You are on page 1of 3

Perkaitan pelajar kajian kes dengan penyakitnya

Merujuk kepada laporan perubatan, doktor telah mengesahkan bahawa Anip


menghidap penyakit autisme. Autisme yang dihidapi oleh Anip ialah Mild Autism iaitu
penyakit autism dalam kategori ringan. Turut disahkan oleh pakar kesihatan bahawa
Anip mempunyai pelbagai penyakit (multi disorder) iaitu Global Development Delay dan
Slow Learner.

Dari segi aspek fizikal Anip, tubuh badan Anip berada dalam keadaan yang
sempurna dan sihat. Cuma mengalami masalah di bahagian mental dalam mentafsir
dan memahami sesuatu (slow learner).

Autisme

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan


sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan
tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa


bahagian otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-
kanak normal kerana ada yang lebih besar. Ia disebabkan oleh ketidaksempurnaan
yang berlaku di dalam genetik individu dan boleh diwarisi di dalam keluarga. Menurut
kajian yang dijalankan, dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka
berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik.

Menurut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme
adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Masalah autisme boleh
dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu
bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun. Autisme berlaku tiga hingga empat kali
lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Tahap serius autisme
berbeza antara individu kerana sesetengah kanak-kanak boleh membesar dan hidup
berdikari, manakala segelintir lagi sentiasa memerlukan bantuan sepanjang hayat.

Sehingga kini, belum ada cara untuk menyembuhkannya. Namun, autisme boleh
dirawat dan rawatan awal mampu memberi kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak
ini. Masih ramai ibu bapa yang mempunyai anak autisme menyalahkan diri sendiri
kerana dianugerahkan anak sebegini. Ia bukan salah sesiapa kerana tiada siapa tahu
bagaimana atau kenapa autisme boleh berlaku.

Antara ciri-ciri tingkah laku yang terdapat pada kanak-kanak autisme ialah suka
berkhayal, bercakap sendiri, ketawa dengan tiba-tiba, tiada kontak mata, tidak suka
bersosial, tidak sensistif terhadap kesakitan, tidak menghiraukan bunyi, tidak takut
bahaya dan suka mengulang-ngulang perkataan (echolalia).

Global Development Delay

Global Development Delay (GDD) dapat ditakrifkan sebagai lewat


perkembangan secara menyeluruh bagi seseorang kanak-kanak. GDD merupakan
terminology secara am bagi mengkelaskan kanak-kanak bagi kategori masalah
pembelajaran. GDD lazimnya wujud apabila kanak-kanak tersebut menghidap penyakit
yang berkaitan dengan mental seperti sindrom down, autism, dyslexia dan hiperaktif
(ADHD).

Slow Learner (lembam)

Slow learner atau lembam ialah Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti
pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu -
satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai
daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Antara ciri-ciri kanak-kanak slow learner ialah;

- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.


- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
- Sukar menerima arahan.
- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
- Meninggalkan huruf,sukukata, perkataan ketika membaca dan menulis.
- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Rumusan

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan, dapat dipastikan bahawa Anip iaitu klien
saya mempunyai penyakit autisme, GDD dan slow learner. Jadi secara tidak langsung
saya telah menjalankan ujian diagnostic bagi menguji kemahiran bahasa Melayu
bersandarkan ketiga-tiga penyakit tersebut. Anip hanya merupakan pesakit bagi tahap
ringan dan Anip boleh dibantu perkembangan mental, fizikal dan sosialnya dari semasa
ke semasa dengan bantuan dan sokongan dari pihak yang terdekat dengannya.

You might also like