You are on page 1of 8

KOKURIKULUM - PERKHEMAHAN

a)Matlamat :

1. Melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab.

2. Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan


berkhemah.

3. Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran.

4. Melatih Berdikari.

5. Mengeratkan tali persaudaraan antara pengakap mahupun di antarabangsa

6. Menggalakkan mendapat lencana-lencana kemajuan dan kepandaian.

7. Menyedarkan pengakap agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan.

8. Daripada berkhemah, pengakap dapat melatih hidup berdikari serta


mengamalkan pelajaran yang di ajar dalam pengakap.

9.Pengakap dapat berlatih memasak, bermain, belajar, bekerja dan bersuka ria
bersama rakan-rakan pengakap lain.

b)Perancangan Awal Sebelum Berkhemah :

 1.1   Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan :

.     Objektif perkhemahan.

.     Bilangan peserta.

.     Tempoh perkhemahan.

.     Kemudahan asas yang ada dan diperlukan.

1.2   Ciri-ciri tapak atau kawasan yang sesuai :

.     Mendapatkan kebenaran dan maklumat.

.     Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air.

.     Banyak bahan baker.


.     Kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta

.     Tiada gangguan bahaya.

.     Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.

.     Hutan yang tidak terlalu terlidung daripada cahaya matahari.

.     Tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumput.

.     Ciri-ciri lain yang perlu diperhatikan :

               .  Cuaca dan arah angin.

               .  Dahan atau pokok yang reput.

               .  Tebing runtuh atau batu besar yang bahaya.

               .  Kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir.

1.3   Pembentukan Ahli Jawatankuasa :

~    Mengikut keperluan program.

 1.4   Perancangan :

 ~     Merancang program :

      .  Pemilihan kawasan yang sesuai

      .  Keselamatan terjamin.

      .  Bersesuaian dengan objektif.

      .  Berkaitan setiap aktiviti.

      .  Mengembirakan peserta .

      .  Keseimbangan masa.

      .  Persiapan peralatan.

~     Aktiviti yang dirancang dalam bentuk :

          ~   Penilaian


          ~   Pengujian

          ~   Pertandingan / kuiz

          ~   Berhalangan

  ~     Merancang makanan :

.  Tempoh perkhemahan.

.  Mempunyai sumber air yang bersih.

.  Cara memasak berpusat atau latihan memasak.

.  Memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar.

.  Memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.

      ~     Surat-menyurat :

.  Surat kebenaran.

.  Surat  keselamatan.

.  Surat pemberitahuan dll.

 1.5   Persiapan Untuk Menghadiri Perkhemahan :

~     Sebelum Berangkat perlu ada perbincangan :

.  Tempat yang hendak dituju.

.  Hari dan masa bertolak.

.  Tempat berkumpul.  

.  Kelengkapan yang perlu disediakan oleh setiap individu dan kumpulan.

.  Pengangkutan yang digunakan.

.  Pembahagian tugas.

     ~     Semasa hendak berangkat perlu memeriksa dan meneliti :


.  Maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga telah diperolehi
dan lengkap.

.  Semua peserta berada dalam keadaan sihat.

.  Kelengkapan  peralatan individu dan kumpulan dalam keadaan   baik.

.  Memakai pakaian seragam pengakap.

~     Semasa tiba di tapak perkhemahan :

.  Menghubungi orang berkenaan.

.  Mendapatkan sedikit maklumat.

.  Memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah.

    ~      Sepanjang perkhemahan :

.  Semua peserta terlibat secara langsung dalam program.

.  mengetahui segala peraturan.

.  Digalakkan melibatkan penduduk kampong seperti program gotong-


royong

     ~     Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan :

.  Perlukan ada  mesyuarat khas.

.  Meruntuhkan khemah dan binaan seperti gedjet.

.  Membersihkan kawasan perkhemahan.

.  Mengemaskan dan menyemak keperluan peribadi dan kumpulan.

.  Memastikan tiada bara api.

.  Menimbus lubang yang dibuat.

1.6 Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan ( bergantung kepada tempoh masa


perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta )

~    Keperluan peribadi :


.  Pakaian seragam

.  Baju-T

.  Pakaian sukan / pakaian beribadat

.  Selipar / kasut

.  Duit poket

.  Berus gigi dan ubat gigi

.  Sabun mandi dan sabun basuh

.  Jam

.  Kompas

.  Mancis

.  Pisau dan parang

.  Lampu suluh

.  Tali

.  Alatulis

.  Sudu dan garpu

.  Pinggan, mangkuk dan cawan atau gelas.

.  Bekas air

.  Perkakas memasak

.  Wisel

.  Tikar

.  Ubat peribadi

.  Dan lain-lain

 1.6   Keperluan Kumpulan :
.  Khemah

.  Cangkul

.  Tali

.  Parang / Kapak / Pisau / Gergaji

.  Tukul besi

.  Lampu gasoline atau lain-lain.

.  Ubat nyamuk

.  Dapur minyak atau lain-lain

.  Mancis

.  Baldi

.  Bendera kumpulan

.  Lilin

.  Dan lain-lain

1.7   Keperluan Memasak ( sekiranya dibawa oleh individu atau kumpulan )

.  Pisau ( pelbagai jenis ) / Parang kecil

.  Kuali / Cerek

.  Baldi / Besen

.  Papan cincang

.  Penapis

.  Pencedok air

.  Kain pencuci / Kain pelapik

.  Pembuka tin

.  Tali
.  Span / Serbuk pencuci

.  Berus dawai / sabut

.  Beras

.  Rempah-ratus

.  Bahan mentah

.  Bahan-bahan lain

1.8   Mendirikan Khemah :

~     Ciri-ciri yang perlu diketahui :

.  Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah


yang tidak berpintu. Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam
khemah.

.  Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan


masuk ke dalam khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika
musim panas.

.  Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng
bukit atau pergunungan.

.  Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah
tumbang dan juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal
dan dipenuhi lalang supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa.

.  Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila


selesai melakukan aktiviti pada siang hari.
Mendirikan Khemah :

1.     Bersihkan kawasan tapak khemah.

2.     Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah.

3.     Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang 
khemah.

4.     Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.

5.     Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang.

6.     Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah
tepi khemah ke pancang.

7.     Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah


untuk mengelakkan air hujan bertakung.

8.     Kemudian taburkan serbuk belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk


mengelakkan binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.

You might also like