You are on page 1of 17

Peristiwa Penting

Januari 1946

Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang
berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang
asing dengan syarat yang mudah.

3 Januari 1946

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.

4 Mac 1946

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di


Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah
pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan
untuk menubuhkan satu badan bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

29 dan 30 Mac 1946

Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union.

1 April 1946

Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor.
Hak-hak orang Melayu diketepikan.

11 dan 12 Mei 1946

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam
UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
atau United Malays National Organization (UMNO). Dato Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang
DiPertua.

29 dan 30 Jun 1946

Mesyuarat Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab
(Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera UMNO.
27 dan 28 Julai 1946

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera
UMNO.

10-12 Januari 1947

Mesyuarat Agung UMNO di Alor Setar, Kedah membincangkan Rang Undang-undang


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan contoh perjanjian negeri-negeri Melayu telah
disusun oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotaiseramai 12 orang.

11- 13 Mei 1947

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kota Bharu, Kelantan berdebat mengenai perlunya parti
menubuhkan cawangan di seluruh negara dan tidak hanya sebagai gabungan persatuan-
persatuan Melayu sahaja. Dato Haji Abdul Wahab meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung
UMNO dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin bin Abas.

2 – 4 September 1947

Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Johor Bahru mengadakan ketetapan mewujudkan derma
pelajaran kepada anak-anak Melayu.

21 Januari 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di Kings House,
Kuala Lumpur.

1 Februari 1948

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya


pemerintahan Malayan Union.

28 dan 29 Mei 1949

Persidangan Majlis Agung UMNO di Balai Rong, Arau, Perlis telah memutuskan satu
perlembagaan baru membolehkan orang perseorangan mendaftar terus dan UMNO tidak lagi
terdiri daripada pertubuhan yang bergabung dan sebagainya. Dengan itu juga, struktur
pentadbiran UMNO berubah menjadikannya empat peringkat iaitu Pusat, Negeri, Bahagian dan
Cawangan. Terdapat tiga pertubuhan yang tidak bersetuju dengan perubahan untuk menjadi
Ahli Bergabung dengan UMNO.

25 Ogos 1949

Perhimpunan Agung Kaum Ibu UMNO diadakan di Butterworth, satu badan yang dikenali
sebagai Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim
Rashid telah dipilih sebagai Ketua. Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, nama badan
tersebut ditukar kepada Pergerakan Wanita.

26 Ogos 1949

Persidangan Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn
sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda dan Dato Onn Jaafar sebagai Penasihat.
Mengikut Pindaan Perlembagaan 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda. Keputusan untuk
menubuhkan sebuah Pergerakan Pemuda sebenarnya telah ditetapkan di dalam Undang-
undang tubuh UMNO yang diluluskan pada 29 Mei 1946.

20 Februari 1950

UMNO menganjurkan perjumpaan alim ulama Se-Malaya di Muar, Johor bagi memperjuangkan
soal-soal keagamaan yang akan dibuat melalui UMNO.

11 Jun 1950

Cadangan Kerakyatan Communities Liaison Committee (CLC) diterima. Persidangan yang


berlangsung di Kuala Lumpur ini telah menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kecaman dan
tuduhan berat terhadap Dato Onn bin Jaafar berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC.
Bagamaimanapun cadangan kerakyatan diterima dengan pindaan berikut: Menambah syarat-
syarat kelahiran ibu/bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-negeri Melayu untuk
menjadi rakyat Raja Melayu. Mereka yang tidak lahir di sini boleh memohon tetapi jika ada bukti
telah menetap di sini dalam tempoh yang tertentu tanpa putus-putus dan sanggup mengangkat
sumpah taat setia kepada Raja Melayu.

12 Jun 1950

Dato Onn yang kecewa dengan sikap ahli-ahli UMNO terhadapnya telah meletakkan jawatan
sebagai Yang DiPertua pada hari kedua Persidangan.

20 Julai 1950

Satu rombongan dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian UMNO dan penduduk kampung telah
berarak ke rumah Dato’ Onn di Johor Bahru untuk memujuk beliau menyertai semula UMNO.
Beliau bersetuju memimpin UMNO semula dengan syarat beliau tidak dikecam lagi.

27-29 Ogos 1950

Pada Persidangan tahun ke-5, Dato Onn bin Jaafar telah diberi sambutan yang meriah dan
beliau memegang semula jawatan Yang DiPertua. September 1950 Cadangan UMNO
mengenai Rakyat diluluskan dan dihantar kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri-
negeri Melayu. Ia telah menjadi asas kepada Undang-undang Kerakyatan 1951.

4 Februari 1951

Seorang wakil dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencadangkan agar slogan Hidup
Melayu ditukarkan kepada Merdeka, sewaktu Persidangan Agung UMNO di Istana Iskandariah,
Kuala Kangsar, Perak diadakan.

