You are on page 1of 16

UNIT 1

1.1 DEFINISI PEMASARAN

Anda mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui media
mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan. Pemasaran
merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi
keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di
kalangan mereka.

Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi


keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan
sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga,
pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Keputusan-
keputusan ini adalah berkaitan dengan aspek-aspek pemasaran yang akan kita pelajari dalam
pelajaran-pelajaran yang akan datang.

1.2 ELEMEN-ELEMEN DI DALAM PEMASARAN

Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas yang perlu
anda pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep yang
paling asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak dan juga permintaan.
Konsep-konsep yang selanjutnya anda boleh perolehi daripada keterangan di bawah ini.

1.2.1 Keperluan, kehendak dan permintaan

Keperluan

Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan
fizikal seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang,
keperluan individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti
kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Keperluan-keperluan ini bukan dicipta oleh
pemasar, ia merupakan sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan
manusia ini penting kepada pemasar kerana ia dapat membantu pemasar dalam
mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna.

Kehendak

Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya


sekeliling serta personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan
mungkin memerlukan kereta mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan
statusnya sebagai seorang pegawai, manakala seorang kerani jualan mungkin
memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini menunjukkan bahawa personaliti
individu tersebut memainkan peranan di dalam membentuk kehendak seseorang .

Permintaan

Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan
berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh
itu, apabila seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli ,
kehendak akan bertukar menjadi permintaan.

1.2.2 Produk dan Servis/Perkhidmatan

Sebelum anda mempelajari maksud produk dan servis, saya berharap anda telah
pun memahami perkaitan di antara konsep keperluan, kehendak dan permintaan.
Kini marilah kita sama-sama melihat apa yang dimaksudkan dengan produk dan
servis.

Produk

Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian,
milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.
Konsep produk tidak terhad kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan
sebagainya tetapi apa sahaja yang berupaya memuaskan keperluan boleh
dipanggil produk. Selain daripada produk fizikal/ketara, produk juga termasuklah
perkhidmatan/servis seperti perbankan, penerbangan, perhotelan, menggunting
rambut dan banyak lagi.

Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan


yang bukan ketara dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Secara
umumnya, produk termasuklah entiti-entiti lain seperti orang, tempat, organisasi,
aktiviti dan idea.

1.2.3 Nilai, Kepuasan dan Kualiti

Konsep seterusnya yang perlu anda fahami adalah berkenaan nilai, kepuasan dan
kualiti.

Konsep nilai ini biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang


pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Nilai yang
dimaksudkan di sini ialah perbezaan di antara nilai yang pelanggan perolehi
daripada memiliki dan menggunakan sesuatu produk dan kos untuk mendapatkan
keluaran itu. Sebagai contoh, seorang penumpang bas sanggup membayar harga
lebih untuk menaiki Eksekutif Coach yang mempunyai tambang lebih mahal
berbanding bas ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang ditawarkan oleh
Eksekutif Coach lebih baik, lebih terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding
bas ekspres biasa. Di sini kecenderungan mereka bertindak adalah berasaskan
nilai yang mereka tanggap sebelum ini.

Kepuasan pelanggan bergantung kepada keupayaan sesuatu produk untuk


mencapai jangkaan yang diharapkan oleh pengguna terhadap sesuatu produk atau
sevis. Pelanggan akan merasa puas hati apabila jangkaan mereka itu menepati
apa yang mereka jangkakan sebelum ini, contohnya pelanggan yang membeli
sabun pencuci pinggan akan merasa puas hati apabila sabun pencuci pinggan
tersebut dapat mencuci pinggan yang berminyak dengan mudah. Pelanggan yang
berpuas hati akan membuat pembelian yang berulang dan mereka akan
memberitahu pengguna lain tentang pengalaman mereka menggunakan produk.
Perkara utama di sini ialah memadankan jangkaan pelanggan dengan prestasi
produk.

Kepuasan pelanggan berkait rapat dengan kualiti. Pengurusan Kualiti


Menyeluruh (PKM), direka untuk terus memperbaiki kualiti produk,
perkhidmatan dan proses pemasaran. Kualiti mempunyai kesan langsung ke atas
prestasi produk dan seterusnya ke atas kepuasan pelanggan.

