You are on page 1of 29

Nama: Kelas :

SULIT
Pengajian Am
Kertas 1
Set 1
2 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001

PENGAJIAN AM
Kertas 1
Dua jam

Arahan Am:
1. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini.Tiap - tiap soalan diikuti
oleh empat pilihan jawapan.
2. Anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan
menandakan jawapan itu pada Kertas Jawapan Objektif yang
berasingan.
3. Baca arahan pada Kertas Jawapan Objektif itu dengan teliti.
4. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan
yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan
soalan yang dijawab dengan betul.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Soalan 1 hingga Soalan 3 berdasarkan petikan di bawah ini.

Prinsip utama kebudayaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan


rakyat asal rantau ini. Rakyat asal merujuk kepada rakyat yang mewarisi sejarah
dan kehidupan budaya yang menduduki suatu wilayah di suatu rantau yang
berbeza dengan rantau-rantau lain di bahagian dunia yang lain. Rantau ini juga
di dalam tafsiran luas mahupun sempitnya adalah rantau alam Melayu yang
menjunjungi pelbagai warisan tradisi budaya Kepulauan Melayu yang dikenal
pasti melalui keluarga bahasa serumpun Melayu – Austranesia. Di dalam
konteks Malaysia, suku bangsa itu sendiri mewakili sebahagian besar suku
bangsa yang sama rasnya, iaitu suku bangsa Melayu, Bugis, Jawa, Minang,
Iban, Murut, Kadazan dan suku-suku lain yang kecil. Mereka inilah yang kita
namakan sebagai rakyat asal. Manakala rantau ini merujuk kepada suatu rantau
yang musim, suasana geografi, iklim, flora dan fauna, laut dan tanah-tanihnya
jauh berbeza dengan rantau yang lain. Rantau ini juga mengalami sejarah dan
perhubungan kebudayaan yang lama dengan dunia luar, termasuk dengan
tamadun Cina dan India di Asia dan Barat. Ukuran rantau ini akan memberikan
natijah segala macam perubahan yang baru atau sifat dinamik budayanya akan
selalu merujuk dan akur kehendak -kehendak iklim dan manusianya.
Kebudayaan rakyat asal bukanlah suatu perkara yang muncul begitu sahaja
tanpa melalui proses dan pengalaman sejarah. Kalau diambil daripada aspek
linguistik, maka bahasa Melayu yang telah terbina daripada asas lingua-franca
ratusan ribuan tahun yang lalu, iaitu telah dimajukan daripada bahasa Melayu
kuno dan telah diperkukuhkan sebagai bahasa induk di alam ini. Rumpun
bahasa sukuan atau dialek yang tersebar di merata daerah dan wilayah alam ini
ternyata mempunyai persamaan ciri-ciri struktur linguistik dan perbendaharaan
kata, walaupun di dalam berbagai-bagai jenis loghat yang diamalkan. Bahasa
Melayu yang baru adalah bahasa yang menjadi bahasa pengucapan
kebudayaan, bahasa baku yang berkembang menjadi bahasa nasional di
Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan sebagai bahasa yang diucapkan di
selatan Negara Thai dan di selatan Filipina. Rantau ini juga mengalami proses
sejarah yang hampir sama dengan kedatangan kuasa penjajah barat yang
bermula pada abad ke-15. Penjajah-penjajah itu ialah Portugis, Sepanyol dan
Inggeris. Campur tangan mereka serta pengaruh-pengaruh lain telah
mempengaruhi kehidupan, politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan rakyat
negara yang terjajah itu.

Disesuaikan daripada rencana oleh Aziz Deraman, “Falsafah


Kebudayaan Kebangsaan”, Dewan Budaya , Disember 1985.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 2
1. Antara yang berikut, yang manakah dianggap boleh menjadi teras
kebudayaan nasional Malaysia?

I songkok
II tarian naga
III zapin
IV ketupat dan rendang
V sari

A. I, II dan III
B. I,III dan IV
C. II dan V
D. II ,III dan IV

2. Flora dan fauna Malaysia yang kerap melambangkan identiti negara


ialah…

A. jati dan gajah.


B. kapur dan merak.
C. balak dan buaya.
D. meranti dan harimau

3. Perbezaan utama di antara bahasa baku dengan bahasa sukuan ialah…

A bahasa baku wujud di Malaysia dengan meluas,sedangkan bahasa


sukuan wujud secara sempit di Filipina.
B bahasa baku mampu menjadi bahasa persuratan ,sedangkan
bahasa sukuan hanya mampu menjadi bahasa lisan.
C bahasa baku diiktiraf oleh negara,sedangkan bahasa sukuan tidak .
D bahasa baku adalah statik ,sedangkan bahasa sukuan adalah
bahasa yang dapat berkembang.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 3
Soalan 4 hingga Soalan 6 berdasarkan petikan di bawah ini.

