You are on page 1of 20

PENULISAN KERTAS

CADANGAN
Penulisan Kertas Cadangan
• Antara perkara yang perlu ada dalam kertas cadangan
ialah;
1 Nama dan alamat penuh organisasi
2 Nama atau AJK Penyelidik (Ahli Kumpulan)
3 Tajuk Kajian
4 Refleksi Masalah/Refleksi P & P yang lalu
5 Fokus Kajian/Isu keperihatinan yang dikaji
6 Objektif Kajian (am dan khusus)
7 Kumpulan Sasaran
8 Tindakan yang dicadangkan
9 Bahan dan Anggaran Kos
10 Jadual Pelaksanaan Kajian/Carta Gantt
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

1. Nama dan alamat penuh organisasi

• Nyatakan nama dan alamat penuh organisasi tempat kajian


akan dilaksanakan

2. Nama dan AJK Penyelidik (Kumpulan


Penyelidik)

• Nyatakan nama-nama ahli jawatankuasa penyelidik


(kumpulan penyelidik) yang akan terlibat secara aktif dalam
usaha menjalankan kajian tindakan di organisasi masing-
masing.
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

3. Tajuk Kajian
• Tidak boleh berbunyi negatif dan mesti ada hala tuju dalam
bentuk ayat positif.

Contoh Tajuk Kajian Tindakan:


i “Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-Murid Tahun 4

i “Meningkatkan Kemahiran Murid-Murid Tahun 2 Dalam


Operasi Darab dan Bahagi”

ii “Meningkatkan Penguasaan Konsep Pecahan Di kalangan


Murid-Murid Tahun 5”
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

4. Refleksi Masalah/Refleksi P & P yang lalu

• Maklumat ringkas yang memberi gambaran tentang latar belakang


tajuk kajian yang berkaitan dengan refleksi terhadap masalah.
Maklumat ini boleh berkaitan dengan tinjauan sejarah, perkembangan,
isu, perubahan, keprihatinan penyelidik dan sebagainya.

• Penyelidik perlu menulis refleksi dalam beberapa perenggan,


menceritakan perasaan anda secara umum berkaitan sesuatu
perkara/topik pengajaran atau sebarang permasalahan yang anda
ingin perbaiki atau cuba selesaikan.Nyatakan tindakan atau sikap
pelajar yang membawa kepada pemasalahan tersebut.
Sambungan …….

Penyelidik juga perlu mereflek tentang:-

- diri sendiri (cara pengajaran, pandangan terhadap pelajar


dan perkara-perkara lain yang menjadi faktor kepada
terjadinya masalah tersebut).

Di samping itu, refleksi diri perlu menyatakan:-


- latar belakang dan pengalaman guru dalam bidang/topik
yang diajar
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

5. Fokus Kajian/Isu keprihatinan yang dikaji


• Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar
yang ingin dikaji.
• Tuliskan dalam beberapa perenggan
• Sekiranya banyak masalah yang ditemui, memadai fokuskan
kepada:-
- satu isu kecil / satu tajuk kecil dalam mata pelajaran,
dan
terangkan masalah yang dihadapi semasa pengoperasian,
kenapa ia berlaku dan sekiranya masalah tidak diselesaikan
apakah perkara-perkara yang dijangkakan berlaku

* Kalau ada tinjauan kajian / sorotan kajian lepas boleh


dimasukkan di bahagian ini sebagai bahan sokongan untuk
mengukuhkan fokus kajian
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

Contoh pernyataan masalah:


(ditulis dalam beberapa perenggan)

Contoh:

Penyelidik menghadapi masalah ramai pelajar di Tingkatan


1 sekolah ini yang tidak fasih berbahasa Melayu sewaktu
berkomunikasi di dalam bilik darjah.Mereka gagal untuk
membina satu ayat pun. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
tatabahasa lemah, tidak minat, kurang berkomunikasi dan sebagainya.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, akan memberi kesan kepada


sekolah iaitu kemungkinan keputusan UPSR akan merosot/ jatuh.

Untuk mengatasi masalah ini penyelidik akan melaksanakan aktiviti


“Kembara Bahasa”.
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

6. Objektif Kajian
Terdapat 2 jenis objektif kajian iaitu:
- am
- khusus

Objektif Am
Menentukan secara keseluruhan apakah tujuan kajian, dan
ayat hendaklah berbentuk positif.

