You are on page 1of 12

Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar di Sekolah

Oleh : Losinin Johalin (Universiti Malaysia Sabah)

Kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum
bergantung kepada pelbagai faktor. Disiplin di kenal pasti antara aspek penting dalam
menentukan kejayaan itu, lebih-lebih lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam
pendidikan di semua peringkat.

Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai badan pengajar semata-mata, tetapi ia


mempunyai tujuan mendidik yang lebih luas. Selain pendedahan pengetahuan dan
intelektual kepada pelajar, aspek disiplin merangkumi moral dan sosial pelajar juga
diberi penekanan.

Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja
berpengetahuan tinggi, malah turut memenuhi ciri-ciri lain seperti berdisiplin tinggi,
merniliki daya saing, mengamalkan suruhan agama dan tidak mudah menyerah kalah.

Masalah disiplin pelajar adalah isu lapuk yang semakin menular pada masa kini. Pelajar
ponteng sekolah, merokok, peras ugut, penggunaan dadah adalah antara masalah
disiplin serius yang sering diperkatakan. Malah, lebih membimbangkan ia semakin
menular ke kawasan luar bandar yang jarang dihimpit masalah sedemikian.

Oleh itu, dalam membentuk disiplin pelajar, ia memerlukan kesungguhan dan kekuatan
semangat daripada semua pihak termasuk ibu bapa. Pembentukan disiplin hendaklah
bermula dari rumah.

Mendidik pelajar adalah umpama mendidik anak sendiri. Ibu bapa dan guru sama-sama
memikul tanggungjawab ini apatah lagi sesebuah sekolah sering kali diukur dengan
faktor kecemerlangan yang bertitik tolak daripada faktor disiplin pelajarnya.

1
Jika disiplin sesebuah sekolah itu baik bermakna sekolah tersebut juga merupakan
sebuah sekolah yang cemerlang sama ada dari segi akademik mahupun kegiatan
kokukulum.

Bagaimanapun, masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan masalah yang paling


sukar dibanteras berbanding di kalangan guru atau pekerja. Ini adalah kerana pelajar
merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan alam sekitar.

Justeru, penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid yang dianggotai oleh
Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru disiplin adalah langkah terbaik
sekolah dalam memastikan pelaksanaan disiplin dan tata cara pelajar lebih teratur dan
berkesan.

Pemantauan disiplin pelajar dilakukan berteraskan buku Panduan Tatacara Disiplin


Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan kepada semua pengetua dan
guru besar di seluruh negara.

Etika dan panduan disiplin pelajar merangkumi pelbagai aspek, antaranya etika
berpakaian, tingkah laku, sahsiah diri, cara berkomunikasi dan sebagainya.

Peranan guru kaunseling tidak kurang pentingnya sebagai penasihat mahupun tempat
berkongsi masalah terutama kepada pelajar yang berhadapan dengan masalah disiplin
selain dibantu oleh pengawas sekolah yang dilantik pihak sekolah untuk menangani
masalah disiplin di kalangan pelajar.

   DISIPLIN DIRI

     Betapa pentingnya disiplin dalam diri setiap pelajar. Pelajar yang berdisiplin
mempunyai jati diri yang kuat bersemangat untuk belajar, menghormati guru-gurunya,
menghormati ibu bapanya, orang-orang yang lebih tua, rakan sebaya mahupun orang

2
yang lebih muda. Disiplin perlu dilatih sejak dari muda lagi, bak kata perumpamaan,
melentur buluh biarlah dari rebung. Pembentukan disiplin diri perlu di lakukan setiap
hari kerana ia akan menjadi amalan dan seterusnya membina sahsiah diri yang baik
seseorang individu. Apabila sesorang itu mempunyai disiplin terpuji, tiada lagi masalah
seperti ponteng kelas, melawan guru, tidak membuat kerja sekolah dan masalah-
masalah lain akan wujud. Secara tidak langsung ia akan mencerminkan identiti sekolah
yang berwawasan dan menjadi contoh dan model sebagai sekolah yang bebas dari
masalah disiplin.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

 Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam
pendidikan.

* Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan


agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

 
* Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti
pengajaran guru.

 
* Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama
ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

 
* Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau
peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan
penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

3
 
* Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku
rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi. 

* Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang
ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan
melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai
dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam
pembelajaran.

 
* Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal
mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak
dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk
mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran
yang telah tertinggal itu.

 
* Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah
menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

 
* Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah
ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu
pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

 
* Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini
kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri

4
akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan
mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

 
* Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam
kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu
pelajaran.

 
* Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas
atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang
berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru
mereka.

 
* Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang
mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

 
* Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung
ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

 
* Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan tambahan. 

* Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan


seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

5
* Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam
peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar
juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan
peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang
sebenar.

 
* Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar
sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan
corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi. 

* Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat


dan keyakinan diri.

 
* Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-
teknik menjawab soalan peperiksaan.

 
* Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan
pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan
untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its
cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang
lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

 
* Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan
kecekapan pelajar dalam pelajaran. 

* Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. 

