You are on page 1of 9

Kumpulan 6

1. Jamarudin bin Yaakub (k) SMK Agama Kota Kinabalu


2. Isnawiyah bt. Ali SMK Dtk. Pg Abdullah, Semporna
3. Naimah Othman SMK Agama Inanam
4. Hasrineh bt. Ruhidin SMK Keningau II, Keningau
5. Asmia Abd. Rahman SMK Kota Marudu
6. Suzie Sekit SMK Inanam

Soalan 1 hingga Soalan 7


Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Fail itu bertukar tangan ___________ Ahmad kepada Hussien.


A dari
B oleh
C pada
D daripada

2 Kesederhanaan Farhanim dalam tingkah lakunya menyebabkan beliau


_______________ oleh masyarakat di kampungn
A disenangi
B diminati
C diingini
D diikuti

3 Aminah mengeluarkan _____________ daripada wang simpanannya untuk


didermakan kepada mangsa bencana gempa bumi di Nias.
A suku
B sebahagian
C setengah
D sebelah

4 Apabila terdengar akan siren polis, perompak itu memandu kenderaannya


_____________ .
A semahu-mahunya
B sehabis-habisnya
C sekuat-kuatnya
D seelok-eloknya

5 “_____________ bersetuju untuk hadir ke mesyuarat tergempar esok” kata


Cikgu Ali kepada Penyelia Petang.
A Dia
B Anda
C Beliau
D Mereka

6 Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk ____________ taraf hidup


rakyat.
A meluaskan
B meninggikan
C meningkatkan
D menaikkan

7 “Titah perintah _____________ akan patik laksanakan,” kata Hang Tuah kepada
Bendahara Tun Perak.
A beta
B tuan
C tuanku
D baginda

Soalan 8 hingga Soalan 14


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.

8 Dia menjelaskan yang kanak-kanak terencat akal yang hilang itu telah ditemui
A B C
petang semalam. Tiada kesalahan.
D

9 Kereta api yang membawa muatan berat itu bukan dari Ipoh tetapi dari Pulau
A B C
Pinang. Tiada kesalahan.
D

10 Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan


A B C
syarikat itu. Tiada kesalahan.
D

11 Kasih sayang Maria dengan ibu bapanya elok dicontohi oleh masyarakat
A B C
sekeliling. Tiada kesalahan.
D

12 Wakil-wakil Kedutaan Asing itu sedang mempertunjuk tarian kebudayaan


A B C
masing-masing. Tiada kesalahan.
D
13 Dalam perhimpunan semalam, pemimpin yang sudah berumur itu berucap
A B
perlahan. Tiada kesalahan
C D

14 “Hendakkah kamu menyertai peraduan mengarang esei anjuran Dewan Bahasa


A B
dan Pustaka?” tanya Yasmin kepada Zarina. Tiada kesalahan.
C D
Soalan 15 hingga 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15 I Kapal berterbangan itu dijangka tiba petang nanti.


II Burung Layang-layang berterbangan di angkasa.
III Mangsa helikopter yang terhempas itu akan berterbangan ke hospital.
IV Daun kering berterbangan apabila ditiup angin

A I dan II sahaja
B II dam IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

16 I Gulai daging itu masam kerana disimpan terlalu lama.


II Buah mangga itu sangat masam rasanya.
III Kasutnya berbau masam kerana sudah lama tidak bercuci.
IV Mukanya masam setelah dimarahi oleh bapanya.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

17 I Rumah usang yang menjadi sarang penagih itu telah dirobohkan.


II Kami membakar sarang tebuan untuk menjaga keselamatan murid-murid.
III Wang itu disimpan dalam sarang di bawah bilik rumahnya.
IV Pemburu itu berjaya menangkap rusa yang terperangkap dalam sarang.

A I dan II sahaja
B I dab III sahaja
C II dan III sahaja
D II dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21


Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu
mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu
diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika
tiada kesalahan tandakan D.

