You are on page 1of 10

MAJLIS PERSARAAN DR.

AMINUDDIN RAHIMY
09 MAC 2008

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Dr. Aminuddin Rahimy diiringi


dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasa Disemai Bakti Dituai”
sempena persaraan DR. Aminuddin Rahimy

Bismil Lahir Rahmanir Rahim


Assalamualaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Jumal bin Jumaat

Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah

Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah

Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya

Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan
yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir
sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia


sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia


sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj.


Mohmad Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai
Sayong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin
bin Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang
Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser
bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang


Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah
Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj.
Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri
mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah
sajak yang bertajuk “Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah
lagu yang bertajuk “Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.
Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan
sebuah pesembahan yang cukup istimewa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru
Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-


wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang


Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj.


Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En.


Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En.


Abdull Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang
Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah


Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-
kenangan khusus daripada beliau sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan


kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk
menyempurnakan upacara tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin
Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan
SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin


bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan,


Pegawai Pelajaran Daerah Kulai.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong


Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh,


Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.

Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul
Rahman, Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum
bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En.
Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran
sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan
ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
“Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like