Contoh;

Meningkatkan kemahiran guru-guru menggunakan komputer melalui kursus-kursus yang


dijalankan oleh PSPN.
atau
Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran guru-guru menggunakan komputer
melalui kursus-kursus yang dijalankan oleh PSPN.
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

Contoh objektif am:-

Meningkatkan kebolehan mengingat definisi istilah Biologi


atau
Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan
mengingat definisi istilah Biologi

Objektif Khusus

Ditulis seperti biasa,iaitu;


a. ---------------------
b. ---------------------
c. ---------------------

Objektif khusus bertujuan untuk:-


-mengubah sikap atau pembelajaran murid
-perubahan kepada sikap atau pengajaran guru
-perubahan cara guru menghadapi murid
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan
Sambungan……
Contoh Objektif Khusus :-

1.Murid boleh mengingat definisi istilah Biologi dengan lebih cepat

2.Guru boleh mengendalikan pengoperasian TV Pendidikan dengan


cara yang terancang dan sistematik dalam P & P di kelas

3.Membantu guru menguasai kemahiran menggunakan Perisian Kursus


Pendidikan (PKP) dengan cara yang betul

4.Membantu guru merancang aktiviti-aktiviti P & P yang boleh menarik


minat murid melalui penggunaan Pusat Sumber Sekolah yang aktif

5.Membantu guru meningkatkan minat pelajar untuk membaca dengan


menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

Pastikan objektif kajian boleh diukur /


dinilai,dibuktikan, boleh dilaksana, relevan
dan menepati / menjawab masalah yang
dikaji
(mengakibatkan perubahan tingkah laku
murid dan guru)

Semua objektif hendaklah diukur / dinilai


semasa dan selepas menjalankan kajian
supaya boleh dilihat sejauhmana objektif
telah tercapai
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

7. Kumpulan Sasaran
Dalam penulisan kertas cadangan, perlu dinyatakan
tentang kumpulan sasaran yang akan dijadikan subjek
kajian

Contoh kumpulan sasaran ialah seperti:-


- kakitangan PSPN, Penyelaras PKG, Guru Pusat
Sumber dan sebagainya.
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

Sekiranya pelajar sekolah yang dijadikan sampel kajian,langkah


yang perlu dibuat ialah:
- kecilkan skop kajian – berdasarkan kepada satu kumpulan
pelajar atau satu kelas sahaja

- satu kumpulan / satu kelompok pelajar yang anda kaji dan


bukan seluruh pelajar sekolah itu

Contoh:
- Pelajar Tingkatan 2 Mawar yang terdiri daripada 25 orang
pelajar
- Kumpulan sasaran ialah kumpulan pelajar yang terdiri
daripada 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar
perempuan
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

8. Tindakan yang dicadangkan

Menyatakan pendekatan yang difikirkan dapat


mengatasi masalah, memberi impak atau
menghasilkan penambahbaikan terhadap amalan yang
selama ini dilakukan.

Tindakan yang dicadangkan boleh berbentuk sama


ada dalam bentuk kaedah, langkah-langkah, aktiviti-
aktiviti dan sebagainya yang difikirkan sesuai.
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

9. Bahan dan Anggaran Kos


- Penyelidik mestilah menyenaraikan keperluan kajian
iaitu alatan atau bahan yang akan digunakan.
Contoh-contoh alatan atau bahan ialah alat tulis, buku
catatan, disket, kad manila dan sebagainya.

- Anggaran kos kajian hendaklah dinyatakan secara


terperinci dari segi :-

• Jumlah bahan yang diperlukan


• Harga bagi satu unit bahan
• Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan
Contoh Menyediakan Anggaran
Kos Kajian
JUMLAH
BIL JENIS ALATAN/BAHAN
KOS
01 Kertas A4 20 rim x RM5.00 RM100.00
02 Marker Pen 10 set x RM6.00 RM 60.00
03 Disket 5 keping x RM4.00 RM 20.00
04 Dakwat Printer 2 x RM95.00 RM190.00
05 Kad Manila 40 x RM1.00 RM 40.00
06 Gunting 5 x RM4.00 RM 20.00
07 Buku Nota Guru 3 x RM4.00 RM 12.00
JUMLAH RM442.00
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan

10. Jadual Pelaksanaan Kajian/Carta Gantt


Dalam kertas cadangan kajian elok dinyatakan perancangan
jadual masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan kajian.

-Tujuannya ialah untuk merancang kajian dengan lebih


sistematik dan dalam tempoh masa yang tertentu mengikut
kesesuaian.
(sekiranya kajian dilakukan di tempat kerja masing-masing)

-Tujuannya ialah untuk merancang kajian dengan mengambil


kira tempoh masa pengajaran di sekolah dan kesesuaian masa
dengan takwim tahunan atau semester di sekolah.
(sekiranya kajian dilakukan melibatkan pihak sekolah)
Huraian Tentang Penulisan Kertas Cadangan
Contoh Jadual Pelaksanaan Kajian
TARIKH
BIL AKTIVITI
PELAKSANAAN
01 Menulis kertas cadangan kajian 10 Januari

02 Merancang tindakan 11 Januari


03 Melaksanakan tindakan - 1 aktiviti 13 Januari

04 Refleksi - membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 1 14 Januari


05 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 15 Januari
06 Refleksi - membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 2 16 Januari
07 Melaksanakan tindakan 3 - aktiviti 3 17 Januari
08 Refleksi - membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 3 18 Januari
09 Melaksanakan tindakan 4 - aktiviti 4 19 Januari
10 Refleksi - membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 4 20 Januari
11 Penilaian ( Ujian utk mengesan pencapaian murid) 21 Januari
12 Refleksi kajian - untuk keseluruhan kajian 22 Januari
13 Menulis laporan kajian 23 Januari
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like