You are on page 1of 5

JABATAN PELAJARAN PERAK

JALAN TUN ABDUL RAZAK


30640 IPOH Telefon : 05-501 5000
PERAK DARUL RIDZUAN Faks : 05-527 7273

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


Ruj.Kami :BTPN(PK-UPSP)8871/4/6( 01)
Tarikh : 24 Ogos 2010.

Semua Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Negeri Perak.

Tuan,

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

Saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah


satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk budaya membaca dalam
kalangan pelajar sekolah. Semua pelajar perlu diberi ruang dan peluang tanpa mengira latar
keturunan mahupun taraf sosio ekonomi agar anak-anak dapat akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan memandangkan ilmu menjadi prasyarat dalam pembinaan
tamadun bangsa.

3. Bagi merealisasikan Keberhasilan Utama Nasional ( National Key Results Area )


ketiga iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, Kementerian
Pelajaran telah mencadangkan supaya diadakan Kem Membaca 1 Malaysia. Diantara objektif
Kem Membaca 1Malaysia adalah:-
3.1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan UPSR dan PMR.
3.2. Menggerakan program / aktiviti galakan membaca
3.3. Memupuk minat membaca secara berterusan dan
3.4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

4. Pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia pada tahun ini telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia pada 8 hingga 12 November 2010 iaitu selepas
peperiksaan UPSR dan PMR. Dalam jangka masa 5 hari ini semua sekolah hendaklah
melaksanakan aktiviti galakan membaca. Diantaranya aktiviti yang boleh dilaksanakan
adalah:-
4.1. Ulasan Buku
4.2. Bercerita daripada buku
4.3. Resensi Buku
4.4. Jejak Maklumat
4.5. Bengkel Penulisan
4.6. Bengkel Membaca, dll.

5. Kerjasama sekolah diminta supaya dapat melaksanakan program ini dengan


bersungguh-sungguh dengan melibatkan semua murid dan guru. Satu laporan pelaksanaan
kem ini perlu disediakan dan diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Perak melalui Pusat
Kegiatan Guru dalam kawasan masing-masing. Semua sekolah diminta dapat menghantar
laporan tersebut mengikut format yang diberikan seperti di lampiran A dan hantarkan kepada
Pusat Kegiatan Guru dalam kawasan masing-masing pada atau sebelum 15 November
2010.
6. Kerjasama Pengetua dan Guru Besar dalam perkara ini sangat-sangat diharapkan
semoga matlamat pelaksanaan Program NILAM dan NKRA Nasional tercapai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

( HAJI MUHAMAT ROLI BIN HAJI HASSAN, PMP, AMN, AMP )


Timbalan Pengarah Pelajaran Perak.
b.p. Pengarah Pelajaran Perak.

s.k. 1. KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.


2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah.
3. Semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Perak
Catatan : 1. Minta edarkan surat siaran ini kepada semua sekolah
dalam kawasan tuan.
2. Sila buat analisis pelaksanaan dengan melengkapkan lampiran B dan
hantarkan kepada BTPN Perak sebelum 20 November 2010 u.p Tuan
Hj. Alias Mohamad melalui e-mail alias.btpnprk@moe.edu.my atau
dan CC kepada e-mail hjaliaspspn@yahoo.com
Lampiran C

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK.


( 8 hingga 12 Nov. 2010 )

Cadangan Aktiviti :

1. 10 minit bersama buku.


* Arahan yang jelas disampaikan kepada semua pelajar.
* Murid membaca dilokasi dan waktu yang ditetapkan.
* Aktiviti ini disarankan dilaksanakan setiap hari.

2. Projek Kitar Semula.


* Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
* Murid diminta menyedikan buku skrap dalam tempoh seminggu.
* Hasil Kerja akan dinilai dan dipamerkan.
* Hadiah diberikan kepada pemenang

3. Klinik Membaca
* Tentukan sasaran pelajar ( jangan lebih 50 murid )
* Kenalpasti penceramah yang dapat menyampaikan berhubung tajuk
‘teknik membaca’ dan ‘pembacaan berkesan’

4. Bercerita.
* Peraturan diberikan dengan jelas kepada pelajar.
* Pelajar akan bercerita mengenai buku yang dibaca.
* Keutamaan akan diberi kepada pelajar yang bercerita berhubung novel yang
terdapat berbagai bangsa dan budaya.
* Bercerita sesuai dijadikan aktiviti pertandingan.

5. 9 minutes reading
* Murid membaca bahan bacaan yang dibekalkan oleh guru dalam tempoh
9 minit. Buku akan dikumpulkan semula.
* Guru menyediakan soalan kuiz berpandukan bahan bacaan tersebut.
* Hadiah diberikan kepada murid yang berjaya sebagai galakan.

6. Sketsa lagu.
* Murid secara berkumpulan mempersembahkan sketsa berdasarkan lagu
yang ditentukan oleh pihak sekolah.
* Lagu yang dipilih mempunyai tema seperti Patriotik, alam sekitar,
perjuangan.

7. Info Hunt.
* Guru menyediakan soalan dan jawapan boleh didapati sekitar sekolah.
* Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkumpulan atau individu.

Catatan : 1. Hari pertama dicadangkan ‘Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia.’


2. Hari akhir dicadangkan ‘Majlis penutup dan penyampaian hadiah.’
Lampiran A
LAPORAN
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
Hantarkan ke PKG Dalam Kawasan Tuan sebelum 15 Nov 2010
( e-mailkan ke PKG dalam kawasan masing-masing )

Nama Sekolah :…………………………………………………………………

Alamat Sekolah :…………………………………………………………………

Kawasan PKG :……….………………………………………………………...

Kategori Sekolah : Bandar Luar Bandar

Aktiviti Yang dilaksanakan :


Jumlah Penglibatan
Tarikh Nama Aktiviti
Pelajar Guru
08.11.2010

09.11.2010

10.11.2010

11.11.2010

12.11.2010

JUMLAH

Pengesahan Pengetua / Guru Besar

…………………………………………..
Cap dan Tarikh :
Lampiran B
LAPORAN
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
PERINGKAT PKG
Hantarkan ke PKG Dalam Kawasan Tuan sebelum 20 Nov 2010
( e-mailkan ke alias.btpnprk@moe.edu.my )

Nama PKG :…………………………………………………………………

Daerah :…………………………………………………………………

Kategori Sekolah : SR SM

( Asingkan Laporan SM dan SR )


Jumlah Penglibatan Penglibatan
Bil. Nama Sekolah Bandar Luar Bandar Keseluruhan
Murid Guru Murid Guru Murid Guru

JUMLAH

Analisis :
1. Bilangan Sekolah Mengambil Bahagian :

2. Peratus Sekolah Mengambil Bahagian :

Pengesahan Ketua PKG

………………………………………
Cap dan Tarikh :

You might also like