23 dan 25 Mac 1951

Persidangan Agung UMNO Setengah Tahun diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur telah
meluluskan slogan Merdeka sebagai seruan rasmi UMNO.

Jun 1951

Pada November 1950, Dato Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian
UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan
Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan
baru dalam politik yang bersifat Malayan. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri
telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin meMalayankan Tanah
Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi
penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato
Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama
ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.
25 dan 26 Ogos 1951

Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato Onn bin Jaafar
mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipujuk
untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad,
manakala Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.

8 Januari 1952

UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi
menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.

23 Ogos 1953

Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-


langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan.

1 Februari 1954

Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak
bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan
pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka
Presiden MIC, K.L. Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian
ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April
1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti
rakan dalam Perikatan. Perikatan mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu dan menjadikan
usaha menuntut kemerdekaan lebih lancar.

27 Julai 1955

Pilihan Raya Persekutuan diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan Perikatan


memenangi 51 kerusi.

31 Julai 1955

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri
dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan. Pembukaan
rasmi Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman) Kuala Lumpur oleh Sultan
Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan.

26 dan 27 Disember 1955

Dalam Persidangan Agung UMNO, Usul Pergerakan Pemuda mahukan tarikh kemerdekaan
Malaya dipercepatkan kepada 31 Ogos 1957 telah diluluskan. Sebelum itu Tun Sardon telah ke
Pulau Pinang menemui Haji Ahmad Badawi di rumahnya di Kepala Batas. Turut berada di situ
ialah Haji Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi) yang
merupakan seorang ahli falak, dan beliau telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa
kemerdekaan negara tidak boleh dilewatkan bagi mengelakkan pelbagai angkara dari berlaku
dan memberi tarikh tersebut sebagai tarikh Kemerdekaan.

1 Januari 1956

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Dato Hussein, Tun Dr. Ismail Dato Abdul
Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain
bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.

31 Ogos 1957

Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana
Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

19 Ogos 1959

Pilihanraya Umum yang pertama selepas Merdeka bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat.
UMNO memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar.

27 Mei 1961

Tunku Abdul Rahman Putra menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran
Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura.

4 November 1961

Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur. Persidangan ini
mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia.

21 Jun 1962

Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju
menyertai Malaysia.

23-25 Jun 1962

Konvensyen Pergerakan Permuda UMNO diadakan bagi menyatukan tenaga Pemuda dalam
memelihara masa depan negara.

25 April 1964

Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua
diadakan. Dalam pilihanraya ini UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang
dipertandingkan.

20 Mei 1964

Majlis Kerja Tertinggi UMNO membincangkan soal mengembangkan UMNO ke Sabah dan
Sarawak.

2 Mac 1965

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan susunan pentadbiran Pergerakan


Pemuda dan Pergerakan Kaum Ibu UMNO diselaraskan dengan pentadbiran UMNO Malaysia.

10 Mei 1969

Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan. UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang
dipertandingkan dan dalam pilihanraya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi.

13 Mei 1969

Peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat
(MAGERAN) bagi mengamankan keadaan.
22 September 1970

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh
Tun Abdul Razak Dato Hussein sebagai Perdana Menteri yang baru.

23 dan 24 Januari 1971

Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel, Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang DiPertua UMNO dan Tun Haji Abdul Razak Dato
Hussein telah dipilih sebagai Yang DiPertua UMNO yang baru.

Februari 1971

Parlimen dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru
serentak dengan Rancangan Malaysia ke-2 diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan Perlembagaan
Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan.

11 Mei 1971

Perayaan 25 tahun UMNO disambut secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

1 Januari 1973

Penubuhan rasmi kerajaan Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat.

2 Ogos 1973

Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman, Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia dan
Tun Hussein Onn memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

13 Ogos 1973

Rombakan kecil kabinet berikutan dengan kematian Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman, Tun
Hussein Onn dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Ghazali Shafie sebagai
Menteri Dalam Negeri.
17 Januari 1974

Perjumpaan antara beberapa buah parti dalam kerajaan campuran bagi membincangkan
pelaksanaan konsep Barisan Nasional.

1 Jun 1974

Barisan Nasional didaftarkan secara rasminya.

23 Ogos 1974

Pilihan Rraya umum ke-4. Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi
Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang diperuntukkan
iaitu sebanyak 61 kerusi.

30 November 1975

Sidang Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memberi kepercayaan kepada Dato Harun
Idris selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

14 Januari 1976

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein meninggal dunia di London kerana penyakit
leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn
mengantikanbeliau sebagai Perdana Menteri dan Pemangku Presiden UMNO.

5 Mac 1976

Pembentukan kabinet baru Tun Hussein Onn. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri.

