You are on page 1of 8

FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

EBHV3303
MEASUREMENT AND EVALUATION IN TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

ASSIGNMENT (30%)
TUGASAN (30%)

MAY 2010 SEMESTER


SEMESTER MEI 2010

NAMA: FARIDUZUAN BIN AB GHANI @ ABDUL WAHAB

NO. MATRIKULASI: 800715035713001

PROGRAM: BEME

NO. TELEFON: 0162201976

PPT: PUSAT PENGAJIAN OUM, SHAH ALAM, SEKSYEN 13

NAMA PENSYARAH: AINUL HAEZAH BINTI NORUZMAN


BAHAGIAN A

SOALAN 1

Hubung kaitkan mana-mana empat prinsip umum penilaian dengan memberikan SATU
contoh mana-mana subjek yang anda akan nilai.

Prinsip umum penilaian:

1. Menyatakan dengan jelas tentang aspek yang hendak diuji.

2. Teknik penilaian dipilih berdasarkan kesesuaian kepada kemahiran yang ingin diuji.

3. Penilaian yang menyeluruh memerlukan pelbagai aplikasi teknik penilaian.

4. Setiap teknik penilaian yang digunakan mestilah mempunyai had yang tertentu.

Katakan objektif penilaian ialah untuk mengenalpasti kemahiran pelajar menyelesaikan soalan
darab (prinsip1) dan teknik yang boleh digunapakai ialah dengan mengadakan ujian,
peperiksaan, soal jawab ataupun kuiz (prinsip2 & prinsip3). Guru hendaklah membina soalan
yang mencakupi tajuk darab sahaja. Didalam situasi ini, had penilaian digunapakai apabila guru
tidak mengemukakan sosalan-soalan yang melibatkan tajuk-tajuk yang belum diajarkan kepada
murid (prinsip4)
SOALAN 2

Berdasarkan kepada model ringkas ujian sumatif, bincangkan EMPAT kekurangan penilaian
sumatif kepada hasil pembelajaran pelajar-pelajar.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan
kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian
sumatif ialah ujian akhir tahun. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir tahun,
skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan
pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar
untuk tahun berikutnya.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan dalam penilaian sumatif yang boleh
dibincangkan disini:

1. Sesetengah pelajar tidak menunjukkan kebolehan yang sebenar kerana ia mewujudkan


kebimbangan murid untuk mendudukinya.

2. Dari segi motivasi, murid yang memperolehi keputusan atau prestasi yang rendah akan
memiliki motivasi diri yang rendah berbanding pelajar yang memperolehi keputusan
yang baik.

3. Pelajar hanya memikirkan tentang pelajaran untuk sesuatu masa sahaja iaitu sebelum
ujian bermula. Selepas ujian berakhir mereka langsung tidak memikirkan tentang
pelajaran mereka.

4. Persekitaran pembelajaran juga menjadi faktor kepada pencapaian murid dimana


persekitaran yang bersih, cantik dan kondusif dapat membantu meningkatkan minat
murid terhadap pelajaran mereka.
SOALAN 3

Bezakan tujuan penilaian rujukan norma dengan penilaian rujukan kriteria.

Peniaian Rujukan Norma

Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi


pencapaian individu pelajar dengan prestasi pencapaian pelajar lain sama ada dalam
kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang
ditekankan adalah apakah pelajar A lebih mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma
sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program
pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu
isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat
umum dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang
pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran
ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar
dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma
juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi.
Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal
sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar.

Penilaian Berasaskan Kriteria

Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi


pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria
memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan
kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang
pelajar berbanding dengan pelajar lain.

Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kursus berbentuk kumulatif iaitu pelajar perlu
menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan
ini tidak semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya kriteria yang digunakan
tidak semestinya isi sesuatu kursus yang hanya diperoleh pada akhir kursus. Para pensyarah
boleh menggunakan kriteria berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru
itu, para pensyarah perlu membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian
sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-soalan
ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif
pembelajaran.

SOALAN 4

Sebagai seorang guru yang terlibat dengan penggubalan item betul salah, apakah factor-faktor
yang penting diambil kira semasa proses penggubalan ini. Terangkan DUA kekurangan item betul
salah.

Bentuk item betul / salah mengandungi soalan pokok berbentuk kenyataan


samada betul atau salah sebagai pilihan jawapan.

Contoh:
Tandakan (/) bagi soalan BETUL dan (X) bagi soalan yang SALAH.
a) Ikan paus merupakan sejenis amfibia. ( )
b) Pahang terletak di Malaysia timur. ( )

Faktor-faktor yang peril diambil untuk pembinaan item betul salah:


1. Arahan hendaklah jelas samada pelajar perlu menanda (/) bagi soalan betul dan (X) bagi
soalan yang salah.
2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak ‘berbunga-bunga’, supaya
murid tidak membuang masa untuk memahaminya.
3. Taburan soalan betul atau salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut system
tertentu untuk mengelak murid dari meneka jawapan.
4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang ayat dan maksud pernyataan)
supaya setipap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

Kekurangan item betul salah:

1. Walaupun pelajar tidak mengulangkaji pelajaran,mereka masih mampu memilih


jawapan kerana mereka hanya perlu memilih betul atau salah.Kemungkinan item yang
diteka tepat atau sebaliknya.Perbuatan meneka ini telah menyebabkan berlakunya ralat
pengukuran.
2. Guru juga tidak dapat mengukur tahap kognitif para pelajar kerana soalan jenis ini
adalah terlalu mudah.

SOALAN 5

Bincangkan mana-mana DUA jenis penilaian berasaskan ketrampilan.

Tafsiran Keterampilan:
Keupayaan individu mempamerkan pengetahuan, kemahiran atau kebolehan yang dilakukan
memenuhi standard yang ditetapkan.

Bentuk-bentuk penilaian berasaskan ketrampilan

1. Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja, sebahagian besarnya adalah lazim di lakukan
dan boleh dijangka.
2. Terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, sebahagiannya
adalah tidak lazim dilakukan serta memerlukan tanggungjawab dan autonomi diri.
BAHAGIAN B

SOALAN 2

Secara amnya, terdapat lima jenis ralat yang dilakukan oleh penilai. Terangkan dan beri
SATU contoh bagi setiap ralat penilaian di bawah:
(a) Skala tengah
(b) Kesan “halo-horn”
(c) Kegagalan untuk memerhati
(d) Kegagalan untuk merekod
(e) Kesan “mirror”
b. Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh
pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa
memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana calon
dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn merujuk kepada keadaan satu
jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang
dianggap kurang berkebolehan.

You might also like