You are on page 1of 1

Saya Adalah

Saya merupakan hamba kepada Allah S.W.T kerana saya merupakan ciptaannya.

Nama Diberi adalah Muhamad Iz’aan Bin Basuni yang berusia 20 tahun. Saya
dilahirkan pada 7 januari 1990 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Saya mempunyai
3 orang adik beradik yang paling saya sayangi. Saya dan keluarga saya kini
menetap di Gemencheh, Negeri Sembilan. Ibu dan bapa saya merupakan peniaga di
kafetaria Institut Tahfiz Al- Quran Gemencheh, Negeri Sembilan.

Saya ini merupakan seorang yang amat sensitif dengan mana-mana keadaan. Saya
kadang- kadang kerap kali merajuk kerana saya tidak dapat sesuatu yang saya
inginkan. Walau bagaimanapun, saya ini merupakan seorang yang penyabar
dengan segala keadaan. Oleh sebab itu, saya ini bukanlah seorang yang pemarah
dan panas baran. Tetapi bila keadaan tidak mengizinkan, saya akan menjadi cepat
marah. Selain itu, saya merupakan seorang yang peramah dengan semua orang.
Kadangkala saya juga mempunyai sifat malu dalam sesuatu keadaan.

Keistimewaan yang terdapat di dalam diri saya ialah saya boleh mengesan
kesalahan yang terdapat pada seseorang. Kadangkala saya juga dapat mengetahui
sifat-sifat seseorang itu dengan hanya berkomunikasi dengannya. Selain itu, saya
juga suka mengambil tahu tentang teknologi-teknologi yang terkini. Antaranya ialah
tentang kamera satu lensa reflek ataupun kamera SLR. Saya amat meminati kamera
jenis ini kerana ia dapat memberikan kepuasan kepada saya menangkap gambar
pemandangan alam semulajadi.

You might also like