You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.0 Nama dan alamat penuh organisasi

Sk.Kitapol,
Peti surat 594,
89208,Tuaran Sabah.

2.0 Nama

Aily Binti Dusup

3.0 Tajuk kajian

“Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)


Membantu murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis Bahasa Melayu di
kalangan murid tahun 1.

4.0 Refleksi Masalah

Kajian ini dibuat supaya murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis,mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan sendiri
serta meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar.
Untuk menentukan samada pelajar tersebut dikelaskan untuk masuk Program ini :

Antara masalah yang dikenalpasti punca kelemahan murid menguasai kemahiran

Menulis dan membaca ialah:

a) Tidak menguasai suku kata tertutup


b) Tidak boleh membaca dan menulis huruf
c) Tidak boleh membatang suku kata
d) Tidak boleh membaca suku kata terbuka yang mudah jika tidak dibantu
5.0 Fokus Kajian

Sehubungan dengan masalah yang telah dikenal pasti ini,maka penyelidik telah
memfokuskan kepada aktiviti program ini ,oleh itu diharap dengan memberikan
perspektif yang lebih terperinci terhadap permasalahan ini.Sekurang-kurangnya dapat
membantu meningkatkan penguasaan murid membaca dan menulis.

6.0 Objektif Kajian

6.1 Objektif Am:

i. Mengenalpasti punca kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis

ii. Mengenalpasti aspek-aspek kelemahan penguasaan membaca dan menulis

iii. Mengenalpasti tahap keberkesanan program KIA 2M

6.2 Objektif Khusus

Meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 1 dalam proses membaca dan menulis

Dalam Bahasa Melayu.

7.0 Kumpulan Sasaran

2 daripada 7 orang murid Tahun 1, Sk.Kitapol,Tuaran.

8.0 Teknik/Metodologi Kajian

8.1
i. Mengenalpasti fenomena yang hendak dikaji
ii. Meramal masalah-masalah yang akan dihadapi
iii. Mengenalpasti subjek kajian
iv. Olahan hipotesis
v. Pengumpulan data (Pemerhatian,catatan dan sorotan sumber-sumber lain)
vi. Analisis
vii. Membuat rumusan
8.2 Perancangan

i. penyediaan bahan yang bersesuaian yang memenuhi konsep program ini secara
sistematik, lebih teliti dan rapi.

8.3 Perlaksanaan Tindakan

i. Soal selidik

Bagi kajian 1 dan 2 soal selidik digunakan untuk mengesan punca-punca

Kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis Program KIA 2

ii. Ujian penapisan,pelepasan 1 dan 2,ujian bimbingan.

Bagi persoalan kajian 3 ujian penapisan,pelepasan 1 dan 2 dan ujian bimbingan

Gunakan untuk mengetahui aspek-aspek kelemahan penguasaan kemahiran

Membaca dan menulis oleh pelajar program KIA 2M

iii. Pemerhatian

Semua aspek pemerhatian diambilkira seperti:

a) Respon murid
b) Bantuan guru-guru lain untuk membuat penilaian tentang keberkesanan
program.
c) Buat sesi bimbingan khas dalam bentuk latih tubi membaca dan menulis
d) Pemerhatian berterusan oleh penyelidik bagi memastikan berlakunya
peningkatan penguasaan murid membaca dan menulis semasa dalam
pengajaran dan pembelajaran

8.5 Refleksi

Di akhir kajian,penyelidik akan membuat refleksi melalui keputusan ujian yang

Akan dijalankan bagi menentukan keberkesanan kaedah yang telah digunakan

Serta usaha penambahbaikan konsep yang digunakan.Sekiranya keputusan tidak

Memuaskan,maka perlu berusaha lebih untuk mengubah kaedah dalam program

Supaya lebih berkesan.


Rasional Kajian

Penglibatan dalam program khas kelas Intervensi Awal membaca dan menulis Bahasa
Melayu merupakan satu nilai tambah terhadap kerjasama dari pelbagai pihak.Melaluinya
dapat pendedahan terus terhadap permasalahan dan,isu-isu semasa dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah disamping sama-sama mencari jalan penyelesaian yang
terbaik serta dapat menghapuskan masalah keciciran dan buta huruf dalam kalangan
murid-murid dan rakyat dengan lebih cemerlang

9.0 Anggaran Kes Kajian

BIL JENIS ALATAN/BAHAN JUMLAH KOS

01 Kertas A4 2 rim x RM11.00 RM 22.00

02 Dakwat Printer (Colour) 1 buah x RM75.00 RM 75.00

03 Dakwat Printer ( Black) 1 buah x RM65.00 RM 65.00

04 Markerpen(Whiteboard) 1 kotak x Rm15.00 RM 15.00

05 MountingBoard, kertas warna dan alat tulis RM105.00

JUMLAH RM282.00
10.0 Jadual Perlaksanaan Kajian

BIL AKTIVITI TARIKH


PERLAKSANAAN

01 Penyediaan Kertas cadangan kajian Awal April

02 Pembentukan Ajk KIA 2M Awal April

03 Ujian pelepasan 1 bagi murid tahun 1 Awal Mei

04 Analisis kelemahan dan kekuatan murid Awal Mei

05 Membina profile perkembangan murid Awal Jun

06 Mesyuarat perbincangan menangani KIA2M dengan Awal Julai


ibu bapa murid

07 Bimbingan bersemuka siri 1(BM,PJK,MU & PS) Pertengahan Julai

08 Bimbingan Bersemuka siri 2 Awal Ogos

09 Program motivasi Murid KIA2M siri 1 Pertengahan Ogos

10 Bimbingan ujian pelepasan KIA2M Awal September

11 Ujian pelepasan 2 KIA2M Pertengahan Sept

12 Pemerhatian dan refleksi Sepanjang Program


dijalankan

13 Penyelidikan keberkesanan Bimbingan Bersemuka Awal Oktober


KIA2M

14 Refleksi Kajian Awal Nov

15 Laporan Penuh KIA2M Awal Nov


Disahkan oleh

……………………………………..
………………………………………………..

Guru Besar, Pegawai Teknologi Pendidikan


Sk.Kitapol,Tuaran Pusat Kegiatan Guru,
Daerah Tuaran.

Tarikh : ……………………………… Tarikh:


………………………………………
Cop Sekolah Cop Jabatan

You might also like