17 Disember 1977

PAS terpecat dengan sendirinya dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang
Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan.

8 Julai 1978
Pilihanraya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 kerusi daripada 74 kerusi yang
dipertandingkan.

11 Mac 1978

Pilihanraya Negeri Kelantan diadakan setelah pemerintahan darurat ditamatkan. Barisan


Nasional berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959.

15 September 1978

Perhimpunan Agung UMNO di Hotel Hilton, Kuala Lumpur telah memilih Tun Hussein Onn
sebagai Presiden UMNO dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Presiden.

30 Mei hingga 1 Jun 1980

Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO diadakan di Kuala Lumpur bagi merumuskan
langkah-langkah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan
perdagangan.

15 Mei 1981

Tun Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO.

Jun 1981

Perhimpunan Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
dipilih sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan
Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.

22 April 1982

Dalam Pilihan Raya Umum yang ke-6, Barisan Nasional telah menang besar dengan
memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO
memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan.

9 September 1982
Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. Dato Seri Anwar Ibrahim menewaskan Dato Haji Suhaimi Kamaruddin dengan
kelebihan 10 undi, bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

25 Januari 1984

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju USNO dipecat daripada Barisan Nasional kerana menentang
tindakan menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.

26 September 1985

Perasmian Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra, di
Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad.

29 Februari 1986

Dato Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan
Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato Seri
Dr. Mahathir Mohamad.

29 Februari 1986

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO membincangkan perletakan jawatan Dato Musa Hitam
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat
bersetuju memujuk Dato Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.

7 Mei 1986

YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan
Dato Musa Hitam.

3 Ogos 1986

Pilihan Raya Umum yang ke-7, peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung).
Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO
memenangi 83 kerusi daripada 86 kerusi yang diperuntukkan.
24 April 1987

Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 1987, di mana Dato Seri
Dr. Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan majoriti 43 undi bagi
jawatan Presiden. YAB Encik Ghaffar Baba pula menewaskan Dato Musa Hitam dengan majoriti
40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

25 Julai 1987

Kumpulan 12 ahli UMNO (kemudian seorang menarik diri) mengemukakan saman di


Mahkamah Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak
sah.

4 Februari 1988

Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima
wakil dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa Bahagian
sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.

13 Februari 1988

Permohonan bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

16 Februari 1988

UMNO secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional.

28 Januari 1989

Pilihan Raya kecil bagi kawasan Parlimen Ampang Jaya, calon BN dari MCA, Ong Tee Kiat
menewaskan calon Semangat 46 iaitu Dato Harun Idris.

29 Mei 1990

Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn meninggal dunia di San Francisco kerana sakit
jantung dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
21 Oktober 1990

Pilihan Raya Umum yang ke 8, diadakan dan Barisan Nasional memenangi 127 kerusi daripada
180 kerusi yang dipertandingkan. UMNO memenangi 71 daripada 86 kerusi yang
diperuntukkan.

6 Disember 1990

Perdana Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya dikebumikan di Makam DiRaja Alor Setar,
Kedah.

21 Februari 1991

Presiden UMNO , Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan UMNO Sabah dan
YAB Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang
pertama.

15 Oktober 1993

YAB Encik Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

4 November 1993

Perhimpunan Agung UMNO 1993, Dato Seri Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai
Timbalan Presiden UMNO, kemudian pada 1 Disember 1993 dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri. April 1995 Pilihanraya Umum yang ke-9, UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen
daripada 102 kerusi yang dipertandingkan.

5 September 1997

Perhimpunan Agung Khas UMNO telah mencadangkan agar perkataan Baru pada Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) dimansuhkan. Dengan itu nama yang diguna pakai ialah
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

2 September 1998
Mesyuarat Majlis Tertinggi telah memecat Dato Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah guna
kuasa dan perlakuan sumbang oleh mahkamah.

2 Januari 1999

Naib Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri.

November 1999

Pilihan raya Umum yang ke-10, UMNO memenangi 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi
yang dipertandingkan.

11 Mei 2000

Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih tanpa
bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Oktober 2000

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang dianggotai oleh
ahli-ahli yang tidak mempunyai kepentingan tertentu dalam politik.

12 Januari 2001

Tokoh veteran UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai Pengerusi Lembaga
Disiplin UMNO yang baru ditubuhkan.

8 Februari 2001

Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS mencadangkan tarikh 19 Februari 2001 sebagai tarikh


pertemuan kedua-dua parti tersebut. Dalam pertemuan ini, setiap parti akan diwakili oleh enam
orang ahli yang diketuai oleh Presiden parti.

