You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis

KERTAS CADANGAN
”STREET BOUNCE”

PADA
27 FEBRUARI 2010

BERTEMPAT
GELANGGANG FUTSAL INSTITUT

ANJURAN
5 PISMP MATEMATIK
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN IPG KAMPUS PERLIS
1
1.0 TUJUAN

Tujuan utama penyediaan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan
dan kerjasama dari pihak institut terutamanya berkaitan dengan bantuan kewangan dan
penyedian alatan serta tempat. Pihak kami juga amat mengharap melalui kertas kerja
ini kami dapat mengumpul dana dari pihak luar bagi menjayakan aktiviti ini.

2.0 PENGENALAN

Sukan ini pada dasarnya adalah permainan yang selalu dimainkan oleh kaum
hawa Permainan ini mengabungkan banyak kemahiran yang melibatkan koordinasi dan
ketangkasan. Sukan ini merupakan salah satu permainan yang banyak memberi
kebaikan dari aspek psikologi dan jasmani pemainnya.

Selain daripada keseronokan dalam permainan ini, ia juga menyemai dan


menuntut semangat kerjasama dalam satu pasukan dan berdisiplin mematuhi strategi
berpasukan dalam permainan. Di samping itu, sifat keberanian, kepimpinan, kreativiti
serta kemahiran komunikasi dapat dijana dan ditingkatkan dalam suasana yang
menggembirakan dan juga menyihatkan minda dan tubuh badan. Sifat-sifat positif inilah
yang menjadi wadah utama bagi seorang bakal pendidik dalam menempuh cabaran di
alam pendidikan nanti.

Justeru, penganjuran street bounce ini amat bersesuaian dan menjadi keperluan
bagi mendidik jiwa dan jasmani bakal-bakal guru ke arah minda kelas pertama.

3.0 MATLAMAT

3.1 Melahirkan bakal pendidik yang berketerampilan, berkeyakinan,


bertanggungjawab dan sentiasa bersedia menghulurkan sumbangan dan
mempunyai semangat juang yang tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi menyahut cabaran yang semakin mencabar dalam arena
pendidikan.

2
4.0 OBJEKTIF

Pada akhir pertandingan ini, para peserta dapat:

4.1 Memperolehi pengalaman dan kemahiran asas dalam permainan street bounce.

4.2 Meningkatkan kemahiran dalam merancang dan mengurus sesuatu permainan


secara efisyen.

4.3 Menerapkan semangat kerjasama dan setiakawan dalam menghadapi cabaran


di arena pendidikan perguruan.

4.4 Memberi motivasi dan semangat kerja berpasukan dengan penekanan dalam
aspek keseimbangan dan pembangunan akademik serta pembentukan sahsiah
diri.

4.5 Memperoleh pengalaman dalam mengelolakan street bounce dan dapat


diaplikasikan di sekolah kelak.

4.6 Menjana kesihatan tubuh badan dan minda pendidik kelas pertama.

4.5 Menjadi seorang guru yang serba boleh, berkeyakinan dan berdedikasi dalam
tugas untuk mengecapi hasrat guru minda kelas pertama.

5.0 BUTIR-BUTIR AKTIVITI

Pertandingan ini akan dijalankan sebagaimana butiran berikut:

5.1 Tarikh : 27 Februari 2010 (SABTU)

5.2 Tempat : Gelangan Futsal IPG Kampus Perlis

5.3 Anjuran : 5 PISMP Matematik

6.0 TETAMU KEHORMAT


En. Abu Bakar bin Mohamad Rashid
(Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

7.0 PENYERTAAN
Semua PISMP semester 5. Setiap kelas diwajibkan menghantar Dua (2)
pasukan yang terdiri daripada pasukan lelaki dan wanita.

