You are on page 1of 17

Tunku Abdul Rahman

Bapa Kemerdekaan . Bapa Malaysia

Nama : Fong Jia Yuan


Leong Charr Er
Tan Chung Kuoon
Tingkatan: 4sc5
PENDAHULUAN

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,
lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja
merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping
memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah
sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang
pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai
seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta
kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui
perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara
jiran. kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum
yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku
telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk
negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas
kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga
digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah
dikenali umum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tunku adalah seorang ahli kebangsaan yang tidak ada tolok bandingannya. Sumbangan dan
pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara ini sewajarnya diambil ikhtibar dan
diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang. Beliau harus diberi penghargaan yang tinggi
atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai seorang manusia, seorang negarawan, seorang pembela
bangsa Melayu, seorang yang bertimbang rasa terhadap rakyatnya khususnya orang-orang bukan
Melayu dan kesabaran serta penderitaan yang beliau alami sepanjang menjadi pemimpin negara. Nama
Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam sejarah lipatan kemerdekaan negara ini.
Sehingga kini dan untuk selama-lamanya rakyat negara ini akan terus menganggap beliau sebagai
seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat.
Latar Belakang Keluarga

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-
Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau
dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku
Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit
malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan
rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura
ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin
dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten
Francis Light, seorang Inggeris.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid.
Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku
kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang
saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya
di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab
yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab
perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak
angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang
yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang
cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Latar Belakang Pendidikan


Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,
Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang
guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke
sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di
sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.

Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat
(Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang
Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif,
beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan
penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan
Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar
aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat
British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang
pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai
Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang
berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir),
H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah).
Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28
kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki
peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan
bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada
tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus
semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas
pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun
berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat
British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung
pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke
Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada
1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan
Kedah.

Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya
yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi
beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan.
Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama
dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya
di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku
Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal
pengganti Sultan Kedah.

Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf
baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera
Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku
kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang
pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh
itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk
Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai
setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut
kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti
Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa
yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih
sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang
beliau memegang sehingga 1976.

Sumbangan Kepada Negara

BIDANG PENULISAN
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian orang
ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara ketika berumur 85 tahun, beliau masih bergiat cergas malah
semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I See It dalam akhbar The
Star. Sepanjang 16 September 1974 sehingg 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53
artikel dalam ruangn Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkn buku beliau yang
pertama, iaitu May 13, Before and After. Selepas itu, beliau meneruskan penulisannya dalam akhbar The
Star melalui ruangan baru, iaitu As I See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah
berkenaan masyarakat dan menghasilkan Viewpoints (1970), Looking Back (1977), As Matter of Interest
(1981), Something to Remember (1983), Less We Forget dan Contemporary Issuus n Malaysia Politics
(1984), Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut adalah tentang
isu-isu semasa.

KESENIAN

Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayan negara. Sebelum menjadi Perdana
Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayan. Pada 27 Ogos hingga 30
Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia
Tenggara dengan tujuan menonjolkan Kebudayaan Melayu di mata dunia. Tunku telah menghasilkan
tiga karya yang kemudiannya difilemkan, iaitu “Mahsuri”, “ Raja Bersiung” dan “ Sumpahan Mahsuri”.
Filem Malaysia yang ditayangkan adalah untuk mengutip derma bagi tabung Tugu Peringatan Rosli
Dhobie.

PERINGKAT ANTARABANGSA
Tunku memang memasuki arena politik jauh lebih lewat daripada Soekarno. Malah
bolehlah dikatakan bahawa Tunku sebagai seorang new comer dalam arena ini jika dibandingkan
dengan Soekarno. Sungguhpun demikian ternyata tunku masih juga dapat bercatur politik di
arena antarabangsa dengan cepatnya, dan pada ketika-ketikanya lebih mengagumkan, khususnya
apabila Tunku menonjolkan isu anti Apartied Afrika Selatan di persidangan komanwel. Dengan
pengusiran Afrika Selatan daripada pertubuhan tersebut, maka seluruh dunia mengutuk dasar
Afrika Selatan. Dengan isu tersebut Tunku menaiki tangga kejayaan politik dunia sehingga
Tunku dapat meletakkan nama negara Malaysia di peta dunia. Di sesetengah negara, khasnya di
Benua Afrika dan Asia Barat, nama Tunku memang cukup dikenali sebagai seorang hero dan
wira menentang perbezaan warna kulit. Di sesetengah negara nama Tunku lebih dikenali
daripada negara ini sendiri.

Dalam perjuangan menentang perbezaan warna kulit, rasanya seorang pun dalam zaman
politik moden ini tidak dapat dibandingkan dengan Tunku. Presiden Abraham Lincoln membuat
peristiharan pembebasan abdi di Amerika Syarikat dalam tahun 1863 dan peristiharan itulah
yang menjadikannya sebagai negarawan dunia, sedangkan Tunku Abdul Rahman pula dalam
tahun enam puluhan berjaya menyingkirkan Afrika Selatan daripada Komanwel kerana dasar
apartied negara tersebut. Dengan sikapnya itu, maka Tunku telah menjadi hero menentang
perbezaan wanra kulit dalam masa usia politiknya yang masih muda.

Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East Asian
States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thai. Pada 11 Julai 1962,
MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina dibentuk. Akan tetapi,
persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi dengan Indonesia dan
Filipinasebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut,
Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan Tanah
Melayu pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian
dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan dengan Filipina pada 3 Jun 1966. Beliau juga pernah
dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) olej Raja
Faizal dari Jeddah.

Tunku telah menunjukkan kebijaksanaan dan kehandalan beliau dalam memainkan


peranannya digelanggang politik antarabangsa dengan menimbulkan dan menarik pandangan
dunia pada sesuatu masalah yang besar yang mesti dihadapi bersama oleh seluruh kerajaan di
negara-negara di dunia ini. Salah satu daripada kejayaan-kejayaan Tunku ialah tindakan yang
keras dan tegas beliau dalam isu apartied. Langkah yang dipelopori oleh Tunku itu telah
disambut dengan hangat oelh negara-negara lain sehingga menyebabkan Afrika Selatan dipecat
daripada anggota Negara-Negara Komanwel. Setelah persoalan ini dibawa ke Bangsa-bangsa
Bersatu negara afrika Selatan telah dikecam dan dikutuk oleh semua negara yang berpegang
kepada hak-hak asasi manusia.

PERKEMBANGAN ISLAM
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita malah
mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran
Pertandingan Membaca Al-Quran. Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
pada Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya usaha gigihnya beliau berjay meletakkan PERKIM sebagai
sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. Tunku Abdul Rahman adalah
seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah
menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi
nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.

Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang
memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan Bangsa-bangsa
Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan
Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden ‘Regional Islamic Council for
South East Asia and The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-negara
Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat penghargaan dari Pakistan
dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada
tahun yang sama.

Tunku jugalah pemimpin Islam yang telah mencetuskan idea supaya diadakn Pertubuhan
Negara-Negara Islam bagi menjaga kepentingan negara-negara dan umat Islam. Cadangan Tunku itu
sungguhpun telah memakan masa yang panjang untuk menjadi kenyataan, tetapi dapat dilaksanakan
dengan tertubuhnya Sekretariat Islam baru-baru ini.

UMNO

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa


Allahyarham. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang yang hadir
ketika Kongres Melayu Se Malaya yang telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada
tahun 1949, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian
negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin Jaafar  kkeluar dari pertubuhan UMNO sebagai presiden untuk
menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
dipilih dengan sebulat suara yang terbanyak bagi mengisi kekosongan sebagai Yang Dipertua Agong
UMNO pada 26 Ogos 1951.

Sungguhpun beliau telah lama bercita-cita hendak meninggalkan jawatan kerajaan, untuk
berkhidmat kepada rakyat tetapi tidak berapa hari sebelum tarikh yang bersejarah itu Tunku masih
belum dapat menentukan pendirian beliau sama ada menerima atau tidak pencalonan sebagai Yang
Dipertua Agong UMNO. Setelah dipujuk oleh Datuk Razak dan En. Bahaman bin Shamsuddin baharulah
beliau bersetuju untuk menerima pencalonan sebagai Yang Dipertua Agong UMNO. Sebagai seorang
pemimpin beliau terpaksa mengorbankan masa bersama dengan isteri dan anak-anak di rumah. Beliau
sering bertandang ke kampung-kampung yang teruk untuk melihat keadaan rakyat sehinggakan beliau
mengorbankan segala kkesenangan behkan kesihatanya kerana tidak ingin memgecewakan rakyat.

Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyarham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan satu kerjasama dengan MCA dengan menubuhkan Perikatan
pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan kemerdekaan
sehinggalah negara telah memperolehi kebebasan mutlak apabila Allahyarham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini
disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan iaitu Hari menyambut Kemerdekaan.

Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga telah membuktikan
kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan telah dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan
kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
menegaskan bahawa kemerdekaan hanya akan dicapai melalui kerjasama di antara tiga kaum
yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Kewibawaan Allahyarham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin lebih terserlah apabila hasil daripada rundingan
Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pihak British telah membawa
kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan telah memenangi 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj juga telah dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah
cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa darurat dengan memberi tawaran
pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh Rundingan
Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

Tunku juga telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa dengan menyertai
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel, mengambil dasar anti-apartheid dan menyokong
perjuangan rakyat Palestin serta Congo. Pada September 1963, Tunku telah menjadi bapa kepada
sebuah lagi negara baru, Malaysia, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan
Borneo Utara (sekarang Sabah).

Selain itu, Tunku juga telah memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA)
pada tahun 1961; menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Gabungan ini
kemudian telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar iaitu
Association of Southeast Asian Nations (Asean) pada 1967. Era pentadbiran Tunku merupakan
zaman penuh pancaroba dan pancawarna, dan tentunya tidak semua berjalan lancar seperti yang
diharapkan. Krisis-krisis seperti Konfrontasi Indonesia, perpisahan Singapura, peristiwa 13 Mei
dan Darurat 1948-1960 telah menggegarkan seluruh negara, namun Tunku berjaya melaluinya
dengan kebijaksanaan, kesabaran, toleransi yang tinggi serta peri kemanusiaan.

Pada May 1961, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertanggungjawab
dalam menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara
(kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali Brunei telah menyertai gagasan
tersebut dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati
kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah
didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapura adalah 'barah yang harus dibuang' demi
mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara

Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysiadan menerima pelawaan Raja Faizal
dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung
UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan
jawatan Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.

LAMPIRAN
RUJUKAN
Laman Web
http://www.wikipedia.com

http:// google.com

http://www.scribd.com

You might also like