You are on page 1of 11

ANALISA ARTIKEL SEMESTER

1 SESI 2010/2011
‘PENGURUSAN
PERNIAGAAN’

FATIN FASEHA BT ABD WAHID


MA1017524960 (A2T6B)
EN.NOOR AZMAN BIN ABDULLAH
 BAB 2:
 BENTUK-

BENTUK
PEMILIKAN
PERNIAGAA
N
Laba Petronas susut 24.5%
Oleh Helmy Abd Rahman

PETRONAS mencatat perolehan RM216.4 bilion bagi tahun


kewangan berakhir Mac lalu, merosot 18.1 peratus berbanding
RM264.2 bilion direkodkan untuk tempoh sama tahun
sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul
Azhar Abbas, berkata keuntungan sebelum cukai juga menurun
daripada RM89.1 bilion kepada RM67.3 bilion, susut 24.5
peratus berbanding tahun kewangan 2009.
Faktor itu menyaksikan keuntungan bersih Petronas merosot
23.2 peratus kepada RM40.3 bilion daripada RM52.5 bilion
tahun lalu.
“Tahun lalu agak mencabar bagi Petronas berikutan suasana
kemelesetan yang memberi kesan secara langsung terhadap
industri minyak dan gas.
“Ini menyebabkan penurunan keuntungan bersih dan
perolehan ini berikutan kurangnya permintaan untuk
mendapatkan minyak mentah,” katanya pada sidang media
sempena pengumuman prestasi tahun kewangan Petronas
berakhir Mac 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif Kewangan Petronas,
Datuk George Ratilal; Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Gas,
Datuk Anuar Ahmad; Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran,
Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta Naib Presiden Eksekutif
Penerokaan dan Perniagaan Pengeluaran, Datuk Wee Yiaw Hin.
Bagaimanapun, Shamsul Azhar berkata, kerugian keseluruhan
sebahagiannya diimbangi kos pengeluaran lebih rendah.
“Ini sekali gus mengurangkan kesan kemerosotan sebanyak
30 peratus. Pengagihan hasil dan pembayaran petroleum juga
lebih rendah iaitu 2.4 peratus selain caj pelunasan, susut nilai
dan kelainan 1.4 peratus,” katanya.
PENJELASAN...Shamsul Azhar (tengah) memberi
penerangan sambil disaksikan (dari kiri) Ratilal,
Anuar, Wan Zulkiflee dan Wee.
ULASAN..
Syarikat awam berhad ialah
syarikat awam yang dimiliki oleh
peegng-pemegang saham
.Antara ciri-ciri syarikat awam
ialah menerbitkan prospektrus
(laporan kewangan syarikat) dan
mengumumkan untung rugi
dalam akhbar.
Berdasarkan artikel, Petronas
merupakan syarikat awam
berhad di mana ia menyatakan
keuntungan bersih petronas
merosot sebanyak 23.2 peratus
kepada RM40.3 bilion daripada
RM52.5 bilion tahun lalu.
BAB 3:
PERNIAGAAN

