif Jurnalis, Tadbir Urus dan Pengurusan Perubahan, Teknik-teknik Pemasaran, Promosi dan Rundingan dan Telecenter: Satu Kes Kejayaan. Turut diadakan perbincangan kumpulan dan juga pembentangan hasil kerja aktiviti kumpulan peserta.

Sesi juga turut diserikan dengan aktiviti-aktiviti seperti Taklimat Projek PPIK, Taklimat Bengkel PPIK, Team Dynamics, Tayangan Video Mengenai Jurang Digital, Soal Selidik Pengurusan/Kepimpinan, Sesi Hands-on dan juga riadah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil Maxis, En Zulkaperi Hj. Manan di mana beliau juga bertindak menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

Inisiatif JKR

Laman web e-Komuniti Desa ini direka khas bagi menyokong Projek USP yang dikendalikan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (Unit Perunding ICT) selaku pengurus projek.

Unit Perunding ICT JKR mewujudkan laman web e-Komuniti Desa ini dengan tujuan untuk memudahkan pengguna mengakses maklumatmaklumat terbaru yang terdapat di komuniti masing-masing secara online.

Maklumat-maklumat ini penting untuk para pengguna mengetahui dan melibatkan diri di dalam aktiviti yang disediakan. Dalam erti kata lain, laman web ini memberi informasi terkini mengenai kegiatan setempat yang melibatkan JKR.

Laman web yang turut bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar ini diharap mampu untuk memperkasakan perkhidmatan yang disediakan oleh JKR.

la juga turut membantu pengguna menjalinkan hubungan mesra dengan pihak JKR. Dengan itu, pihak JKR dapat mengetahui maklum balas mengenai perkhidmatan yang diberikan dengan cepat dan berkesan. Maklum balas yang cepat akan memudahkan pula tindakan susulan dibuat untuk kesejahteraan masyarakat secara amnya.

Laman web ini juga bertindak di dalam menyediakan perkhidmatan komunikasi asas dan capaian Internet. Melalui laman web ini juga, pengguna diberi kemudahan untuk membuat aduan, pengumuman, iklan dan sebagainya melalui pentadbir setempat komuniti masingmasing.

Turut disertakan ialah borang-borang penyelenggaraan projek-projek yang diselia oleh pihak JKR termasuk juga pembekalan toner untuk unI'vel"S8IService Provision (USP). Jumlah toneryang diperlukan tiga unit setahun selama lima tahun.

Paparan muka taman web e - komuniti desa

salah sebuah kawasan pedalaman di bahagian K""N", •• ",n yang didiami oleh masyarakat Penan ini terletak i. Secara purata, penduduk di kawasan ini terdiri 400 penduduk dan sumber ekonomi penduduk

hasil memburu, bercucuk tanam dan bekerja sebagai

bandar Miri ke Long Jekitan adalah sejauh 250 kilometer di

adalah 1300 kaki dari paras laut. Jalan-jalan yang hanyalah denai yang tercipta hasil kemasukan mAlnn~lnnlkllt kayu balak dari sebuah syarikat pembalakan di kenderaan pacuan empat roda sahaja yang

i ke Long Jekitan. Begitulah gambaran yang dapat Long Jekitan.

usaha Maxis dan juga pihak kerajaan di bawah seliaan TAk:nnlnnL Air dan Komunikasi (KTAK), Long Jekitan akan rlchi('trTl",t~.n Internet demi memastikan tiada insan di bumi keciciran dalam menikmati perubahan dan modenisasi.

untuk e-Jekitan telah dilakukan seawal bulan April oleh iri daripada pihak JKR dan kontraktor. Tinjauan di Long sarna seperti tapak-tapak KTAK USP 5 yang lain. tinjauan tapak yang pertama, kemudian ianya disusuli diadakan lagi selepas itu bersama agensi kerajaan

memastikan pembinaan bangunan dan kerja-kerja lain hakdan ketenteraman penduduksetempat.

