You are on page 1of 12

SMK CONVENT BUKIT NANAS,

KUALA LUMPUR

Folio Khidmat Masyarakat Tingkatan 3


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tajuk:

Permainan Tradisional Wau

Nama kumpulan: Kumpulan Wau

Nama ahli kumpulan: 1) Erin Rabiatul Charmein


Binti Noor Chaman
2) Izzatul Najwa Bt Radzwan
3) Nur Fatin Bt Nasruddin
4) Farah Hana Bt Sukor

Markah:
Penghargaan

Saya dan ahli kumpulan saya ingin mengambil kesempatan


ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya iaitu Cik Nurul
Husna yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, serta nasihat
yang amat berguna.

Terima kasih yang tidak terhingga saya dan ahli kumpulan


saya ucapkan kepada ibu bapa kami yang telah memberikan
dorongan dan sokongan dari segi moral dan kewangan kepada saya
untuk menjalankan folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kami kerana sudi


membantu kami mencari maklumat dan bertukar-tukar maklumat.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kami tujukan kepada semua
pihak yang terlibat dalam membantu kami menyiapkan folio
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini.
Objektif Kajian

Kami membuat folio Sivik dan Kewarganegaraan ini untuk memenuhi objektif-objektif
seperti berikut:

1. dapat mengetahui asal-usul serta latar belakang permainan wau

2. dapat mengetahui cara-cara bermain wau dengan tepat

3. dapat mengenali jenis-jenis wau yang berlainan

4. dapat mengetahui peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membuat wau

5. dapat mengetahui kawasan yang sesuai untuk bermain wau


Pengenalan dan Latar Belakang

Di negeri-negeri jelapang padi seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan


Perlis, wau dimainkan oleh petani-petani selepas musim menuai padi.

Permainan wau dijadikan satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sebelum
menjalakan kerja-kerja menanam padi pada musim seterusnya.

Walaupun demikian, permainan wau lebih merupakan permainan hiburan dan


kesenian tradisional orang-orang Melayu.

Pada dasarnya, wau terbahagi kepada dua jenis. Pertamanya, wau yang
dipertandingkan dari segi kecantikan dan kehalusan seni ukirannya.Kedua, wau
dipertandingkan dari segi kemempuannya naik atau terbang di udara.

Pada peringkat awalnya, wau hanyalah merupakan permainan tradisional yang


tidak mementingkan nilai komersilnya. Permainan wau hanya dijadikan hiburan dan
kesenian sahaja.

Dalam tahun 1960 dan 1970, permainan wau telah mula dipertandingkan dan
diberikan hadiah kepada para pemenang. Sekarang, permainan wau atau laying-
layang ini telah menjadi popular bukan sahaja di kalangan orang-orang Melayu,
malah turut dimainkan dan diminati oleh kaum dan bangsa lain juga.

Keadaan ini jelas dengan sambutan yang diterima daripada negara-negara


termasuklah Jepun, Jerman, Singapura dan Thailand ketika diadakan pesta wau
antarabangasa di negara kita.

Permainan wau juga telah diubah suai dan sering dimainkan dan
dipertandingkan di peringkat antarabangsa bahkan di peringkat dunia.
Asal-usul

Menurut suatu catatan, wau dipercayai dicipta oleh seorang yang bernama Sang
Jaya atau mempunyai gelaran seperti Dewa Muda, Dewa Hindu, dan Masai Kelana
Seri Panji. Wau dipercayai dihasilkan antara tahun 711 hingga 839 Masihi. Terdapat
beberapa dakwaan tentang negara asal bermulanya wau seperti di Indonesia, Thailand
dan tidak kurang pula yang mendakwa dari Kelantan.

Kini wau merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu di beberapa


negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Biasanya wau dimainkan pada
musim kemarau setelah selesai menuai padi.

Pendapat kedua menyatakan wau telah bermula di negara China sejak 3000
tahun yang lalu. Bagaimanapun pada masa itu, wau bukan dicipta untuk tujuan
hiburan, sebaliknya untuk menerbangkan makanan kepada mereka yang terperangkap
di bukit-bukit atau gunung-gunung semasa banjir.

Ada juga berpendapat, wau bukan sahaja sudah dimainkan malah sudah
mempunyai pelbagai bentuk dan rupa pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud,
perkara ini dapat dibuktikan melalaui buku ‘Sejarah Melayu’ yang diceritakan perihal
pertandingan wau yang disertai oleh Raja Ahmad putera Sultan Mahmud. Ini
menunjukkan permainan wau pada nmasa itu sangat popular hingga wujud permainan
kebanggaan bagi anak-anak raja dan golongan istana.

