You are on page 1of 3

Kertas Cadangan

PERKHEMAHAN LATIHAN LUAR

KADET PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

KOLEJ MARA BANTING

1. Pendahuluan

Jabatan Pertahanan Awam telah ditubuhkan pada 1952 di bawah Akta


Pertahanan Awam 1951 bertujuan memberi perkhidmatan bantuan kecemasan bagi
mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh
bencana atau tindakan musuh demi mewuudkan kesejahteraan dan pembangunan
negara yang berterusan, Menyedari hal ini Jabatan Pertahanan Awam telah
menubuhkan Kadet Pertahanan Awam di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan
tinggi bagi memberi ilmu dan kemahiran Pertahanan Awam kepada para pelajar agar
dapat menggunakannya apabila diperlukan mulai tahun 1996 .

2. Matlamat.

2.1 Memberi pendedahan yang lebih luas mengenai aktiviti-aktiviti Pertahanan Awam
kepada anggota kadet.

2.2 Mewujudkan nilai integrasi bagi mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan


anggota kadet.

2.3 Melahirkan anggota kadet yang berilmu pengetahuan, berdisiplin, berketrampilan


dan sanggup berkorban untuk kemajuan bangsa dan negara.

2.4 Pra syarat bagi pemberian “CAS hours”


3. Objektif.
3.1 Memupuk semangat integrasi nasional yang berteraskan semangat bekerjasama
dan permuafakatan antara peserta.
3.2 Memupuk semangat berdisiplin berpasukan yang berteraskan toleransi tolong
menolong, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.

3.3 Mencungkil bakat dan daya kepimpinan di kalangan peserta.

3.4 Menanam serta menerap sifat kreatif dan inovatif di kalangan peserta.

3.5 Mengukur tahap kemahiran ilmu Pertahanan Awam di kalangan anggota kadet.

4. Tarikh dan Lokasi

3 tarikh yang dicadangkan bagi 3 kumpulan ialah:

Tarikh : 9 hingga 11 April 2010, 16 hingga 18 April 2010

dan 23 hingga 25 April 2010

Lokasi : KEM Akademi Latihan Inovasi Dan Motivasi

( Alim ) Jugra Banting Selangor.

5. Penyertaan.

5.1 Penyertaan adalah wajib kepada semua pelajar tahun 1


5.2 Pelajar yang mempunyai penyakit kronik tidak dibenarkan menyertai perkhemahan
ini dan mesti mendapatkan surat pengesahan dari doktor.
6. Anggaran perbelanjaan

Kemudahan
Sewa Khemah RM 15 X 50 UNIT X 3 RM 2250.00
Penyelenggaraan RM 5 X 137 peserta X 3 RM 2055.00
Chalet RM 150 X 2 malam x 2 unit X 3 RM 1800.00

Makan dan Minum RM 25 X 137 peserta X 3 RM 10,275.00

Lain-lain kos

Saguhati Jurulatih RM 100 X 10 Orang X 3 program RM 3000.00


Saguhati penceramah RM 80 X 1 X 3 RM 240.00
Luar jangka RM 200.00
Pendokumentasian RM 50.00

Jumlah 19,870.00

Pembayaran
( sumbangan pelajar RM 35 X 409 pelajar = RM 14, 315 ) selebihnya di tanggung oleh
pihak kolej.

7. Penutup

Dengan ini di mohon kelulusan Pengarah untuk mengadakan Perkhemahan luar Kadet
Pertahanan Awam ini.

Disediakan oleh:                                                                                   


 
 
 
-------------------------------------------------                                         
Wan Hafizi b Wan Kamaluddin                                       
Pegawai KoKurikulum
Kolej MARA Banting                          

You might also like