You are on page 1of 2

PDG 2204 (2)/PD 5215 (3) Pengukuran dan Penilaian

Kuliah 1: 20 Jan 2009.

1. Pengenalan konsep penilaian: Penilaian sebahagian daripada pengajaran/pembelajaran. Semasa


kita mengajar kita sentiasa menilai murid.
2. Penilaian formal dan tidak formal: penilaian pendidikan formal melibatkan aktiviti membina
soalan, memarkah kertas jawapan, menyemak kualiti ujian dan lain-lain. Kursus ini hanya
melibatkan penilaian formal.
3. Ada berbagai cara mengkelaskan ujian, satu daripadanya ialah dari segi sama ada ujian itu
objektif atau subjektif. Ujian objektif bermaksud pemarkahannya objektif.
4. Dalam setiap profesion terdapat satu perkara pokok yang menjadi ‘bahan’ untuk dinilai. Dalam
profesion kejuruteraan ‘bahan’ ialah mungkin kualiti bahan binaan, dalam profesion perundangan
‘bahan’ ialah mungkin kecekapan penyelesaian kes-kes mahkamah, dalam profesion pertanian
‘bahan’ ialah kualiti hasil pertanian contohnya kualiti padi, dalam profesion perguruan ‘bahan’
ialah pencapaian pelajar. Setiap guru akan sentiasa berminat mengenai status pencapaian
muridnya.
5. Dalam penilaian pendidikan ada dua model penilaian sebagai panduan guru. Model pertama
penilaian melalui perbandingan antara individu pengambil ujian. Model ini mementingkan
kedudukan individu berdasarkan pangkatan (ranking) sesama mereka. Adakah murid ‘A’ lebih
baik daripada murid ‘B’, murid ‘B’ lebih baik daripada murid ‘C’ dan seterusnya. Model kedua
berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh penilai, adakah pencapaian murid baik atau tidak
baik berdasarkan kepada satu kriteria yang telah ditetapkan oleh guru. Dua model penilaian
inilah yang selalu diperaktikkan oleh guru di mana mungkin guru sendiri tidak menyedarinya
yang mereka sedang menggunakan model pertama atau kedua dalam kerja-kerja memeriksa dan
menggred ujian murid.
6. Oleh kerana markah ujian melibatkan angka, guru tidak dapat lari daripada memahami konsep
statistik terutamanya min (mean), varian (variance) dan sisihan lazim atau sisihan piawai
(standard deviation). Kalau guru mengajar dua kelas A dan B di mana setiap kelas terdapat 30
orang murid, guru boleh mengetahui prestasi muridnya melalui skor yang diperolehi. Kalau
markah murid kelas A tersebar daripada 0 hingga markah penuh 100 dan kalau semua murid
kelas B mendapat 40 markah setiap seorang maka guru boleh mengatakan sesuatu mengenai
kebolehan muridnya dengan mencari nilai min dan sisihan lazim bagi setiap kelas. Min ialah
purata atau ‘average’. Untuk mengira min, semua markah dicampur dan dibahagi dengan
bilangan murid.
7. Dalam contoh di atas katakan murid kelas A minnya 50. Kelas B minnya sudah tentu 40. Oleh itu
kita boleh katakan prestasi murid kelas A lebih baik daripada kelas B daripada segi min. Tetapi
kalau daripada segi sisihan lazimnya mungkin kelas B lebih baik kerana semua murid mendapat
40 markah.
8. Dalam contoh di atas sisihan lazim bagi kelas B ialah kosong kerana setiap murid mendapat
markah yang sama. Bagi kelas A sisihan lazimnya boleh dikira. Apa makna sisihan lazim? Iaitu
purata tersisihnya setiap skor daripada min. Untuk mengira sisihan lazim: setiap skor di tolak
min,hasilnya diganda dua, hasilnya dijumlahkan, jumlah tersebut di bahagi dengan bilangan
murid. Kalau sisihan daripada min tidak diganda dua, hasil jumlah sisihan ini akan menjadi
kosong.
Dr. Mokhtar Ismail

You might also like