6
* Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang
cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan
pemikiran yang lancar.

 
* Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba
mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar
untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti
sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan
kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang
berfaedah.

 
* Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang
dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik
atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam
kemalangan.

 
* Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk
penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'.
Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa
ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan. 

* Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang.


Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih
lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan. 

7
* Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah
berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya
itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin
mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu
sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

 
* Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah
disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat
agama masing-masing.

 
* Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek
kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar. 

* Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi
kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan
panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri
untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

DISIPLIN PELAJAR

Orang Melayu memang kaya dengan tatasusilanya. Bertiangkan agama dan bersendikan
adat, kita dididik supaya menjadi insan yang berguna. Hormat orang tua, hormat guru
dan hormat keluarga.Lebih mudah lagi kita juga biasa mendengar ungkapan iaitu yang
tua dihormati yang muda disayangi.

Malangnya budaya kini semakin lama semakin pudar. Paling ketara, Guru atau Cikgu
yang dulu disanjungi malah ditakuti, kini semakin tidak dihormati, peraturan sekolah
dulu diikuti, kini peraturan sekolah sewenang-wenangnya diingkari. Kita dapat melihat
setiap sekolah yang ada di rantau Asia ini  mahupun di pelusuk dunia ini 80 peratus

8
daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap sekolah ialah masalah disiplin iaitu
gejala salah laku pelajar yang serius. Kemerosotan disiplin pelajar terutamanya pelajar
sekolah menengah perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ia tidak berlanjutan.
Malah sikap terbuka sesetengah sekolah yang mendedahkan kes salah laku pelajar
mereka, perlu dipuji dan dicontohi. Jika disorok sampai bilapun masalah ini tidak dapat
diselesaikan.

Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam, seperti datang lambat ke
sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan
tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih
boleh diperbaiki dan boleh dikatakan pelajar ini pelajar nakal. Tetapi lain pula halnya
dengan memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja,
merompak dan banyak lagi yang belum didedahkan. Ini bukan lagi perbuatan nakal, ini
namanya samseng atau gangster. Bukan seorang dua yang membuat kerja ini tetapi
semestinya berkumpulan. Kumpulan inilah yang dikatakan kumpulan samseng. Dari
samseng kecil-kecilan akhirnya menjadi kongsi gelap. Biasanya pelajar-pelajar yan tidak
lagi berminat untuk belajar apatah lagi memikirkan masa depan. Nasihat yang diberikan
umpama mencurah ais di daun keladi.

Pada tahun 1977, banyak kes yang keluar di akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan
oleh pelajar - pelajar sekolah seperti Ugut Guru di luar Sekolah 565 orang pelajar Kongsi
Gelap, Pelajar Sepak Guru, Pelajar Ketua Gangster, Curi, Samseng sekolah ditahap
serius, 1,719 Pelajar melakukan Jenayah ditahan, dan banyak lagi kes yang dilakukan
oleh pelajar, bukan saja pada tahun 1977, tapi hinggalah pada tahun 2003 ini.

Masalahnya, siapa akan rugi? Tidakkah terdetik di hati apa yang akan terjadi sekiranya
gejala samseng sekolah tidak disekat. Ada pelajar yang mendakwa mereka memerlukan
kualiti masa  dan bukannya kuantiti masa bersama keluarga. Apabila merasakan tiada
perhatian daripada keluarga, pelajar-pelajar berkenaan akan mencari jalan keluar dari
dibelenggu oleh rasa bosan iaitu mengikuti rakan-rakan sebaya menghabiskan masa di
luar rumah. Jangan terkejut jika pelajar lebih mempercayai rakan sebaya berbanding ibu
bapa sendiri. Inilah kenyataan yang perlu kita hadapi hari ini. Hubungan pelajar dengan

9
Media Massa juga perlu dikawal. Penerbitan bahan bacaan dan filem-filem yang
bercorak keganasan atau seks yang boleh merosakkan pemikiran remaja boleh didapati
dengan mudah. Ini semua menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin pelajar hari
ini.

Peranan pihak kerajaan termasuk polis dalam usaha membendung samseng tidak akan
berjaya tanpa sokongan daripada ibu bapa atau pelajar itu sendir. Walaupun guru
bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan formal, tidak semestinya mereka juga
bertanggungjawab memastikan semua pelajarnya tidak melakukan perbuatan -
perbuatan yang  menyalahi undang-undang sekolah. Mengenai guru disiplin diberi kuasa
polis patut digunakan sepenuhnya jika terdapat salah laku yang serius di sekolah. Dan
tanggungjawab guru pula, beban terpikul dibahu semua guru, bukan hanya guru disiplin
ataupun guru agama sahaja. Ia melibatkan semua guru. Ini kerana guru dianggap
sebagai role model  dan bukannya musuh pelajar. Begitu juga ibu bapa, ibu bapa
seharusnya memberikan perhatian terhadap tingkah laku anak mereka dari segi akhlak
dan moral. Anak diibaratkan kain putih yang suci dan bersih dan ibu bapalah yang akan
mencorakkan mereka. Apapun yang berlaku, pelajar itu sendiri wajar menginsafi diri.

