You are on page 1of 9

ITEM PEMBINAAN SOALAN OBJEKTIF

BAHASA MELAYU
PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KUMPULAN 10

AMIN HJ. AMAT – SMK TUNGKU LAHAD DATU


NORAFIDAH NORALIDIN – SMK ST.MARY PAPAR
DARWISAH ABDUL WAHID SMK ST. DOMINIC
SHARIFFAH HUDAH BINTI SHARIF ALI – SM ST.PETER TELIPOK
RUSILA HUSAIN – SEK MEN SAINS SABAH
Soalan 1 hingga Soalan 7.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “……………. perlu bermain bersungguh-sungguh jika hendak menang,” kata


Cikgu Ramli kepada pemain bola sepak sekolah.

A Dia
B Kalian key(R)
C Mereka
D Engkau

2. Oleh sebab kepandaian Ramli …………….. gitar, orang kampung mengelarnya


“Ramli Gitar”.

A meniup
B memalu
C memetik key(S)
D mengesek

3. Orang Eskimo sentiasa berbaju …………………kerana iklim negeri itu sejuk.

A baru
B tebal key(R)
C cantik
D panjang

4. Azizah membuai anaknya……………….. menonton televisyen.

A dan
B lalu
C serta
D sambil key(R)

5. “……………………yang belum menghantar buku latihan karangan” tanya Cikgu


Fadilah kepada murid-muridnya.

A Bagaimanakah
B Siapakah key(R)
C Apakah
D Bilakah
6. Encik Ismail ………….ke Kampung Bahagia esok untuk menziarahi datuknya
yang sedang sakit.

A. pernah
B. akan Key (R)
C. telah
D. masih

7. Lisa membeli baju yang ……….mahal dari butik itu.

A. paling Key ( R )
B. sekali
C. benar
D. nian

Soalan 8 hingga Soalan 14


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.

8. Banyak pemuda kampung yang mahu bekerja di bandar. Tiada Kesalahan.


A B C D Key ( S )

9. Pelbagai kuih yang sedap lagi enak itu merupakan hasil masakan mak cik Jamilah.
A B C
Tiada kesalahan.
D Key ( S )

10. Maklumat yang terdapat dalam buku itu bukan benar. Tiada kesalahan.
A B C Key ( R ) D

11. Adalah dimaklumkan bahawa majlis perpisahan itu akan diadakan esok.
A Key ( S ) B C
Tiada kesalahan.
D

12. Ibu bapa berperanan untuk memastikan anak-anak tidak terdedah pada bahaya
A B C key ( R )
dadah. Tiada Kesalahan.
D
13. Beta akan menganugerahkan ‘ Bintang Kebesaran’ kepada Datuk Amin,
A B
kata, baginda. Tiada Kesalahan
C key (S) D

14. Pengurusan syarikat itu perlu diperkemaskan agar tidak menanggung kerugian.
A B key (S) C
Tiada Kesalahan.
D

Soalan 15 hingga 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I Sudah empat tahun Azlina menumpang di rumah sepupunya.


II. Setiap hari ayah akan menumpang kereta jiran untuk pergi ke pejabat.
III Dewan yang baru dibina itu dapat menumpang dua ratus orang penonton.
IV “Boleh saya menumpang kereta awak?” kata Ali kepada Rahim.

A. I dan II sahaja. key (T)


B. II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

16. I Kawasan rumahnya sangat lapang.


II Datanglah ke rumah saya jika ada lapang .
III Hatinya lapang apabila mendengar berita gembira itu.
IV Masa lapang sepatutnya dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja. key ( S )
D. II, III dan IV sahaja.

17. I Kerja Ali yang baru ini menjadikan hidupnya agak senang.
II Segala rancangan yang sudah teratur hendaklah kerja segera
III Beberapa minggu lagi selesailah kerja melebarkan jalan itu.
IV Setiap pegawai dan kakitangan yang lain kerja bersungguh-sungguh untuk
menjayakan program itu.
.
A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja. key (S)
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.
Soalan 18 hingga 21

Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu
mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Jika anda menganggap bahawa bahasa yang bergaris itu salah dan perlu diubah,
anda hendaklah menandakan A,B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika
tiada kesalahan tandakan D.

18. Rakyat Malaysia perlu menunjukkan rasa cintakan negara.


A. memberikan rasa cintakan negara.
B. memberikan rasa cinta akan negara.
C. menunjukkan rasa cinta akan negara. Key ( T )
D. menunjukkan rasa cintakan negara.

19. Remaja perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam masalah gangsterisme.
A. menghindari diri daripada
B. menghindari diri dari
C. mengelakkan diri daripada key ( S )
D. mengelakkan diri dari

20. Kami telah dihidangkan pelbagai jenis juadah ketika berkunjung ke majlis
perkahwinannya.
A. dihidangkan pelbagai jenis – jenis juadah
B. dihidangkan berbagai-bagai jenis juadah
C. dihidangkan berbagai jenis juadah
D. dihidangkan pelbagai jenis juadah key ( T )

21. Bunga itu dihadiahkan oleh saya untuk ibu.


A. saya hadiah
B. saya hadiahkan key ( S )
C. dihadiahkan saya
D. dihadiahkan oleh saya
Soalan 22 hingga Soalan 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

22. Pelajar yang cemerlang mestilah berjaya dalam kedua-dua bidang iaitu bidang
kurikulum dan kokurikulum.

A. Bidang akademik dan kokurikulum mesti dikuasai oleh pelajar yang mahu
cemerlang.
B. Kejayaan seorang pelajar yang cemerlang bergantung pada kemajuannya dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum.
C. Pelajar yang terbaik seharusnya memiliki kejayaan dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Key ( T )
D. Pelajar cemerlang merupakan pelajar yang telah berjaya dalam bidang kurikulum
dan kokurikulum.

