Minit Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke-7 2009

You might also like

You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 2009

Agenda Perkara

1 Ucapan Pengerusi Majlis


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat, ibu bapa, guru-guru, AJK
PIBG SK Lelaki Jalan Batu ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 tahun 2009

2 Bacaan Doa
2.1 Bacaan doa oleh Encik Roslan Omar

3 Ucapan Guru Besar ( Pn Hajah Moryam bt Omar)


3.1 Guru Besar mengucapkan syukur kepada Illahi dan berterima kasih kepada ibu
bapa dan guru-guru yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti PIBG
sepanjang tahun 2008 dan yang hadir pada Mesyuarat PIBG kali ke-7 ini.
3.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada PIBG kerana berjaya menambah dana
ketika Majlis Makan Malam 2008.
3.3 Guru Besar beharap AJK PIBG 2009 turut memberi sumbangan sebagaimana AJK
PIBG 2008.
3.4 Guru Besar memaklumkan keputusan UPSR 2008 adalah meningkat, iaitu kepada
77.1 % lulus.
3.5 Guru Besar berharap pihak ibu bapa akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk
memajukan sekolah.
3.6 Guru Besar memaklumkan antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan ialah :
- Suaikenal Tahun 1 dan Prasekolah
- Lantikan pengawas sekolah dan pusat sumber
- Mesyuarat guru dan ibubapa murid tahun 6
- Ujian intervensi UPSR
- Minggu PPDA

4 Ucapan YDP PIBG (Encik Ahmad Lutfi b. Fadzil)


4.1 En Ahmad Lutfi mengucapkan kata alu-aluan.
4.2 Memaklumkan bahawa ramai guru telah berpindah dan sumbangan mereka amat
dihargai.
4.3 Bersyukur atas pencapaian UPSR yang terus menampakkan peningkatan.
4.4 Mengajak ibubapa untuk mengajar anak-anak untuk terus menghormati guru atas
pengorbanan guru terhadap mereka.
4.5 En Ahmad Lutfi berharap ibubapa tidak terus menghukum, sebaliknya berbincang
secara baik dahulu dengan pihak guru sekiranya ada sebarang masalah.
4.6 Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan pihak ibubapa atas komitmen
yang diberi sepanjang tahun 2008.
4.7 En Ahmad Lutfi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7.
5 Penyampaian Cenderahati
5.1 Penyampaian cenderahati oleh Pn Hajah Moryam Omar (Guru Besar) kepada En.
Ahmad Lutfi b. Fadzil.
5.2 Seterusnya penyampaian cenderahati kepada AJK ibu bapa dan AJK guru yang
hadir.

6 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7


6.1 Pembentangan oleh S/U Pn. Nik Zarina dan pengesahan minit Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-6
6.1.1 Dicadangkan : Pn.Suraya bt Majid
6.1.2 Disokong : Pn. Patimah Muhammad Sani

6.2 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG tahun 2008


6.2.1 Dicadangkan : Pn. Farizah Abdul Latif
6.2.2 Disokong : Pn. Masonah Mat Jali

6.3 Pembentangan Perlembagaan Persatuan


6.3.1 Pn. Masonah Mat Jani mencadangkan agar sumbangan dinaikkan
daripada RM30 kepada RM50 untuk satu keluarga (RM40-PIBG, RM10
Sukan). Manakala En. Ibrahim mencadangkan RM30 dikekalkan. (RM25
PIBG, RM5-Sukan).
6.3.2 Majoriti (2/3) menyokong cadangan Pn. Masonah maka sumbangan
2009 ialah sebanyak RM50.

