You are on page 1of 14

PERBEZAAN ANTARA HUKUM ADAT

PERPATIH & HUKUM ADAT


TEMENGGUNG
PENGENALAN
 Adat perpatih dan adat temenggung dapat dikategorikan sebagai
hukum adat di negeri-negeri Melayu.Adat ini berasal dan Utara
Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk
Ketemengungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat
Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang yang
kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih).Adat
Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan
dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih.Hukum
adat ini meliputi segala aspek kehidupan,aturan hidup hidup adat
istiadat dan hidup bermasyarakat.Hukum adat ini dipercayai dibawa
masuk sekitar abad 15 M dan kemudiannya berkembang di negeri-
negeri taklukan Melaka.Contoh undang-undang Johor dan Kedah,
undang-undang Pahang di Pahang dan Undang-undang 99 Perak di
Perak.Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh
Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.
HUKUM ADAT PERPATIH
POLITIK
 Bersifat demokrasi iaitu pelantikan pemerintah dibuat dari bawah
iaitu anak buah memilih buapak,buapak memilih
lembaga,lembaga memilih undang dan undang akan melantik
Yamtuan Besar.
 Para pembesar yang berada di hierarki lebih kebawah melantik
pembesar.Keputusan yang dibuat oleh Yamtuan besar juga
adalah berdasarkan keputusan bersama dengan undang.
Kedudukan Hierarki Pemerintahan Hukum
Adat Perpatih
Yamtuan Besar

Undang

Lembaga

Buapak

Anak buah
HUKUM ADAT TEMENGGUNG
POLITIK

 Dari segi politik bersifat autokrasi,iaitu kuasa terletak ditangan pemerintah atau
raja.Kuasanya diperkukuhkan dengan konsep Daulat dan Durhaka.
 Kuasa raja dikaitkan dengan kesaktian,sesiapa yang melanggarnya terkena tulah
raja.
 Penggunaan warna tertentu (kuning,putih)dan bahasa seperti “santap”.
 Raja atau Sultan mempunyai kuasa mutlak dan berhak melantik pembesar
(diperingkat negeri ,jajahan ,mukim mahupun kampung.
 Jawatan sultan adalah bersifat warisan iaitu putera sulungnya dilantik jika berlaku
kemangkatan sultan.
 Turut manggariskan peranan pembesar dalam mambantu sultan ,dibahagikan
beberapa lapisan yang membentuk satu piramid hierariki
Kedudukan Hierarki Politik Hukum Adat
Temenggung
SULTAN

MAJLIS

PEMBESAR-4 ORANG

PEMBESAR KECIL-16 ORANG

PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN-32 ORANG


HUKUM ADAT PEPATIH
KEKELUARGAAN DAN PERKAHWINAN
 Mengamalkan hidup secara bersuku-suku,iaitu hidup secara
berkeluarga dengan ahli-ahlinya terdiri daripada satu ikatan sedarah
sedaging
 Setiap suku mempunyai nama tersendiri seperti:biduanda,batu
hampar,paya kumbuh,mungkal,tiga nenek,seri melenggang,seri
lemak,batu belang,tanah dataranak acheh,anak melaka,tiga batu.
 Dlm perkahwinan mengamalkan eksogami iaitu tidak membenarkan
perkahwinan sesama suku.
 Si suami akan meninggalkan keluarganya kerana si isteri akan
membawanya tinggal di rumah pusaka atau rumah sendiri yang
dibina berhampiran rumah pusaka ibu si isteri.
 Jika berlaku penceraian atau si isteri meninggal dunia,maka si suami
akan kembali semula kepada sukunya yang asal manakala anak-
anaknya mereka bukan menjadi hak keluarga asas pasangan suami
isteri tersebut tetapihak rumpun ibunya.
HUKUM ADAT TEMENGGUNG
KEKELUARGAAN DAN PERKAHWINAN
 Membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan
tidak bercanggah dengan hukum syarak dan bersesuaian
dengan kehendak individu dan persetujuan keluarga.
 ‘Larangan berkahwin’ mengikut hukum syarak ,iaitu berkahwin
dengan orang yang mempunyai pertalian darah;perempuan
yang bersaudara,orang yang bukan islam,saudara
sepersusuan dan sebagainya.
 Aturan perkahwinan juga tidak terikat.dalam adat
temenggung,tidak disyaratkan diluar daripada sukunya.
 Adat ini memberi keutamaan yang sama kepada pihak lelaki
dan perempuan.pihak lelaki Cuma dilebihkan kerana
mematuhi hukum syarak.kaum lelaki menjadi ketua keluarga
dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.
HUKUM ADAT PERPATIH
PEMBAHAGIAN HARTA
 Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada
anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku.
 Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku
 Harta sepencarian:Harta yang diperoleh oleh pasangan
sepanjang perkongsian hidup.Jika berlaku penceraian
harta dibahagi dua.
 Harta dapatan:Harta sedia ada pada isteri sebelum
berkahwin.Jika berlaku penceraian harta kekal ditangan
isteri.
 Harta pembawaan:Harta yang dimiliki oleh suami
sebelum berkahwin,bekas isteri tidak boleh menuntut
hartanya.
HUKUM ADAT TEMENGGUNG
PEMBAHAGIAN HARTA
 Berdasarkan undang-undang islam dan memberi
keadilan kepada semua pihak.
 Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka
dengan kadar 2/3 berbanding anak perempuan
kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki
yang lebih besar dalam keluarga.
 Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian
kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.
HUKUM ADAT PERPATIH
UNDANG-UNDANG
 Dalam adat perpatih undang-undang jenayah
lebih bersifat menyedarkan manusia bertimbang
rasa dan berunsur pemulihan.
 Yang dipertuan besar atau undang sahaja yang
boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
 Manakala buapak dan lembaga boleh
menjatuhkan hukuman lain.
 Lebih bertimbang rasa dalam menjatuhkan
hukuman kepada pesalah.Contoh:Pesalah hanya
membayar ganti rugi kepada keluarga si mati.
HUKUM ADAT TEMENGGUNG
UNDANG-UNDANG
 Dalam temenggung undang-undang
jenayahnya lebih tegas dan keras.
 Hukuman terhadap pembunuhan ialah
balasan bunuh dan pembalasan.
 Raja akan menjatuhkan hukuman.
 Ia bertujuan untuk memberi iktibar
kepada orang lain dan pembalasan kepada
si pesalah.
kesimpulan
 Adat pepatih dan adat temenggung jelas mempunyai
perbezaannya.walau bagaimanapun,kedua-dua hukum adat
mempunyai maksud yang sama iaitu untuk melindungi anggota
masyarakat,hidup dengan mematuhi,peraturan,berdisiplin,
menghormati sesama manusia,mematuhi adat istiadat.
 Kedua-dua merupakan hukum adat masih diamalkan hingga hari ini.

You might also like