You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID


ALOR SETAR

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-32

Tarikh : 14 Ogos 2008


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Iskandar, kolej Sultan Abdul Hamid

Agenda 1 – Ucapan Yang Dipertua PIBG ( Tn. Hj. Mohd Fakharuddin Abdullah )

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru.

1.2 Memohon maaf kepada ibu bapa kerana menunda mesyuarat disebabkan banyak aktiviti
telah dijalankan sempena perayaan 100 tahun KSAH.

1.3 Terima kasih kepada pengetua, pihak PIBG dan guru-guru kerana pengurusan yang
cemerlang sepanjang tahun ini contohnya kejayaan mengadakan Forum Perdana pada 24
Julai 2008 yang bertempat di Masjid Zahir, perayaan !00 tahun KSAH dan sebagainya.

1.4 Peranan PIBG dalam membantu aktiviti sekolah dari segi akademik, sukan, kewangan
dan sebagainya.

1.5 Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi satu bilik kepada PIBG dan terima
kasih juga kepada pengetua kerana begitu prihatin kepada PIBG kerana memberi
tambahan bilik yang terletak di sebelah kantin.

1.6 Menyeru kepada ibu bapa yang ingin memberi cadangan mahu pun aduan kepada PIBG
di bilik tersebut.

1.7 Memohon kepada sesiapa yang menerima atau menawarkan diri untuk pencalonan ahli
jawatankuasa PIBG yang baru supaya lebih komited untuk kecemerlangan sekolah.

1.8 Berharap supaya semua pencalonan ahli jawantankuasa yang baru dapat bekerja secara
sukarela dan memeberi komitmen yang sepatutnya kepada PIBG sekolah sekiranya
dicalonkan dalam PIBG.

Agenda 2 – Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Yang DiPertua membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu yang telah diadakan
pada 24 Mei 2007.

2.2 En.Yahya Ramli mencadangkan minit mesyuarat disahkan.


2.3 En. Azizan menyokong pengesahan minit mesyuarat.

Agenda 3 – Membentang Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2008/2009

3.1 En. Anas ( Setaiusaha ) membentang Laporan Aktiviti PIBG bagi sesi 2007/2008 seperti
yang terdapat dalam buku laporan mesyuarat.

Agenda 4 – Membentang Penyata Kewangan Yang Berakhir Pada 31 Disember


2007

4.1 En. Omar ( Bendahari ) membentangkan Penya Kewangan PIBG KSAH yang berkahir
31 Disember 2007.

4.2 Disahkan : Encik Abu Wahab Mat Isa

4.3 Disokong : Puan Rokiah Kadir

Agenda 5 – Membahaskan Usul-usul

5.1 Yang DiPertua membentangkan usul daripada Ahli Jawatankuasa PIBG seperti yang
terkandung dalam buku mesyuarat.

5.2 Encik Ramli Lim mencadangkan agar meningkatkan kawalan berikutan seringkali
terjadinya kes kehilangan barang-barang pelajar.

5.3 Pn. Azizah Muhd. Ali mencadangkan supaya tandas pelajar dibaikpulih dengan segera
seperti kunci pintu tiada dan pam tandas tidak berfungsi.

5.4 Tn Hj. Ismail Mustapha mencadangkan masa belajar ditingkatkan.

5.5 Pihak pengurusan sekolah pula memohon penambahan kutipan PIBG ( tambah
peruntukan ).

Agenda 6 – Ucapan Penangguhan

6.1 Tuan Pengetua memberi maklum balas bagi kesemua cadangan yang dikemukakan.

i. Sebelum tahun 2008, pihak sekolah membuat kutipan yang dinamakan yuran.
Akan tetapi, selepas 2008, pihak sekolah tidak boleh mengutip yuran lagi.
Sungguh pun begitu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi pihak
sekolah mengutip wang yang kini dipanggil bayaran tambahan.
Kategori Sekolah A : Sekolah dalam bandar – Pakej A
Kategori Sekolah B : Sekolah pinggir bandar – Pakej B
Kategori Sekolah C : Sekolah luar bandar – Pakej C

ii. Bagi KSAH, bayaran tambahan yang dikenakan ialah sebanyak RM55.50 sama
dengan kutipan tahun 2009.

6.2 Yang DiPertua Mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua mengenai penjelasan
kepada ibu bapa dan waris serta guru-guru tentang kandungan atau tujuan kutipan PIBG.

