Professional Documents
Culture Documents
BIOLOGI MOLEKUL
Pengenalan :
Biologi molekul merupakan suatu bidang biologi yang telah berkembang dengan pantas
dan berjaya menyatupadukan sempadan antara bidang genetik, biokimia, biologi sel
dan biofizik. Bidang ini berputik lebih 20 tahun yang lepas dan telah banyak
menyumbangkan maklumat tentang proses-proses yang bertanggungjawab dalam
penyaraan, transmisi serta pengekspresan maklumat genetik pada tahap molekul.
Penggunaan teknologi DNA rekombinan serta teknologi eksperimen terkini pada
asasnya telah membentuk biologi molekul moden. Biologi molekul menerangkan
perhubungan diantara struktur dan fungsi molekul-molekul biologi seperti asid nukleik
dan protein serta bagaimana perhubungan ini menyumbang kepada operasi dan
pengawalan proses-proses sel.
Sinopsis Kursus :
Kursus ini membincangkan beberapa aspek terkini dan lanjutan dalam biologi molekul
prokariot dan eukariot. Antara aspek yang dibincangkan adalah organisasi DNA dan
genom, pembaikpulihan DNA, biologi molekul penyakit, biologi molekul
perkembangan, biologi molekul kitaran sel, terapi gen dan penghasilan organisma
transgen serta beberapa topik yang meliputi bidang genomik, bioteknologi perubatan
dan bioteknologi industri. Disamping peperiksaan pertengahan semester dan
peperiksaan akhir, pelajar akan diberi tugasan dan tutorial. Tugasan/tutorial ini
merupakan latihan bagi pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman.
1
Hasil Pembelajaran : Diakhir kursus, pelajar berupaya:
Kandungan Kuliah :
2. Organisasi genom 3
Struktur kromatin, nukleosom,
modifikasi histon
Pemasangan dan penyahpasangan
nukleosom
Perkaitan modifikasi histon, struktur
kromatin dan pengawalaturan gen
eukariot
(Tutorial/Tugasan)
2
Malaria
AIDS
Mekanisme pengawalan
kitar sel prokariot dan eukariot
Siklin/CDK
(Tutorial/tugasan)
JUMLAH JAM 21
Rujukan :
3
1. Primrose, S.B. 2003. Principles of Genome Analysis and Genomics. 3rd edition.
Blackwell Science, London.
2. Alberts B. et al. 2002. Molecular Biology of the Cell 5th Edition. Garland Publishing,
New York.
3. Lewin B. 2004. Genes VIII. Wiley & Sons, London.
4. Watson J.D. Recombinant DNA. 1995. Scientific American Books, New York.
5. Watson J.D., Baker, T.A., Bell, S.P., Gann, A., Levine, M. and Losick, R. 2008.
Molecular Biology of the gene. Sixth edition. Cold Spring Harbor Laboratory Press.
6. Klug W. S. and M.S. Cummings. 2000. Concepts of Genetics. 6th Edition. Prentice
Hall, New Jersey.