Jika keluarga anda terdiri dari kalangan yang berada, ini tidak semestinya anda juga
hidup senang kemudian hari. Yang kaya ialah bapa anda dan bukannya diri anda.
Kepada yang keluarganya miskin, diri kita sendiri yang patut mengubahnya. Kita yang
patut mengubah nasib keluarga kita. Ingatlah pesanan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim,
bekas Timbalan Perdana Menteri kita " walaupun miskin dan duduk di rumah yang kecil,
tidak semestinya ilmu dan akal budi kita juga miskin "    

Oleh yang demikian, gejala salah laku di kalangan remaja amnya dan pelajar khasnya
dapat diatasi sekiranya semua pihak tahu peranannya. Ibu bapa janganlah terlalu
bergantung kepada sekolah sepenuhnya dalam melunaskan tanggungjawab mendidik
anak-anak. Selain itu, guru-guru pula janganlah memandang sebelah mata akan
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dengan memegang alasan mereka bukan guru
disiplin. Begitu juga pihak kerajaan, pihak polis dan masyarakat sekeliling harus sama-
sama menangani masalah ini.

10
MASALAH ANAK REMAJA

Anak remaja yang terdidik dalam suasana autokratik akan berasa diri mereka tidak
disayangi. Mereka akan lari dari rumah apabila ada kesempatan dan cuba mendapatkan
kasih sayang dan simpati daripada rakan sebaya.

Pada amnya, mereka akan bersikap ganas dan cuba menentang apa saja yang pada
anggapan mereka mengongkong kebebasan. Pada peringkat ini, ibu bapa mendapati
anak remaja mulai menentang dan mengingkari peraturan dalam rumahtangga. Ibu
bapa yang menghadapi karenah anak remaja seperti ini harus bersabar dan meneliti
semula kesilapan sendiri. Meskipun pada peringkat awal remaja memang sukar dikawal,
tetapi jika kesilapan diperbaiki, ada kemungkinan mereka terkawal semula pada
peringkat ' tengah remaja'.

Memberi kebebasan melampau atau bersikap terlalu lembut kepada anak remaja juga
akan meninggalkan kesan buruk. Mereka menjadi terlalu manja dan tidak menghormati
orang tua. Akibatnya sudah tentu akan memalukan keluarga. Anak remaja yang terlalu
dimanjakan tidak dapat hidup berdikari sepenuhnya. Mereka sering melakukan kesilapan
berulang kali sehingga ibu bapa terpaksa masuk campur dalam urusan mereka.

Oleh itu, untuk mengimbangi pertumbuhan anak pada peringkat awal remaja, ibu bapa
harus bertindak lembut dengan penuh pengertian dan kasih sayang. Layanan ibu bapa
hendaklah sesuai dengan pertumbuhan fizikal mereka. Tindakan yang mungkin
memalukan mereka hendaklah dielakkan. Tugas guru juga meninggalkan kesan yang
mendalam kepada remaja. Layanan guru yang tidak sesuai dengan peringkat umur dan
kesilapan cara mengatasi masalah di sekolah boleh menyebabkan mereka merasa serba
salah. Akhirnya mereka akan menentang guru sebagai satu protes menunjukkan
dendam mereka.Tindakan guru yang mendera murid berdiri di atas kerusi atau meja,
berdiri di hadapan bilik darjah, merotan murid di bilik darjah atau di hadapan bilik
darjah, berdiri di luar bilik darjah atau di hadapan perhimpunan dan cara-cara yang
memalukan, akan lebih banyak meninggalkan kesan negatif kepada anak remaja.

11
Rujukan:

Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral , Bangi:
UKM.

Abdul Malim Baginda. 1984. Juvenil deliquency and same measures to control its
increasing trends. Seminar third workshop on child and adolescent
development preparation for adulthood. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 1997. Masalah kemerosotan disiplin remaja sekolah dan
peranan pendidik guru. Masalah Pendidikan. 20: 91 – 100.

Conger, J.J. 1976. Adolecence and youth. New York: Harper & Row.

Dunhill, J. 1964. Discipline in the classroom. London: University of London, Press.

Dzulkarnian Abdul Rahman. 1992. Persepsi guru tentang disiplin pelajar dan
peranan sekolah: satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah daerah Kinta,
Perak. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Elizabeth, F. 1959. Kebimbangan di kalangan para remaja di sekolah berasrama


penuh: satu kajian kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fell, P. & Coombs, D. 1994. Parents and teachers working together: A case example.
Dalam Gray, P.; Miller, A. & Noakes, J. (pnyt.). Challenging behaviour in
schools: Teacher support, practical techniques and policy development . New
York: Routledge.

Hargreaves, D.H. 1967. Interpersonal relations and education. New York: Routledge
and Kegan Paul Ltd.

Jabatan Pendidikan Negeri selangor. 1997. Laporan disiplin pelajar sekolah di Negeri
Selangor 1996. Unit Disiplin, Bahagian Hal ehwal Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor.

12

You might also like