Kenapa nasib bapanya sungguh malang? Bapa duduk di penjuru


kandang, bertelanjang. Badan bapa tidak berpakaian tetapi telah ditumbuhi bulu
dengan banyaknya menyerupai orang utan. Muka bapa tunduk, tanpa
menghiraukan kepingan nanas dan papaya busuk yang tersaji dalam pinggan
ayan yang agak kotor. Orang ramai yang mengelilingi kandang itu ada yang
membaling beberapa biji kacang, dan ada yang menengking-nengking bapa
dengan ejekan-ejekan yang boleh membuat orang ketawa. Apabila bapa
mengangkat mukanya, matanya kelihatan begitu sayu seolah-olah mengemis
belas kasihan. Tumpuan pandangan bapa hanyalah kepada seorang penjaga
zoo yang dengan tiba-tiba bertukar secara perlahan-lahan menyerupai seorang
hakim.
“ Dollah”
Pekikan itu kurang jelas kedengaran kerana tenggelam dalam kebisingan
pengunjung zoo yang ramai . Kemudian kedengaran pekikan itu lagi, pekikan
yang lebih cemas.
“ Dollah, Samad, Dollah, Samaad, Dollaah.
Pekikan itu tentu sekali menerima perhatian orang ramai, terutamanya yang
berdekatan dan mendengarnya dengan jelas. Dan perhatian itu kian berjangkit
ke daerah yang agak jauh pula sehingga sebahagian besar pengunjung zoo itu
merasakan ada sesuatu yang menarik.
Memandang kepada harimau, singa dan beruang pula terbaring malas di
atas simen yang kotor dengan campuran najis dan sisa makanan, di merata
pemida ini haiwan-haiwan yang menakutkan itu mulai berubah rupa dan bentuk
menjadi manusia dalam penjara. Kesemuanya kelihatan lapar dengan jelingan
mata yang tajam. Sekarang muncul wajah-wajah banduan yang tidak puas hati
yang mahukan kebebasan.
“ Kenapa?”
“ Kunci”
“Kunci apa?”
“Kunci kandang binatang”
“Yalah ‘ tapi kenapa dengan kunci itu?” tanya Dollah termengah-mengah. Dan
belum pun jawapan kepada pertanyaan itu diberi, seorang lagi penjaga zoo yang
berwajah ingin tahu muncul di antara mereka.
“ Apa fasal? Ada apa?”
“ Kunci kandang binatang hilang, sudah puas aku cari”
“Hilang?”
Pemuda tadi kembali merenung wajah orang utan yang kian tergambar pada
penglihatannya sebagai wajah bapanya di penjara. Wajah itu memerhati
kepadanya memohon belas sambil sekali-sekala merenung penjaga zoo yang
sudah bertukar kepada hakim yang berjubah dan memakai wig berbulu putih
kepala.
Hakim tersenyum. Tentu sekali beliau akan membuat keputusan kepada setiap
rayuan banduan di dalam kandang itu dengan suatu isyarat yang memuaskan.
Pemuda itu kian merasakan sesuatu perubahan pada dirinya. Keyakinan dan

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 4
kekuatan yang tiba-tiba menjelma itu membuatkan dia merasakan amat
bertanggungjawab. Satu demi satu wajah dalam kurungan diperhatikannya.
Masing-masing, mengharapkan sesuatu daripadanya.
Akulah peguambela mereka. Perasaannya memekik tiba-tiba.
“ Di mana kauletakkan?”
“ Di tempat biasa.Kau tak ambil?”
“Buat apa aku ganggu? Itu tugas kau,” jawab Dollah sambil beredar. Samad
mengikuti Dollah. Tidak seorang pengunjung zoo pun menyedari bahawa
beberapa pintu kandang binatang buas tidak berkunci lagi. Tidak seorang
penjaga zoo pun yang menyedari bahawa pemuda itu bukan pekerja zoo, waktu
tadi mereka melihat dia menjalankan tugasnya di sisi kandang .
“ Akulah peguam bela yang akan melepaskan kamu semua. Akulah peguam bela
sebenar.” Tiba-tiba jeritan itu meletus.

Disesuaikan daripada Razak Mamat . ‘Dari


Luar Kurungan’ dalam Sayembara V,DBP
,1987.

4. Mengapakah penulis menganggap nasib bapanya sungguh malang?


A Bapanya gila.
B Bapanya merengkuk dalam penjara.
C. Bapanya dibenci orang.
D. Bapanya menjdi pengemis.

5. Apakah yang menyebabkan orang ramai membenci bapa pemuda itu?


A. Perbuatannya yang suka mengemis
B. Keadaan tubuh badannya yang kotor
C. Kelakuan bapanya suka bertelanjang
D. Kesalahan jenayah yang pernah dilakukannya.

6. Pemuda sering membayangkan bahawa penjaga zoo boleh berubah


menjadi hakim.
A. penjaga zoo pandai berlakon sebagai hakim
B. penjaga zoo mempunyai kuasa seperti hakim
C. penjaga zoo boleh membuat keputusan seperti hakim.
D. ditangan pegawai penjaralah terletaknya kemahuan untuk
mengurung atau membebaskan banduan.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 5
Soalan 7 hingga Soalan 9 berdasarkan petikan di bawah ini

