You are on page 1of 12

KERJA KHUSUS

SEJARAH

NAMA : MOHD IZLAN SHAH BIN


MOKKERI
TINGKATAN: 3 UTARID
NAMA GURU PENILAI : PN. NORISWANI

KATA-KATA ALUAN
PENDAHULUAN
ISI KANDUNGAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN

PENUTUP
Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal tahun Hijrah. Ianya
dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua
perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah
(melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya
melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh
pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

Hari Raya Aidilfitri


Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya
Puasa,Bahasa Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd
al-Fiṭr
Juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast,
Eid, Idul Fitri, Lebaran
(Indonesia), Shemai Eid
(Bangladesh), Ramazan Bayramı
(Turki)
Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga
bukan muslim di negara Muslim
Jenis Perayaan Agama
Keutamaan Selepas berakhirnya
bulan Ramadhan, bulan puasa
Tarikh 1 Syawal
Tarikh 2010 10 September
Perayaan Menghias, menziarahi keluarga
dan sahabat taulan, memasang
lampu pelita
Amalan Solat
Berkaitan dengan Hari Raya Aidiladha, perayaan
umatIslam lain, yang disambut 70
hari kemudian

Zakat fitrah dan takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk
membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang
masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi
mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga
akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan
zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat
Aidilfitri dimulakan.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir
dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi
Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir
bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada
pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga
malam.
Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah


ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada
hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun
kelapa atau daun palasdan selalunya dihidangkan bersama
dengan rendang. Juadah-juadah yang lain
termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah
dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri,
dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk
digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-
minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan
menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan
mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radiodan di televisyen.
Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan
ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup
selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan
berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung
halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan
kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan
berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu
sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus
sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang
telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian
mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.
Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.
Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan,
dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular
pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa
kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya
berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan
orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang
Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna
merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang
dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya
saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5.
Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian
hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan
Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut
syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan
bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita
bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu
mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih
kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu
gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada
masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[1]
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada
bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-
kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar
sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga
riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-
masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu
penerang di dalam kuburnya. " [3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri


ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri
selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu
akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke
bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan
akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh
kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi
dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian
yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya.

Menghadiri rumah terbuka untuk mengeratkan ikatan persaudaraan


Kanak-kanak bergembira bermain bunga api bersama rakan-rakan

You might also like