You are on page 1of 8

Nama Ahli Kumpulan 5

Pn. Mukarramah MS SMK Jambatan Putih Tawau


Pn. Mariam Ag. Damit SMK Tansau, Penampang
Cik Angeline Sebin SMK Datuk Peter Majuntin, Penampang
Cik Siti Norhasliza Nordin SMK Pekan Kudat.
En.Bernie Gevais SM Stela Maris, Tg. Aru KK

Kertas 1
(Masa yang dicadangkan : Satu jam)
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan. Jawab Semua soalan.

Soalan 1 hingga Soalan 7


Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 “______________ akan berangkat ke London minggu hadapan untuk mendapatkan


rawatan di Hospital King’s College”. Titah baginda kepada Perdana Menteri.
A. Hamba
B. Tuanku
C. Patik
D. Beta
2. Kebanyakan penyokong pasukan bola sepak itu berasa ___________ atas kegagalan
pasukan mereka untuk merampas Piala Malaysia.
A kecewa
B geram
C marah
D hiba

3 Berita yang memalukan itu akhirnya sampai jua __________ majikan saya.
A ke
B pada
C dalam
D kepada

4 Farhani ________ bedak wangi pada muka dan badannya selepas mandi setiap hari.
A mengesatkan
B menyapukan
C melumurkan
D melumaskan

5 Walaupun peninju itu menang, tetapi mukanya ___________ akibat tumbukan yang
kuat daripada pihak lawan.
A calar-balar
B pucat -lesi
C coreng- moreng
D bengkak- bengking

6 “Abang hendak ke Melaka ___________ ke Pulau Pinang pada minggu hadapan?”


A lalu
B atau
C jika
D dan

7 Puan Mary Chin _______ kerusi itu pada dinding untuk mengambil gambar yang
tergantung di situ.
A dekatkan
B mendekati
C berdekatan
D mendekatkan

Soalan 8 hingga Soalan 14


Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C. Jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.

8. Wahidah menghadiahi ibunya sebuah jam tangan bersempena dengan Hari Ibu pada
A B C

tahun ini. Tiada kesalahan.


D

9. Pembacaan yang kurang tentang hal-ehwal semasa menyebabkan pelajar kita


A B

kesuntukan pengetahuan. Tiada kesalahan.


C D

10. Apakah kamu pasti bahawa wanita itulah yang menyamar sebagai wakil penjual?
A B C

Tiada kesalahan.
D

11. Banyak orang yang tidak mengetahui bahawa fenomena air laut pasang yang berlaku
A

baru-baru ini berpunca daripada kedudukan bulan yang paling hampir dengan bumi.
B C

Tiada kesalahan.
D

12. Awak tidak dapat meneruskan rancangannya mengelilingi dunia kerana masalah
A B C

kekurangan wang. Tiada kesalahan.


D

13. Amboi, ambil balik barang awak ini dan jangan datang ke sini lagi! Tiada kesalahan.
A B C D

14. Perbuatan pihak yang bukan bertanggungjawab yang melakukan cetak rompak buku,
A B

pita kaset, dan video semakin menjadi-jadi sekarang. Tiada kesalahan.


C D

Soalan 15 hingga Soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul
dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15 I Dia menyandang ke rumah jiran di sebelah rumahnya.


II Encik Amran menyandang jawatan pengarah di syarikatnya sejak 10 tahun lalu.
III Mazlan menyandang beg galasnya lalu berjalan menuju ke sekolah.
IV Tentera itu menyandang senapangnya pada pokok.

A I dan II sahaja.
B II dan III sahaja.
C I, III dan IV sahaja.
D II, III dan IV sahaja.
16. I Sambutan penonton terhadap persembahan itu amat dingin.
II Malam yang dingin itu menyebabkan suasana malam itu semakin sunyi.
III Perang dingin telah berlaku antara kedua-dua parti politik itu.
IV Dia dingin meminang anak gadis Pak Salim.

A I dan II sahaja.
B I dan III sahaja.
C I, II dan III sahaja.
D II, III dan IV sahaja.

17. I Oleh kerana terlalu haus, dia terpaksa minum air di dalam tong itu.
II Jika tindakan tidak diambil dengan segera, harimau akan haus di negara kita.
III Tapak kasutnya telah haus kerana dia berjalan terlalu jauh.
IV Budak itu haus akan kasih sayang ibunya yang telah lama meninggalkannya.

A I dan II sahaja.
B II dan III sahaja.
C I, II dan III sahaja.
D I, II dan IV sahaja.

Soalan 18 hingga Soalan 21


Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu
mungkin mengandungi kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga
tidak. Jika anda menganggap bahasa bahasa pada bahagian bergaris itu salah dan perlu
diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika
tiada kesalahan tandakan D.

18. Beberapa murid-murid didapati membeli makanan di gerai yang di luar kawasan
sekolah.
A. Beberapa orang murid-murid
B. Beberapa murid
C. Beberapa orang murid
D. Beberapa murid- murid

19. Dengan adanya peraturan mengenai hak cipta, banyak barangan yang dicetak rompak
telah dirampas.
A. Dengan wujudnya undang-undang tentang hak pencipta.
B. Dengan kewujudan peraturan hak cipta.
C. Dengan termaktubnya peraturan hak cipta.
D. Dengan adanya peraturan mengenai hak cipta.