18 Setiap hari-hari mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah.


A Tiap-tiap hari-hari mereka
B Tiap hari mereka
C Tiap-tiap hari mereka
D Setiap hari-hari mereka
19 Siti merupakan pelajar yang paling pandai sekali di kelas 3 Melur.
A pelajar yang paling pandai
B pelajar paling pandai sekali
C pelajar sekali paling pandai
D pelajar yang paling pandai sekali

20 Berita itu melaporkan bahawa semua penumpang terselamat dalam kejadian itu.
A semua penumpang-penumpang selamat
B semua penumpang diselamatkan
C yang semua penumpang terselamat
D bahawa semua penumpang terselamat

21. Kerusi itu diperbuat dari kayu yang bermutu tinggi.


A daripada kayu-kayu yang bermutu tinggi
B daripada kayu yang bermutu tinggi
C dari kayu yang bermutu tinggi
D dari kayu bermutu tinggi

Soalan 22 hingga Soalan 24


Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22 “ Tolong serahkan surat ini kepada ibu bapa kamu” kata Cikgu Abu kepada
pelajar-pelajarnya.
A Pelajar-pelajar disuruh oleh Cikgu Abu menyerahkan surat kepada ibu
bapanya.
B Cikgu Abu menyuruh pelajarnya menyerahkan surat itu kepada ibu bapa mereka.
C Cikgu Abu menyuruh pelajar-pelajarnya menyerahkan surat itu kepada ibu bapa
mereka.
D Semua pelajar diminta oleh Cikgu Abu untuk menyuruh kepada ibu bapanya surat
itu.
23 Syarikat Gemilang menyerahkan wang berjumlah RM 30 000 kepada mangsa
banjir yang tinggal berhampiran dengan Sungai Tuaran untuk membaiki rumah
mereka.
A Syarikat Gemilang membaiki rumah di Sungai Tuaran setelah mangsa banjir
mendapat wang berjumlah RM30 000.
B Wang berjumlah RM30 000 itu digunakan untuk membaiki rumah untuk mangsa
banjir di Sungai Tuaran.
C Mangsa banjir yang tinggal berhampiran Sungai Tuaran menerima wang
berjumlah RM30 000 daripada Syarikat Gemilang untuk membaiki rumah
mereka.
D Mangsa banjir di Sungai Tuaran membaiki rumah mereka hasil sumbangan wang
daripada Syarikat Gemilang yang berjumlah RM30 000.

24 Datuknya berkata, “Cucuku, berjimatlah ketika berbelanja kerana tanpa wang


manusia mudah hilang maruah diri”.
A Cucunya diminta berjimat kerana menurut datuknya tanpa wang manusia mudah
berbelanja dengan maruah diri.
B Datuk itu berpesan supaya cucunya berbelanja tanpa wang agar maruah diri
manusia tidak hilang jika berjimat.
C Cucunya mendengar pesanan datuknya bahawa manusia yang berjimat ketika
berbelanja mudah hilang maruah diri.
D Datuk itu menasihati cucunya supaya berbelanja dengan jimat kerana
maruah diri manusia mudah hilang tanpa wang.

Soalan 25 hingga Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan
yang paling sesuai.

25 I Ibu menghadiahkan sebuah buku cerita kepada adik.


II Tembok itu terlanggar lori pada bahagian bawahnya.
III Banjir lumpur telah mengotori jalan-jalan ke kampung itu.
IV Pak Ali menghalau kedua ekor kerbau yang memasuki ladangnya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

26 I Para pelajar-pelajar yang datang lewat sekolah telah ditahan oleh guru
disiplin.
II Belum berbuah lagi rupanya pokok-pokok mangga itu.
III Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berkawan dengan ia.
IV Kuih yang hangus itu telah terjual di gerai ayah pagi tadi.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

27 I Mereka saling tegur menegur apabila bertembung di jalan.


II Pekerja-pekerja harus cekap demi ketinggian hasil pengeluaran.
III Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada
minggu depan.
IV Ayah telah membeli sebuah kamera mini sewaktu melancong ke Jepun
minggu lepas.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I , II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah ini.

