Professional Documents
Culture Documents
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari
segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan
Kerajaan terdiri daripada:-
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun
tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan
menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi
Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama
Penuh Bahagian Sekolah.
Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.