1.2.4 Pertukaran, Urusniaga dan Perhubungan

Sekarang tibalah masanya anda mempelajari pula berkenaan bidang yang lebih
luas lagi iaitu berkenaan pertukaran, urusniaga dan perhubungan dalam pemasaran

Pertukaran

Mungkin anda telah biasa dengan perkataan ini, tetapi di sini anda akan
mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi. Pertukaran di dalam pemasaran
membawa maksud pertukaran nilai antara dua belah pihak, daripada seorang
pemasar kepada seorang pelanggan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku ,
terdapat dua syarat iaitu:

i) Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu


yang bernilai untuk ditukarkan

ii) Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu


sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau
menolak tawaran masing-masing.

Urusniaga

Urusniaga pula merupakan tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang


dikehendaki dari satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai
balasan. Urusniaga merupakan elemen utama di dalam pemasaran dan ianya
melibatkan lima keadaan:

i) Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak


ii) Satu pihak mesti mempunyai sesuatu yang bernilai kepada
pihak yang satu lagi.
iii) Satu pihak berkemampuan untuk berkomunikasi dan membuat
penghantaran.
iv) Satu pihak mempunyai hak untuk menerima atau menolak
tawaran dari pihak yang satu lagi.
v) Kedua-dua pihak mempunyai keyakinan dan kepercayaan
antara satu dengan lain.

Perhubungan

Perhubungan memainkan peranan yang penting di sini, di samping mewujudkan


urusniaga jangka pendek, pemasar perlu membina perhubungan dengan
pelanggan, pengedar, wakil penjual dan pembekal yang amat berharga kepada
pemasar. Mereka ingin membina perhubungan ekonomi dan sosial yang kukuh
dengan menjanjikan dan menghasilkan secara konsisten produk yang berkualiti
tinggi, perkhidmatan yang baik dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula,
terdapat anjakan di dalam pemasaran dari percubaan untuk memaksimumkan
keuntungan , kepada pembinaan perhubungan dua hala yang berfaedah dengan
pelanggan dan pihak-pihak lain. Prinsipnya adalah mudah, bina rangkaian
perhubungan yang baik dengan pihak yang berkepentingan dan keuntungan akan
menyusul kemudiannya.

1.2.5 Pasaran

Merujuk kepada elemen yang seterusnya marilah kita sama-sama melihat sama
ada apa yang anda faham mengenai pasaran adalah sama atau tidak dengan
maksudnya yang sebenar. Dalam pemasaran, pasaran merupakan satu set atau
himpunan bakal pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu
produk.

Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang boleh


dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan. Saiz pasaran bergantung kepada
bilangan orang yang mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri
dalam pertukaran dan sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai
balasan kepada apa yang mereka kehendaki.

Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di mana pembeli dan penjual
berkumpul untuk bertukar produk antara mereka. Di antara pelbagai jenis pasaran
yang wujud pada masa ini termasuk pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran
buruh dan sebagainya.

1.2.6 Pemasaran

Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan


perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan
kehendak. Pemasaran juga sebagai satu proses di mana individu dan kumpulan
mendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui pembentukkan
dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain.

Aktiviti seperti pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan,


penentuan harga dan perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran.
Walaupun kita memikirkan pemasaran sebagai aktiviti yang dijalankan oleh
penjual, pembeli juga menjalankan aktiviti pemasaran. Pengguna menjalankan
‘pemasaran’ apabila mereka mencari produk keperluan mereka pada harga yang
mereka mampu. Agen pembelian syarikat menjalankan ‘pemasaran’ apabila
mereka menjejaki penjual dan membuat tawar-menawar untuk belian yang
terbaik.

Penerangan yang telah diberikan diharap dapat menjelaskan kepada anda tentang konsep-
konsep teras yang terdapat di dalam bidang pemasaran. Jika anda ingin menguji tahap
kefahaman anda , anda bolehlah mencuba aktiviti yang telah disediakan di akhir input ini.
1.1 DEFINISI PEMASARAN

Anda mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui media mahupun
orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan. Pemasaran merupakan satu
proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan
kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan
kehendak mereka melalui proses pertukaran.