Naluri marah sama dengan naluri takut, kedua-duanya membekali


seseorang dengan tenaga saraf yang kuat untuk menolongnya melakukan
sesuatu tindakan yang tidak dapat dilakukannya dalam suasana - suasana biasa.
Seseorang yang sedang marah kadang-kadang boleh membuat tamparan
maut terhadap musuhnya. Dia tidak dapat mengawal dirinya, kerana peredaran
darah di dalam badannya berputar begitu cepat dan hampir-hampir seluruh
jentera badannya berada dalam keadaan kencang dan seluruh otot dan urat
sarafnya tegang.
Kemarahan melahirkan satu mood yang menyulitkan seseorang untuk
berfikir dengan tenang, melayani orang lain dengan baik,memberi kemaafan dan
mencari persefahaman. Dari itu seorang yang sedang marah harus dibiarkan
sehingga dia kembali tenang.
Kini manusia telah bertamadun dan ketika diharu perasaan marah mereka
tidak selama-lamanya berjuang atau melawan secara langsung malah
menyimpan dendam hatinya dan menunggu kesempatan-kesempatan lain untuk
membalasnya. Kadang-kadang ia meminta pertolongan undang-undang dan ada
pula yang berdoa kepada Allah agar menimpakan bala ke atas musuhnya.
Tegasnya manusia yang bertamadun tidak lagi memperlihatkan gejala -gejala
kemarahan persis seperti yang diperlihatkan oleh binatang, manusia liar dan
kanak-kanak, kerana undang-undang, peraturan-peraturan masyarakat dan
didikan telah memaksa tenaga perasaan yang tidak mendapat jalan keluar waktu
marah, yang terpaksa ditahan-tahan itu akan mencurah ke atas orang lain,
bukannya musuhnya seperti anak isterinya dan perabot rumahnya atau akan
berubah menjadi penyakit-penyakit jiwa.

7. Faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang tidak bertindak secara


agresif sewaktu marah ialah…
I pendidikan
II ketenangan
III kemajuan tamadun
IV ajaran agama
V perasaan dendam

A. I,II dan III


B. II,IIIdan IV
C. II,IV dan V
D. I,III dan IV

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 6
8. Perkara-perkara berikut adalah punca yang membawa kepada orang yang
sedang marah boleh bertindak di luar kebiasannya.

A. Tenaga sarafnya yang kuat.


B. Peredaran darahnya yang berputar terlalu cepat.
C. Pembendungan tenaga dan perasaan marah.
D. Daya kawal diri yang menurun.

9. Mengikut pengarang, naluri marah dan takut mempunyai persamaan.


Persamaan yang dimaksudkan adalah dari segi…
A. ketahanan badan
B. cara bertindak
C. corak fikiran
D. kekuatan jasmani

Soalan 10 hingga Soalan 12 berdasarkan petikan di bawah.

Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin yang amat


penting bagi kehidupan. Hemoglobin ialah molekul protein yang besar menyerap
molekul-molekul oksigen dalam paru-paru dan membawanya ke beberapa
bahagian tubuh dan di situlah oksigen kemudiannya digunakan dalam proses
metabolisme. Hemoglobin dihasilkan berterusan dan dipecahkan di dalam tubuh.
Seseorang yang kekurangan hemoglobin akan mengalami anaemia kerana
keadaan ini tidak membolehkan hemoglobin membawa oksigen secukupnya.
Maut boleh berlaku sekiranya paras hemoglobin terlalu rendah. Hemoglobin juga
bertindak dengan bahan-bahan lain selain daripada oksigen dan terikat dengan
kemas kepada nitrit. Apabila ini terjadi, hemoglobin tidak akan berupaya lagi
untuk membawa sebarang oksigen. Oleh yang demikian, nitrit adalah racun
kerana menyebabkan keadaan cemas secara perlahan-lahan yang disebut
sebagai ”methmoglobilinemia’. Seseorang itu boleh mengalami keracunan nitrit
dalam berbagai-bagai cara. Sekiranya paras nitrit pada manusia dan tumbuhan
terlalu tinggi, maka sebahagian daripadanya boleh bertukar kepada nitrit melalui
bakteria, dan sekiranya terdapat cukup nitrit dalam air minuman, sebahagian
daripadanya juga boleh bertukar kepada nitrit.
Dengan menggunakan baja nitrogen dengan banyak, boleh menyebabkan
terjadinya” methmoglobilinemia” dalam beberapa cara. Sesetengah tumbuhan
menghimpunkan nitrat, misalnya bayam, gula bit, sawi,bunga kubis, lobak dan
lain-lain. Sekiranya tanam-tanaman ini dibaja dengan nitrogen secara berlebihan
hal ini boleh menyebabkan keracunan. Air minuman dari anak sungai atau telaga
berhampiran dengan kawasan sedemikian ( seperti berhampiran dengan sawah
padi ) mungkin juga mengandungi nitrat dan nitrit. Apabila ini diminum setiap hari
akan menyebabkan “asphyxiation”(sesak nafas kerana kurang zat asam darah)
secara perlahan-lahan, yang biasanya akan memberi kesan dengan teliti,
mungkin ramai kanak-kanak yang akan terlibat dan orang tua yang akan mati
kerana sakit tua. Kesan-kesan sedemikian kerap ditemuikan di Eropah dan di
Amerika Utara. Walaupun pada masa kini terdapat hanya sedikit sahaja

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 7
keracunan nitrit di Asia Tenggara tetapi kekerapan penggunaan baja untuk
memenuhi keperluan pertumbuhan penduduk memungkinkan bertambahnya
kejadian yang demikian.

Disesuaikan daripada The Sinking Ark oleh David


Lee, Heinemann Educational Books (Asia ) Ltd,1980.

