You are on page 1of 4

Lirik Lagu Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi 1Malaysia)

Berdiri teguh di bumi


Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat


Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan


Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

http://liriklagump4.blogspot.com/2009/08/lirik-lagu-satu-malaysia.html
Satu Malaysia
1 MALAYSIA DATUK SERI NAJIB RAZAK

1 MALAYSIA; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Pada mulanya gagasan 1Malaysia agak kabur sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan.
Pada 15 April Perdana Menteri menemui pengarang media massa arus perdana untuk
merungkaikan kekaburan tersebut. Selepas transkripnya disiarkan barulah muncul gambaran
yang agak jelas.

Antara lain, 1Malaysia, mengikut penjelasan Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan oleh
Utusan Malaysia ialah:

1. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan
kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara kita;

2. Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi
pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu
pertimbangan daripada kerajaan; dan

3. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama.

Untuk merealisasikan gagasan ini, Perdana Menteri menggariskan 8 nilai iaitu budaya
cemerlang, daya tahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan
integriti.

Sejauh mana gagasan 1Malaysia berjaya terpulang kepada kesungguhan, kejujuran dan
keikhlasan Perdana Menteri dan jentera pemerintah melaksanakannya. Semua rakyat tanpa
mengira idealogi politik harus memberikan kerjasama.

Rakyat satu Malaysia bakal menilai. KPI di tangan rakyat. Sekiranya gagal, kerajaan BN
bakal tumbang dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.

Perdana Menteri yakin sekiranya konsep 1Malaysia dihayati oleh pemimpin Barisan
Nasional, rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional. Saya amat setuju dengan kenyataan
ini. Lapan nilai murni yang digariskan oleh Perdana Menteri sekiranya mampu dilaksanakan
sepenuhnya, Malaysia akan jadi negara contoh di dunia.

(Klik di sini untuk masuk laman 1Malaysia Perdana Menteri)


Persoalanya, mampukah pemimpin kita melaksanakannya? Ini tugasan yang berat. Jadi
pemimpin untuk berebut projek kerajaan tidak membawa sebarang makna kepada kejayaan
1Malaysia, bahkan bakal meruntuhkan gagasan murni itu.

Pemimpin yang memperjuangkan kepentingan diri harus dinyahkan dari kerajaan. Pemimpin
yang mempunyai sikap positif dan murni harus diberikan keutamaan. Perdana Meteri mesti
tegas dalam hal ini. Misalnya, integriti sangat penting dalam pelaksanaan dasar pembangunan
negara secara menyeluruh, tetapi nilai inilah yang kita ketandusan. Sehingga sekarang kita
belum nampak bahawa pemimpin BN sedang mengorak langkah ke arah 1Malaysia yang
digagaskan Perdana Menteri, sebaliknya masing-masing menegakkan gagasan sendiri.

1Malaysia bukan sekadar “sebutan” atau dijadikan “tema” hari kebesaran tertentu, tetapi satu
gagasan yang WAJIB dilaksanakan dengan sepenuh hati!

SATU MALAYSIA SAYA

Satu Malaysia saya adalah satu harapan agar semua rakyat Malaysia dapat hidup aman dan
harmoni tanpa batasan ideologi, budaya, etnik, atau agama. Oleh itu, Satu Malaysia saya akan
sentiasa “memberikan teguran” kepada mereka yang lalai terhadap gagasan “pembangunan
untuk semua rakyat Malaysia” secara adil dan saksama.

Lantaran kita mesti terus bersuara untuk mengekalkan perpaduan. Perpaduan tunggak
keharmonian. Politik perkauman melampau dan ekstremis agama merupakan musuh utama
perpaduan. Oleh itu, kita harus bijak apabila hendak mengucapkan isu berkaitan kaum dan
agama. Kita tidak boleh merelakan masa depan kita tergadai oleh perjuangan sempit kita.

Memperjuangkan masa depan kaum sendiri tidak salah, malah digalakkan kerana setiap orang
ada perasaan sayangkan kaum dan keturunannya. Tetapi lebih mulia kalau memperjuangkan
mereka yang tertindas dan memerlukan bantuan kerana mereka ini ada dalam semua kaum.

Dan Satu Malaysia yakin bahawa perpaduan dan keamanan tetap akan terpelihara sekiranya
semua rakyat berpayung di bawah panji Raja-Raja Melayu yang berdaulat.

http://satumalaysia.wordpress.com/satu-malaysia/

Gagasan 1 Malaysia
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1
Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema
kemerdekaan pada tahun 2009. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik
Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan
retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak

You might also like