6.4 Pembubaran AJK PIBG 2008/2009


6.4.1 En. Ahmad lutfi selaku YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2008/2009

6.5 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru


6.5.1 En. Abdul Rahman Harun mendapat sokongan sebulat suara untuk dilantik
Sebagai pengerusi sementara.
6.5.2 Perlantikan YDP
6.5.2.1 Pn. Suraya Majid mencadangkan agar En. Ahmad Lutfi Fadzil
dilantik menjadi YDP, cadangan disokong oleh Pn. Sarah Sahan.
6.5.2.2 En. Mohd Rizal Che Hussin mencadangkan En. Zulkifle Pandak
Ahmad menjadi YDP dan disokong oleh En. Nik Abd Mutalib Nik
Mat.
6.5.2.3 En. Zulkifle Pandak Ahmad dilantik menjadi YDP PIBG sesi 2009/
2010 setelah mendapat undian majoriti iaitu 29 undi berbanding 23
undian untuk En. Ahmad Lutfi.

6.5.2.4 Segala urusan kewangan PIBG untuk sesi 2009/2010 ini akan
diluluskan oleh Encik Zulkifle bin Pandak Ahmad selaku YDP
PIBG yang baru.
6.5.2.5 Cek untuk tujuan pengeluaran wang daripada akaun PIBG hanya
layak untuk ditandatangani oleh 2 orang AJK yang telah diberi
mandat iaitu YDP PIBG sendiri, Encik Zulkifle bin Pandak Ahmad
dan bendahari PIBG iaitu Nurazalia bt Ahmad Dzahir, atau Encik
Zulkifle bin Pandak Ahmad dan setiausaha PIBG Radziah bt Taris.

6.5.3 Encik Nik Mutalib mencadangkan En. Ahmad Lutfi Fadzil dilantik menjadi
Naib YDP dan disokong sebulat suara.

6.6 Berikut ialah nama Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2009/2010

Pengerusi : En. Zulkifle b. Pandak Ahmad


Naib Pengerusi : En. Ahmad Lutfi b. Fadzil
Setiausaha : Cik Radziah bt Taris
Naib Setiusaha : Cik Siti Zubaidah bt Md Hashim
Bendahari : Cik Nurazalia bt Ahmad Dzahir

AJK Ibu Bapa Sesi 2009/2010


1. Pn. Siti Hajar bt Abd Khalid
2. En. Razali b. Md Rasol
3. Pn. Farizah bt Abdul Latif
4. En. Mohd Rizal b. Che Hussin
5. En. Abdul Rahman b. Harun
AJK Guru Sesi 2009/2010
1. En. Azuraiman b. Ahmad
2. En. Muhamad Roslan b. Omar
3. Pn. Emelia b. Yusof
4. Pn. Noorfazahusni Mustafa
5. Pn. Rojita bt Abut

Juruaudit Dalaman : Pn. Roselina bt Hashim


Juruaudit Luaran : En. Zarudin b. Zainal

7 Pembentangan Usul
7.1 En. Mohd Rizal b. Che Hussin
7.1.1 Mencadangkan supaya pintu pagar sekolah ditutup semasa waktu
pembelajaran, sekolah tidak menjual alat-alat atau kad mainan di koperasi
sekolah, serta pemantauan kualiti dan harga makanan dan minuman di kantin
sekolah.

Guru Besar – Pintu pagar ditutup dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari.
Walaubagaimanapun wujud masalah kerana sekolah turut didatangi
murid sekolah lain. Sekolah tiada menjual sebarang alat atau kad
mainan, koperasi dijaga oleh guru. Sekolah telah melantik beberapa
orang AJK dibawah HEM yang sentiasa memantau kualiti dan harga
makanan dan minuman di kantin.
En. Eu Teng Huat (GPK HEM) – Menjelaskan bahawa pihak kantin telah ditegur
tentang beberapa perkara yang kurang
memuaskan dan mereka berjanji akan
menangani masalah tersebut.
7.2 En. Shahrizan Majid
7.2.1 Mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan penyangkut seluar di dalam
tandas.

Guru Besar – Pihak sekolah telah meletakkan paku-paku di dalam tandas untuk
dijadikan penyangkut, walaubagaimanapun akan meminta individu
yang bertanggungjawab untuk memeriksa semula kerana
berkemungkinan paku-paku tersebut adalah terlalu tinggi atau pun
sudah patah.