10. Pernyataan manakah yang benar tentang hemoglobin?


I. Hemoglobin terdapat dalam darah merah dan putih.
II. Hemoglobin terdiri daripada molekul protein
III. Hemoglobin menyerap oksigen dalam paru-paru.
IV. Hemoglobin membawa oksigen ke bahagian-bahagian lain dalam
tubuh.
V. Hemoglobin digunakan dalam proses metabolisme.

A. I,II, dan III


B. I,III dan V
C. I,IV dan V
D. II,III dan V

11. Faktor-faktor yang menyebabkan “methmoglobilinemia” adalah seperti


yang berikut…
I. Tindak balas antara nitrit dan nitrat
II. Penggunaan baja nitrogen dengan banyak.
III. Penggunaan air minuman yang mengandungi nitrat dengan
banyak.
IV. Banyak menggunakan protein dalam “ gizi seimbang” kita.
V. Tindakan bakteria ke atas nitrat dalam badan manusia
A. I,II dan III
B. I,III dan IV
C. II,III dan IV
D. II,III dan V

12. Apakah yang dimaksudkan dengan “anaemia”?


A. Kurangnya sel darah merah dalam peredaran lalu menyebabkan
keupayan darah pembawa oksigen menjadi lemah.
B. Penyakit yang diakibatkan oleh lemahnya peredaran darah.
C. Peracunan yang berlaku dalam hemoglobin kerana kurangnya
oksigen.
D. Kurangnya oksigen dalam tubuh, dan dengan ini hemoglobin
menjadi lemah.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 8
13.
- Mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor swasta dengan sektor
awam.
- Menggalakkan perkongsian maklumat dan saling memahami matlamat
kedua-dua sektor.
- Berusaha untuk menggunakan teknologi baru dalam proses pengurusan.

Matlamat – matlamat di atas berkaitan dengan


A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Produktiviti Negara
C. Dasar Persyarikatan Malaysia
D. Kerjasama Teknikal Malaysia.

14.
Dasar Kerajaan Objektif Utama
Mewujudkan kerjasama erat antara
I Dasar Penswastaan X sektor awam dengan sektor swasta
untuk mencapai faedah bersama
Meningkatkan kecekapan dan
II Dasar Persyarikatan Y penghasilan kerja untuk memastikan
keuntungan maksimum dicapai.
Meningkatkan prestasi pengurusan dan
III Dasar Pandang Ke Timur Z pembangunan serta mempunyai nilai
dan etika kerja yang positif.

Padankan dasar –dasar kerajaan I,II dan III dengan objektif-objektif


utama X,Y dan Z.

I II III
A X Y Z
B Z X Y
C Y X Z
D Y Z X

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 9
15. Yang berikut adalah dasar-dasar pembangunan di Malaysia. Padankan
objektif X ,Y dan Z dengan dasar I,II dan III.

Dasar Objektif
I Wawasan 2020 X Meninggikan tahap penyelidikan
dan pembangunan teknologi
tempatan.
II Dasar Perindustrian Y Menjadikan Malaysia negara
Negara industri,maju,makmur dan bersatu
padu.
Dasar kebudayaan Z Membentuk satu identiti nasional
III Kebangsaan sebagai asas pemupukan
perpaduan negara.

I II III
A X Y Z
B Y Z X
C Y X Z
D Z X Y

16. Yang manakah antara berikut merupakan tumpuan utama Dasar


Peningkatan Daya Pengeluaran Negara ?
A mewujudkan kerjasama dan saling membantu antara sektor awam
dan sektor swasta
B meningkatkan daya pengeluaran dalam semua sektor untuk
menghadapi
persaingan ekonomi antarabangsa
C mengagihkan sumber secara berkesan dan cekap
D meringankan beban kerajaan

17. Dasar Beli Barangan Buatan Malaysia merupakan satu dasar sokongan
kepada…

A Pelan Induk Perindustrian


B Dasar Pertanian Negara
C Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
D Dasar Perindustrian Berat.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 10
18. Antara yang berikut, yang manakah mungkin menjadi masalah
penghalang Dasar Pandang ke Timur ?

I Masalah bahasa
II Kenaikan harga yen
III Sikap anti kerajaan
IV Ketidaksungguhan kerajaan melaksanakan dasar ini.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I,II dan III

19 Antara yang berikut yang manakah merupakan perbezaan antara badan


berkanun dan badan tidak berkanun?

I Badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau


Enakmen Negeri manakala badan tidak berkanun diperbadankan di
bawah Akta Syarikat.
II Badan berkanun merupakan agensi kerajaan manakala badan
tidak berkanun bukan merupakan agensi kerajaan
III Badan berkanun boleh meminjam pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan tetapi badan tidak berkanun tidak boleh meminjam
pegawai Perkhidmatan Awam.
IV Badan berkanun boleh menubuhkan anak syarikat tetapi badan
tidak berkanun tidak boleh menubuhkan anak-anak syarikat.

A I,II,III
B I,III
C III,IV
D II,III,IV

20 Semua pernyataan berikut adalah benar tentang suruhanjaya kecuali…

A Suruhanjaya terbahagi kepada dua jenis,iaitu suruhanjaya tetap dan


suruhanjaya khas.
B Suruhanjaya tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu ,suruhanjaya
perkhidmatan dan suruhanjaya pilihan raya.
C Suruhanjaya khas bersifat sementara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah kecemasan.
D Suruhanjaya adalah tertakluk kepada arahan Menteri.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 11
21 Yang manakah di antara berikut benar mengenai ahli Dewan Negara?

I Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh menjadi ahli Dewan


Undangan Negeri pada masa yang sama.
II Seseorang ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri tidak boleh menjadi ahli yang dilantik oleh Yang di Pertuan
Agong pada masa yang sama.
III Seseorang ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri tidak boleh mewakili lebih daripada satu kawasan pilihanraya.
IV Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat
pada sidang Parlimen yang seterusnya.

A. I,II dan III


B. II dan IV
C. I dan IV
D. II dan III

22 Semua yang berikut benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


kecuali…

A Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau


Ketua Menteri.
B Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dianggotai oleh 4 hingga 8 orang
ahli serta 3 orang pegawai ex –officio.
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada Raja
atau Yang Di Pertua Negeri.
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa eksekutif
negeri.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 12
23 Yang manakah di antara berikut merupakan kementerian yang
mengakaun sendiri?

I Kementerian Dalam Negeri


II Kementerian Luar Negeri
III Kementerian Pertahanan
IV Kementerian Kesihatan.
V Kementerian Pendidikan

A I,II dan III


B II,III dan V
C I,IV dan V
D III,IV dan V

24.
PERKARA
I Perhutanan dan pertanian
II Keselamatan Dalam Negeri
III Pengairan dan Perparitan
IV Bekalan kuasa elektrik
V Perancangan bandar dan kampung
VI Hal ehwal agama Islam

Yang manakah di antara padanan berikut tepat?

PERSEKUTUAN NEGERI BERSAMA


A. I ,IV III, IV II,VI
B. II,IV I,VI III,V
C. I,III V,IV II,IV
D. I,V III,IV II,IV

25. Yang manakah di antara perkara-perkara berikut merupakan tolak ansur


antara kaum bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu?

I. Kedudukan istimewa
II. Jawatan Perdana Menteri
III. Kewarganegaraan
IV. Bahasa Melayu
V. Hak mengundi dalam pilihan raya umum

A. I dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III danV

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 13
26 Kebebasan diri

Kebebasan beragama
X
Kebebasan bercakap

Sama rata di sisi undang-undang

Rajah di atas menunjukkan beberapa aspek kebebasan bagi setiap rakyat


di negara ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Semua kebebasan ini dinyatakan sebagai X yang
dimaksudkan sebagai…

A. kebebasan individu
B. kebebasan asasi
C. kebebasan sejagat
D. kebebasan mutlak

27. Yang manakah diantara berikut merupakan kuasa budi bicara Yang di-
Pertuan Agong?

I Melantik seorang perdana menteri


II Melantik seorang Timbalan Yang di Pertuan Agong
III Menolakpermintaan Perdana Menteri membubarkan parlimen
IV Menolak permintaan Raja-raja Melayu mengadakan Mesyuarat
Majlis Raja-raja.

A. I dan II
B. I dan III
C. I dan III
D. I,II dan IV

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 14
28. Yang manakah diantara berikut benar tentang Mesyuarat Majlis Raja-
raja?

I Mesyuarat Majlis Raja-raja diadakan tiga atau empat kali setahun


II Mesyuarat Majlis Raja-raja hanya diadakan dengan dipanggil oleh
Yang di-Pertuan Agong
III Mesyuarat Majlis Raja-raja dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong,
Raja-raja Melayu dan para Yang di-Pertua Negeri.
IV Mesyuarat Majlis Raja-raja disertai oleh Menteri-menteri Besar dan
Ketua-ketua Menteri
A. I,II
B. III,IV
C. I,II ,III
D. I,III ,IV

29. - Mengkaji dan menilai skim bantuan teknik dan kewangan negara.
daripada kerajaan asing dan institusi antarabangsa
- Menyediakan rancangan pembangunan kebangsaan lima tahun
secara menyeluruh

Antara yang berikut, yang manakah bertanggungjawab melaksanakan


tugas di atas?

A. Perbendaharaan
B. Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi
C. Unit Perancang Ekonomi
D. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia

30. Fungsi X

Membahagikan tugas-tugas Menentukan bidangkuasa dan


kerajaan supaya dapat dijalankan tanggungjawab unit-unit
dengan cara yang paling cekap dan pentadbiran bagi memudahkan
berkesan supaya memastikan kawalan oleh badan eksekutif
pertindihan kerja yang paling perundangan dan kehakiman
minimum

Apakah X?
A. Birokrasi
B. Organisasi
C. Struktur
D. Kabinet

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 15
31. Antara yang berikut, yang manakah menjadi tanggungjawab dalam
Senarai Bersama?

I Perlindungan Mergastua.
II Membasmi kutu rayau
III Pemeliharaan penyu
IV Cuti Hari Thaipusam

A. I,II
B. II,III
C. I,III
D. III,IV

32. Sesuaikan pentadbiran di Sarawak berikut dengan pegawainya.

Pentadbiran Pegawai
I Bahagian Temenggung
II Daerah Pegawai daerah
III Daerah Kecil Pemanca
IV Kampung Ketua Kampung

A. I,II
B. II,III
C. I,III
D. III,IV

33. Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan utama Bank
Pertanian ditubuhkan?

