You are on page 1of 12

Bahagian A: Objektif

1. Apakah definisi sejarah yang dibuat oleh Herodotus?

A. peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau

B. pokok atau salasilah keturunan

C. penceritaan tentang manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

D. catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada

masa lalu

2. Istilah sejarah juga dikatakan berasal dari perkataan Arab Syajaratun.

Syajaratun membawa maksud

i. riwayat

ii. keturunan

iii. penceritaan

iv. pokok atau pohon

A. i, ii dan iii C. i,iii dan iv

B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

3. Antara faedah-faedah mempelajari sejarah ialah

i. boleh dijadikan panduan dan iktibar

ii. dapat memupuk semangat patriotism

iii. dapat menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan pada masa depan

iv. dapat membalas dendam terhadap musuh negara

A. i, ii, iii C. i, iii dan iv

B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

4. Mengikut kajian terkini, Malaysia hanya mengalami tiga Zaman Prasejarah.


1
Zaman apakah yang tidak dialami oleh Malaysia?

A. Zaman Mesolitik

B. Zaman Logam

C. Zaman Neolitik

D. Zaman Paleolitik

Soalan 5 berdasarkan rajah dibawah.

Zaman X

Mengebumikan mayat bersama-sama

dengan barang-barang seperti makanan

dan alat-alat batu.

5. Apakah zaman X

A. Zaman Logam

B. Zaman Mesolitik

C. Zaman Neolitik

D. Zaman Paleolitik

6. Masyarakat Zaman Neolitik lebih bertamadun berbanding dengan Zaman Paleolitik?

i. mempunyai kepercayaan animism


2
ii. menjalankan kegiatan perdagangan

iii. mempunyai sistem masyarakat

iv.mengamalkan upacara perkuburan

A. i dan ii C. iii dan iv

B. ii dan iii D. i dan iv

7. Masyarakat Paleolitik dan Neolitik tinggal di dalam gua.

i. untuk berlindung daripada ancaman binatang buas

ii. untuk berlindung daripada fenomena alam seperti panas, hujan dan rebut

iii. untuk memudahkan mendapat bahan seperti batu untuk membuat peralatan

harian

iv. untuk memudahkan mendapat bekalan makanan dan minuman

A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv

B. i. ii dan iv D. ii, iii dan iv

8. Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua. Kerajaan tersebut

ialah kerajaan

i. kerajaan Funan

ii. kerajaan Angkor

iii. kerajaan Majapahit

iv.kerajaan Srivijaya

A. i dan ii C. iii dan iv

B. ii dan ii D. i dan iv

9. Antara contoh-contoh kerajaan Agraria ialah

i. kerajaan Funan

ii. kerajaan Angkor


3
iii. kerajaan Majapahit

iv.kerajaan Srivijaya

A. i dan ii C. iii dan iv

B. ii dan iii D. i dan iv

Soalan 10 berdasarkan pernyataan dibawah

Kesultanan Melayu Melaka

diasaskan oleh Parameswara

disekitar Tahun 1400

10. Parameswara merupakan putera raja dari

A. Siam

B. Temasik

C. Palembang

D. Majapahit

11. Pembunuhan Temagi oleh Parameswara menyebabkan kerajaan Siam ingin

menuntut bela. Mengapakah kerajaan Siam ingin menuntun bela?

A.Temagi merupakan putera raja Siam

B. Temasik berada dibawah kerajaan Siam

C. Parameswara enggan membayar ufti sebagai ganti rugi

D. Siam ingin meluaskan pengaruhnya ke Kepulauan Melayu

Soalan 12 berdasarkan soalan dibawah

Pokok api-api

Pokok bakau

12. Apakah kegunaan tumbuhan diatas kepada Melaka?


4
i. benteng pertahanan

ii. pelindung semula jadi

iii. untuk tujuan eksport

iv. bahan api

A. i dan ii C. iii dan iv

B. ii dan iii D. i dan iv

13. Parameswara telah membuat perancangan yang bijak untuk memajukan Melaka

melalui kegiattan perdagangan. Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat

di pelabuhan Melaka?

i. membaiki kapal

ii. kawasan rekreasi

iii. tenaga buruh

iv. tempat penginapan

A. i, ii dan iii C. i. iii dan iv

B. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

* Siam

* Majapahit

14. Kerajaan di atas merupakan musuh utama Melaka. Apakah tindakan yang diambil

oleh Parameswara untuk menjamin keselamatan Melaka daripada serangan

musuhnya?
5
A. mengambil askar upahan dari Jawa

B. menubuhkan angkatan laut yang kuat

C. membina kubu-kubu pertahanan yang kukuh

D. mengadakan hubungan diplomatik dengan China

Soalan 15 berdasarkan pernyataan di bawah

Parameswara merupakan seorang pemerintah

yang berwawasan dan bijak mengatur strategi

15. Apakah pernyataan yang menunjukkan pernyataan di atas benar?

A. berjaya mengelak ancaman musuh terutama Siam dan Majapahit

B. berjaya menubuhkan sebuah kerajaan di Temasik setelah membunuh Temagi

C. Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting

D. berjaya menumpaskan musuhnya di Keperluan Melayu

16. Selepas Temasik, tempat manakah yang disinggahi oleh Parameswara dan

pengikutnya sebelum membuka Melaka?

