You are on page 1of 11

Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan, iaitu A,B,C,dan D.

Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.

Soalan 1 hingga soalan 5


Baca petikan di bawah ini. Kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Sebanyak 24 orang anggota Persekutuan Pengakap Universiti Pertanian


Malaysia (UPM) menyertai pengembaraan ke Sarawak mulai 14 April hingga 1 Mei
lalu.
Tujuan pengembaraan itu ialah untuk mengeratkan hubungan antara penduduk
Sarawak dengan penduduk Semenanjung Malaysia serta memperkenalkan UPM kepada
penduduk setempat. Selain itu, pengembaraan tersebut bertujuan memberikan
pendedahan kepada para peserta mengenai pembangunan, keadaan semula jadi, serta
memperkenalkan budaya masyarakat Sarawak.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan ceramah mengenai
peluang melanjutkan pelajaran ke UPM kepada penduduk setempat, majlis beramah
mesra, dan persembahan kebudayaan.
Peserta berkesempatan juga mempelajari permainan tradisi kaum Melanau yang
dikenal sebagai “langgudi” dan “bariaw” serta berkunjung ke rumah penduduk
setempat. Mereka juga berpeluang menikmati makanan setempat yang dibuat daripada
ikan iaitu “umai” dan yang dibuat daripada sagu , iaitu “linut” dan “tabaloi”.
Para peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi negeri Sarawak.
Keunikan Gua Mulu benar-benar memikat hati para peserta rombongan. Mereka turut
berpeluang melawat ke tempat- tempat menarik seperti Gua Angin, Gua Jernih, Gua
Rusa, dan Gua Long. Kesemua peserta berpuas hati menyertai lawatan ini. Kebanyakan
peserta ingin kembali ke Sarawak jika ada peluang.

1. Apakah “bariaw” ?
A . makanan tradisi
B. permainan tradisi
C. persembahan kebudayaan
D. tarian tradisi

2. Aktiviti apakah yang tidak terdapat dalam program lawatan ke Sarawak?


A. majlis ceramah
B. persembahan kebudayaan
C. majlis beramah mesra
D. majlis syarahan

3. Yang berikut adalah tujuan lawatan ke Sarawak kecuali...


A. untuk memperkenalkan Sarawak kepada penduduk setempat
B. untuk menikmati keindahan alam semula jadi di Sarawak
C. untuk memperkenalkan kebudayaan masyarakat Sarawak
D. untuk mengeratkan hubungan antara penduduk Sarawak dengan penduduk
Semenanjung.

1
4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan keindahan alam
semula jadi di Sarawak?
A. dengan mengelakkan penebangan kayu balak secara berleluasa
B. dengan menghalang pelancong datang ke Sarawak
C. dengan mengurangkan kegiatan-kegiatan pertanian
D. dengan menanam pelbagai jenis pokok

5. Kata berpeluang dalam petikan bererti...


A. diundang C. berkesempatan
B. dipelawa D. bercita-cita

Soalan 6 hingga soalan 10


Baca surat di bawah ini. Kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Persatuan Bola Sepak,


Sekolah Kebangsaan Telok Gading ,
41260, Alor Setar,
Kedah.
__________________________________________________________________

Pengerusi,
Persatuan Bola Sepak,
Sekolah Kebangsaan Sri Menanti,
41260, Alor Setar,
Kedah. 8 JULAI 2003.

Saudara,
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Bola Sepak
sekolah ini bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan
pasukan sekolah saudara.
2. Tujuan perlawanan persahabatan ini adalah sebagai persediaan bagi pasukan
kami menghadapi pertandingan peringkat zon bulan depan. Di samping itu,
perlawanan ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar kedua-dua buah
sekolah juga.
3. Tarikh yang kami cadangkan ialah pada 15 Julai 2003, pukul 4.00 petang.
Perlawanan tersebut akan diadakan di padang sekolah kami. Pihak kami tidak
keberatan sekiranya pihak saudara ingin menukar tarikh dan masa perlawanan
tersebut ke tarikh dan masa yang lain.
4. Saya amat berharap agar saudara menerima pelawaan pihak kami ini.
Kerjasama daripada pihak saudara amat kami hargai dan kami dahulukan dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