A. untuk menghapuskan peranan orang tengah


B. untuk memberikan bantuan kepada peladang kecil yang tidak
bermodal
C. untukmembantu petani miskin ynag sering diancam bencana alam
D. untuk menyelaraskan pertanian di luar bandar

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 16
34.
TANGGUNGJAWAB X

PERSEKUTUAN

JABATAN PERDANA KEMENTERIAN HAL JABATAN PERKHIDMATAN


MENTERI EHWAL DALAM NEGERI AWAM

Apakah X?

A. Majlis Perancangan Pembangunan Negara


B. Jawatankuasa Kewangan Negeri.
C. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.
D. Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri

35. Antara yang berikut, yang manakah merupakan punca kewangan pihak
berkuasa tempatan?

I Cukai harta benda


II bayaran perkhidamtan dan lesen-lesen
III Pinjaman khas daripada KerajaanPusat
IV Kutipan dan hasil cukai pendapatan

A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. I,II ,III

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 17
36. Yang berikut adalah senarai Kementerian dan jabatan atau badan
berkanun di bawah jagaannya.Yang manakah di antara pasangan berikut
benar?

Kementerian Jabatan/Badan Berkanun


I Kementerian Dalam Negeri Jabatan Pendaftaran Negara
II Kementerian Kehakiman Badan Pencegah Rasuah
III Kementerian Pengangkutan Lembaga Lebuhraya Malaysia
IV Kementerian Penerangan Lembaga Penapis Filem

A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. I,IV

37.
- Menjalankan penyelidikan dalam penggunaan sains dan teknologi
nuklear
- Menghasilkan radioisotop untuk kegunaan dalam bidang
perubatan dan perindustrian

Pernyataan di atas adalah tugas-tugas…

A. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).


B. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
C. Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (PUSPATI)
D. Unit Tenaga Nuklear di Jabatan Perdana Menteri

38. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber-sumber hasil


yang perlu diserahkan kepada kerajaan negeri?

I Hasil daripada Pendaftaran Negara


II Hasil daripada lesen kereta bermotor
III Hasil daripada cukai hiburan
IV Hasil daripada cukai sampah

A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. I,III

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 18
39. Antara yang berikut , yang manakah merupakan bidang kuasa sivil
Mahkamah Syariah yang berkuat kuasa terhadap penduduk beragama
Islam di Semenanjung Malaysia?

I Kesalahan menganiaya isteri


II Kesalahan tidak berpuasa pada bulan Ramadan
III Kesalahan tidak memberikan nafkah kepada tanggungan setelah
bercerai
dengan isterinya.
IV Kesalahan yang berkaitan dengan pembahagian harta sepencarian
suami isteri

A. I,V
B. II,III
C. III,IV
D. I,II ,III

40. Yang manakah antara yang berikut merupakan bidang kuasa jenayah
Mahkamah Syariah?

I Membatalkan nikah
II Membicarakan kes tidak membayar zakat
III Menjatuhkan hukuman ke atas penujal minuman keras
IV Membicarakan kesalahan-kesalahan matrimoni
V Mesyuarat Majlis Raja-raja Membicarakan kes tidak memberikan
nafkah

A. I,V
B. I,II,III
C. I,II,IV
D. II,III ,IV

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 19
41. Antara yang berikut yang manakah merupakan undang-undang tidak
bertulis di Malaysia?

I Keputusan mahkamah
II Undang-undang adat
III Akta dan Enakmen
IV Undang-undang Inggeris

A. I,II
B. II,IV
C. I,II, III
D. I,II,IV

42. Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar tentang


pelaksanaan undang-undang pada masa penjajahan?

I Undang undang adat yang diwarisi dianggap sebagai hukum Islam.


II Undang-undang adat kaum bukan bumiputera pun dipatuhi juga
dalam perbicaraan.
III Undang-undang Inggeris dikuatkuasakan sepenuhnya di Negeri-
negeri selat.
IV Undang-undang adat penduduk tempatan terus diamalkan pada
masa penjajahan Belanda

A. I,II,III
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. II,III,IV

43. Antara jawatan-jawatan berikut yang manakah ialah lantikan Yang di-
Pertuan Agong dan pemecatannya melalui tribunal?

I Perdana menteri
II Juruaudit Negara
III Speaker Dewan rakyat
IV. Peguam Negara

A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. II,IV

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 20
44. Antara yang berikut yang manakah merupakan kes-kes jenayah yang
boleh diadili oleh Mahkamah Syariah?

I berkhalwat
II bercerai
III mengajarkan ajaran sesat.
IV. minum Minuman Keras.

A. I,II ,III
B. I,II ,IV
C. I,III,IV
D. II,III ,IV

45. Selain statut, doktrin duluan kehakiman dipakai juga sebagai sumber
undang-undang dalam sistem perundangan Malaysia. Antara yang
berikut , yang manakah merujuk
kepada dokrin tersebut?

I Hakim mahkamah yang lebih lama memegang jawatan lebih berkuasa


daripada hakim mahkamah yang baru dilantik.
II Hakim mahkamah mesti mematuhi arahan ketua hakim Negara atau
Hakim Besar dalam membuat keputusan sesuatu kes.
III Hakim mahkamah berhak membuat prinsip kehakimanya sendiri
sekiranya tidak ada peruntukan dalam undang-undang bertulis.
IV Hakim mahkamah berhak merujuk kepad keputusan mahkamah
sebelumnya dalam perbicaraan kesnya.