Pendapat ketiga, pula menyatakan permainan wau pada awalnya tiada nama.
Wau dimainkan oleh kanak-kanak dan diperbuat daripada daun yang diikatkan pada
tulang belakang dengan menggunakan tali daripada kelopak pisang atau urat nanas.

Permainan itu dimainkan di kawasan lapang dan berangin. Apabila permainan


tersebut terputus, anak-anak yang memainkan akan menangis. Bunyi tangisan
“wa,wa,wa” akan kedengaran dan lahirlah perkataan wau.
Jenis-Jenis Wau

Sebelum menggunakan kertas seperti sekarang, adalah dipercayai daun kayu yang
lebar dan ringan untuk membuat wau. Daun kayu itu diikat pada rangka wau yang
diperbuat daripada bukuh yang diraut halus.

Ada berbagai-bagai bentuk atau jenis wau yang dibuat orang di Malaysia. namun
begitu, umumnya wau boleh dibahagikan kepada tiga jenis.

Jenis yang pertama ialah wau yang dibuat untuk dilayangkan di angkasa.
Keduanya wau untuk perhiasan dan ketiganya, wau untuk tujuan pertandingan.

Wau yang amat terkenal di Kelantan ialah Wau Bulan. Jenis-jenis wau yang lain
ialah Wau Baruk, Wau Puyuh dan Wau Burung. Wau Kucing, Wau Kementau dan Jala
Budi dikenali di Kedah. Wau Merak terkenal di Johor, Wau Kebayat Lang Sewah di
Perlis, sementara Selangor terkenal dengan Wau Kapal dan Wau Kikek.

Wau Bulan, Wau Kucing dan Jala Budi ialah di antara jenis wau yang diiktiraf
untuk pertandingkan wau di peringkat kebangsaan.

Alat-Alat Penghasilan

Untuk membuat wau tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak. Bahan-bahan


dan peralatan utama bagi membuat wau hanyalah buluh, kertas minyak atau kertas
warna, gam dan benang.
Kaedah Membuat Wau

Perkara yang pertama yang perlu disediakan sebelum melakukan kerja-kerja lain
ialah membuat rangka wau. Untuk membuat rangka wau, buluh akan digunakan.

Buluh yang digunakan untuk membuat rangka tidak boleh di ambil dari sebarang
pokok buluh. Pastikan buluh yang dipilih adalah buluh jenis baik seperti buluh dari
pokok buluh duri.

Buluh jenis ini tidak mudah patah ketika di bentuk. Di samping itu juga, buluh ini
ringan. Buluh yang ringan paling sesuai digunakan jerana ia memudahkan wau
terbang tinggi.

Untuk mendapatkan buluh, buluh yang telah dipilih itu perlulah terlebih dahulu
ditebangkan. Kemudian, duri-duri yang terdapat pada buluh dikikis terlebih dahulu.
Tujuan nya ialah untuk memastikan tangan tidak luka atau tercucuk duri. Kemudian
buluh itu dipotong mengikut ukuran panjang yang diingini dan dibelah menjadi bilah.

Bilah-bilah buluh tadi akan dilayur pada api untuk memudahkan proses melentur
dan membentuk bilah buluh bagi memastikan bilah buluh tidak akan mudah patah. Ini
demi memudahkan kerja membentuk rangka wau.

Bilah buluh yang telah diraut, akan diimbang untuk memastikan keseimbangan
agar wau yang terhasil tidak berat sebelah atau tidak terbang semasa cuba dinaikkan.

Semasa proses membuat rangka, bilah-bilah buluh yang halus itu dilentur dan
diikat pada tempat-tempat yang tertentu dengan benang. Rangka itu dibuat mengikut
bentuk yang dikehendaki. Setelah kerja-kerja membuat rangka selesai, rangka wau
tadi akan diimbangkan sekali lagi.

Pembuat wau selalunya menggunakan jari sahaja untuk mengimbangkan wau itu.
Ini merupakan kepakaran yang ada pada pembuat wau. untuk menjamin imbangan
yang sempurna, tulang belakang wau itu mestilah lebih tebal daripada saiz buluh yang
lain. Tulang belakang ialah stuktur buluh yang menegak pada sesebuah wau.

Setelah pembuat wau berpuas hati dengan imbangan rangka wau yang telah
disiapkan, barulah proses menampal kertas warna pada wau bermula. Tujuan
menampal kertas warna adalah untuk melindungi rangka wau dan memastikan wau
dapat terbang.