Agenda 7 – Pemilihan dan Pencalonan Baru Ahli PIBG KSAH

7.1 Yang DiPertua membuka pemilihan kepada umum.

7.2. Jawatan Yang Dipertua

Tn Hj Mohd Fakharuddin B Abdullah – menang tanpa bertanding.

7.3. Jawatan Timbalan Yang DiPertua ;

Calon : En. Azhar Pakwanteh


Dicadang : Encik Yahya
Disokong : Puan Salasimah

Keputusan : En. Azhar Pakwanteh

7.4. En. Azhar Mohd. Hasim mencadangkan supaya mengekalkan semua ahli PIBG
2077/2008.

7.5. Disokong : En. Yahya Ghani

7.6. Ybh Dato’ Kaka Singh memohon jasa baik yang hadir untuk mengecualikan beliau dan
beberapa orang iaitu Dr. Mohd. Riduan Abdullah, En. KM Ramasamy dan Pn. Hjh
Fatimah Mohamed daripada menjadi AJK PIBG 2008/2009.

7.8. Majlis bersetuju dengan pemintaan Yab Dato’ Kaka Singh

7.7. Jawatan Ahli Jawatankuasa Waris ;

i. Calon : Tn Hj Ismail Mustapha


Dicadang : Mohd Ramli
Disokong : Encik Isham
ii. Calon : Encik Azhar Hasihm
Dicadang : Encik Azaruddin
Disokong : Encik Mohd. Ghoth

iii. Calon : Encik Mohd. Fathmi


Dicadang : En Ramli
Disokong : Tn Hj Mohd Fakharuddin

iv. Calon : Encik Jibeng Hanafi


Dicadang : Encik Asri
Disokong : Puan Norma Mat Isa

v. Calon : Puan Azizah Mohd. Ali


Dicadang : Puan Rogayah Zakaria
Disokong : Puan Nazimah Abdul Rahman

7.8. En. Mohd. Fathmi menarik diri disebabkan ada komitmen yang lain.

7.9. Encik Jibeng juga turut menarik diri untuk memberi laluan kepada orang lain.

7.10. Ahli Jawatankuasa Waris yang baru :

i. Tn Hj Ismail Mustapha
ii. Encik Azhar Hashim
iii. Puan Azizah Mohd. Ali

7.11. Yang DiPertua mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatngan AJK baru.

7.12. Pencalonan Juru Audit 2008/2009 :


- mencadangkan supaya dikekalkan juru audit 2007/2008.

Agenda 8 – Ucapan Oleh AJK PIBG 2008/2009

8.1 Ucapan oleh Timbalan Yang DiPertua 2008/2009 – En. Azhar B Pakwanteh

i. Terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris serta guru-guru dan berharap
dapat membantu PIBG KSAH.

8.2 Ucapan oleh AJK waris 2008/2009

i. Ucapan oleh Encik Azhar Hashim.

- teima kasih atas pemilihan beliau dan berharap dapat menjayakan aktiviti
KSAH.
ii. Ucapan oleh Tn Hj Ismail Mustapha

- Terima kasih kepada semua dan berharap semua ibu bapa dan waris serta guru
dapat member kerjasama kepada PIBG KSAH.

iii. Ucapan oleh Puan Azizah Mohd. Ali

- Terima kasih kerana pencalonan AJK dan berharap mendapat kerjasama


daripada semua ibu bapa dan waris serta guru.

8.3 Yang DiPertua mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG 2007/2008 dan terima
kasih juga kepada ahli AJK yang baru kerana sanggup menawarkan diri untuk membantu
meningkatkan prestasi KSAH. Ucapan terima kasih juga kepada semua kerana sudi hadir
dan menjayakan mesyuarat dengan lancer.

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang.

Disediakan oleh Disahkan oleh

……………………………… ................................................................………
( ANAS B ISHAK) (TN HJ MOHD. FAKHARUDIN B ABDULLAH)
Setiausaha Kehormat Yang DiPertua
Persatuan Ibu bapa dan Guru Persatuan Ibu bapa dan Guru
Kolej Sultan Abdul Hamid Kolej Sultan Abdul Hamid

Tarikh :

Cadangan disahkan : ………………………………….


Penyokong : ………………………………….

You might also like