You are on page 1of 20

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Jalan 3/91 , Taman Shamelin Perkasa ,


56100 Kuala Lumpur.

Kaitan Antara Komposisi Penduduk Dengan Jenis


Pekerjaan Di Taman Shamelin Perkasa

Nama : Nurul Shazatul Syahmi Bt. Mohd. Nasir


Kelas : 2 Damar
Nama Guru : Puan Teoh
Bilangan Tajuk Mukasurat

1 Tajuk

2 Senarai Kandungan

3 Penghargaan

4 Pendahuluan

5 Objektif Kajian

6 Kawasan Kajian

7 Kaedah Kajian

8 Dapatan Kajian

9 Rumusan

10 Lampiran

11 Rujukan
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya saya , Nurul
Shazatul Syahmi Bt. Mohd. Nasir kerana berjaya menyiapkan kajian ini dengan
sempurna. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua-dua orang tua saya
iaitu Mohd. Nasir Bin Danuri dan ibu saya , Norazizah Binti Ahmad kerana
dengan bantuan kewangan serta dorongan yang mereka berikan telah
membolehkan penyelidik menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang telah menyediakan
surat kebenaran kajian serta kemudahan lain yang membolehkan saya menjalankan
kajian ini. saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan
terima kasih kepada Puan Teoh kerana dengan bantuan dan panduan yang
diberikan telah membolehkan penyelidik menjalankan kajian ini mengikut format
yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada responden – responden yang terlibat iaitu penduduk Taman Shamelin
Perkasa, penduduk Cheras serta rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Syuhaidah
Zokri , Syafiqah Amirah Zakaria dan rakan – rakan saya di kelas 2 Damar kerana
sudi berkongsi maklumat serta pihak-pihak yang tidak disebut di dalam
penghargaan ini sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih.


Saya Nurul Shazatul Syahmi Bt. Mohd. Nasir ialah pelajar tingkatan

2 Damar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan Sekolah Kluster

Kecemerlangan (SMK SBS SKK), Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala

Lumpur. Saya telah menjalankan kajian tentang Kaitan Antara Komposisi

Penduduk Dengan Jenis Pekerjaan Di Taman Shamelin Perkasa. Saya memilih

kawasan kajian ini kerana pelbagai kemudahan dan penduduknya ramai. Selain

itu, kawasan ini berdekatan dengan sekolah saya. Jadi, dapat memudahkan saya

menjalankan kajian , menjimatkan masa, tenaga dan wang. Tempoh masa yang di

berikan kepada saya ialah selama 2 bulan bermula daripada 20 Julai 2010 hingga 2

September 2010. Kawasan kajian saya ialah Taman Shamelin Perkasa.


1. MEMERHATI DAN MENGKAJI TABURAN DAN KOMPOSISI PENDUDUK
DI KAWASAN KAJIAN MENGIKUT JANTINA DAN KAUM .

2. MENGUMPUL MAKLUMAT JENIS-JENIS PEKERJAAN PENDUDUK DI


KAWASAN KAJIAN .

3. MENYATAKAN KAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DENGAN


JENIS KAJIAN .

4. MENGENALPASTIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PERKAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DENGAN JENIS
PEKERJAAN .

5. MENGENALPASTIKAN CADANGAN DARI PENDUDUK UNTUK


MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK .

6. MEREKOD DAN MEMPERSEMBAHKAN MAKLUMAT DAN DATA


DALAM BENTUK JADUAL,GRAF DAN PETA LAKAR .
Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Taman Shamelin Perkasa.
Taman Shamelin Perkasa terletak di sebelah utara Kuala Lumpur. Berdasarkan
peta mikro,terdapat 3 buah pekan yang berdekatan iaitu Pandan Perdana,Taman
Maluri,Taman Cheras Indah.

Ianya dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau lebih


dikenali sebagai DBKL . Kawasan tanah pamah di Taman Shamelin Perkasa
sesuai untuk dibagunkan sebagai kawasan petempatan. Maka pada tahun 2000,
kawasan ini telah dibangunkan sepenuhnya dan telah mempunyai kemudahan asas
seperti sekolah, kolej, LRT, pasaraya, stesen minyak, ATM, taman rekreasi dan
sebagainya.

Jarak mutlak antara bandaraya Kuala Lumpur dengan Taman Shamelin


Perkasa ialah 8 kilometer . Jarak relatifnya pula ialah lebih kurang 15 minit jika
tiada kesesakan lalu lintas. Jika melalui LRT pula, akan memakan masa lebih
kurang 10 minit.

Pekan yang terdekat dengan Taman Shamelin Perkasa ialah Taman Maluri,
Pandan Jaya, Pandan Indah, Pandan Perdana, Cheras Indah dan Taman Maluri.
Jadi, ia hanya akan memakan masa selama 5-10 minit untuk kesana jika menaiki
kereta dan tiada kesesakan lalu lintas.
PETA MAKRO
PETA MIKRO
Dalam proses Kajian Geografi Tempatan ini , saya telah menggunakan
kaedah-kaedah kajian berikut :-

1. Borang soal selidik

Saya telah mengedarkan boring soal selidik kepada 20 orang responden


untuk mendapatkan maklumat tentang taburan dan komposisi penduduk di
Taman Shamalin Perkasa, Cheras.