3
1. 5PISMP Matematik
2. 5PISMP Pendidikan Seni Visual
3. 5PISMP Pengajian Agama (A)
4. 5PISMP Pengajian Agama (B)
5. 5PISMP Muzik (A)
6. 5PISMP Muzik (B)

6 Kelas × 2 = 12 Pasukan
8.0 ATUR CARA PROGRAM
08:00 pg – Pendaftaran Peserta
08:30 pg – Taklimat daripada penganjur
09:00 pg – Pemainan bermula
10:00 pg – Rehat
10:30 pg – Permainan Bersambung
12:00 tgh hari – Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah
01:00 ptg – Bersurai

9.0 JAWATANKUASA INDUK


9.1 Penaung
En. Abu Bakar bin Mohamad Rashid
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9.2 Pensyarah Penasihat


Pn. Lily Rozita binti Mohamad
Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9.3 Pengerusi
Muhammad Safuan bin Ashari

9.4 Setiausaha
Mohd Wafiq bin Omran

9.5 Bendahari
Mohd Zaher bin Ismail

4
7.0 JAWATANKUASA KERJA

7.1 Ahli Jawatankuasa:

7.1.1 AJK Keselamatan : Mohd Aliff Fadhil bin Mohamad

7.1.2 AJK Peralatan : Mohd Syafiq bin Ramle

1.0 SENARAI PERALATAN

BIL SENARAI ALATAN JUMLAH


1 BOLA GETAH-MINI BOLA BALING 4
2 BAKUL 4
3 WISEL 3
4 BENDERA 4
12.0 PERBELANJAAN

12.1 Pendaftaran : RM 10.00 x 12 = RM 120.00

12.2 Hadiah : RM 100.00 = RM 100.00

12.3 Makanan dan minuman : RM 20.00 = RM 20.00

__________
JUMLAH BESAR = RM 120.00

(RINGGIT MALAYSIA SERATUS DUA PULUH SAHAJA)

5
12.0 PENUTUP

Semoga penganjuran permainan ini akan mencapai matlamat dan objektif yang
disasarkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan penganjuran
permainan ini akan memberi manfaat kepada banyak pihak sama ada kepada pihak
Institut, para peserta dan murid-murid sekolah yang bakal dididik oleh perserta ini kelak.

Oleh yang demikian, kertas cadangan ini diharap mendapat sokongan dan
pertimbangan serta kelulusan dari pihak pengurusan Institut Perguruan Perlis, Perlis.

6
Disediakan oleh,

______________________________
(MUHAMMAD SAFUAN BIN ASHARI)
Pengerusi,
Pertandingan Street Bounce

Disemak dan disahkan oleh,

____________________
(ABU BAKAR BIN MOHAMAD RASHID)
b.p Ketua Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis, Perlis.

Diluluskan oleh,

________________________
(MD. RUSLI BIN A. RASHID)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis, Perlis.

7
LAMPIRAN 1
Syarat Penyertaan

Peraturan Am Pertandingan Street Bounce.


1. Setiap pasukan diwakili oleh tiga orang peserta.
2. Peserta adalah terdiri dari pasukan lelaki dan wanita.
3. Setiap peserta mestilah memakai pakaian sukan yang bersesuaian
4. Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian yang melambangkan pasukan
masing-masing.

Syarat Pertandingan Street Bounce.

1. Yuran pertandingan RM 10 setiap pasukan.


2. Format pertandingan adalah secara kalah mati.
3. Dimulakan dengan bola dilambung ditengah gelanggang oleh pengadil dan
setiap pasukan berusaha merebut bola.
4. Bola hendaklah dilantun sebelum membuat hantaran kepada ahli pasukan.
5. Peserta hanya dibenarkan berjalan sebanyak tiga langkah jika memegang bola.
6. Peserta tidak dibenarkan memegang bola melebihi tiga saat jika tidak bergerak.
7. Jaringan dikira apabila bola dimasukkan ke dalam bakul secara lantunan.
8. Setiap jaringan dikira satu mata.
9. Masa pertandingan adalah 7 minit.
10. Pasukan yang didapati memulakan pergaduhan akan disingkirkan serta-merta
daripada pertandingan.
11. Keputusan pengadil adalah muktamad.
12. Sebarang bantahan hendaklah disertakan bersama wang sebanyak RM 100.
13. Penyertaan terbuka sehingga 31 Januari 2010.
14. Borang penyertaan boleh didapati melalui saudara Safuan Ashari.

You might also like