kemudahan ICT yang pertama disediakan bagi dan perkampungan Penan yang berada di

nya kemudahan talian telefon mudah alih dan 20km sebelum memasuki laluan balak untuk sampai kini semua itu sudah berubah. Pengguna sudah dan menggunakan kemudahan talian telefon

Bangunan baru seluas 20x20 telah siap dibina untuk kegunaan ICT. Bangunan ini dilengkapi dengan osralatan telah siap dipasang bagi kegunaan awam. Tenaga solar sepenuhnya untuk menjana kuasa elektrik bagi setiap Jekitan. Segala pemasangan sistem dan peralatan sepenuhnya pada bulan Disember 2007.

Perubahan ini pasti akan memberi peluang kepada sarna-sarna mengecapi apa yang dirasai oleh n .. rtrnn-m sebuah sekolah rendah yang menempatkan murid en am di kawasan Long Jekitan ini. Kemudahan asrama memudahkan murid-murid untuk belajar dan apabila sepenuhnya, mereka ini bakal menikmati informasi di hujung

Untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar di penyelia sementara telah dilantik untuk mengawasi dan serta peralatan komputer di e-Jekitan sehingga n""'I,,,ntilc.,n hari perasmian. Ini juga untuk memastikan segala naralatan keadaan yang memuaskan untuk kegunaan masyarakan

Acara perasmian projek e-Jekitan ini akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bersama-sama pihak terlibat berlangsung tidak lama lagi.

I nisiatif Intel

Malaysian Teachers Upgrade Pedagogical Skills, Improve Teaching Outcomes 1Nith Intel® Teach Programme

Case Study: Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka Malaysia Intel® Teach Programme

Traditional methods of teaching in Malaysia were Intel® Teach Programme in Malaysia inadequate in preparing students to face a rapidly

moving towards future. Acknowledging this trend,

the Malaysian Government's Vision 2020 plan Ch II

places special emphasis on integrating technology a enge

into education as a result, computers and • broadband access being introduced into schools. Schools like Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM) also realized that they needed professional training. The Intel Teach Programme

is part of Malaysia's efforts in transforming professional education for teachers; and for many who have embraced the programme, like IPPM

Teacher Nur Farah Gan Abdullah. Approach

Nur Farah Gan Abdullah has been a teacher for • most of her career and has taught at various schools around the country. But it was not until she • was posted to IPPM, a teachers training institute in the state of Melaka, that she became interested in • using PCs to help her in her teaching. IPPM is one • of the six regional training agencies for the Intel® Teach Programme in Malaysia. "I teach physical education," says the lecturer from IPPM's Department of Physical Education and Health, "and you normally don't think PE teachers use Benefits computers in teaching because they're supposed to be out in the field." But Nur Farah attended the • Intel® Teach Essentials Course and that changed her perspective on using computers as an integral part of her teaching. It was not easy at first, as Nur Farah was not an everyday IT-user, but her passion for teaching and the new pedagogical • skills she was learning drove her on. She bought her own laptop and stayed up late on her own time, to practice what she learned in class.

She says that she has learned to integrate • technology into her teaching and make her PE classes more interesting and engaging for her students, "In physical education, there are topics that are theoretical and done in the classroom. For example, I get students to access the Internet to conduct research for their projects. They have to use that information on physical education theory and then apply that in a practical out in the field."

Nur Farah also appreciates how the Intel Teach course has also helped her "stretch" her teaching methodology. She gave an example, "In anatomy, we need to show the 'real' thing, and integrating technology in the learning expands the limits of what we can normally do."

Nur Farah finds that the course has helped her "connect" better with her more technology knowledgeable students. More than that, the professional training has rejuvenated her passion for teaching, with new ideas and skills to help her prepare her students for a better tomorrow.

