You are on page 1of 3

Nama: Crystal Ng Kelas: 2 Bumi

Senaraikan cara-cara menangani masalah-masalah yang dibawa oleh internet


supaya masyarakat boleh mengambil yang jernih dan menbuang yang keruh
daripada era teknologi maklumat ini.

Secara ringkas, Internet ialah rangkaian komputer yang berhubung


menerusi beberapa rangkaian dengan kaedah yang dinamakan “Internetworking”.
Internet digunakan untuk berniaga, berkomunikasi tentang urusan kerja atau
tugas seharian, untuk bersembang di ruang siber, dan untuk melayari kawasan-
kawasan larangan. Walau bagaimanapun, mengikut dasar negara kita, tidak ada
tapisan di Internet. Menurut anggaran terkini, hanya kira-kira 11 hingga 12
peratus daripada masyarakat setempat menggunakan Internet untuk
mendapatkan maklumat daripada organisasi kerajaan atau menggunakan
perkhidmatan kerajaan dalam talian. Lebih separuh daripada jumlah keseluruhan
penduduk dewasa ini merasa kurang selamat menggunakan Internet bagi
membuat maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, akaun bank dan jumlah
gaji kepada kerjaan. Selain itu, menurut hasil satu kajian yang dijalankan di
kalangan guru sekolah rendah seluruh negara tidak lama dahulu, didapati bahawa
hampir tiga suku guru-guru berkenaan berasa kurang yakin menggunkan Internet
kerana mereka tidak memahami bahasa Inggeris. Internet bukan sahaja
membawa maklumat atau data yang dapat digunakan dalam pembelajaraan,
tetapi boleh menjejaskan budaya negara, khususnya bahan lucah yang selama ini
dilarang dibawa masuk. Masalah ini akan menimbulkan lebih kesan buruk jika
dibiarkan berlarutan. Oleh itu, tindakan-tindakan perlu diambil untuk menangani
masalah-masalah yang dibawa oleh Internet dupaya masyarakat boleh mengambil
yang jernih dan membuang yang keruh daripada era teknologi maklumat ini.

Kerajaan harus mengambil langkah segera meminda perundangan yang


berkaitan dengan penyaluran maklumat melalui rangkaian maklumat Internet.
Internet ialah satu fenomena baru dan undang-undang berkaitan dengannya
belum ada lagi. Walaupun pada masa ini, Jaring yang menjadi penyalur Internet di
negara ini bertindak menyaring atau menghalang maklumat itu daripada
diperoleh orang ramai, namun tindakan ini dilakukan tanpa sokongan
perundangan. Kita perlu menggubal undang-undang baru supaya selaras dengan
perkembangan masa. Di Amerika Syarikat usaha sedang dibuat untuk menggubal
undang-undang yang dapat menangani masalah ini. Jika di Amerika, sebuah
negara yang terkenal dari segi kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar, dapat
mengambil tindakan ke arah ini, bagaimanakah dengan kita?

Dari segi teknologi, usaha sepatutnya dibuat untuk mewujudkan perisian


dan sebagainya untuk mengawal virus-virus yang disebarkan melalui Internet.
Pihak yang ikut serta dalam teknologi ini seperti Microsoft, Netscape
Communications, dan Progressive Networks sedang berusaha untuk mencari
system yang boleh menghalang maklumat yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Di Amerika, ada rangkaian yang menyatakan mereka tidak akan menyalurkan
bahan ini melalui rangkaiannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa jika ada
kemampuan, pasti ada jalan. Yang pentingnya mesti ada kemahuan. Jika tidak ada
kemahuan, kita akan menolak dengan berbagai-bagai alasan

Masyarakat umum pula boleh memberitahu laman-laman yang mereka


kenal pasti masih tidak disaring oleh rangkaian. Sistem yang lancar perlu
diwujudkan untuk semua pengguna melaporkan pemerhatian-pemerhatian
mereka. Hal ini perlu kerana semakin hari semakin banyak bahan pornografi
dimasukkan dalam Internet. Kini World Wide Web dalam Internet juga sudah
diresapi bahan lucah ini. Masyarakat perlu sedar bahawa mereka juga merupakan
jalan penyelesaian dalam menangani masalah ini dan bahawa mereka pasti akan
memperolehi kebaikan apabila mereka berganding bahu dengan kerajaan.

Pendidikan media harus bermula lebih awal untuk menjadi pelindung


kepada anak-anak. Hal ini perlu dilaksanakan segera kerana sehingga sekarang
tidak ada program yang dijalankan untuk membina ketahanan, selain daripada
agama. Ibu bapa harus meluangkan masa untuk berbual-bual dengan anak-anak
mereka supaya mereka tidak akan sering menyurung diri di dalam bilik dengan
melakukan perkara yanbg tidak berfaedah atau sering melayari Internet. Pihak
sekolah harus menyediakan ceramah untuk menyebarkan kesedaran bahawa
Internet akan membawa keburukan dan kebaikan.
Kesimpulannya, dunia kini sudah berada dalam era Internet. Malaysia tidak
boleh terasing dalam perkembangan dunia ini. Jika Malaysia kesampingkan
kedua-dua ini, negara ini akan ketinggalan dalam teknologi modem. Walau
bagaimanapun, langkah tegas perlu diambil supaya masyarakat Malaysia pada
masa depan tidak menjadi seperti apa yang berlaku pada negara Barat. Kita
haruslah berpandukan kepada prinsip “Apa yang boleh teknologi lakukan,
teknologi boleh batalkan”. Kerajaan perlulah mengambil langkah meminda
undang-undang yang berkaitan dengan penyaluran maklumat melalui Internet
supaya kuasa diberikan kepada pihak tertentu untuk melaksanakannya. Selain itu,
kerajaan juga harus mencari kesepakatan di peringkat rantauan, ASEAN, dan
sebagainya supaya cabaran ini boleh dihadapi bersama. Buat masa ini, Internet
adalah agak selamat, tetapi ada lagi yang perlu dilakukan, termasuk membuang
rujukan kepada perkara lucah. Selain imej, teks juga harus diteliti dan jika didapati
tidak berbentuk akademik, harus dibuang. Internet harus selamat untuk dibawa
masuk ke rumah. Jika ibu bapa mendapati kedua-duanya tidak selamat mereka
mungkin tidak akan berlanggan kepadanya. Ibu bapa juga bertanggungjawab
kepada anak-anak mereka. Pengawasan orang ramai juga diperlukan. Jika
terdapat sesuatu yang lucah dalam Internet, ia harus dimaklumkan segera kepada
pihak kerajaan. Secara tuntas, kita haruslah membuat keputusan sama ada
melayari Internet merupakan aktiviti yang baik atau buruk.

649 patah perkataan

You might also like