...............................
( Megat Izuddin B Megat Iskandar)
Setiausaha,
Persatuan Bola Sepak, 2
Sekolah Kebangsaan Teluk Gading.
6. Kepada siapakah surat ini ditujukan ?
A. Pemain bola sepak Sekolah Kebangsaan Sri Menanti
B. Setiausaha Persatuan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Sri Menanti
C. Pengerusi Persatuan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Sri Menanti
D. Guru Penasihat Persatuan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Sri Menanti

7. Bilakah cadangan untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan


tersebut?
A. akan ditentukan selepas surat ini diterima
B. seminggu selepas surat ini ditulis
C. bulan depan
D. belum dapat ditentukan

8. Apakah yang dimaksudkan dengan tidak keberatan dalam petikan?


A. tidak bersetuju
B. tidak menghadapi sebarang masalah
C. tidak sanggup
D. tidak mengizinkan

9. Harapan penulis surat ini ialah agar ...


A. hubungan pelajar di kedua-dua buah sekolah menjadi erat.
B. penerima surat ini dapat menyediakan pasukan bola sepak yang kuat.
C. tarikh dan masa yang ditetapkan itu dipersetujui oleh pihak penerima surat.
D. undangannya tidak dihampakan oleh penerima surat.

10. Pilih pernyataan yang tidak benar.


A. Perlawanan persahabatan itu mungkin sekali dilangsungkan di padang
Sekolah Kebangsaan Sri Menanti.
B. Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Telok Gading akan menghadapi
perlawanan peringkat zon pada bulan Julai.
C. Encik Megat Izuddin B Megat Iskandar ialah Setiausaha Persatuan Bola
Sepak Sekolah Kebangsaan Telok Gading.
D. Pihak Persatuan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Sri Menanti berhak
menetapkan tarikh perlawanan yang sesuai.

3
Soalan 11 hingga 15
Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikut.

16 Oktober 2002
3.00 petang - Sebanyak 30 orang anggota pengakap Kumpulan 13 tiba di
perkarangan sekolah unuk mendaftarkan diri bagi menyertai
perkhemahan pengakap.

3.30 petang - Guru pengakap , Encik Faizal memberikan penerangan dan


taklimat ringkas tentang program yang dijalankan.
4.00 petang - Akiviti pertama bermula . Anggota pengakap dibahagikan
kepada enam kumpulan dan dikehendaki membina khemah
masing-masing

6.00 petang - Setiap kumpulan diberi masa 1 jam 20 minit untuk


menyediakan makan malam.

9.00 malam - Aktiviti unggun api diadakan. Pesta unggun api diserikan dengan
acara nyanyian, tarian, lakonan spontan dan persembahan sketsa.

11.00 malam - Masuk tidur.

17 Oktober 2002

7.00 pagi - Senaman beramai – ramai


8.30 pagi - Minum pagi
9.30 pagi - Upacara menaikkan bendera, perbarisan dan pembacaan ikrar
pengakap.
- Akiviti kumpulan. Aktiviti yang dijalankan ialah mempelajari
cara dan jenis ikatan, cara memasang atau mendirikan khemah,
cara mengenal jenis-jenis makanan hutan yang boleh dimakan,
dan cara-cara memberikan rawatan sekirangya berlaku sebarang
kecederaan atau kemalangan.
12.00 tengah - Ujian penyediaan makanan dan makan tengah hari.
hari
3.00 petang - Aktiviti permainan secara kumpulan.
6.00 petang - Aktiviti perkhemahan berakhir dan bersurai.