23. Peranan ibu bapa amat penting dalam menangani gejala sosial dalam kalangan
remaja.

A. Ibu bapa berfungsi dalam menyelesaikan masalah remaja dalam generasi muda.
B. Tugas ibu bapa sangat bermakna dalam membendung masalah sosial dalam
kalangan remaja.
C. Menangani masalah sosial dalam kalangan anak-anak sepatutnya diambil berat
oleh ibu bapa.
D. Tanggung jawab ibu bapa sangat penting dalam membendung masalah sosial
dalam kalangan belia. Key ( T )

24. Ayah memberitahu saya dan emak bahawa kami akan pulang ke kampung pada
hujung minggu itu untuk menziarahi datuk.

A. “ Kita akan pulang ke kampung untuk menziarahi datuk pada hujung minggu ini,”
beritahu ayah kepada saya dan emak. Key ( S )
B. Ayah berkata,” Kami akan pulang ke kampung untuk menziarahi datuk pada
hujung minggu hadapan.”
C. “ Marilah kita pulang ke kampung untuk menziarahinya,” pelawa ayah kepada
saya dan emak.
D. Kata ayah kepada saya dan emak, “ Marilah kita pulang ke kampung datuk pada
minggu hadapan.”
Soalan 25 hingga 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan
yang paling sesuai.

25. I Beg itu diperbuat daripada kulit buaya.


II Tiupan angin pada waktu petang sungguh nyaman.
III Makanan itu bukan untuk Ratna tetapi untuk adiknya.
IV Penumpang-penumpang berbaris sebelum menaikkan bas itu.

A. I dan II sahaja.
B. I dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. Key ( S )
D. II , III dan IV sahaja.

26. I Baik sungguh perangai budak itu.


II Setengah penduduk bandar suka makan di luar bersama keluarga.
III Oleh kerana kegigihannya, dia berjaya mengharungi cabaran yang getir.
IV Semua guru diharapkan dapat memberikan perhatian tentang kebajikan
pelajar.

A. I dan II sahaja.
B. I dan IV sahaja. Key ( S )
C. II dan III sahaja.
D. II dan IV sahaja.

27. I Banyak orang membeli makanan di warung Pak Ali.


II Kuih-muih tradisional yang dijual di gerai itu harganya
murah
III Pelajar lepasan SPM wajib menyertai Program Khidmat
Negara oleh kerajaan.
IV Para pelancong-pelancong luar negeri gemar melawat Malaysia.

A. I dan II sahaja. Key ( T )


B. I dan III sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. II dan IV sahaja.
Soalan 28 hingga Soalan 30

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan


dengan peribahasa di bawah ini.

Ahmad masih lagi melakukan perbuatan menconteng harta benda awam walaupun
telah banyak kali dinasihatkan oleh ibunya.

28. Peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas ialah


A. bagai lembu dicucuk hidung
B. seperti menjolok sarang tebuan
C. bagai mencurah air ke daun keladi key ( S )
D. kerana nila setitik rosak susu sebelanga

29. Peribahasa yang berikut bermaksud perhubungan yang erat antara dua
orang sahabat.
A. Isi dengan kuku key ( R )
B. Cincin dengan permata
C. Air dicincang tidak akan putus
D. Biduk lalu kiambang bertaut

Soalan 30

“Orang ramai bergotong-royong mendirikan bangunan”

Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah

A. seperti aur dengan tebing.


B. malu bertanya sesat jalan
C. kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D. bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat. Key (T)
No
Konteks Aras Kesukaran Jawapan
Soalan
1 Kata ganti nama R B
2 Kata kerja S C
3 Kata adjektif R B
4 Kata hubung R D
5 Kata tanya R B
6 Kata bantu R B
7 Kata penguat R A
8 Kata sendi/kata bilangan S D
9 Kata bilangan S D
10 Kata nafi R C
11 Kata pemeri S A
12 Kata sendi R C
13 Bahasa istana S C
14 Kata adjektif/imbuhan S B
15 Kata kerja T A
16 Kata nama/kata kerja/kata adjektif S C
17 Kata kerja S B
18 Kata adjektif/kata bantu T C
19 Kata sendi/kata kerja S C
20 Frasa jamak T D
21 Ayat pasif S B
22 Struktur ayat/ayat majmuk T C
23 Struktur ayat/ayat majmuk T D
24 Cakap ajuk S A
25 Pilih ayat yang betul S C
26 Pilih ayat yang betul S B
27 Pilih ayat yang betul T A
28 Peribahasa S C
29 Peribahasa R A
30 Peribahasa T D

You might also like