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum
jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk,
pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Keputusan-keputusan ini adalah berkaitan
dengan aspek-aspek pemasaran yang akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan
datang.

1.2 ELEMEN-ELEMEN DI DALAM PEMASARAN

Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas yang perlu
anda pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep yang paling
asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak dan juga permintaan. Konsep-
konsep yang selanjutnya anda boleh perolehi daripada keterangan di bawah ini.

1.2.1 Keperluan, kehendak dan permintaan

Keperluan

Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal seperti
makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu seperti ilmu
pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Keperluan-
keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia merupakan sebahagian dari asas kejadian manusia.
Keperluan manusia ini penting kepada pemasar kerana ia dapat membantu pemasar dalam
mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna.

Kehendak

Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta
personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta
mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai, manakala
seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini menunjukkan
bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam membentuk kehendak
seseorang .
Permintaan

Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan kepada
pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai
kehendak serta kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi permintaan.

1.2.2 Produk dan Servis/Perkhidmatan

Sebelum anda mempelajari maksud produk dan servis, saya berharap anda telah pun memahami
perkaitan di antara konsep keperluan, kehendak dan permintaan. Kini marilah kita sama-sama
melihat apa yang dimaksudkan dengan produk dan servis.

Produk

Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau
kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak. Konsep produk tidak terhad
kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan sebagainya tetapi apa sahaja yang berupaya
memuaskan keperluan boleh dipanggil produk. Selain daripada produk fizikal/ketara, produk
juga termasuklah perkhidmatan/servis seperti perbankan, penerbangan, perhotelan, menggunting
rambut dan banyak lagi.

Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara
dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Secara umumnya, produk termasuklah entiti-
entiti lain seperti orang, tempat, organisasi, aktiviti dan idea.

1.2.3 Nilai, Kepuasan dan Kualiti

Konsep seterusnya yang perlu anda fahami adalah berkenaan nilai, kepuasan dan kualiti.

Konsep nilai ini biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna terhadap
sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Nilai yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan di
antara nilai yang pelanggan perolehi daripada memiliki dan menggunakan sesuatu produk dan
kos untuk mendapatkan keluaran itu. Sebagai contoh, seorang penumpang bas sanggup
membayar harga lebih untuk menaiki Eksekutif Coach yang mempunyai tambang lebih mahal
berbanding bas ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang ditawarkan oleh Eksekutif Coach
lebih baik, lebih terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding bas ekspres biasa. Di sini
kecenderungan mereka bertindak adalah berasaskan nilai yang mereka tanggap sebelum ini.

Kepuasan pelanggan bergantung kepada keupayaan sesuatu produk untuk mencapai jangkaan
yang diharapkan oleh pengguna terhadap sesuatu produk atau sevis. Pelanggan akan merasa puas
hati apabila jangkaan mereka itu menepati apa yang mereka jangkakan sebelum ini, contohnya
pelanggan yang membeli sabun pencuci pinggan akan merasa puas hati apabila sabun pencuci
pinggan tersebut dapat mencuci pinggan yang berminyak dengan mudah. Pelanggan yang
berpuas hati akan membuat pembelian yang berulang dan mereka akan memberitahu pengguna
lain tentang pengalaman mereka menggunakan produk. Perkara utama di sini ialah memadankan
jangkaan pelanggan dengan prestasi produk.

Kepuasan pelanggan berkait rapat dengan kualiti. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM), direka
untuk terus memperbaiki kualiti produk, perkhidmatan dan proses pemasaran. Kualiti
mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk dan seterusnya ke atas kepuasan pelanggan.

1.2.4 Pertukaran, Urusniaga dan Perhubungan

Sekarang tibalah masanya anda mempelajari pula berkenaan bidang yang lebih luas lagi iaitu
berkenaan pertukaran, urusniaga dan perhubungan dalam pemasaran

Pertukaran

Mungkin anda telah biasa dengan perkataan ini, tetapi di sini anda akan mengetahuinya dengan
lebih mendalam lagi. Pertukaran di dalam pemasaran membawa maksud pertukaran nilai antara
dua belah pihak, daripada seorang pemasar kepada seorang pelanggan. Untuk membolehkan
pertukaran berlaku , terdapat dua syarat iaitu:

i) Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu


yang bernilai untuk ditukarkan

ii) Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu


sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau
menolak tawaran masing-masing.