28 Peribahasa yang berikut bermaksud perbuatan yang sia-sia atau yang tidak perlu
dilakukan, kecuali
A membuang barang ke laut.
B orang buta diberi bersuluh.
C bagai menghitung bulu kambing.
D alah membeli menang memakai.

Gambar menunjukkan kereta


dipandu dengan laju lalu
terbalik.

29 Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa yang terdapat dalam


gambar di atas ialah
A sudah terantuk baru tengadah.
B nasi sudah menjadi bubur.
C segan bertanya sesat jalan.
D sebelum ajal berpantang mati.

30 “ Jagalah adab dan tingkah laku kamu semasa bekerja di Sarawak nanti, Kamil,”
kata ibu kepada abang.Abang berjanji akan ingat segala pesanan ibu.
Peribahasa yang sesuai dengan keadaan di atas ialah
A melentur buluh biarlah dari rebungnya.
B hidup di kandung adat, mati dikandung tanah.
C hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.
D masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Kumpulan 6
Soalan A B C D
7. 1 /
2 /
3 /
4 /
5 /
6 /
7 /
8 /
9 /
10 /
11 /
12 /
13 /
14 /
15 /
16 /
17 /
18 /
19 /
20 /
21 /
22 /
23 /
24 /
25 /
26 /
27 /
28 /
29 /
30 /
Jumlah 7 8 8 7
Jamarudin bin Yaakub (k) SMK Agama Kota Kinabalu
8. Isnawiyah bt. Ali SMK Dtk. Pg Abdullah, Semporna
9. Naimah Othman SMK Agama Inanam
10. Hasrineh bt. Ruhidin SMK Keningau II, Keningau
11. Asmia Abd. Rahman SMK Kota Marudu
12. Suzie Sekit SMK Inanam

TABURAN / KOMBINASI JAWAPAN


BORANG SPESIFIKAS PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF
Bil Konstruk Konteks Aras Ciri Item Kunci Stimulus
1 S.B Kata Nama R Ingat D Tiada
2 S.B Imbuhan S Ingat A Tiada
3 S.B Kata Bilangan R Ingat C Tiada
4 S.B Bahasa Istana T Ingat A Tiada
5 S.B Kata Nama R Ingat C Tiada
6 S.B Kata Adjetif S Ingat B Tiada
7 S.B Kata Bilangan R Ingat C Tiada
8 S.B Kata Hubung R Ingat A Ayat
9 S.B Kata Nafi R Ingat D Ayat
10 S.B Kata Pemeri S Ingat B Ayat
11 S.B Kata Seni S Ingat A Ayat
12 S.B Kata Kerja T Ingat B Ayat
13 S.B Kata Ganda R Ingat C Ayat
14 S.B Kata Tanya R Ingat A Ayat
15 S.B Imbuhan S Ingat B Tiada
16 S.B Kata Adjektif T Ingat C Tiada
17 S.B Kata Nama R Ingat D Tiada
18 S.B Frasa Jamak R Ingat C Tiada
19 S.B Frasa Adjektif T Ingat A Tiada
20 S.B Frasa Jamak R Ingat D Tiada
21 S.B Frasa Sendi S Ingat B Tiada
Nama
22 S.B C.Ajuk/C.Pindah T Ingat A Tiada
23 S.B Struktur Ayat S Ingat C Tiada
24 S.B C.Ajuk/C.Pindah R Ingat D Tiada
25 S.B Imbuhan&Kata S Ingat B Tiada
Bilangan
26 S.B Frasa Jamak S Ingat C Tiada
/Kata Ganti
Nama/ Kata
Tanya
27 S.B Hukum DM / T Ingat B Tiada
Kata Pemeri/
Frasa Sendi
Nama
28 S.B Peribahasa R Ingat D Tiada
29 S.B Peribahasa S Ingat B Gambar
30 S.B Peribahasa T Ingat D Pernyataan

MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU KOD:02/1

You might also like