Panduan Fasilitator

You might also like

You are on page 1of 3

PANDUAN FASILITATOR

PERANAN FASILITATOR

1. Menggerak dan membimbing proses kelompok.


2. Tidak berperanan sebagai pakar.
3. Menggalakkan perbincangan dan menentukan perbincangan berjalan lancer.
4. Menyediakan maklumat lengkap, jika diperlukan.
5. Tidak mengajar atau member jawapan kepada persoalan perbincangan kelompok.
6. Tidak melibatkan diri secara terus dalam isu perbincangan kelompok.
7. Bertindak sebagai role-model/kepada sikap dan tingkah laku komuniskasi yang berkesan.

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)


1. Mari Berkenalan
1.1 Aktiviti 1 : Kolat Matlamat Hidup
Masa : 60 minit
Alat : Bagi setiap kumpulan, sediakan majalah atau surat khabar lama yang
mengandungi gambar-gambar(berwarna), 2 gunting, gam, pen marker dan kad
manila (sebarang warna).

Objektif :
1. Menggalakan interaksi dan kerjasama antara ahli.
2. Memupuk idea kreatif untuk membina matlamat kumpulan.

Langkah :
1. Fasilitator mengedarkan alat-alat yang diperlukan untuk aktiviti ini.
2. Minta setiap kumpulan berbincang dahulu (5 minit) tentang matlamat atau
tema kumpulannya.
3. Berdasarkan tema atau matlamat kumpulan itu, minta setiap kumpulan
mengambarkannya dengan membuat kolaj- menampal gambar-gambar yang
sesuai sebagai alat tema atau matlamat kumpulan.
4. Selepas semua kumpulan selesai (45 minit), minta mereka menunjukkan kolaj
itu dan menerangkan tema atau matlamat kumpulan.
5. Benarkan ahli bertanya jika perlu.

1.2 Aktiviti 2 : Kenyataan Saya


Masa : 20 minit
Alat : Lampiran 1.3
Objektif :
1. Menggalakkan ahli berkongsi maklumat diri dengan jujur.
2. Menyedarkan ahli bahawa berkongsi mekalumat diri pada orang yang belum
dikenali sangat menakutkan sehingga menyebabkan berlaku penapisan.

Langkah :
1. Fasilitator menerangkan kepada ahli kelompok bahawa aktiviti ini bertujuan
agar ahli dapat berkongsi maklumat diri dengan jujur supaya mereka dapat
mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain.
2. Terangkan kepada ahli bahawa mereka dikehendaki menyempurnakan ayat
dengan perkataan mereka sendiri dalam masa 10 minit.
3. Setelah mereka selesai mengisi lampiran tersebut,, minta ahli secara sukarela
membaca ayat yang mereka rasa selesa untuk berkongsi dahulu.
4. Lakukan aktiviti ini sehingga selesai. Jika terdapat ahli yang enggan membaca
ayat mereka, jangan dipaksa.
5. Minta ahli bangun dan mencari rakan yang berkongsi satu atau dua kenyataan
yang peribadi dan galakkan mereka berkenalan dengan lebih lanjut.
6. Fasilitator memimpin perbincangan tentang perasaan dan reaksi mereka
terhadap aktiviti ini. Apakah ayat yang mereka rasa selesa untuk
menyempurnakannnya dan apakah pula ayat yang membuat mereka berasa
ragu-ragu. Galakkan ahli lain berkongsi pendapat. Pastikan semua ahli
melibatkan diri dalam perbincangan.
7. Fasilitator merumuskan sesi dengan menerangkan bahawa pada peringkat
awal berkenalan, kita hanya mahu orang lain tahu maklumat yang selamat.
Tetapi perhubungan menjadi lebih rapat dan selesa setelah kita tahu dan
faham tentang diri seseorang melalui kerelaannya berkongsi maklumat yang
lebih mendalam. Walau bagaimanapun, kita harus berhati-hati dalam
berkongsi maklumat sulit dengan orang yang belum dikenali kerana maklumat
sulit boleh disalahtafsirkan.

1.3 LAMPIRAN : KENYATAAN SAYA

Sempurnakan ayat-ayat di bawah ini ;-

1. Saya seorang yang__________________________________.


2. Hidup saya sangat___________________________________.
3. Saya mempunyai____________________________________.
4. Kalau saya_____________________________ saya tentu
menjadi______________________.
5. Perkara yang paling saya benci ialah__________________________.
6. Sifat yang paling baik dalam diri saya
ialah_______________________________.
7. Sifat buruk saya ialah__________________________________.
8. Saya percaya saya akan kaya kerana_____________________________.
9. Rahsia hati saya ialah______________________________________.
10. Saya berasa kesal kerana____________________________________.
11. Oleh sebab saya___________________________ maka saya telah
di____________________________.
12. Fikiran saya selalu________________________________.
13. Orang yang paling menyokong saya ialah_______________________.
14. Kebahagiaan saya terletak______________________________ yang
_________________________________.

You might also like