Urusniaga

Urusniaga pula merupakan tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dari satu
pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan. Urusniaga merupakan elemen
utama di dalam pemasaran dan ianya melibatkan lima keadaan:

i) Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak


ii) Satu pihak mesti mempunyai sesuatu yang bernilai kepada
pihak yang satu lagi.
iii) Satu pihak berkemampuan untuk berkomunikasi dan membuat
penghantaran.
iv) Satu pihak mempunyai hak untuk menerima atau menolak
tawaran dari pihak yang satu lagi.
v) Kedua-dua pihak mempunyai keyakinan dan kepercayaan
antara satu dengan lain.

Perhubungan
Perhubungan memainkan peranan yang penting di sini, di samping mewujudkan urusniaga
jangka pendek, pemasar perlu membina perhubungan dengan pelanggan, pengedar, wakil penjual
dan pembekal yang amat berharga kepada pemasar. Mereka ingin membina perhubungan
ekonomi dan sosial yang kukuh dengan menjanjikan dan menghasilkan secara konsisten produk
yang berkualiti tinggi, perkhidmatan yang baik dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula,
terdapat anjakan di dalam pemasaran dari percubaan untuk memaksimumkan keuntungan ,
kepada pembinaan perhubungan dua hala yang berfaedah dengan pelanggan dan pihak-pihak
lain. Prinsipnya adalah mudah, bina rangkaian perhubungan yang baik dengan pihak yang
berkepentingan dan keuntungan akan menyusul kemudiannya.

1.2.5 Pasaran

Merujuk kepada elemen yang seterusnya marilah kita sama-sama melihat sama ada apa yang
anda faham mengenai pasaran adalah sama atau tidak dengan maksudnya yang sebenar. Dalam
pemasaran, pasaran merupakan satu set atau himpunan bakal pembeli-pembeli yang berpotensi
untuk membeli sesuatu produk.

Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang boleh dipenuhi melalui
pertukaran dan perhubungan. Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang yang mempunyai
keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan sanggup untuk
menawarkan sumber-sumber ini sebagai balasan kepada apa yang mereka kehendaki.

Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk
bertukar produk antara mereka. Di antara pelbagai jenis pasaran yang wujud pada masa ini
termasuk pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran buruh dan sebagainya.

1.2.6 Pemasaran

Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan perhubungan


bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak. Pemasaran juga sebagai
satu proses di mana individu dan kumpulan mendapatkan apa yang mereka perlukan dan
kehendaki melalui pembentukkan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain.

Aktiviti seperti pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan, penentuan harga


dan perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran. Walaupun kita memikirkan pemasaran
sebagai aktiviti yang dijalankan oleh penjual, pembeli juga menjalankan aktiviti pemasaran.
Pengguna menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka mencari produk keperluan mereka pada
harga yang mereka mampu. Agen pembelian syarikat menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka
menjejaki penjual dan membuat tawar-menawar untuk belian yang terbaik.

Penerangan yang telah diberikan diharap dapat menjelaskan kepada anda tentang konsep-konsep
teras yang terdapat di dalam bidang pemasaran. Jika anda ingin menguji tahap kefahaman anda ,
anda bolehlah mencuba aktiviti yang telah disediakan di akhir input ini.
1.3 PERKEMBANGAN KONSEP PEMASARAN

Setelah anda mengetahui berkenaan konsep teras di dalam pemasaran, sekarang anda perlu
bersedia pula untuk mempelajari tentang perkembangan konsep dalam pemasaran. Secara
keseluruhannya terdapat lima perkembangan konsep pemasaran iaitu konsep pengeluaran,
konsep keluaran, konsep jualan, konsep pemasaran dan konsep pemasaran kemasyarakatan.

