You are on page 1of 8

Dow nload Now

ENGUCAPAN

Definisi

: Komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan sesuatu maklumat.


Aristotle telah menyenaraikan lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu
pengucapan umum, iaitu idea pokok yang diperkatakan dalam ucapan, gaya atau
bahasa yang digunakan oleh penyampai, pengolahan idea penyampai ucapan
dankebolehan

penyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya (Lane Cooper, 1960).

Antara bentuk pengucapan ialah pidato, ceramah, seminar, syarahan, dialog, debat

dan sebagainya yang melibatkan pengucapan di hadapan khalayak.

CIRI-CIRI PENGUCAPAN

Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan umum.

 Berlaku di tempat awam

Pengucapan umum berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik, dewan

kuliah, atau ditempat-tempat orang ramai boleh berhimpun.

 Melibatkan bilangan sasaran yang ramai

Dalam pengucapan, penceramah ialah sumber penyampai dan audien yang

mendengar ceramah ialah penerima maklumat yang ingin disampaikan.

 Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah

Pengucapan terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu. Penceramah
tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara individu
kerana factor jarak dan jumlah orang yang lebih ramai. Pengisian ceramahnya telah
dirancang lebih awal berdasarkan siapakah yang akan hadir untuk mendengar ucapan
itu.

Begitu juga dengan suasana penyampaian ceramah memang telah distrukturkan


dengan agenda-agenda tertentu. Contahnya, siapakah yang akan memperkenalkan
penceramah, bilakah penceramah akan memulakan ceramahnya dan bilakah masanya
orang ramai boleh mengemukakan soalah kepada penceramah.

PENGUCAPAN YANG BERKESAN

Pengucapan boleh menghasilkan hubungan mesra antara audien dan penyampai.


Terdapat

beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan ucapan yang berkesan.

 Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan khalayak

Penyampai mestilah pandai menyesuaikan ucapannya dengan keperluan khalayak.


Melalui maklum balas, penyampai perlulah tahu mengawasi maklumat dan kesan
mesejnya ke atas khalayak. Untuk menilainya, si perucap perlu memberi perhatian
kepada khalayak.

 Memberi perhatian kepada maklum balas khalayak

Maklum balas yang diterima daripada khalayaklah yang memberitahu penyampai


samada analisis khalayak itu telah berjaya ataupun penyampai berjaya difahami oleh
khalayak. Ia boleh terjadi dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Hal ini berlaku sebaik
sahaja penyampai melihat khalayaknya.

STRUKTUR PENGUCAPAN
Di sini terdapat struktur ringkas yang boleh anda gunakan bagi semua jenis ucapan,
walau apa tajuk dan siapa yang hadir dalam majlis itu. Ia dibahagikan kepada empat
bahagian utama iaitu :

1. pengenalan
2. kedududukan
3. masalah

4. kemungkinan atau kebarangkalian

5. cadangan

6. ringkasan

1. Pengenalan

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ada semasa memberikan ucapan
pengenalan

iaitu:

 Memberi salam atau berkata ‘hello’ dan terima kasih kerana hadir ke majlis. Bagi

orang islam pula ucapan ‘Assalamualaikum ‘ diberi.

 Perkenalkan diri.

 Terangkan apakah objektif anda.

 Terangkan berapa lama masa ucapan itu diperlukan dengan ringkas nyatakan

bentuk ucapan itu akan diberikan. (Misalnya ‘Saya akan mengambil masa sepuluh minit
untuk memberikan sedikit penjelasan mengapa kita perlu memberi perhatian kepada
masalah kakitangan di bahagian penghantaran dan apakah pilihan-pilihan yang ada.
Kemudian barulah saya akan memberikan apakah pilihan yang saya rasamat sesuai
dan sebab pilhan tersebut dibuat’).

 Beritahu pendengar apa yang anda mahu mereka lakukan berkenaan persoalan
yang timbul (misalnya “ Tolong sediakan pertanyaan jika anda mengikuti ucapan

ini, tetapi jika boleh tolong ajukan soalan selepas ucapan saya selesai”).

2.