A. Majapahit

B. Muar

C. Palembang

D. Siam

Soalan 17 berdasarkan rajah di bawah

Hakim di darat

Pembesar X Ketua protikol istana

Penguasa bandar dan kota Melaka

17. Rajah di atas menunjukkan peranan Pembesar Berempat dalam sistem Pembesar 4

Lipatan. Pembesar X yang diimaksudkan ialah


6
A. Bendahara

B. Penghulu Bendahari

C. Temenggung

D. Laksamana

Soalan 18 berdasarkan senarai di bawah

* Pahang

* Kelantan

* Siak

18. Bagaimanakah ketiga-tiga wilayah diatas bernaung di bawah kerajaan Melaka?

A. perkahwinan diraja

B. campur tangan politik

C. secara sukarela

D. serangan keatas wilayah lain

Soalan 19 berdasarkan rajah di bawah.

1511

 Perpecahan masyarakat Melayu-Tamil Muslim


 Pergantungan kepada askar upahan
 Menerima rahsia pertahanan

19. Apakah yang dikaitkan dengan rajah di atas?

A. faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

7
B. faktor-faktor kedatangan imigran asing ke tanah Melayu

C. faktor-faktor yang mendorong British untuk menguasai Tanah Melayu

D. faktor-faktor perpecahan di Tanah Melayu

20. Semasa Tun Mutahir menjadi Bendahara Melaka, rakyat berpecah-belah dan tidak

bersatu-padu. Mengapakah hal yang sedemikian berlaku?

A. Tun Mutahir seorang pemimpin yang zalim

B. Tun Mutahir mengamalkan dasar pilih kasih

C. Tun Mutahir tidak fasih berbahasa Melayu

D. Tun Mutahir tidak mempedulikan masalah rakyat

21. Pada 25 Julai 1511, Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka. Apakah

faktor utama yang membawa kepada kejayaan tersebut?

A. askar Melaka berpaling tadah

B. mendapat maklumat pertahanan daripada si Kitol

C. mendapat bantuan daripada angkatan laut Melaka

D. berlaku pertelagahan dalam sistem pentadbiran Melaka

Soalan 22 berdasarkan rajah di bawah.

Menguasai perdagangan

Pedagang Portugis

22. Rajah di atas menunjukkan maklumat tentang tujuan kedatangan Portugis ke

Melaka. Apakah X ?
8
A. mencari perlabuhan baru

B. menentang kuasa barat lain

C. menentang agama Islam

D. mencari peluang perdagangan

23. Angkatan perang Johor berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641. Apakah faktor yang
mendorong kejayaan angkatan perang Johor?

A. mempunyai senjata yang moden

B. ramai pemimpin yang berkaliber

C. mendapat bantuan tentera Belanda

D. disokong oleh penduduk Melaka

24. Mengapakah Laksamana Tun Abdul Jamil dianggap sebagai orang yang paling berkuasa di Johor
pada tahun 1620-an?

A. bertindak sebagai pelantik dan pemangku raja

B. berjaya mengalahkan Portugis di Melaka

C. memajukan perdagangan Johor

D. menyekat perluasan Acheh

Soalan 25 berdasarkan maklumat di bawah.

 Ditulis oleh Tun Sri Lanang


 Sumber sejarah kerajaan Melayu

25. Maklumat di atas dikaitkan dengan sebuah karya yang dihasilkan pada zaman Kerajaan Melayu Johor.

Apakah karya tersebut?

A. Hikayat Hang Tuah

B. Tuhfat al Nafis

C. Sejarah Melayu

9
D. Misa Melayu

25

Nama:………………………………

Kelas:………………………

Bahagian B: Soalan Struktur

1. Apakah kaedah pengkajian sejarah?

I. _____________________________________

II. _____________________________________

III. _____________________________________

2. Nyatakan 3 zaman prasejarah di Malaysia

10
I. ______________________________________

II. ______________________________________

III. ______________________________________

3. Namakan 2 kerajaan awal di Asia Tenggara

I. ______________________________________

II. ______________________________________

4. Berikan 1 contoh kerajaan Maritim

I. ______________________________________

5. Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka

I. ______________________________________

6. Senaraikan faktor-faktor kegemilangan Melaka

I. ________________________________________________

II. ________________________________________________

III. ________________________________________________

IV. ________________________________________________
15
V. ________________________________________________ 1

11
12

You might also like