1.3.1 Konsep Pengeluaran

Konsep ini menganggap pengguna mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran


yang tersedia dan berharga murah. Apa yang ditekankan ialah
peningkatan dalam kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini bersesuaian apabila:
i) Permintaan untuk sesuatu keluaran melebihi penawaran.
ii) Kos pengeluaran yang tinggi dan peningkatan produktiviti adalah perlu
bagi menurunkan kos.

1.3.2 Konsep Keluaran

Konsep ini menganggap bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran yang berkualiti tinggi,
mempunyai pelbagai ciri dan berprestasi tinggi. Justeru itu, organisasi perlu menumpukan
kepada pembetulan dan pembaikan keluaran secara berterusan. Contohnya industri telefon
bimbit telah melakukan banyak perubahan ke atas pelbagai fungsi telefon bimbitnya, ini kerana
mereka beranggapan bahawa pengguna gemarkan telefon bimbit yang mempunyai pelbagai
fungsi.

1.3.3 Konsep Jualan

Teras utama di bawah konsep ini ialah pengguna tidak akan membeli atau memiliki sesuatu
produk kecuali organisasi pengeluaran tersebut berusaha menjalankan promosi dan usaha jualan
yang agresif. Bagi organisasi yang mengamalkan konsep ini, mereka memerlukan dana ataupun
wang yang banyak untuk melakukan program-program promosi, termasuklah menggunakan
teknik jualan keras.

1.3.4 Konsep Pemasaran

Konsep ini beranggapan bahawa pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada
penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan dengan cekap
dan berkesan berbanding pesaing. Ianya lebih menekankan kepada keperluan, citarasa dan
kepuasan hati pembeli. Contohnya, sebelum syarikat Proton mengeluarkan kereta baru mereka
iaitu WAJA, mereka terlebih dahulu mengkaji berkenaan keperluan dan kehendak pengguna,
citarasa pengguna, pendapatan pengguna dan sebagainya.

1.3.5 Konsep Pemasaran Kemasyarakatan


Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan
pengguna dan masyarakat. Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan
kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa
panjang. Apa yang jelas, eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan cara yang lebih
berkesan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu berjaya dan syarikat
mereka terus hidup. Contoh biasiswa yang diberikan oleh syarikat Petronas kepada mereka yang
berkelayakan merupakan salah satu sumbangan mereka di dalam menjaga kebajikan masyarakat.

Kelima-lima konsep yang telah anda pelajari di dalam input ini merupakan konsep-konsep
pemasaran yang biasa digunakan oleh pihak pengeluar atau pemasar. Setiap konsep mempunyai
strateginya yang berbeza. Pemasar tidak semestinya menggunakan keseluruhan pendekatan
konsep-konsep tersebut, tetapi boleh memilihnya berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi
citarasa pengguna dan kesesuaian produk.

1.4 CABARAN-CABARAN PEMASARAN MASA KINI

Melalui topik ini anda akan dapat melihat bahawa pemasaran itu membawa maksud yang begitu
luas. Aktiviti pemasaran masa kini beroperasi dalam persekitaran global yang dinamik, ia
memerlukan pengurus-pengurus pemasaran yang berfikiran waras tentang strategi dan amalan
pemasaran mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pengurus-pengurus pemasaran
mengubahsuai strategi pemasaran mereka.

Di antara cabaran-cabaran pemasaran dalam abad ke dua puluh satu adalah nilai dan orientasi
pelanggan yang sering berubah, ekonomi yang lembab, kemerosotan persekitaran, peningkatan
dalam persaingan global, masalah-masalah ekonomi, politik dan sosial, inilah yang dinamakan
dunia tanpa sempadan.

Walau bagaimanapun masalah-masalah tersebut telah mewujudkan peluang pemasaran. Kini kita
dapat menyaksikan terdapat beberapa aliran dan kuasa utama yang mengubah dan mencabar
strategi pemasaran seperti pertumbuhan pemasaran bukan untung, peningkatan teknologi
maklumat, penglobalisasian yang pesat, ekonomi dunia yang berubah dan seruan-seruan ke arah
sikap beretika dan bertanggung jawab terhadap masyarakat.

