You are on page 1of 3

SUMBING BIBIR DAN SUMBING LELANGIT 

Apakah sumbing Bibir dan sumbing Lelangit?


Sumbing bibir ialah rekahan pada bibir atas.Sumbing Lelangit ialah rekahan pada garis
tengah lelangit.

Bagaimanakah kecacatan boleh terjadi?


Keadaan disebabkan oleh suatu rekahan (fisur) pada garis tengah lelangit akibat dari
kegagalan kedua-dua sisi bercantum semasa perkembangan janin pada usia 3 bulan dalam
kandungan.

Sebab-sebab

• Tidak diketahui
• Keturunan(30% mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan yang sama)
• Keadaan sifat baka (dengan kecacatan kelahiran lain)
• Agen keracunan ( ubat,jangkitan viral,racun yang dihasilkan oleh organisma hidup
semasa mengandong)

Adakah perbezaan diantara kedua jenis sumbing?


Sumbing bibir dan sumbing lelangit boleh terjadi secara berasingan atau kedua-duanya sekali.

Berapa kerap ia terjadi?


Sumbing bibir dan Sumbing bibir/lelangit terjadi anggaran 1 dalam 1000 kelahiran. Sumbing
lelangit sahaja anggaran 1 dalam 2000 kelahiran.

Apakah komplikasi sumbing bibir dan sumbing lelangit ?


1. Masalah penyusuan
2. telinga bernanah
3. Masalah pertuturan
4. Pertumbuhan gigi tidak normal
5. Masalah kecantikan (Cosmetic problem)
6. Kesan psikologi (Psychological effect)
1. Masalah penyusuan
o Bayi tidak menyusu secukupnya kerana pembentukan mulut yang tidak
sempurna. Masalah bergantung pada keterukan sumbing.

Penyelesaian: Mengalakkan penyusuan susu ibu secara langsung.Jika bayi


tidak dapat berbuat demikian ‘,beri perahan susu ibu atau susu formula dengan
sudu.

o Mereka menelan lebih udara semasa penyusuan, susu mudah masuk melalui
hidung atau telinga dalam.

Penyelesaian : Dudukan bayi secara menegak semasa dan selepas penyusuan.


Sendawakan bayi selepas penyusuan.

2. Penyakit Telinga
o Mudah mendapat jangkitan telinga dan pengumpulan air di bahagian telinga
tengah. Memberi kesan pada pendengaran bayi.
Penyelesaian: Air yang terkumpul ini perlu dikeluarkan menggunakan teknik
“ear weaking” dan jangkitan dirawat sebaiknya.
o Hilang pendengaran.(gejala jangkitan telinga)
Penyelesaian: Menghadiri temujanji untuk penilaian di klinik ENT.

3. Perkembangan Pertuturan
o Otot lelangit bagi kanak-kanak sumbing lelangit , tidak berfungsi dengan
sempurna. Jadi mereka mempunyai “hypernasal speech” dan pertuturan tidak
fasih.
o Kurang pendengaran juga menghalang perkembangan pertuturan

Penyelesaian: Proses penyelesaian:Sesi Terapi Pertuturan dan mengikuti ujian


pendengaran secara berkala

4. Pertumbuhan gigi.
o Kanak-kanak dengan kecacatan pada gusi atas/lelangit mempunyai bentuk gigi
yang tidak normal atau tiada gigi.

Penyelesaian: Jumpa Doktor Gigi pada umur muda atau sebelum gigi
tumbuh.Penjagaan mulut yang baik.Rawatan Orthodontik (pembetulan
terhadap gigi yang tidak betul)

5. Masalah kecantikan (Cosmetic problems)


o Kesan rawatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan ketidakpuasan
kepada pesakit
6. Kesan Psikologi (Psychological impact)
o Kombinasi banyak masalah yang melibatkan
pertuturan,pendengaran,pergigian dan masalah kosmetik menyebabkan kurang
keyakinan diri dan lain – lain kesan PSIKOLOGI .

Rawatan
Melibatkan rawatan dari berbagai disiplin.termasuklah Pakar pembedahan plastic,Pakar
pembedahan Otolaryngologikal (ENT),doctor gigi (dentist),Orthodontist (Pakar dalam
pembentukan gigi)???, Audiologist (Pakar pendengaran dan pakar Terapi pertuturan). Serta
kakitangan kesihatan.

Rawatan Pembedahan Pembedahan Sumbing bibir boleh dilakukan pada umur 3 bulan.

Pembedahan Sumbing lelangit biasanya dilakukan diantara umur 6 bulan hingga satu
tahun.Kemungkinan bone graft (pemindahan tisu tulang ) akan di lakukan
kemudian.Pembedahan pembetulan rahang (tulang mulut dan dagu) juga di perlukan bila
umur meningkat.

Pencegahan
• Dapatkan nasihat doktor berkenaan risiko berulang pada kehamilan berikutnya
• Semasa hamil jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor.

Rehabilitasi (Pemulihan)
• Terapi Pertuturan
• Rawatan Orthodotik (rawatan pembentukan gigi)

Kumpulan sokongan
CLAPAM (Cleft Lip and Palate Association of Malaysia)
No. 121 Lot 4 - 46A
4th floor Wisma Central
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel/fax: 03-21621445
e-mail : clapam@tm.net.my

Semakan akhir : 14 Julai 2006

You might also like