Need for effective and innovative technology integration into teaching and learning activities Need for student-centered learning and outcome-driven educational approaches Enhance development of students' 21st century learning skills

Implement free Intel® Teach Programme for professional development of teachers

Build capacity to enable lecturers to become certified Master Facilitators and Senior Trainers in the Intel Teach Programme Incorporate Intel Teach Programme into teacher training curriculum to enable teachers to bring the benefits of the programme to their own schools upon graduation

Intel Teach Programme helps pre- and inservice teachers build up the necessary skills to enable them to prepare students to face a global 21 st century knowledge-driven

economy

The programme provides professional development for teachers to improve themselves, and build upon their technical and pedagogical proficiencies to become better teachers

The programme promotes career satisfaction for teachers to realize further their goals in providing high-quality education to their students

IPPM, Institut Perguruan Perempuan Melayu Malay Women's Training Institute has embraced the Intel Teach Programme since it was first launched in Malaysia. The Intel Teach Programme is part of the Intel Education Initiative and is a catalyst for changing the way teaching and learning take place in classrooms throughout Malaysia.

Intel Teach is a worldwide effort to help teachers effectively integrate technology into instruction, and the programme has trained more than four million teachers over 40 countries worldwide since 2000. Says Soriah Bt. Abdullah, the director of IPPM, Melaka, "Lecturers, teachers and students are benefiting from this programme, it is a powerful pedagogical tool to prepare our students for the 21 st century."

Malaysia became the first country in South-East Asia to successfully implement the Intel Teach Programme when it was launched in 2000. Within the first two years, the programme exceeded its target of 12,000 primary and secondary school teachers. The programme aligns with Malaysia's

Aspirasi Digital - 13

school Computerization and Smart School initiatives, with the content localized and adapted to suit the needs of the local educational system, teachers and students.

When IPPM developed their technology plan, the institution decided on a more strategic direction for the role of technology within its mission. The institution identified several aspects of their mission; to upgrade the professionalism and ICT skills of its lecturers, improve effectiveness of teacher training, and to develop and enhance 21st Century Skills among lecturers and students to be competent in facing current and future challenges.

The strategy allows IPPM to play an important role in helping the nation achieve its Vision 2020. Intel Teach is now an integral part of IPPM's training curriculum, designed to help in-service and preservice teachers integrate technology into instruction, and enhance student learning towards critical and higher order thinking skills. Teachers learn to fulfill their teaching role more effectively. They learn from other teachers how, when and where to incorporate technology tools and resources into their lesson plan. They also learn how to create the best assessment tools and align lessons with educational learning goals and standards. The programme incorporates the use of the Internet, web page design and student projects.

Director Soriah believes that the Intel Teach Programme "fits in beautifully" with IPPM's strategic technology plan and explains how it affects her teachers. "Pre-service and in-service teachers will be trained in integrating ICT into teaching and learning; teaching thinking with technology via online thinking tools; enhancing pedagogical skills via project-based learning (PBL); generating alternative and authentic ways of evaluation; acquiring 21 st century skills and lifelong skills."

"Lecturers will be able to integrate ICT seamlessly in teaching and learning processes and higher orderthinking skills," continues Director Soriah.

Director Soriah recognizes the value of the Intel Teach Programme in Malaysia and says succinctly, "The Intel Teach Programme helps us produce teachers the kind of that Malaysians students need to suceed in the 21 st century."

Programmes of the Intel® Education Initiative are funded by the Intel Foundation and Intel Corporation.

Spotlight: Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka set up in 1935, IPPM Melaka is the oldest teacher training institution in Malaysia and focuses on training Malay Muslim women especially for rural schools in Malaysia.

For more information on IPPM, visit www.ippm.edu.my

TauLadan

PID TASEK GELUGOR

Rahmat kepada Puan Noorsiah

Tasek Gelugor merupakan satu kawasan di Pulau Pinang yang terletak di dalam daerah Seberang Perai atau dulunya dikenali sebagai Wellesley. Dengan kepesatan ekonomi dan kemasukan era teknologi baru ke Pulau Pinang, Tasek Gelugor juga tidak ketinggalan di dalam merancakkan suasana pembangunan negeri.