Memulakan ucapan

Persoalan yang penting adalah, adakah pendengar mempercayai apa yang bakal anda
ucapkan. Kerana menjadi satu lumrah apa yang bakal diucapkan itu mendapat respons
yang positif daripada pendengar yang meluangkan masa untuk mendengar ucapan itu.
PENGUCAPAN

Rasa diterima ini kadangkala dapat diuji dengan wujudnya ketawa yang besar
dikalangan pendengar yang sedang menikmati ucapan itu. Walaupun begitu terdapat
cerita-cerita lucu yang akhirnya gagal anda kawal bagi meneutralkan semula ucapan
itu. Oleh itu ucapan yang diselitkan dengan cerita lucu akan membahayakan
terutamanya apabila jumlah peserta adalah sedikit. Atau juga apabila cerita-cerita itu
belum diuji sebelumnya atau jika anda tidak yakin ia boleh menyebabkan orang lain
ketawa sesudah cerita itu selesai dinyatakan.

Terdapat banyak cara atau jalan mewujudkan ‘humor’ yanga mana masih
membantu anda mewujudkan rasa penerimaan. Semua pendekatan ini berkesan sebab
ia menunjukkan anda berniat untuk merehatkan minda pendengar dan bukannya
sebagai peluang untuk anda mencipta glamour sebagai individu yang ‘superior’.
Sesetengah orang percaya permulaan sesuatu ucapan mestilah benar-benar
memaparkan tajuk utama semasa pembukaan ucapan dibuat. Jangan terlalu percaya
kepada falsafah ini, anda sebenarnay masih mempunyai masa untuk itu. Jika idea
bernas anda wujud ketika itu, ia sudah cukup baik jika idea itu dating secara spontan.

3.
Sentiasa berwaspada terhadap paras kefahaman khalayak tentang sesuatu tajuk.
Dalam sesuatu pengucapan umum, walau bagaimana besar pun khalayak, pasti ada
satu
tahap daling

berkomunikasi antara perucap dan penerima. Adalah menjadi


tanggungjawab utama perucap untuk menghasilkan satu proses penyampaian
maklumat yang berjaya. Nmun kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakan.
Jika khalayak gagal untuk memahami perkara yang telah disampaikan oleh perucap
untuk mengetahui paras kefahaman yang sesuai untuk khlayaknya.

Komunikator atau perucap mesti menganalisis khalayaknya lebih lanjut lagi tentang
minat dan kefahaman mereka terhadap perkara yang diperkatakan. Sebenarnya
langkah pertama kearah menganalisis khalayak secara terperinci atau penyampaian
mesej yang berjaya berlaku sebaik sahaja komunikator atau si perucap memaklumkan
kepada

khalayak tentang tanggungjawabnya untuk memahamkan mereka terhadap hal yang


diperkatakan. Namun begitu cara begini tidak boleh terlalu ditekankan kerana ditakuti
akan menimbulkan syak wasangka khalayak bahawa mereka diajar untuk
memahaminya.

CARA MENULIS TEKS UCAPAN.

Dalam kemahiran menulis, kita harus dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan
dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian. Kita juga
digalakkan menghasilkan penulisan kreatif dengan pemikiran yang kritis dan analitis.
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti yang berikut:

 Menulis ayat dan perenggan secara mekanis dengan tulisan tangan yang jelas dan
kemas.
 Mengambil rencana ayat dan perenggan dalam bentuk prosa, juga puisi dengan
menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul serta mengikut peraturan.

 Melengkapkan perenggan dengan kata, frasa, dan ungkapan.

 Mengisi butiran tertentu dengan tepat dalam pelbagai borang

 Melakar dalam bentuk grafik dan membuat catatan daripada bahan yang didengar

dan dibaca.
 Membuat karangan daripada lakaran dan catatan dengan menggunakan kata, frasa
dan ayat yang betul.

 Menyusun perenggan mengikut urutan isi karangan.

 Membuat ringkasan karangan daripada pelbagai bahan prosa.

 Membina ayat yang betul, tepat, gramatis dan indah.

 Membina ayat-ayat dalam perenggan untuk menghasilkan karangan.

 Menulis penyataan daripada bahan grafik.

http://www.scribd.com/doc/14164234/PENGUCAPAN

You might also like