2. Temu bual

Saya telah menemu bual 20 orang responden untuk mendapatkan maklumat


sejarah, masalah-masalah di taman Shamelin Perkasa dan mendaptkan
pendapat atau cadangan daripada mereka tentang cara meningkatkan taraf
hidup di Taman Shamelin Perkasa.
Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur ini merupakan kawasan
perumahan yang padat penduduknya . Penduduk di sini berbilang kaum, iaitu Melayu,Cina
dan India . Antara 20 orang responden dari borang soal selidik yang saya edar,10 adalah
kaum Melayu, 6 kaum Cina dan 4 kaum India. Secara pemerhatian, saya mendapati
taburan penduduk mengikut kaum adalah sekata di seluruh kawasan perumahan ini .

Selain itu, kaum perempuan di Taman Shamelin perkasa lebih ramai berbanding
dengan lelaki. Mungkin ini, disebabkan oleh faktor genetik ataupun keturunan di mana
sesebuah keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 4 ke 5 orang atau lebih ahli keluarga
perempuan di dalam rumah mereka. Manakala kaum lelaki pula tidak lebih daripada 4
orang termasuk bapa.

Begitu juga dengan pekerjaan. Jenis pekerjaan mereka ini, mempengaruhi


penduduk untuk menetap di sesuatu kawasan. Contohnya pekerja ladang, petani mahupun
buruh, jenis pekerjaan mereka ini mempengaruhi kawasan tempat tinggal mereka. Mereka
ini lebih sesuai untuk menetap di kawasan perkampungan daripada Bandar. Kini di
kampung terdapat tanah yang luas untuk dikerjakan oleh peladang dan petani. Manakala,
bagi penduduk di bandar pula pekerjaan seperti guru, pensyarah dan peniaga mendorong
mereka untuk menetap di bandar. Ini adalah kerana kemudahan asas seperti pasaraya,
sekolah dan kolej memerlukan golongan pekerja seperti mereka.
Perkaitan komposisi penduduk dengan pekerjaan . Bagi masyarakat melayu di
Taman Shamelin Perkasa sudah menetap di sini sejak awal-awal lagi .Oleh itu, penduduk
di sini kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Melayu. Dari hasil kajian ini , didapati
penduduk di sini bekerja di kawasan berhampiran contoh di Kolej Poly-Tech Mara(KPTM).
Pensyarah-pensyarah dan murid-murid terdiri daripada bangsa melayu. Ada juga pelajar-
pelajar kolej yang menetap di Taman Shamelin Perkasa kerana terdapat sistem
pengangkutan yang lengkap, ini membolehkan mereka ke kolej dengan mudah. Selain
daripada ini, penduduk di Taman Shamelin Perkasa ini juga terdiri daripada buruh kasar.
Kebanyakan golongan buruh kasar ini adalah penduduk India . Golongan India ini tinggal di
Taman Shamelin kerana di sekeliling Taman Shamelin ini ada banyak sekolah. Untuk
mengelakkan anak-anak mereka mengikut jejak mereka kebanyakan ibu bapa kaum India
di sini amat menitikberatkan soal pelajaran mereka, mereka menghantar anak-anak
mereka ke sekolah yang berhampiran .

Saya telah menemubual 20 orang penduduk. Kesemuanya sudah bekerja dan


berumah tangga. Bidang pekerjaan mereka adalah sektor perkhidmatan. Mereka terlibat
dalam bidang perniagaan, perdagangan dan sektor awam (kerajaan). Terdapat 5 orang
yang mengusahakan perniagaan sendiri dan 5 orang yang bekerja dengan kerajaan ( 2
orang pegawai polis , seorang pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Getah Malaysia
dan dua orang pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia).

Dari segi jenis pekerjaan pula, 3 orang daripada mereka adalah pengurus (2
pengurus syarikat dan seorang pengurus bank). Terdapat seorang pensyarah, seorang
kontraktor, seorang buruh kasar dan seorang juruterbang. Yang selebihnya adalah
daripada pelbagai jenis pekerjaan yang lain. Rujuk Jadual 1.
Jadual 1

Graf 1
Terdapat perkaitan antara sesuatu kaum dengan jenis pekerjaan yang dilakukan

oleh penduduk di Taman Shamelin Perkasa. Kebanyakan penduduk Cina yang ditemu bual

menceburi bidang perniagaan. Sebanyak 2 daripada 6 orang penduduk Cina yang ditemu

bual itu adalah peniaga. Hanya seorang India dan 2 orang Melayu sahaja yang menceburi

bidang tersebut.