Tasek Gelugor merupakan salah satu kawasan yang mempunyai Pusat Internet Desa (PID). Pelbagai aktiviti telah dijalankan di PID tersebut di dalam usaha untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk.

Salah seorang pengunjung PID Tasek Gelugor yang banyak menggunakan perkhidmatan Internet di situ ialah Puan Noorsiah Bt Hashim. Beliau yang berumur 51 tahun bekerja sebagai Perunding Takaful di Etiqa Sdn Bhd sejak dua tahun setengah yang lalu.

Mesra di kalangan kawan-kawannya dengan panggilan Kak No, Puan Noorsiah membuktikan bahawa PID Tasek Gelugor telah banyak membawa perubahan di dalam memajukan perniagaan beliau. Puan Noorsiah telah menjadi pengguna PID sejak dari tahun 2005 dan hingga kini beliau masih lagi merupakan pengguna tetap di PID Tasek Gelugor.

Beliau merasa berpuas hati dengan programprogram yang dijalankan oleh pihak kerajaan terutamanya bagi membantu masyarakat Tasek Gelugor untuk lebih celik IT. Ini kerana menurut beliau, semua pihak tak kira sama ada di bandar atau di luar bandar berhak untuk sama-sama menikmati kecanggihan teknologi agar ianya dapat digunakan untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Beliau yang telah lama mengikuti perkembangan IT, turut mengakui bahawa teknologi banyak memberi kesenangan dan kemudahan di dalam berurusan pada ketika ini. Hasil daripada pemerhatian dan kajian beliau, Puan Noorsiah mengambil langkah untuk menceburi bidang kerjaya yang melibatkan penggunaan komputer dan Internet. Beliau tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam modenisasi yang dibawa oleh kerajaan.

Acap kali beliau datang ke PID, sudah tentu beliau akan mengakses Internet. Sekiranya beliau mempunyai sebarang masalah, beliau akan terus bertanya kepada pihak pengurusan Pusat Internet Desa Tasek Gelugor yang ramah dan mesra. Para petugas di Pusat Internet Desa Tasek Gelugor pula tidak lokek untuk membantu Puan Noorsiah di dalam memajukan perniagaan beliau. 8anyak pertolongan daripada petugaspetugas tersebut telah membantu menjayakan pemiagaan beliau.

PID merupakan terminal bagi Kak Noorsiah untuk mencetak maklumat para pelanggannya. Beliau lebih selesa menggunakan PID berbanding kafe siber yang lain. Perkhidmatan yang diberikan oleh PID sungguh selesa, cepat dan tepat. Faktor inilah yang menyebabkan PID Tasek Gelugor menjadi pilihan utama Puan Noorsiah. Kafe siber yang lain menjadi pilihan kedua beliau di hujung minggu.

Antara lain, dengan adanya Pusat Internet Desa Tasek Gelugor ini, beliau dapat mempromosikan perkhimatan insurannya kepada penggunapengguna yang lain. Bahkan beliau juga turut menyeru kepada mereka yang berminat bemiaga dan berurusan melalui Internet agar segera ke PID yang berdekatan untuk mengenali dengan lebih dekat teknologi yang serba guna ini.

"perkhidmatan sebegini pasti akan membuka lebih banyak ruang terutama kepada masyarakat kampung untuk berjaya" - Puan Noorsiah -

Aspirasi Digital - 14

Pada pandangan Puan Noorsiah, perkhidmatanperkhidmatan sebegini pasti akan membuka lebih banyak ruang terutama kepada masyarakat kampung untuk berjaya. Beliau juga mengharap agar kaum-kaum hawa turut serta di dalam menjayakan diri melalui teknologi Internet yang disediakan oleh PID.

Beliau be rasa bersyukur dan bertuah sekali kerana Tasek Gelugor mempunyai Pusat Internet Desa yang menyediakan perkhidmatan Internet kepada semua pengguna dan berharap pihak kerajaan akan lebih memperkembangkan lagi Pusat Internet Desa di setiap tempat. Puan Noorsiah juga dengan bangganya menyokong seruan kerajaan untuk merapatkan jurang digital.