11. Petikan di atas adalah mengenai suatu...


A. laporan
B. catatan
C. iklan
D. pemberitahuan

4
12. Penyataan-penyataan yang berikut benar mengenai aktiviti perkhemahan yang
dijalankan kecuali...
A. setiap kumpulan diberikan masa selama 80 minit untuk menyediakan makan
malam.
B. aktiviti unggun api diadakan pada malam hari kedua perkhemahan
C. cara memasang khemah ditunjukkan sebelum diadakan permainan kumpulan
D. aktiviti perkhemahan ini diadakan di sekolah

13. Apakah nama unit beruniform yang terlibat dalam aktiviti tersebut?
A. Kadet Remaja Sekolah
B. Persatuan Bulan Sabit
C. Pandu Puteri
D. Pengakap

14. Pernyataan yang manakah yang tidak benar mengenai petikan di atas?
A. Perkhemahan dijalankan selama dua hari.
B. Guru Penasihat bagi aktiviti ini ialah Encik Faizal.
C. Semua aktiviti yang dijalankan adalah dalam kumpulan.
D. Peserta perkhemahan semuanya terdiri daripada lelaki.

15. Apakah kata yang hampir sama maksudnya dengan kata berekreasi?
A. berteduh
B. berhibur
C. bersiar-siar
D. beriadah

Soalan 16 hingga 20
Baca pantun di bawah ini. Kemudian jawab soalan yang dikemukakan.

Menghadapi Dugaan

Harum baunya bunga cempaka,


Kembang sekuntum di hujung dahan,
Berbuat baiklah sesama manusia,
Segala yang buruk segera tinggalkan.

Merah warnanya bunga raya,


Dipilih menjadi bunga kebangsaan,
Bantu- membantu amalan mulia,
Kerja yang berat menjadi ringan.

Sungguh cantik bunga mawar,


Dipetik sekuntum dara jelita,
Hidup kita hendaklah bersabar,
Menghadapi dugaan dengan waspada.

Bunga orkid banyak ditanam ,


Sudah terkenal di seluruh dunia,
Jika hidup aman tenteram,
Barulah kebahgiaan akan menjelma.

5
16. Bunga apakah yang sudah terkenal di seluruh dunia?
A. bunga cempaka
B. bunga orkid
C. bunga mawar
D. bunga raya

17. Mengapakah sifat saling membantu itu penting?


A. kerana dapat menghadapi dugaan
B. kerana kita akan mendapat kawan yang banyak
C. kerana hidup akan menjadi tenteram
D. kerana kerja yang berat menjadi ringan

18. Apakah nasihat yang terkandung dalam rangkap ketiga pantun?


A. Kita perlu bersabar dalam kehidupan.
B. Kita perlu sentiasa berwaspada terhadap musuh.
C. Kita perlu berbuat baik sesama manusia.
D. Kita perlu saling membantu.

19. Dalam keadaan bagaimanakah kebahagiaan akan tercapai?


A. aman sentosa
B. tabah menghadapi ujian
C. tenang dan sabar
D. tidak terburu-buru

20. Apakah erti kata waspada?


A. berselindung
B. bersungguh-sungguh
C. berjaga-jaga
D. bekerjasama

Soalan 21 hingga soalan 30


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah ini.

21. Asmawi _____________ beberapa biji kelapa di belakang rumahnya.


A. menarah
B. mengupas
C. memotong
D. mengerat

22. Syarikat-syarikat swasta harus ____________ untuk menaja program-program


sukan di negara ini.
A. tampil C. giat
B. maju D. bergerak

6
23. Kain songket ___________ dengan menggunakan alatan tradisional.
A. ditenun C. disulam
B. dijahit D. dikait

24. ____________ sudah berjawatan tinggi, Puan Sabrina tetap bercampur gaul
dengan masyarakat kampung.
A. Meskipun C. Setelahpun
B. Jikalaupun D. Bagaimanapun

25. “Apabila sudah berjaya nanti jangan pula ___________”, Pak Ramli menasihati
Hidayah.
A. hilang akal C. lupa daratan
B. harga diri D. lupa asal

26. Beberapa ___________ tembakan dilepaskan, kelihatan rusa jantan terbaring di


sebalik ____________ pokok buluh berhampiran.
A. butir......sepohon C. das..... serumpun
B. das.....sebatang D. dentuman....serumpun

27. Hubungan di antara Hidayah dan Adilah seperti_________________. Mereka


sentiasa bersama walau ke mana jua.
A. isi dengan kuku C. kacang lupakan kulit
B. aur dengan tebing D. pinang dibelah dua