ANTARABAN
GSA
Mata wang Asia mengukuh 3-5
peratus setahun
KUALA LUMPUR 30 Jun - Mata wang Asia dijangka mengukuh sebanyak
tiga hingga lima peratus setahun dalam beberapa tahun akan datang.
Pengarah Aberdeen Asset Management Asia, Donald Amstad berkata,
ekonomi global menghadapi cabaran besar, dan antaranya risiko lunturnya
pertumbuhan dalam dunia maju.
Beliau berkata pasaran-pasaran baru berkembang, khususnya Asia,
tetap mempunyai harapan cerah.
"Ekonomi Asia yang lebih besar, dengan pasaran dalaman yang semakin
berkembang, semakin kurang bergantung kepada pasaran lain.
"Ini akan menyokong peningkatan mata wang, terutamanya dalam jangka
sederhana dan panjang," katanya pada satu taklimat media mengenai
"Tinjauan Pertengahan Tahun 2010" di sini hari ini.
Ringgit diniagakan pada 3.35 hingga 3.70 berbanding dolar dalam
beberapa minggu kebelakangan ini.
Unit tempatan itu ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada
3.2380/2400 hari ini daripada 3.2470/2500 semalam.
Amstad berkata, prospek bagi dolar AS masih negatif sekalipun euro
berada pada kedudukan lemah dan pelabur bon global terus memberikan
wajaran rendah bagi pasaran sedang berkembang, mata wang dan juga
pasaran bon Asia.
Risiko kedaulatan Eropah meningkat dengan ketara tahun ini, dengan
negara-negara jirannya, didahului Greece, terpaksa mengambil langkah
berjimat cermat yang drastik untuk mengekalkan keyakinan terhadap
pasaran bon dan ekuiti, katanya.
Amstad berkata, kadar faedah sebenar dijangka kekal negatif di banyak
negara.
Sementara itu, Ketua Ekuiti Global Aberdeen Asset Management,
Stephen Docherty berkata, dalam persekitaran ekonomi semasa, pelabur
ekuiti berpotensi meraih ganjaran dengan mengambil pendekatan melabur
yang bersifat global dan tanpa kekangan.
"Kami menjangka pulangan ekuiti dalam lingkungan satu angka tahun
ini, memandangkan kekuatan pulangan pasaran tahun lepas," katanya.
Docherty berkata, cara terbaik untuk mencapai ini ialah memberikan
tumpuan kepada syarikat dan prospek masing-masing, serta melupakan
indeks penanda aras. - Bernama
ULASAN…
Antara peranan perniagaan
antarabangsa ialah kadar tukaran
asing.
Jangkaan pengukuhan mata wang
Asia sebanyak tiga hingga lima peratus
setahun dalam beberapa tahun akan
datang memberi impak yang besar
dalam peningkatan mata wang
terutamanya dalam jangka sederhana
dan panjang .
Menurut Ketua Ekuiti Global
Aberdeen Asset Management, Stephen
Docherty menjangkakan pulangan
ekuiti dalam lingkungan satu angka
tahun ini, memandangkan kekuatan
pulangan pasaran tahun lalu.
Justeru itu, ia dapat menambahkan
pendapatan negara.
BAB 5:
PERANCANG

AN
Sasar 20,000 kotak minyak wangi
sebulan
MUNIF Hijjaz Sdn Bhd (MHSB) mensasarkan untuk memasarkan
20,000 kotak Munif Hijjaz Perfume dalam tempoh sebulan selepas
berada di pasaran sejak awal tahun ini.
Pengarah Urusannya, Abdul Malek Manap, berkata sejak
diperkenalkan pada Januari lalu hampir 15,000 kotak berjaya dijual
setiap bulan.
“Sebelum menjengah pasaran secara rasmi pada Januari lalu,
kami turut melakukan prapelancaran pada Disember 2009 dan pada
majlis berkenaan hampir 5,000 kotak wangian berjaya dijual.
“Kami yakin produk ini akan terus mendapat sambutan di
kalangan pengguna khususnya umat Islam kerana ia adalah unik
dan tidak sama dengan produk seumpamanya yang berada di
pasaran,” katanya.
Menurutnya, penjualan produk berkenaan dilakukan melalui
stokis dan setakat ini MHSB mempunyai 80 stokis di seluruh negara
dan akan menambah jumlahnya kepada 200 stokis menjelang akhir
tahun ini.
“Kami menggunakan konsep jualan secara stokis kerana ingin
membantu peniaga kecil atau individu untuk menambah
pendapatan.
“Malah, kami memberikan potongan harga istimewa untuk stokis,
pengedar dan ejen di mana mereka mendapat keuntungan hasil
jualan sehingga 40 peratus untuk setiap botol,” katanya.
Abdul Malek berkata, berbeza dengan produk wangian lain yang
ada di pasaran, Munif Hijjaz Perfume didatangkan dalam botol
individu 8 mililiter (ml) dan pengguna boleh memilih wangian yang
mereka suka saja.
“Kebanyakan produk wangian lain menyediakan beberapa
haruman dalam satu kotak dan pengguna terpaksa membeli
walaupun hanya menggemari satu wangian saja.
“Namun, kami menjual secara botol individu supaya pengguna
boleh membuat pilihan wangian yang mereka gemari saja,” katanya.
 
ULASAN…
Objektif merupakan sasaran atau hasil
akhir yang cuba dicapai oleh sesebuah
organisasi ,yakni terbentuk daripada misi.
Antara ciri-ciri objektif ialah boleh
diukur,boleh dicapai,dikaitkan dengan
ganjaran dan mempunyai tempoh masa.
Syarikat Munif Hijjaz telah melakukan
prapelancaran pada Disember dan berjaya
menjual hampir 5000 kotak wangian .
Oleh itu, Munif Hijjaz Sdn. Bhd.
mensasarkan 20,000 kotak minyak wangi
untuk dipasarkan dalam tempoh sebulan.
Syarikat ini memberikan potongan harga
istimewa untuk stokis,pengedar dan ejen
di mana mereka mendapat keuntungan
hasil jualan sehingga 40 peratus untuk
setiap botol sebagai faktor pendorong
bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

You might also like