3

4-&

7
a
c: 9
ca
on
c:
:::J 10
"'C
c:
ca 11
~
......
til
- 12 13

14

15

Renungan Khas Dato' Dr Halim Man

Artikel Utama

Evolusi Daripada e-Wallet Ke Mobile Wallet: Gaya Baru Pemindahan Duit Digital

Inisiatif Kerajaan Satu Mukim Satu Telecenter

Iniaiatif KTAK Projek Perintis Jalur Lebar Pulau Pinang & Kulim

Iniaiatif Semaaa Bengkel Perlaksanaan 'Pusat Perkhidmatan & Ilmu Komuniti' (PPIK) Peringkat Negeri Selangor

Inisiatif .JKR Sistem Aduan Online eKomuniti Desa

Inlslatlf MOE Perasmian Projek Pembekalan Tenaga Elektrik Ke Sekolah Luar Bandar Di Sarawak

Inlslatlf Maxis e-Jekitan : Hubungan Dunia Luar Untuk Kaum Penan

Inisiatif Intel

Malaysian Teachers Upgrade Pedagogical Skills, Improve Teaching Outcomes with Intel®Teach Programme

Tauladan

PID Tasek Gelugor Rahmat Kepada Puan Noorsiah

Laman Web Pili han Sistem Aduan Disiplin (SAD) Kementerian Pelajaran Malaysia

Dari Meja Editor

Pelaksanaan perkhidmatan e-wal/et telah meningkatkan penggunaan pembayaran secara online. Dengan wujudnya sistem e-wal/et, pengguna boleh menggunakan kemudahan transaksi secara online dengan lebih meluas. Segala bentuk pembayaran secara online kini boleh dibuat secara digital cash.

e-wal/et adalah satu sistem bayaran online yang boleh disamakan seperti sebuah dompet duit fizikal di mana di dalamnya terkandung kad kredit, duit dalam bentuk digital serta butiran identifikasi pemilik. Pengguna-pengguna e-wal/et perlu mengesahkan amaun pembayaran dan semua transaksi akan diselesaikan oleh sistem ini dengan mudah dan cepat. Dalam erti kata lain, segal a urusan transaksi kini terletak di hujungjari.

Setiap pemegang akaun e-wal/etakan mempunyai butiran data peribadi dan juga sijil digital khas yang akan mengesahkan serta membenarkan pemegang akaun sahaja yang boleh membuat transaksi tersebut. Sistem canggih e-wal/et ini dicipta lengkap dengan ciri keselamatan yang dapat memberi pelindungan kepada pengguna.

e-wal/et selain daripada dilengkapi dengan ciri-ciri keselematan, membenarkan transaksi yang cepat serta mudah digunakan. Walaubagaimanapun, kepantasan transaksi e-wal/et adalah bergantung kepada kelajuan sambungan Internet ke laman yang diakses.

Keraguan pengguna e-wal/et terhadap transaksi secara online, adalah dari segi keselamatan data. Kes penipuan yang melibatkan transaksi secara online menunjukkan peningkatan indeks. Tidak dinafikan kes-kes sebegini akan menimbulkan kebimbangan serta keraguan di kalangan pengguna ewal/etyang menjalankan aktiviti pembayaran secara online.

Kepelbagaian transaksi dan kemudahan pembayaran secara online membolehkan pengguna e-wal/et memilih transaksi sesuai dengan kehendak peribadi masing-masing. Di samping itu, sistem e-wal/et juga dapat memberi nilai dan faedah tambahan kepada pengguna di dalam era pembangunan moden dan seterusnya dapat melahirkan lebih banyak ruang perniagaan secara online.

Penggunaan pembayaran secara online kini semakin meningkat akibat permintaan yang tinggi terutamanya daripada syarikat-syarikat besar di Malaysia. Pengguna e-wal/et memerlukan opsyen pembayaran secara online untuk memudahkan transaksi terutamanya di dalam urusan perbankan. Penerimaan terhadap sistem perkhidmatan e-wallet membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini sudah bersedia menuju ke arah negara berstatus maju dan berteknologi tinggi.