1.4.1 Pertumbuhan Pemasaran Organisasi Bukan Untung.

Kebelakangan ini organisasai bukan untung seperti bahagian pendidikan, perubatan, pos dan
ketenteraan telah mula menggunakan strategi pemasaran untuk beroperasi. Sebagai contoh, Pos
Malaysia telah membentuk rancangan pemasaran inovatif dengan menjual setem kenangan
sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12. Penglibatan organisasi bukan untung
mengaplikasikan strategi pemasaran telah memberikan cabaran–cabaran baru yang menarik
kepada pengurus-pengurus pemasaran.

1.4.2 Penglobalisasian
Kesan daripada kemajuan yang pesat di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat,
budaya dan jarak sesuatu tempat dapat dihubungkan dengan lebih mudah dan cepat. Ini telah
membolehkan syarikat meluaskan liputan pasaran geografi, pembelian dan pengeluaran mereka.
Hasilnya, persekitaran pemasaran menjadi lebih kompleks untuk kedua-dua syarikat dan
pengguna.

Kini, syarikat-syarikat bukan sahaja cuba menjual produk tempatan mereka kepada pasaran
antarabangsa tetapi membeli lebih komponen dan bekalan dari luar negara. Contohnya melalui
operasi Segitiga Emas: Malaysia-Indonesia-Thailand (IMT-GT), ia telah memberikan peluang
kepada para peniaga untuk bergerak dengan lebih bebas di negara-negara berkenaan. Situasi
begini dapat menggalakkan syarikat untuk merebut peluang bagi membuka pasaran yang lebih
luas dan bukan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan sahaja.

Banyak syarikat telah membentuk rangkaian strategik dengan syarikat-syarikat asing dan juga
pesaing, yang bertindak sebagai pembekal atau rakan pemasaran. Ini membolehkan rangkaian
global terbaik dapat dibentuk.

1.4.3 LedakanTeknologi Maklumat.

Kemajuan di dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi telah memberi kesan ke atas
cara syarikat memberi nilai kepada pelanggan-pelanggan mereka. Ledakan teknologi maklumat
membolehkan pengurus-pengurus pemasaran mempelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta
dan merekabentuk produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan,
mengagih produk dengan lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi dengan pelanggan sama
ada dalam kumpulan yang besar atau orang perseorangan. Contohnya, dengan menggunakan
komputer yang berkeupayaan tinggi, pemasar boleh mewujudkan pangkalan data yang terperinci
untuk mensasar tawaran-tawaran kepada pelanggan-pelanggan mereka.

1.4.3.1 Internet

Internet ialah satu rangkaian global jaringan komputer yang besar dengan tiada pengurusan atau
milikan berpusat. Ia dicipta pada akhir 1960-an oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada
asalnya ia berfungsi untuk menghubungkan makmal-makmal kerajaan, kontraktor dan
ketenteraan. Internet telah menghubungkan pengguna komputer ke seluruh dunia. Sesiapa sahaja
yang mempunyai komputer peribadi , modem dan perisian yang betul boleh meninjau internet
untuk mendapatkan atau berkongsi maklumat mengenai sebarang subjek serta berinteraksi
dengan pengguna-pengguna lain. Kini, internet telah berkembang dengan pembangunan World
Wide Web yang mesra pengguna. World Wide Web telah membolehkan syarikat
menghubungkan jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya suku daripada kos pengiklanan
menggunakan media cetak dan televisyen.

1.4.4 Perkembangan Ekonomi Dunia

Ekonomi dunia yang meleset telah mengakibatkan kesukaran kepada pengguna dan pemasar. Di
seluruh dunia, keperluan manusia semakin bertambah, tetapi dalam banyak perkara , individu
kekurangan wang untuk membayar barangan keperluan. Ekonomi negara maju banyak
mempengaruhi ekonomi negara-negara yang sedang membangun.

Situasi ekonomi semasa telah mewujudkan masalah dan peluang kepada pemasar. Sesetengah
syarikat menghadapi permintaan yang berkurangan dan menghadapi masalah untuk
mengembangkan syarikat mereka.

