You are on page 1of 2

Esei Modal Insan Yang Patriotik Dapat Membentuk Diri Melalui Aktiviti Sukan

Dan Permainan

Wawasan 2020 adalah satu usaha untuk meletakkan Malaysia supaya “Duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi” dengan negara lain seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat. Justeru, kita
perlu memiliki insan yang berjiwa besar dan bersemangat patriotik. Usaha memupuk semangat
patriotik dapat dilakukan melalui sukan dan permainan.

Sebagai seorang rakyat Malaysia,kita seharusnya mempunyai sifat-sifat mulia dan berbangga
menjadi salah seorang penduduk di negara yang aman dan makmur ini. Melalui aktiviti sukan dan
permainan semangat cinta akan Negara akan lahir apabila terdapat semangat serta minat yang
mendalam tentang sesuatu permainan dan berusaha mendalaminya dan mempelajarinya. Aktiviti
sukan ini juga akan dapat menyedarkan tentang kepentingan sesuatu permainan tersebut dan akan
mewujudkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia.

Kita juga diajar supaya supaya menghormati raja dan pemimpin Negara. Kita juga dididik supaya
menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera. Apabila seseorang itu berjaya menjuarai
kejohonan yang disertainya, mereka dengan perasaan bangganya akan mengibarkan bendera.
Mereka tidak rela kalah atau berputih mata sebagaimana Nicol Ann David apabila setiap kali
berjaya dan secara tidak langsung semangat patriotik dapat dipupuk dalam kalangan ahli sukan
yang merupakan antara modal insan semangat patriotik dan bersemangat setia negara.

Sukan dan permainan juga dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia
Negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan Negara. Tambahan pula,
mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri kerana sudah menjadi adat dalam permainan
ada yang kalah dan ada yang menang bak kata pepatah.”alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan”. Ada ahli sukan yang masih berani untuk berlawan walaupun
lawannya lebih handal. Oleh yang demikian itu,mereka berani mempertahankan kedaulatan
bangsa dan Negara.
Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat
kekitaan. Perkara ini boleh dilihat apabila terdapat kerjasama di antara pasukan dan dari situ
lahirlah semangat kekitaan dalam diri para pemain. Mereka perlu sentiasa tolong-menolong dan
bermuafakat di antara satu sama lain. Ahli sukan juga perlu sentiasa berdisiplin tinggi,berakhlak
mulia dan mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan serta undang-
undang permainan. Semasa menyertai mana-mana permainan atau aktiviti sukan,kita perlu
berlakuan sopan,bertatasusila dan berhemah tinggi.

Seterusnya modal insan yang patriotik dapat dicapai apabila kita sentiasa bertindak wajar dan
sentisas amanah serta jujur dalam melakukan sesuatu permainan. Sebagai pemimpin pula, kita
seharusnya sentiasa menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi
muda yang merupakan pewaris negara. Mereka perlu berusaha dan produktif serta tidak mudah
berputus asa dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan. Dengan ini, negara kita akan dapat
membentuk dan melahirkan modal insan yang cemerlang,terbilang dan gemilang di masa akan
datang.

You might also like