28. Shahila menangis _________________ apabila menonton cerita sedih di


televisyen.
A. tersengih - sengih C. tersedu - sedan
B. tertunggang - langgang D. terbahak – bahak

29. Kerja –kerja ________________ bangunan itu akan diteruskan.


A. pembina C. binaan
B. dibina D. pembinaan

30. Para ________________ di majlis itu bekerja hingga larut malam.


A. bertugas C. petugas
B. tugasan D. menugaskan

7
Soalan 31 hingga soalan 33

Pilih jawapan yang mempunyai makna seerti dengan perkataan bergaris.

31. Pihak polis telah berjaya membanteras kegiatan jenayah di daerah Klang.
A. melarang C. membasmi
B. mendepani D. mendalangi

32. Cikgu Mawar telah memberi ulasan yang cukup bernas semasa sesi soal jawab
dijalankan.
A. ujaran C. penerangan
B.hujah D. kupasan

33. Kami rasa tersinggung dengan kata – katanya itu meskipun dia hanya berseloroh
sahaja.
A. bergurau C. bermain
B. berhibur D. bersembang

Soalan 34 hingga 36
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

34. A. “Wah! Cantik betul kain yang awak beli itu,” kata abang kepada kakak.
B. “Wah! Cantik betul kain yang awak beli itu!” kata abang kepada kakak.
C. “Wah, cantik betul kain yang awak beli itu,” kata abang kepada kakak.
D. “Wah, cantik betul kain yang awak beli itu!” kata abang kepada kakak.

35. A. Sambil tersenyum, saya berkata, “ Maafkan saya, saya minta diri dulu
saudari”.
B. Sambil tersenyum saya berkata, “ Maafkan saya, saya minta diri dulu
saudari!”.
C. Sambil tersenyum saya berkata, “ Maafkan saya, saya minta diri dulu
saudari.
D. Sambil tersenyum saya berkata, Maafkan saya, saya minta diri dulu
saudari.

36. A. Bukan sudah pasti bukan dia yang kita cari selama ini.
B. Bukan, sudah pasti bukan dia yang kita cari selama ini.
C. Bukan sudah pasti bukan, dia yang kita cari selama ini.
D. Bukan, sudah pasti bukan dia, yang kita cari selama ini.

8
Soalan 37 hingga 40
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

37. Kamarul dan Asyraf berkata, “Ini rumah kami.”


A. Kamarul dan Asyraf mengatakan bahawa ini rumahnya.
B. Kamarul dan Asyraf mengatakan bahawa ini rumah kami.
C. Kamarul dan Asyraf bertanya di mana rumah mereka.
D. Kamarul dan Asyraf mengatakan bahawa itu rumah mereka.

38. Nuraina berkata bahawa dia telah membaca buku itu.


A. Nuraina berkata, “Dia telah membaca buku itu”.
B. Nuraina bertanya, “Sudahkah awak baca buku itu?”.
C. Nuraina berkata, “Kami telah membaca buku itu”.
D. Nuraina berkata, “saya telah membaca buku itu”.

39. Perpustakaan akan menganjurkan Program Rakan Buku pada minggu ini.
A. Program Rakan Buku yang dianjurkan oleh perpustakaan akan berlangsung
pada minggu ini.
B. Pada minggu ini perpustakaan dianjurkan Program Rakan Buku.
C. Perpustakaan telah menganjurkan Program Rakan Buku minggu ini.
D. Program Rakan Buku Perpustakaan akan dianjurkan pada minggu ini.

40 Pihak polis berjaya memberkas penjenayah yang telah merompak bank di Kuala
Lumpur.
A. Penjenayah berjaya memberkas polis yang merompak bank di Kuala
Lumpur.
B. Penjenayah yang berjaya diberkas polis telah berjaya merompak Kuala
Lumpur.
C. Penjenayah yang telah diberkas oleh polis adalah perompak bank di Kuala
Lumpur.
D. Penjenayah yang diberkas polis itu adalah perompak Bank Kuala Lumpur.