16 Februari 2001

Jawatankuasa Teknikal UMNO-PAS bermesyuarat. PAS mengenakan tiga tuntutan untuk


merialisasikan pertemuan ini iaitu: i – mengembalikan royalti minyak (wang ihsan) Kerajaan
Terengganu yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. ii – membenarkan penerbitan akhbar
rasmi parti Harakah dua kali seminggu dan menolak cadangan UMNO untuk membuang
perkataan Islam dalam parti politik. Bagi pihak UMNO, pertemuan UMNO-PAS tersebut hanya
tertumpu kepada kepentingan orang Melayu yang terbahagi kepada empat agenda seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu: i – Hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan ii – Agama Islam sebagai agama rasmi, dan; iii – Status
Raja-raja Melayu Pertemuan UMNO-PAS gagal dilaksanakan pada tarikh yang dicadangkan
dan ditangguhkan.

30 Mac 2001

Azalina Dato Othman Said dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri UMNO, dengan dianggotai oleh
20 orang Jawatankuasa Penaja. Tujuh orang daripadanya dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi
manakala 13 orang yang lain dipilih melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri.

27 Julai 2001

Sekretariat bebas ditubuhkan bagi meneliti rayuan ahli-ahli UMNO berkaitan tindakan disiplin
yang dikenakan terhadap mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sekretariat panel rayuan ini
diketuai oleh Datuk Mohd. Zuki Kamaluddin.

10 Mei 2002

Majlis Tertinggi UMNO bersetuju supaya Ketua Puteri UMNO diiktiraf sebagai salah seorang
Naib Presiden UMNO setaraf dengan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda
kerana mereka juga adalah sebagai sayap UMNO.

22 Jun 2002

Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas diadakan bagi: i – membincangkan pengumuman Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad yang meletak semua jawatan dalam parti dan kerajaan serta mencari jalan
bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berikutan pengumuman perletakan jawatan
tersebut. ii – bersetuju meminta semua Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri supaya
memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai senario sebenar dan menyetujui bahawa
Dato Seri Dr. Mahathir akan kekal memegang semua jawatan seperti biasa.

25 Jun 2002
Majlis Tertinggi menghormati hasrat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk melepaskan
jawatan dalam parti dan kerajaan pada Oktober 2003 dan menyokong rancangan peralihan
kuasa yang digariskan.

3 Ogos 2003

Presiden UMNO Dato Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Puteri UMNO di
Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

31 Oktober 2003

Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Perdana
Menteri dan Bendahari UMNO. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyandang jawatan
sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

21 Mac 2004

Pilihan raya umum ke-11. UMNO memenangi 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang
dipertandingkan. Ia adalah pencapaian paling cemerlang Barisan Nasional dalam sejarah
pilihan raya.

16 September 2004

Majlis Tertinggi sebulat suara bersetuju menutup pintu terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan
menolak sebarang usaha untuk membawanya kembali ke dalam parti.

23 September 2004

Perhimpunan Agung UMNO 2004 memilih Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai
Presiden UMNO dan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden. 3

Disember 2004

Majlis Tertinggi menolak cadangan untuk menubuhkan Pergerakan Veteran UMNO sebagai
sayap baru parti tetapi bersetuju supaya ia hanya berbentuk Kelab Veteran UMNO bagi
membolehkan golongan tersebut terus menyumbang kepada parti
5 Februari 2005

Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menetapkan sasaran membentuk
personaliti Melayu Unggul (Towering Malays) dalam Majlis Amanat Presiden yang diadakan di
Dewan Merdeka, PWTC.

25 Mac 2005

Majlis Tertinggi meluluskan penubuhan Putera UMNO sebagai satu gerakan baru Pemuda ke
arah memantapkan lagi perjuangan parti dan ia lebih bersifat kepada aktiviti sosial.

11 Mei 2005

Presiden UMNO Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan 11 Mei sebagai Hari
UMNO dan dalam majlis yang sama Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Ismail dipilih
sebagai penerima anugerah Melayu Terbilang.

19 Jun 2005

Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merasmikan penubuhan Putera
UMNO, di Stadium Hang Tuah, Melaka. 21 Januari 2006 Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi melancarkan kempen penambahan ahli baru yang dinamakan Keluargaku
Ahli UMNO di Dewan Merdeka, PWTC. Kempen ini mensasarkan peningkatan bilangan ahli
sebanyak 10 peratus atau 330,000 anggota baru menjelang pertengahan tahun 2006 dengan
menekankan kualiti ahli dan menggunakan kekuatan hubungan kekeluargaan ahli UMNO
sendiri.

23 April 2006

Mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah dalam usia
81 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang kerana komplikasi
jantung, paru-paru dan buah pinggang. Allahyarham mengabdikan hampir seluruh hidupnya
dalam perjuangan politik tanah air termasuk menentang perjuangan menuntut kemerdekaan
sekitar tahun 1940-an. Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

You might also like