You are on page 1of 1

Ini adalah Gasing Begelen. Gasing Begelen agak rendah berbentuk piring dengan berat 0.5 kg.

Gasing Begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 8cm.

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing
uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan
menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk
memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya
digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.

You might also like