You are on page 1of 6

Tugasan 1

Jabatan Matematik Sains & Komputer

a) Kenalpasti dan terangkan lima jenis risiko yang kemungkinan dialami oleh staf atau
pelajar.

Risiko Kemalangan

Risiko kemalangan yang mungkin berlaku di Jabatan Matematik Sains & Komputer
antaranya ialah mungkin akan terjatuh ketika ingin menyusun atau menurunkan fail. Rak fail
yang tinggi ini boleh mengakibatkan staf di Jabatan Matematik Sains & Komputer terjatuh
ketika ingin menyusun atau menurunkan fail.

Risiko Penyakit

Risiko Penyakit yang dapat dikenalpasti di jabatan tersebut ialah staf dan pelajar
terdedah kepada jangkitan penyakit demam denggi. Air yang bertakung di dalam pasu-pasu
bunga dan longkang yang tersumbat akan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes sekiranya
hal ini berlarutan dan tidak dibendung.

Risiko Kebakaran

Jabatan Matematik Sains & Komputer amat terdedah kepada risiko kebakaran.
Penggunaan komputer di dalam makmal dan soket elektrik yang banyak boleh mengakibatkan
litar pintas berlaku. Hal ini boleh menyebabkan tenaga voltan yang tinggi dan mengakibatkan
gangguan terhadap litar pintas dan seterusnya menyumbang kepada kebakaran.
Risiko Kerosakan Harta Benda

Risiko kerosakan harta benda pula boleh dikaitkan dengan penggunaan komputer di
makmal komputer oleh pelajar. Komputer di dalam makmal komputer yang digunakan oleh
pelajar terdedah kepada kerosakan. Penggunaan yang tidak mengikut cara yang betol dan
secara kasar boleh mengakibatkan komponen-komponen komputer tersebut mengalami
kerosakan.

Risiko Kecurian

Di jabatan ini risiko kecurian berkemungkinan boleh berlaku. Keselamatan makmal


yang tidak begitu selamat boleh mengakibatkan kehilangan komponen-komponen komputer.
Kekurangan CCTV boleh mengakibatkan makmal komputer diceroboh dan mengakibatkan
kehilangan.
b) Kenalpasti dan jelaskan langkah-langkah bagi menangani risiko yang bersesuaian
dengan risiko yang dihadapi oleh staf dan pekerja di Jabatan Matematik Sains &
Komputer.

Risiko Kemalangan

Pihak Jabatan Matematik Sains & Komputer boleh melatih staf mereka bagaimana
untuk mengangkat bebanan fail dari tempat yang tinggi secara manual. Latihan yang
diberikan haruslah bersesuaian agar staf di jabatan tersebut dapat mengangkat bebanan fail
dari tempat yang tinggi tanpa mengalami kemalangan.

Selain itu pihak jabatan ini boleh membuat rak fail yang rendah agar tidak
membahayakan staf ketika ingin menyusun dan menurunkan fail dari rak. Rak yang rendah
akan memudahkan pekerja tanpa perlu memanjat untuk menyusun dan menurunkan fail di
tempat yang tinggi.

Risiko Penyakit

Pihak jabatan ini boleh membuat penyelenggaraan terhadap kebersihan di sekitar


kawasan jabatan tersebut. Air yang bertakung di dalam pasu-pasu haruslah dibuang dan
longkang yang tersumbat haruslah dibersihkan agar tiada pembiakan nyamuk aedes.

Membuat pemeriksaan dan memantau keadaan kawasan jabatan dengan menggunakan


senarai semak dari semasa ke semasa mengikut jadual berkala. Seperti setiap kawasan
haruslah dipantau mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Risiko Kebakaran

Risiko kebakaran di jabatan ini boleh ditangani melalui penggunaan alat-alat


keselamatan elektrik. Penggunaan soket biasa boleh digantikan dengan penggunaan soket
yang boleh mengawal voltan elektrik.

Pihak jabatan, haruslah sentiasa menyimpan dan menyelenggara alat-alat keselamatan


seperti alat pemadan api, hos paip air dan loceng kebakaran agar sentiasa berada dalam
keadaaan yang baik. Pihak jabatan juga harus sentiasa memaparkan peta laluan kecemasan
sekiranya berlaku kebakaran.

Risiko Kerosakan Harta Benda

Bagi mengatasi risiko kerosakan harta benda di Jabatan Matematik Sains & Komputer,
pihak jabatan haruslah menyediakan panduan penggunaan peralatan berbentuk
cetakan(poster) yang mampu menarik pelajar agar membacanya. Pihak jabatan juga harus
merancang waktu yang sesuai bagi penyelengaraan semula peralatan. (servis berkala).

Pihak jabatan juga mampu mengatasi risiko kerosakan harta benda dengan
menghadkan penggunaan sesuatu peralatan atau harta benda yang terdapat di dalam Jabatan.
Contohnya pengunaan komputer ditetapkan selama 10 jam sehari. Sekiranya peralatan itu
tidak digunakan, pihak yang bertanggungjawab haruslah memastikan peralatan itu ditutup dan
disimpan dengan sebaiknya.

Risiko Kecurian

Antara tindakan yang boleh di ambil oleh Jabatan bagi mengatasi risiko kecurian ialah
dengan menambah pengunaan CCTV di makmal atau tempat yang dianggarkan kerap berlaku
risiko kecurian.

Pihak jabatan juga mampu mengatasi masalah risiko kecurian, dengan menambah
khidmat pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan yang dilantik ditugaskan untuk
mengawal persekitaran jabatan pada waktu lepas kerja (6pm – 8am).
Lampiran

Peralatan pejabat di Jabatan Matematik Sains & Komputer

Alat Pemadam Api yang terdapat di Jabatan Matematik Sains & Komputer
Gegelong Hos Kebakaran

Wayar elektrik di makmal yang tidak tersusun

Komputer di makmal yang terdedah kepada kecurian

You might also like