You are on page 1of 16

SMKA TOK JIRING

KUALA TERENGGANU

BANGUNAN BERSEJARAH
(BANGUNAN SULTAN ABDUL
SAMAD)

NAMA :MOHAMAD HILMI BIN MOHAMAD


SHAUKAT
TINGKATAN : 2 AN-NUR
NAMA GURU : PN NOOR ARDISA BINTI MOHD
SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Penghargaan 2

Objektif Kajian 3

Kaedah Kajian 4

Hasil Kajian 5

Rumusan 9

Lampiran 10

Rujukan 14

1
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru sejarah

saya, Pn. Noor Ardisa binti Mohd Nordin kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk

ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Sejarah.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada

pengetua sekolah, Puan Hajjah Zakiah Binti Solleh yang telah memberikan kebenaran untuk saya

menjalankan kajian ini.

Saya amat terhutang budi kepada ibu saya yang telah memberikan dorongan dan semangat

sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan saya

yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya yang anda telah kongsikan

bersama.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan

bersejarah di negara kita.Bangunan yang dipilih oleh saya ialah

Bangunan Sultan Abdul Samad.Kajian saya merangkumi objektik-

objektif berikut:
2
a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti

sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membatu saya

membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara yang

betul,jelas dan tepat

b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar

daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah

tersebut

c) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri

saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mejalankan kajian tersebut.Antaranya

ialah melalui teknologi dan maklumat (ICT).Banyak maklumat yang saya perolehi daripada

kaedah tersebut.Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.Wikipedia ialah

3
enskilopedia di dalam internet.Kita boleh mendapat banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya

dalam pelbagai bahasa.Selain itu,saya juga melayari bebarapa laman web lain yang berkaitan.

HASIL KAJIAN

4
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat

di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian

rekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun

1893. Walau bagaimana pun perletakan batu asas bagi bangunan ini

hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor

Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1897.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini mengambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah

pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan ini merupakan suatu mercu tanda di Kuala

Lumpur yang gah pada ketika itu.

5
Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan

Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah

pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan

dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah

Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak

berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang

kesemuanya terletak berhampiran Sungai GOLOK

Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-

negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan

pula, ia dijadikan

sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan

Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan

sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

pada tahun 1978.

Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman

(yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga

berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik

dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat

setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi

empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai

tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup

yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

6
  

Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul

yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan

ini. Diperingkat awalnya ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam,

namun kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut dengan tembaga. Kos

pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada

ketika ianya didirikan.

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam

tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia

telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah

pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa

menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya,

Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh

masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan

nilai yang telah saya pelajari.

7
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi

bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang

terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk

Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur

dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-

acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara

rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai

kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat

tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

LAMPIRAN

8
(Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad)

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad

9
(Pelan Tingkat Bawah) (Pelan Tingkat Satu)

(Pelan Tingkat Dua) (Pelan Tingkat Mezanin)

10
(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)

11
( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

12
RUJUKAN

1.

2. web http://malaysiana.pnm.my/

3. Laman web http:.//sejarahmalaysia.pnm.my/

4. Laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

13
ESEI
Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak

tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan,

pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan

semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa kepada maksud memulihara dan

mengekalkan dalam bentuk yang sedia ada.

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui

kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan

dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada

generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan

bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui

prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah

bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai

semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita

bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat

bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota

masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti

ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan

melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
14
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin

dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam

proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap

tabah menghadapi

cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan

warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

15

You might also like