Kebanyakan penduduk yang ditemu bual ini bekerja di Kuala Lumpur atau

kawasan-kawasan yang berhampiran seperti Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya dan

Sungai Buloh. Ada juga yang bekerja di Taman Shamelin Perkasa sebagai pengurus

syarikat, di KLIA, Sepang sebagai juruterbang dan seorang lagi mengusahakan perniagaan

di Klang. Mereka ini sudah lama tinggal di Taman Shamelin Perkasa, iaitu di antara 5

hingga 21 tahun.
Cadangan Menigkatkan Tafaf Hidup Penduduk Di Taman Shamelin Perkasa

1) Kerajaan hendaklah kerap berkempen tentang hal-hal yang berkaitan tentang kesihatan
kesihatan penduduk terutamanya yang berkaitan dengan nyamuk aedes
memandangkan penyakit demam denggi yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Ini dapat mengelakkan lebih ramai penduduk menjangkiti penyakit tersebut.

2) Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas , responden bercadang supaya


penduduk di Taman Shamelin Perkasa berkongsi kereta dan pengunaan kenderaan
yang ada di Taman Shamelin Perkasa.

3) Untuk mengatasi masalah pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat .


Beberapa responden telah bercadang dan berharap kerajaan dapat menyediakan lebih
banyak tong sampah di sekitar Taman Shamelin Perkasa. Selain daripada ini
responden juga bercadang supaya kerajaan dapat menguatkuasakan undang-undang
dan mengambil tindakan yang tegas atas pihak individu dan pihak kilang yang
membuang sampah secara sewenang-wenangnya.

4) Untuk mengatasi masalah banjir kilat di sekitar Taman Shamelin Perkasa ini
responden-responden berharap kerajaan dapat membaiki sistem perparitan
di sekitar Taman Shamelin Perkasa . Selain daripada itu, juga berharap pihak yang
tertentu sentiasa menjalankan tugas untuk membersihkan sampah-sarap yang
tersumbat di longkang. Di samping itu, responden mencadangkan agar kerajaan
memperbanyakkan longkang di sekitar Tamn Shamelin Perkasa .

5) Untuk mengurangkan kes jenayah yang berlaku di Taman Shamelin Perkasa,


responden-responden bercadang supaya pihak polis memperbanyakkan rondaan polis
sekitar Taman Shamelin Perkasa pada waktu malam.
Penduduk di Taman Shamelin Perkasa terdiri daripada pelbagai kaum. Dari segi kaum ,

jumlahnya kelihatan tidak jauh berbeza. Kebanyakan mereka tinggal di rumah teres dan

bercampur gaul antara satu dengan yang lain. Mereka hidup aman dan bersatu padu.

Mereka hidup berjiran dan hormat menghormati. Mereka menjalankan pelbagai pekerjaan

untukmencari rezeki. Ada yang bekerja makan gaji dan ada yang mengusahakan

perniagaan sendiri.

Penduduk di Taman Shamelin Perkasa agak padat. Di sini terdapat pelbagai

kemudahan awam untuk memenuhi keperluan para penduduk. Jalan raya yang ada dapat

menghubungkan kawasan ini dengan bandar- bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling

Jaya, dan Shah Alam.

Sebagai kesimpulannya, melalui kajian ini saya dapat memahami komposisi dan

jenis pekerjaan di Taman Shamelin Perkasa dengan lebih jelas, saya berbangga kerana

dapat hidup dikalangan masyarakat yang pelbagai kaum dalam aman damai yang mencari

rezeki dengan pelbagai cara yang tersendiri.


BORANG SOAL SELIDIK/TEMU BUAL

NAMA : __________________________________________

JANTINA : LELAKI

PEREMPUAN

KAUM : MELAYU

CINA

INDIA

Jenis Pekerjaan Tandakan Namakan


Borang Temu Bual

Bil Nama Jantina Kaum Pekerjaan Tempat Tempoh


Tinggal
1. Latifah P M Suri Rumah K. 6
Lumpur
2. Saadiah P M Suri Rumah K. 2
Lumpur
3. Rahim L M Buruh Kasar K. 3
Lumpur
4. Rahman L M Pegawai Polis K. 2
Lumpur
5. Osman L M Pegawai Polis K. 1
Lumpur
6. Chua L C Kontraktor K. 5
Lumpur
7. Ah Chong L C Pengurus Bank K. 10
Lumpur
8. Bala L I Juruterbang K. 2
Lumpur
9. Mala P I Pembantu K. 4
Penyelidik Lumpur
10. Zana P M Pembantu K. 7
Penyelidik Lumpur
11. Halimah P M Peniaga K. 2
Lumpur
12. Dolah L M Peniaga K. 3
Lumpur
13. Jantan L M Pengurus K. 9
Syarikat Lumpur
14. Salleh L M Pensyarah K. 4
Lumpur
15. Ah Kaw L C Peniaga K. 3
Lumpur
16. Shu Ming P C Peniaga K. 1
Lumpur
17. Muthu L I Peniaga K. 15
Lumpur
18. Samy L I Pengurus K. 20
Syarikat Lumpur
19. Sui Lan P C Pembantu K. 2
Penyelidik Lumpur
20. Mei May P C Pengurus K. 4
Syarikat Lumpur
Rujukan

Buku rujukan

Choong Mui Sen , Azizan Bin Hj. Abu Samah , 2003 , KBSM Geografi Tingakatan 2 :
Percetakan Saufi

Orang sumber

Internet

http://www.google.com/maps

You might also like