1.4.5 Permintaan Terhadap Tanggungjawab Sosial dan Etika

Pada masa sekarang pihak pemasar perlu bertanggung jawab terhadap kesan tindakan mereka ke
atas sosial dan persekitaran. Etika korporat telah menjadi isu yang hangat diperkatakan di dalam
dunia perniagaan. Masalah-masalah seperti penghapusan hutan, kehangatan ruang atmosfera ,
pencemaran udara dan air serta ancaman-ancaman lain perlu diselesaikan dengan cara yang lebih
berkesan. Di samping mereka memperolehi keuntungan daripada aktiviti-aktiviti pemasaran dan
pengeluaran mereka, tanggungjawab sosial kepada masyarakat perlu diutamakan.

1.4.6 Lanskap Pemasaran Baru

Syarikat-syarikat domestik telah sedar bahawa mereka tidak boleh mengabaikan pasaran dan
pesaingan global. Firma-firma berjaya dalam industri matang sedar bahawa mereka perlu
mengambilkira pasaran dan teknologi yang muncul dengan pendekatan pengurusan terkini.
Syarikat-syarikat dari berbagai sektor semakin menyedari bahawa mereka perlu menekankan
kepada aspek keperluan pelanggan dan persekitaran. Mereka akan gagal di dalam perniagaan
sekiranya tidak memahami pasaran yang kian berubah. Contohnya, pembinaan KLIA ekspres
telah menyediakan kemudahan pengangkutan yang pantas dari KL Sentral ke KLIA iaitu dalam
masa 28 minit.

Di akhir unit ini seharusnya anda telah memahami apa yang dimaksudkan dengan pemasaran,
mengetahui elemen-elemen di dalamnya, mempelajari berkenaan dengan perkembangan konsep
pemasaran serta dapat menerangkan apakah cabaran-cabaran pemasaran pada masa kini.
Diharapkan unit ini dapat membantu anda memahami unit-unit yang seterusnya. Semoga
berjaya.

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila
berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba , semoga berjaya.

PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan mengapa pemasaran dikatakan penting.(3 markah)

2. Mengapakah di dalam pemasaran perlu ada perhubungan di antara syarikat


dengan pelanggan?(3 markah)

3. Anda dikehendaki membuat perbezaan di antara Konsep Jualan dan Konsep Pemasaran
(8 markah)

4. Huraikan tiga perkara yang dipertimbangkan di bawah konsep pemasaran


kemasyarakatan.(6 markah)

5. Bincangkan berkenaan isu penglobalisasian di dalam pemasaran.(5 markah)


Posted by babybuster at 8:19 PM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom)

LINKS

 DRM Retail (Politeknik Ungku Omar)


 DRM Retail Store
 Resipi Ibu

PERNYATAAN MODUL P1701

Pereka blog:

Cik Zaidah binti Abdul Aziz (PUO)

Kaedah Penilaian Pelajar:

Penilaian Berterusan : 50%

Aktiviti penilaian berterusan :

Kuiz (4) = 35%

Tugasan (4)= 25%

Ujian (1) = 25%

Mini Projek (1) = 15%

Peperiksaan Akhir : 50%


Search This Blog
Top of Form
Search

powered
by

Followers

Blog Archive
 ▼  2010 (14)
o ►  February (2)
 KARNIVAL SUKAN ANTARA JABATAN PUO
 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN; BAB 4 & 5
o ▼  January (12)
 CONTOH-CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN
 CONTOH IKLAN
 UNIT 9 - PASARAN PENGGUNA & PASARAN PERNIAGAAN
 UNIT 8 - SEGMENTASI DAN SASARAN PASARAN
 UNIT 7 - SEGMENTASI DAN SASARAN PASARAN
 UNIT 6 - CAMPURAN PEMASARAN - PROMOSI
 UNIT 5 - CAMPURAN PEMASARAN (AGIHAN)
 UNIT 4 - CAMPURAN PEMASARAN - HARGA
 UNIT 3 - CAMPURAN PEMASARAN - PRODUK
 UNIT 2 - PERSEKITARAN PEMASARAN
 UNIT 1 - PENGENALAN KEPADA PEMASARAN
 Pengenalan Kepada Modul Pemasaran 1 -P1701

You might also like