Peranan kertas warna ialah untuk menampung angina yang bertentangan semasa
wau dinaikkan. Proses untuk menampal kertas warna dimulakan dengan
membentangkan kertas warna pada permukaan yang rata.
Kemudiannya rangka wau diletakkan di atas kertas warna tersebut. Setelah itu,
kertas warna tersebut. Setelah itu, kertas warna akan di tandakan mengikut ukuran
rangka wau. kemudian kertas warna tersebut digunting mengikut ukuran yang telah
ditandakan. Setelah proses menggunting kertas warna selesai, rangka wau sekali lagi
diletakkan di atas kertas warna tersebut. Kemudiannya kertas warna ditampalkan
pada rangka wau dengan menggunakan gam.

Pembuat wau juga mempunyai beberapa cara berbeza untuk menjadikan untuk
menjadikan wau yang dibuat kelihatan lebih menarik. Antaranya, dengan membuat
hiasan pada wau, meletakkan busur dan sebagainya.

Corak Pada Wau

Sebelum hiasan atau corak dibuat pada wau, terlebih dahulu pembuat wau perlu
melukis rekaan hiasan di atas kertas warna. Kertas warna akan di gunting mengikit
corak wau tersebut. Kertas warna yang di gunting itu di tampalkan pada rangka wau.

Antara corak-corak wau yang selalu direka ialah awan larat Jawa, awan larat
Belanda, awan larat China, corak bunga serta daub dan corak pucuk rebung.

Bunyi Pada Wau

Bagi menjadikan sesebuah wau lebih menarik dan menjadi tumpuan apabila
diterbangkan di angkasa, wau dilengkapkan dengan bunyi.

Untuk menghasilkan bunyi yang nyaring dan kuat memerlukan daya kreativiti
yang tinggi. Setiap pembuat wau mempunyai kemahiran ini.

Antara wau dan bunyi yang sering digunakan ialah Wau Kucing dan Wau Burung.
Misalnya Wau Burung akan berbunyi seperti burung apabila diterbangkan. Reka
bentuk wau turut di nilai mengikut kemerduan bunyi yang dihasilkannya.
Kawasan Bermain

Wau selalunya dimainkan di kawasan yang lapang dan luas. Tempat yang paling
sesuai bermain wau ialah di kawasan sawah padi atau di tanah lapang yang jauh
daripada pokok-pokok besar atau di pinggir pantai.

Kawasan lapang begini dipilih untuk mengelakkan wau tersangkut pada dahan
pokok dan tidak dapat terbang tinggi.

Di sesetengah tempat, pertandingan bermain wau diadakan setahun sekali atau


pada masa-masa yang tertentu.

Biasanya, pertandingan tersebut akan mendapat sambutan ramai. Adalah menjadi


suatu syarat pula, iaitu setiap wau yang digunakan untuk memasuki pertandingan itu
sama bentuk dan sama ukurannya.

Markah akan dinilai berdasarkan kecantikan bentuk, hiasannya, ukuran tinggi wau
itu naik ke angkasa dan juga suara dengung busurnya.

Lazimnya, pertandingan wau diadakan selama tiga hari berturut-turut dan


permainan itu akan berlangsung pada waktu malam bulan purnama
Cara Menaikkan Wau

Ramai yang menganggap proses untuk menaikkan wau ke angkasa merupakan


proses yang sukar. Namun begitu pada hakikatnya, proses untuk menaikkan wau
bukanlah sesuatu perkara yang rumit.

Bagi menaikkan wau, sekurang-kurangnya dua orang diperlukan. Seorang akan


memegang wau dan seorang lagi akan memegang tali wau.

Pemegang wau memegang wau sambil berdiri di sesuatu tempat. Pemegang tali
wau akan berjalan kea rah tiupan angin. Apabila sampai di tempat yang sesuai, tali ditarik
lalu wau pun dilepaskan. Wau itu, akan melayang ke udara.

Lebih besar wau, lebih ramailah orang yang diperlukan untuk menariknya. Wau
yang sebesar melebihi 6 meter memerlukan lebih kurang sepuluh orang untuk
menerbangkannya ke udara. Wau yang besar menggunakan tali yang lebih besar.

Bagi pertandingan wau, cara pengadilan dipanggil ‘pancang meter’ iaitu


berdasarkan kiraan naik ketinggian sesebuah wau. Kiraan naik wau dikira mengikut
ukuran yang dibuat dengan pembaris yang diukur pada bahagian pancang tempat tali wau
itu diikat.

Tempoh wau naik paling tinggi turut juga akan ditetapkan.

You might also like