7.3 Pn. Haslinda Amril


7.3.1 Beliau tidak jelas tentang kerelevanan pertukaran rumah sukan di kalangan
murid setiap tahun.
Guru Besar – Memaklumkan pertukaran rumah sukan tidak dilakukan setiap tahun,
hanya terpaksa dibuat apabila jumlah antara ahli setiap rumah sukan
adalah tidak seimbang terutamanya selepas perpindahan keluar
murid tahun 6.
7.4 En. Mohd Kamel Mustafa (tidak hadir)
7.4.1 Beliau mencadangkan agar waktu persekolahan ditamatkan jam 1 atau 1.15
bagi memberi peluang untuk pelajar bersolat zuhur.
Guru Besar – Memaklumkan bahawa waktu persekolahan bagi hari Isnin sehingga
Khamis adalah daripada jam 7.30 sehingga jam 1.30 tengahari.
Manakala untuk hari Jumaat adalah daripada jam 7.30 sehingga jam
12.30 tengahari. Waktu persekolahan perlu dilanjutkan sehingga 1.30
Tengahari kerana sekolah menjalankan aktiviti ko-kurikulum pada
setiap hari Selasa dan Rabu daripada jam 7.40 sehingga 8.40 pagi.
Selain itu, pihak sekolah ada menyediakan surau untuk kemudahan
bersolat.
7.5 En. Malali Albani @ Ibrahim
7.5.1 Berpendapat bahawa murid tidak faham mata pelajaran yang disampaikan
dalam Bahasa Inggeris seperti subjek Matematik dan Sains.
Guru Besar – Mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris adalah wajib,
Ibu bapa hendaklah berfikiran positif dan sentiasa memberikan
sokongan dan dorongan kepada anak- anak.

Hal-hal Lain
8 8.1 Pn. Patimah Muhd Sani
8.1.1 Beliau mema klumkan anaknya pernah tidak menghadirkan diri ke sekolah
selama enam hari tanpa pengetahuannya , oleh itu beliau sangat
mengharapkan kerjasama daripada pihak sekolah iaitu pihak guru khususnya
untuk memaklumkan kepada ibu bapa sekiranya peristiwa seumpamanya
berlaku lagi.
8.2 Pn. Masonah Mat jani
8.2.1 Beliau melaporkan bahawa jadual murid tahun 4 seringkali berubah dan ini
mengakibatkan anaknya terpaksa membawa semua buku ke sekolah.
Walaubagaimanapaun guru besar telah memaklumkan bahawa ia terjadi
kesan daripada ketiadaan guru Bahasa Malaysia iaitu Pn. Faizah yang
menghadiri kursus selama 14 minggu.

8.3 En. Mohd Rizal b. Che Hussin


8.3.1 Beliau mencadangkan agar pihak sekolah membuat bonggol dihadapan pintu
masuk sekolah agar kenderaan yang lalu dihadapan sekolah tidak dalam
keadaan laju. Selain itu En. Mohd Rizal juga mencadangkan agar loceng
turut diletakkan di kawasan luar sekolah serta penyediaan jalan berbumbung
menghala ke bangunan pra sekolah. Guru besar mengakui akan keperluan
ketiga-tiga kemudahan tersebut dan akan berusaha mendapatkan sponsor
untuk merealisasikannya.

9 Ucapan Penangguhan
9.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru-guru dan ibubapa dalam
menjayakan majlis ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang
baru dilantik dan berharap dapat saling bekerjasama dalam menjayakan program
program mendatang.
9.2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 ditangguhkan pada pukul 11.35 pagi.

Disediakan oleh ; Disemak oleh;

…………………………… ……… ……………………….


(CIK RADZIAH BINTI TARIS) (EN ZULKIFLE PANDAK AHMAD)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Lelaki Jalan Batu SK Lelaki Jalan Batu

You might also like