Soalan 41 hingga 45
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

41. A. Adik Mimi telah membaca dengan lancar ketika berusia empat tahun.
B. Saya tidak lancar dengan kawasan ini.
C. Majlis lancar album lagu nyanyian Misha Omar dibuat di Klang.
D. Zul memandu kereta dengan lancar dan hampir-hampir terlanggar tiang.

42. I. Burung berkicau alamat hari hendak siang.


II. Mimpinya itu memberikan alamat yang tidak baik.
III. Dia menerima alamat daripada ayahnya untuk menjaga adik-adiknya dengan
baik.
IV. Alamat pengirim perlu ditulis di bahagian belakang sampul Pos Ekspres.

A. I dan II sahaja.
B. I , II, dan IV sahaja
C. II, III, dan IV sahaja
D. I, II, III, dan IV

9
43. I. Air sungai itu dingin sekali.
II. Jangan makan nasi yang dingin itu.
III. Kepulangannya disambut dingin oleh ahli keluarga.
IV. Perang dingin di antara dua buah negara itu telah berakhir.

A. I , dan II sahaja
B. III, dan IV sahaja
C. I, III, dan IV sahaja
D. I, II, dan III sahaja

44. I. Dia menggantungkan kain yang masih basah itu di ampaian supaya cepat
kering.
II. Ibu bapa menggantungkan harapan yang tinggi untuk melihat kejayaan anak-
anak mereka.
III Intan Suraya menggantungkan tali itu pada paku di dinding biliknya .
IV. Shafie menggantungkan basikalnya pada tiang rumah.

A. I, dan II sahaja
B. II, dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, II, III, dan IV

45. I. Juliana berasa runsing kerana duit simpanannya telah habis dibelanjakan.
II. Pergaduhan itu akhirnya habis apabila ketua kampung campur tangan.
III. “Habis, apa tindakan kita sekarang?” tanya Ikhwan kepada Syamil.
IV. Dalam perlumbaan itu, Fatin mendapat tempat yang habis sekali.

A. I dan III sahaja


B. II dan IV sahaja
C. I,II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 46 hingga 50
Pilih perkataan berganda di bawah yang membawa maksud banyak.

46. I. Selepas banjir, longgokan sampah dan lumpur terdapat di merata-rata tempat.
II. Aisyah menjawab soalan itu dengan tergagap-gagap kerana dia tidak dapat
menahan rasa gementarnya.
III. Kebun di belakang rumah nenek dipenuhi dengan pokok sayur-sayuran.
IV. Mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja

10
47. I. Adik cuba menangkap rerama yang terbang di taman itu.
II. Ribut yang melanda kampung itu semalam menyebabkan pepohon di tepi
jalan itu tumbang.
III. Raduan menggaru-garu betisnya yang gatal digigit pepijat.
IV. Dedaun kering terbang apabila ditiup angin.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja

Soalan 48 hingga 50
Pilih soalan yang sesuai bagi ayat yang bergaris.

48. Bergantunglah kepada keadaan. Mungkin sekejap, mungkin lama.


A. Adakah ayah akan ke luar negara?
B. Ayah akan tinggal di luar negarakah?
C. Berapa lama ayah akan tinggal di luar negara?
D. Kenapa ayah cepat pulang dari luar negara?

49. Golongan remaja merupakan bakal pemimpin yang akan menentukan


kemakmuran negara pada masa akan datang.
A. Siapakah bakal pemimpin yang akan datang?
B. Mengapakah bakal pemimpin yang akan menentukan kemakmuran negara?
C. Siapakah bakal pemimpin yang akan menentukan kemakmuran negara pada
masa akan datang?
D. Apakah yang akan ditentukan oleh golongan pelajar pada masa akan
datang?

50. Tambang kapal terbang ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur ialah RM
165.00.
A. Berapakah tambangnya cik?
B. Berapakah tambang kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuala
Terengganu?
C. Benarkah tambang kapal terbang ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur
RM 165.00?
D. Berapakah tambang ke Kuala Terengganu jika saya menaiki kapal terbang?

[Kertas Soalan Tamat]

11

You might also like