Kerajaan akan terus mengorak langkah dan berusaha untuk memastikan setiap rakyat mendapat pelbagai kemudahan secara elektronik dengan mengadaptasikan teknologi serta penemuan yang terbaru. Pengguna adalah digalakkan menggunakan kemudahan transaksi melalui e-wal/et dalam aktiviti seharian mereka .

Ahmad Amin Esa

Setiausaha Bahagian

Sahagian Teknologi Maklumat / Pengurusan Projek

Selain itu, rakyat juga perlu mengorak langkah dan melipatgandakan usaha untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan masyarakat negara maju. Ini penting kerana dengan adanya leT, negara kita sedang menuju ke arah globalisasi dan dunia yang tiada bersempadan. Sekiranya rakyat kita masih leka, maka tidak mustahil kita akan ketinggalan.

MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN

INFIIASTRUKTUR ICT

Kepesatan industri teknologi maklumat dan komunikasi (lC'T) sememangnya tidak boleh disangkal lagi terutama fungsinya yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bidang.

Oi dalam usaha kerajaan membantu masyarakat untuk celik komputer, pelbagai langkah positif telah diambil. Antaranya ialah dengan menyediakan prasarana lengkap seperti kemudahan jaringan 3G dan Wimaxyang membabitkan pelaburan bernilaijutaan ringgit.

Oi dalam menghadapi perubahan deras sektor teknologi serta selera pengguna yang berbeza, kerajaan secara aktif turut sama menggembleng usaha dengan pemain utama dalam industri bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat.

Tidak hanya untuk kepentingan masyarakat bandar, segala kemudahan leT yang disediakan kerajaan turut membabitkan penglibatan masyarakat luar bandar. Semua ini dilakukan atas dasar untuk memastikan setiap rakyat dapat menikmati kemajuan negara dan pada masa yang sama dapat mendekatkan jurang digital.

Penubuhan Pusat Internet Oesa, Schoolnet, Pusat Komuniti IT, Info Oesa, Pembestarian Sekolah dan bermacam lagi program telah dijalankan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan teknologi Intemet.

Rakyat digesa agar peka dengan segala bentuk usaha yang dilakukan oleh kerajaan di dalam memperkasakan penggunaan leT kerana ia melibatkan pelbagai bidang kehidupan. Kesemua infrastruktur leT yang disediakan oleh pihak kerajaan sewajarnya dioptimumkan penggunaannya agar niat murni untuk melahirkan masyarakat celik IT akan berhasil.

Kerajaan sebenarnya begitu komited dengan mengambil langkah ke hadapan dalam menyediakan infrastruktur leT serta kemudahan teknologi yang moden. Komitmen kerajaan itu bertujuan untuk membawa pembangunan yang lebih pesat negara kita, agar kita tidak jauh ketinggalan dalam mengejarsebarang apajua kemajuan.

Kesemua infrasturktur leT yang dibangunkan ini sebenarnya difokuskan untuk menghasilkan modal insan yang dinamik serta berdaya saing. Pihak kerajaan yakin bahawa rakyat Malaysia sebenarnya mampu untuk mencipta kegemilangan sekiranya diberikan peluang.

Lihat sajalah kejayaan yang telah diraih oleh penduduk-penduduk kampung hasil kecanggihan teknologi Internet di dalam memasarkan produk mereka. Tak lupa juga anak-anak desa yang mendapat ilmu berguna hasillayaran Internet hinggakan berjaya menjejak kaki ke menara gading.

Sesuai dengan dasar kerajaan di dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), leT diletakkan sebagai penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai. la juga turut memberi fokus dalam usaha mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan leT secara meluas.

Keterbukaan di dalam dunia siber memungkinkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya. Apa yang penting, masyarakat perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang leT agar peluang keemasan ini tidak akan terlepas begitu sahaja.

You might also like