A. I,II
B. I,IV
C. II ,III
D. III ,IV

46. Antara yang berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Mahkamah
Persekutuan?

I memutuskan sebarang pertikaian antar negeri-negeri


II mempunyai kuasa meminda keputusan Mahkamah Tinggi
III mendengar rayuan ulang bicara kes sivil dan jenayah yang
diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
IV. memutuskan persoalan Perlembagaan yang ditimbulkan dalam
perbicaraan di mahkamah yang lebih rendah

A. I,II III
B. I,II,IV
C. I,II,IV
D. I,II ,III ,IV

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 21
47. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kes-kes sivil mahkamah
awam?

I Tuntutan perceraian suami isteri


II Tuntutan hutang
III. Pemalsuan mata wang
IV Kesalahan pecah amanah
V. Tuntutan harta pusaka

A. I,V
B. II,V
C. I,II ,V
D. I,III ,IV

48. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi Jabatan Peguam


Negara?

I. Bertanggungjawab mendakwa pesalah jenayah yang berat


II. Melaksanakan semua tuntutan sivil bagi pihak kerajaan
III. Menasihati kerajaan dan menteri –menteri berhubung dengan
undang-undang
IV. Merangkakan rang undang-undang kerajaan negeri untuk
diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri
A. I,II
B. II,IV
C. III,IV
D. I,II ,III

49. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan berbeza daripada bidang kuasa


Mahkamah Tinggi dari aspek…

A. mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Negara


B. menyemak keputusan mahkamah yang lebih rendah
C. membicarakan semula kes-kes sivil dan jenayah.
D. mengadili pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan kerajaan
Persekutuan.

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 22
50. - Saraannya ditanggung oleh kumpulan wang yang disatukan.
- Kelakuannya tidak boleh dibincangkan dalam Persidangan Parlimen
kecuali dengan satu usul yang disokong oleh tidak kurang dari 1/4
daripada jumlah ahli.

Pernyataan di atas berkaitan dengan jawatan…


A. hakim tribunal.
B. Perdana Menteri dan Menteri
C. hakim mahkamah.
D. Speaker Parlimen .

Soalan 51 dan Soalan 52 adalah berdasarkan Rajah 1 di bawah.


Lain-lain

Bijih Timah 1985


7%
Kayu Bergergaji 3%
Gas asli 3% 35%
Barang-barang
cecair 5% 1970 perkilangan
10%
12% 4%
Kaya Balak
7% 20% 5%
Bergergaji
4%
33%
12%
8%
Getah

10%
Minyak 22%
Kelapa Sawit

Petroleum
Komposisi Eksport Malaysia
1970 - $ 5 163 juta
1985 - $38 007 juta Rajah 1

51. Antara yang berikut, yang manakah benar?

I Hasil esport getah telah berkurangan sebanyak lebih daripada 30%


II Jumlah hasil eksport telah meningkat sebanyak lebih daripada
700%
III Sektor perkilangan telah berkembang hampir 200%
IV. pengeluaran petroleum telah meningkat sebanyak lebih daripada
400%
A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. I,II.III

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 23
52. Yang manakah di antara sektor berikut pada tahun 1985 yang
memberikan sumbangan yang hampir sama banyak dengan sumbangan
sektor getah pada tahun 1970?

A. Barang-barang perkilangan
B. Petroleum
C. Minyak kelapa sawit
D. Gas asli cecair

Soalan 53 dan Soalan 54 adalah berdasarkan Rajah 2 di bawah.

Lelaki Jumlah Perempuan


3 174
4 817 1643
1980 3 915 3931
7 846
6 992 13 879 6887

3 555 1914
4 593 5 469 4594
1985 9 187
7 951 7840
15 791

3 913 6 114 2201


1990 5 313 5289
10 602
8 999 17 877 8878

10 000 8 000 6 000 4 000 2 000 0 0 2 000 4 000 6 000 8 000 10 000

Petunjuk:

Guna tenaga Penduduk dalam Penduduk


kumpulan umur
bekerja

Rajah 2

53. Yang manakah antara pernyataan berikut, benar tentang penduduk dan
guna tenaga di Malaysia bagi tempoh 1980 –1990?

I Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar pengangguran


II Rajah menunjukkan nisbah penduduk dalam kumpulan umur
bekerja dengan penduduk.
III. Kadar pertambahan penduduk lebih tinggi daripada kadar
pertambahan guna tenaga.
IV. Kadar pengangguran perempuan lebih tinggi daripada lelaki

A. I,II
B. I,III
C. II ,III
D. II,IV

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 24
54. Jika pertambahan penduduk bagi tempoh 1990-2000 sama dengan kadar
pertambahan penduduk bagi tempoh 1980 -1990, anggaran kasar jumlah
penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah…

A. 21 juta orang.
B. 22 juta orang.
C. 23 juta orang.
D. 24 juta orang.

Soalan 55 dan Soalan 56 berdasarkan Rajah 3 di bawah.

