Professional Documents
Culture Documents
o Faraid
Politik
Perkahwinan
Jenayat
Adab
Ibadah
Kebersihan
Ketenteraan
Kotak ini: papar • bincang • sunting
Rencana ini ialah subrencana fiqh dan Undang-undang dan ekonomi.
Isi kandungan
[sorok]
Hak Milik Umum: meliputi mineral-mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas
termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada di
dalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif
tenaga serta industri-industri berat. Semua ini merupakan hak milik umum dan wajib
diuruskan (dikelola) oleh Daulah Islamiyah(negara) manakala manfaatnya wajib
dikembalikan kepada rakyat
Hak Milik Negara meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara
syar’ie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan
aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. Negara
membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat
Hak Milik Individu: selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta-harta lain boleh
dimiliki oleh individu secara syar’ie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya
secara syar’ie juga.
Pengelolaan kepemilikan yang berhubungan dengan kepemilikan umum itu adalah hak
negara (Daulah Islamiyah), kerana negara (Daulah Islamiyah) adalah wakil ummat. Meskipun
menyerahkan kepada negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelolanya, namun Allah SWT
telah melarang negara (Daulah Islamiyah) untuk mengelola kepemilikan umum tersebut
dengan jalan menyerahkan penguasaannya kepada orang tertentu. Sementara mengelola
dengan selain dengan cara tersebut diperbolehkan, asal tetap berpijak kepada hukum-hukum
yang telah dijelaskan oleh syara'.
Namun demikian, perbezaan potensi individu dalam masalah kemampuan dan pemenuhan
terhadap suatu keperluan, boleh menyebabkan perbezaan edaran harta kekayaan tersebut di
antara mereka. Selain itu perbezaan antara masing-masing individu mungkin saja
menyebabkan terjadinya kesalahan dalam edaran harta kekayaan. Kemudian kesalahan
tersebut akan membawa hanya harta kekayaan teredar kepada segelintir orang saja, sementara
yang lain kekurangan, sebagaimana yang terjadi akibat penimbunan harta, seperti emas dan
perak.
Oleh kerana itu, syara' melarang berputarnya kekayaan hanya di antara orang-orang kaya
namun mewajibkan perputaran tersebut terjadi di antara semua orang. Allah SWT berfirman :
"Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu."
(QS. Al-Hasyr : 7)
Di samping itu syara' juga telah mengharamkan penimbunan emas dan perak (harta
kekayaan) meskipun zakatnya tetap dikeluarkan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman :
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan
Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang
pedih." (QS. At-Taubah : 34)
1.Mekanisme Ekonomi
Mekanisme ekonomi adalah mekanisme melalui aktiviti ekonomi yang bersifat produktif,
berupa berbagai kegiatan pengembangan harta (tanmiyatul mal) dalam akad-akad muamalah
dan sebab-sebab kepemilikan (asbab at-tamalluk). Berbagai cara dalam mekanisme ekonomi
ini, antara lain :
2.Mekanisme Non-Ekonomi
Mekanisme non-ekonomi adalah mekanisme yang tidak melalui aktiviti ekonomi yang
produktif, melainkan melalui aktiviti non-produktif, misalnya pemberian (hibah, sedekah,
zakat, dll) atau warisan. Mekanisme non-ekonomi dimaksudkan untuk melengkapi
mekanisme ekonomi. Iaitu untuk mengatasi peredaran kekayaan yang tidak berjalan
sempurna jika hanya mengandalkan mekanisme ekonomi semata.
Mekanisme non-ekonomi diperlukan baik kerana adanya sebab-sebab alamiah maupun non-
alamiah. Sebab alamiah misalnya keadaan alam yang tandus, badan yang cacat, akal yang
lemah atau terjadinya musibah bencana alam. Semua ini akan dapat menimbulkan terjadinya
gangguan ekonomi dan terhambatnya edaran kekayaan kepada orang-orang yang memiliki
keadaan tersebut. Dengan mekanisme ekonomi biasa, edaran kekayaan boleh tidak berjalan
kerana orang-orang yang memiliki hambatan yang bersifat alamiah tadi tidak dapat mengikuti
kegiatan ekonomi secara normal sebagaimana orang lain. Bila dibiarkan saja, orang-orang itu,
termasuk mereka yang tertimpa musibah (kecelakaan, bencana alam dan sebagainya) makin
terpinggirkan secara ekonomi. Mereka akan menjadi masyarakat yang miskin terhadap
perubahan ekonomi. Bila terus berlanjutan, boleh menyebabkan munculnya masalah sosial
seperti jenayah (curi, rompak), rogol (pelacuran) dan sebagainya, bahkan mungkin revolusi
sosial.
Paradigma pertama bertujuan untuk mentakrifkan semula masalah ekonomi sebagai suatu
masalah pengagihan sumber untuk mencapai:
Gerakan-gerakan Islam yang menyeru agar politik dibaharui umumnya akan mencadangkan
paradigma ini untuk menjelaskan bagaimana mereka akan memperkenalkan pembaharuan
ekonomi. Bagaimanapun, paradigma kedua hanya mencadangkan dua hukum utama, iaitu:
Perbezaan utama dari segi kewangan ialah peraturan tiada faedah kerana paradigma
pelaburan Islam yang menepati tanggungjawab sosial tidak amat berbeza dengan apa yang
diamalkan oleh agama-agama yang lain. Dalam percubaannya untuk melarang faedah, ahli-
ahli ekonomi Islam berharap untuk menghasilkan sebuah masyarakat yang lebih bersifat
Islam. Bagaimanapun, gerakan-gerakan liberal dalam agama Islam mungkin akan menafikan
keperluan untuk perkara ini kerana mereka umumnya melihat Islam sebagai secocok dengan
institusi-institusi dan undang-undang sekular moden.
[sunting] Rujukan
Muhammad Nijatullah Siddiqui, Muslim Economic Thinking, (Yayasan Islam,
Leicester, UK)
Syed Nawab Haider Naqi, Ethics and Economics: An Islamic Synthesis, (Yayasan
Islam, Leicester, UK)
M. Umar Chapra, Islam and the Economic Challenge, (Yayasan Islam, Leicester, UK)
Angelo M. Venardos, Islamic Banking & Finance in South-East Asia: Its
Development & Future, (Penerbitan Saintifik Dunia, Singapura)
Abbas Mirakhor, Theoretical Studies in Islamic Banking and Finance, (Penerbitan
Islam Antarabangsa)
Fatwa Dewan Syariah Nasional - Majlis Ulama Indonesia — fatwa mengenai banyak
persoalan dalam Ekonomi Islam
Senarai buku Ekonomi Islam
Rujukan Perbankan Islam
Rujukan Perbankan Islam (GDRC)
Alatan peribadi
New features
Log masuk / buka akaun
Ruang nama
Rencana
Perbincangan
Kelainan
Pandangan
Baca
Sunting
Lihat sejarah
Tindakan
▲
Gelintar
Khas:Gelintar
Cari
Pandu arah
Laman Utama
Tinjau
Hal semasa
Rencana rawak
Perhubungan
Tentang Wikipedia
Portal masyarakat
Perubahan terkini
Hubungi kami
Menderma
Bantuan
Kedai Kopi
Cetak/eksport
Cipta buku
Muat turun sebagai PDF
Versi boleh cetak
Alatan
Bahasa lain
العربية
Bahasa Indonesia
Deutsch
English
فارسی
Italiano
日本語
اردو
中文
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 05:24, 10 Julai 2010.
Teks boleh didapati di bawah Creative Commons Attribution/Share-Alike License;
syarat tambahan mungkin terpakai.