You are on page 1of 2

Novel Azfa Hanani

Tema

(idea@persoalan utama pengarang dalam karyanya)

Contoh Jawaban

Genre novel yang telah saya kaji ialah novel Azfa Hanani nukilan Halis Azhan Mohd
Hanafiah . Pengarang telah mengetengahkan satu tema yang tersendiri dalam novel
tersebut .

Novel tersebut bertemakan kehidupan remaja . Hal ini demikian kerana alam
remaja merupakan zaman yang penuh dengan pergolakan . Pada peringkat inilah
seseorang itu tercari-cari identiti diri . Sebagai contoh , Azfa Hanani tidak terlepas
daripada menghadapi konflik . Konflik utama yang dihadapinya ialah kemiskinan
keluarga sehingga memaksa dia melakukan sesuatu di luar kemahuannya .

Kebenaran tema tersebut juga terserlah apabila Azfa Hanani keliru dengan cita-
citanya . Pada mulanya , dia ingin menjadi seorang doktor apabila melihat sepupunya
,Zuraini yang lumpuh . Apabila rakan-rakannya mengatakan bahawa dia berbakat
dalam bidang pengacaraan , dia mengubah pula cita-citanya untuk menjadi
pengacara dan personality televisyen .

Pendek kata , tema yang diketengahkan oleh pengarang mampu menambat hati
pembaca untuk memuaskan pembacaan mereka .

Persoalan

(perkara2 kecil @ isu2 yang menjurus kepada tema)

Contoh Jawaban

Novel ini memaparkan persoalan tentang kesukaran untuk meneruskan pelajaran


sebagai akibat kemiskinan . Azfa Hanani yang menjadi yatim piatu setelah kematian
ibu bapanya terpaksa tinggal dengan bapa saudara dan ibu saudaranya , iaitu pak
long dan mak longnya yang bekerja sebagai penoreh getah mereka hidup miskin
dalam keadaan yang serba kekurangan . Pak long dan mak long terpaksa
memperuntukkan wang bagi membiayai kos perubatan anak sulung mereka , Zuraini
yang lumpuh . Oleh sebab kemiskinan juga , Azfa terpaksa meminjam buku rujukan
dari perpustakaan secara tidak sah . Dia mengambil buku-buku itu dengan niat akan
memulangkannya . Kerana kemiskinan juga , pak long dan mak long bercadang untuk
memberhentikan persekolahan Azfa Hanani .

All copyright by alextan58@gmail.com


Selain itu , novel ini juga mengetengahkan persoalan tentang kesombongan
golongan elit yang memandang rendah terhadap golongan marhaen . Persoalan ini
dapat dilihat dengan jelas melalui sikap Laili dan rakan-rakannya yang mengelarkan
diri mereka sebagai Budak Glamur . Kumpulan ini tidak suka bergaul dengan pelajar-
pelajar yang tidak setaraf dengan mereka . Persoalan ini juga ditunjukkan oleh
Iskandar yang cuba memikat hati Azfa Hanani dengan motosikal berkuasa tinggi dan
kereta sportnya . Sementara itu , Tengku Muzaffar yang pernah melarang Tengku
Murni yang berkawan dengan Ekran turut melarang Azfa Hanani berbuat demikian
kerana dia menganggap Ekran tidak sedarjat dengan mereka .

Persoalan yang turut dipaparkan dalam novel ini ialah persoalan tentang
kemalangan jalan raya yang menjadi antara penyebab utama kehilangan nyawa .
Azfa Hanani menjadi yatim piatu akibat kematian ibu bapanya di kemalangan jalan
raya apabila teksi yang mereka naiki dirempuh oleh kereta yang dipandu oleh
Tengku Makmur . Dia dipercayai memandu dalam keadaan mabuk . Tengku Murni
juga menemui ajarannya dalam kemalangan jalan raya kerana jip yang dipandunya
dirempuh oleh sebuah bas . Iskandar juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya apabila menunggang motosikalnya dengan Laili yang mengalami cedera parah
dalam kemalangan itu .

Pendek kata , kepelbagaian persoalan yang dipaparkan oleh pengarang dapat


dijadikan pedoman oleh pembaca terutamanya para pelajar .

All copyright by alextan58@gmail.com

2010-07-29

You might also like