DESTINASI EKSPORT UTAMA UNTUK KELUARAN


SEKTOR PEMBUATAN 1990 DAN 1995
(%)

25.1
31.3

2.9 17.5
8.2 15

1990 RM46.8 billion

27.7 26.1

15.4
6.1

10.3
14.4

1995 RM147.5 billion

Rajah 3

Amerika Syarikat Kesatuan Eropah


Negara-negara Lain Jepun
Negara-negara Selatan Negara-negara ASEAN

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 25
55. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai eksport keluaran
sektor pembuatan Malaysia pada tahun 1990?

I Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport sektor pembuatan


Malaysia yang paling penting.
II. Jumlah eksport sektor pembuatan Malaysia ke Jepun bernilai RM
3.8376 bilion.
III Hasil eksport Malaysia ke Negara-negara ASEAN sekali ganda lebih
besar daripada eksport ke Negara-negara Kesatuan Eropah.
IV. Jumlah eksport sektor pembuatan Malaysia ke Negara-negara
Selatan ialah RM 1,357,200,000

A. I dan II
B. II dan IV
C. I,II dan III
D. I,III dan IV

56. Antara berikut, yang manakah benar mengenai eksport keluaran sektor
pembuatan Malaysia pada tahun 1995?

A. Hasil ekspot keluaran sektor pembuatan Malaysia ke negara-


negara ASEAN merosot sebanyak 3.6% pada tahun 1995
berbanding tahun 1990.
B. 6.1% daripada pendapatan negara Malaysia pada tahun 1995
diperoleh daripada eksport keluaran sektor pembuatan ke Negara-
negara Selatan.
C. Hasil eksport keluaran sektor pembuatan Malaysia ke Jepun
meningkat sebanyak 296% paada tahun 1995 berbanding tahun
1990.
D. Pendapatan eksport keluaran sektor pembuatan ke Negara-negaar
Kesatuan Eropah mengalami kemerosotan sebanyak 2.2%

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 26
Soalan 57 dan Soalan 58 adalah berdasarkan Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Belanjawan Pendidikan Bagi Beberapa Buah Negara Terpilih,


1991.

Perbelanjaan untuk sektor Pendidikan


Unit
Negara
Matawang Perbelanjaan dalam unit Peratusan daripada
matawang tempatan (juta) keluaran Negara Kasar

P V 17.2 8.4
Q W 12.8 6.9
R X 109.7 12.3
S Y 23.6 10.1
T Z 248.8 9.9
Nota: 1 unit V = 0.4 unit W = 4.0 unit X = 0.8 unit Y = 9.0 unit Z

Jadual 1

57. Berapakah Keluaran Negara Kasar bagi T jika dihitung dalam unit mata wang
V?

A. 279.2 juta
B. 2463.1 juta
C. 2513.1 juta
D. 2764.4 juta

58. Negara yang mempunyai perbelanjaan yang tinggi untuk sektor pendidikan
ialah negara…

A. P
B. Q
C. R
D. S

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 27
59. Sejak kebelakangan ini kemalangan jalan raya semakin bertambah .
Persatuan Penduduk Taman Pelangi Johor Bahru telah membuat keputusan
untuk mencetak buku panduan menjaga keselamatan jalan raya untuk
pegawai kerajaan dan pekerja kilang. Berdasarkan maklumat yang
disediakan di bawah ini nyatakan jumlah buku panduan yang perlu dicetak.

Tuan-tuan rumah 150,000 orang


Pegawai kerajaan 65,000 orang
Pegawai kerajaan yang memiliki rumah 40,000 orang
Pekerja kilang 30,000 orang
Pekerja kilang yang memilki rumah 15,000 orang

A. 150,000 buah buku


B. 38,000 buah buku
C. 169,000 buah buku
D. 57,000 buah buku

60. Sewaktu Azman tiba di rumah saudaranya, hari mula senja. Bapa saudaranya
seorang pekebun kecil dan menternak beberapa ekor ayam dan arnab.
Azman telah berjanji akan menyediakan satu laporan tentang aktiviti pertanian
untuk kelasnya, dan memilih kes bapa saudaranya. Selepas makan, Azman
mengambil kesempatan mendapatkan maklumat awal tentang kebun bapa
saudaranya itu sebelum mengikutinya ke kebun pada keesokan harinya.

“ Berapa ekor binatang ternakan Pak Ngah ada?” tanya Azman.


‘”Tak banyak, cuma 50 kepala dan 140 kaki sahaja.” Jawab Pak Ngah.

Berapa ekor ayam dan arnabkah yang ada di kebun Pak Ngah?

A. 30 ekor ayam dan 2 ekor arnab.


B. 20 ekor arnab dan 30 ekor ayam
C. 25 ekor ayam dan 25 ekor arnab
D. 50 ekor ayam sahaja.

KERTAS SOALAN TAMAT

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 28
JAWAPAN KERTAS MODEL: SET 1/2001

1. B 16. D 31. A 46. D


2. D 17. B 32. A 47. C
3. B 18. B 33. B 48. D
4. B 19. A 34. C 49. D
5. D 20. D 35. D 50. C
6. D 21. D 36. A 51. C
7. D 22. C 37. C 52. D
8. B 23. D 38. C 53. D
9. B 24. B 39. C 54. C
10. D 25. C 40. D 55. B
11. D 26. B 41. D 56. C
12. D 27. B 42. D 57. A
13. C 28. D 43. D 58. B
14. C 29. C 44. C 59. A
15. A 30. B 45. D 60. B

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara


Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 29

You might also like