20. Sabri menceritakan tentang pengalamannya terperangkap dalam tanah runtuh di


Miri.
A. menceritakan pengalamannya.
B. cerita tentang pengalamannya.
C. bercerita tentang pengalaman dia.
D. menceritakan tentang pengalamannya.

21. Razif Sidek berlari serta membawa obor dalam acara perasmian Sukan Komanwel
ke-18 di Kuala Lumpur.
A. Razif Sidek berlari-lari dengan membawa obor.
B. Razif Sidek berlari-lari dan membawa obor.
C. Razif Sidek berlari sambil membawa obor.
D. Razif Sidek berlari serta membawa obor.

Soalan 22 hingga 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22 Kenaikan harga minyak telah menyebabkan harga barangan keperluan harian.

A Harga minyak dan harga barangan keperluan harian telah sama-sama mengalami
kenaikan.
B Disebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian, harga minyak turut sama
meningkat.
C Kesan daripada kenaikan harga minyak ialah kenaikan harga barangan keperluan
Harian.
D Harga minyak yang meningkat telah mendatangkan kesan kepada harga keperluan
Harian.

23 Salah satu sebab berlakunya jerebu ialah aktiviti pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh mereka yang tidak sensitif terhadap alam sekitar.

A Sebab utama berlakunya jerubu ialah aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
B Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh mereka yang tidak sensitif terhadap
alam sekitar merupakan salah satu punca utama berlakunya jerebu.
C Salah satu sebab berlakunya jerubu ialah aktiviti pembakaran terkawal yang
dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
D Antara sebab berlakukanya jerebu termasuklah pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh mereka yang tidak peka terhadap alam sekitar.

24 “Tolong edarkan semua nota ini kepada pelajar-pelajar kelas saya,” kata Cikgu
Murad kepada Siti.

A Cikgu Murad menyuruh Siti mengedarkan semua nota itu kepada pelajar-pelajar
kelasnya.

B Cikgu Murad menyuruh Siti mengedarkan notanya kepada pelajar-pelajar kelas


saya.
C Siti disuruh oleh Cikgu Murad mengedarkan notanya kepada pelajar-pelajar
kelas itu.
D Siti diminta oleh Cikgu Murad mengedarkan semua nota ini kepada pelajar-
pelajar kelasnya.

Soalan 25 hingga Soalan 27


Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan
cadangan yang paling sesuai.

25 I “Ke manakah awak menghilangkan diri sejak tadi?”


II Mencatat nama pelajar-pelajar yang datang lewat ke sekolah menjadi
tugasku.
III Modal itu kami peruntukkan untuk membesarkan dewan sekolah.
IV Hampas kelapa yang Pak Long tabur itu direbut-rebut oleh ayam.

A I dan II sahaja.
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja.
D I, III dan IV sahaja.

26 I Fadhillah menghadiahi sepasang cucuk sanggul kepada ibunya.


II Dia menjerit dengan sekuat hatinya sambil berlari ke arah saya.
III Murid-murid tidak dapat membayar pengorbanan guru mereka dengan
wang ringgit.
IV Isteri Pak Dollah hendak bersalin anak kedua.

A I dan II sahaja.
B II dan III sahaja.
C II dan IV sahaja.
D III dan IV sahaja.

27 I Dia telah memperhambakan diri kepada suaminya dengan penuh taat dan
setia.
II Adik merajuk kerana dipukuli semalam.
III Alat pendingin hawa itu dapat mengurangkan kepanasan pada waktu
tengah hari.
IV Tiada siapa yang dapat mengubati hatinya yang luka itu.

A I, II dan III sahaja.


B I, III dan IV sahaja.
C II, III dan IV sahaja
D I, II dan IV sahaja.

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah ini.

28 Peribahasa bagai cincin dengan permata bermaksud.

A Persahabatan yang tidak dapat dipisahkan.


B Pasangan yang amat sesuai dan sepadan
C Wajah adik beradik yang sukar dibezakan
D Rumah tangga yang harmoni

29 Apakah maksud peribahasa ukur baju di badan sendiri.

A Membuat sesuatu tanpa pertolongan orang lain.


B Membuat sesuatu tanpa diarah.
C Dalam melakukan sesuatu hendaklah berpadanan dengan kemampuan.
D Berusaha untuk melakukan sesuatu yang dihajati.

30 Peribahasa kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak
bermaksud......

A Setiap orang mempunyai keinginan dan pendapat yang berbeza.


B Orang yang baik tingkah lakunya akan dimuliakan walau di mana
sekalipun dia berada.
C Kesalahan orang lain walaupun kecil boleh nampatk, tetapi kesalahan
Sendiri tidak disedari.
D Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah
mengingatinya segera.

Nama Ahli Kumpulan 5


Pn. Mukarramah MS SMK Jambatan Putih Tawau
Pn. Mariam Ag. Damit SMK Tansau, Penampang
Cik Angeline Sebin SMK Datuk Peter Majuntin, Penampang
Cik Siti Norhasliza Nordin SMK Pekan Kudat.
En.Bernie Gevais SM Stela Maris, Tg. Aru KK

You might also like