Professional Documents
Culture Documents
1
________________________________________________________________
__________________
________
MASYARAKAT
1.1 Definisi
Masyarakat
Kumpulan manusia yang hidup bersama (dalam sesuatu tempat dengan aturan-aturan dan cara-cara
tertentu) – Kamus Dewan, DBP, 1997, m/s: 806
Masyarakat Majmuk
1948, pakar antropologi bernama J.S Furnival menyatakan bahawa masyarakat majmuk merujuk
kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Campuran ini dalam erti kata yang sebenar,
bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan,
bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat ini juga hidup bersebelahan, tetapi bersaing
dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik.
Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan juga India. Sebelum penemuan
tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu
terdiri daripada orang Melayu.
50%
40%
Melayu
30% Cina
India
20%
Lain-Lain
10%
0%
1921 1931
Rajah 1 : Perbezaan peratusan kependudukan antara tahun 1921 dengan 1931
Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak Inggeris mentadbir penduduk
dengan cara berasingan. Ia dikenali sebagai dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule).
1
1.3.1 Penduduk Tanah Melayu
1. Orang Melayu
Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang
Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk pribumi yang lain.
Terdapat juga penduduk Tanah Melayu yang berasal dari Indonesia iaitu :-
I. Orang Jawa
V. Orang Boyan
- Orang Asli juga merupakan penduduk pribumi negara ini. Mereka diistilahkan sebagai
bumiputera bersama-sama dengan orang Melayu dan kaum pribumi di Sabah dan juga
Sarawak.
- Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :-
i. Senoi
Terdiri daripada suku Semar (Semai), Temiar, Che Wong, Jh-hut (Jahut), Semoq
Beri dan Mahmeri.
Kebanyakannya terdapat di Perak, Pahang, selatan Kelantan, pantai Terengganu
dan pantai Selangor.
2
iii. Semang (Negrito)
Terdiri daripada suku Kensiu, Kintaq, Jahai, Lanoh, Bateq dan Mendriq.
Terdapat di timur laut Kedah, bahagian utara, tengah dan timur laut perak,
bahagian timur di timur laut Kedah, bahagian utara, tengah dan timur laut Perak.
2. Orang Cina
- Orang Cina bertumpu ke negara ini sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pulau Pinang
dan juga Singapura menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-dua pulau ini dibuka oleh
British pada tahun 1876 dan 1819. Walau bagaimanapun, orang Cina telah pun berada di
negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan
Johor. Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura selepas dibuka oleh British.
- Sebahagian besar orang Cina di negara ini berasal dari Wilayah Hokkien dan Kwangtung di
Selatan China. Mereka yang datang pada abad ke-19 adalah kaum buruh, berbeza daripada
mereka yang datang sebelum abad ke-19 yang terdiri daripada golongan pedagang.
- Kelompok Cina yang datang ke Tanah Melayu ialah :-
i. Hokkien
Terdiri daripada peniaga dan pelombong
ii. Kantonis
Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tukang kayu, tukang kasut dan tukang
besi).
iii. Hakka
Terdiri daripada pelombong
iv. Teochew
Terdiri daripada pekedai dan peladang yang membuka ladang-ladang tebu di Province
Wellesley dan Pulau Pinang, dan ladang gambir dan lada hitam di Johor.
v. Hailam
Terdiri daripada pekedai makanan dan pembekal keperluan domestik.
v. Secara Berkumpulan
Sesetengah imigran datang secara berkumpulan dan membuka petempatan di sesuatu
kawasan. Misalnya, orang Foochow yang datang ke Sarawak hasil daripada
3
persetujuan yang dibuat di antara ketua orang Foochow dengan Charles Brooke. Di
Tanah Melayu, orang Foochow membuka satu petempatan di Sitiawan, Perak.
3. Orang India
- Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak sebelum abad ke-19 lagi.
Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar
raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi
penduduk di negara ini.
- Etnik India yang berhijrah ke Tanah Melayu ini dapat dilihat dengan jelas melalui ringkasan
yang berikut :-
i. Tamil
Berasal dari Tamil Nadu
Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80.0%)
daripada seluruh penduduk India di Tanah Melayu
ii. Malayali
Berasal dari Pantai Malabar
Dikenali juga sebagai orang Malabari
Merupakan 7.0 % daripada jumlah penduduk India di Tanah
iii. Telegu
Berasal dari Andhra Pradesh
Merupakan 4.0% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu
iv. Sikh
Berasal dari Punjab
Berkhidmat dalam Malay Studies Guides yang ditubuhkan oleh British pada tahun 1896
Orang India sanggup meninggalkan India dan berhijrah ke negara ini kerana beberapa sebab :
i. Sistem Kasta
Menghadkan pergerakan kasta rendah (petani dan buruh) dalam bidang pekerjaan.
v. Tekanan polisi
Polisi British yang menekankan sebarang bentuk industri yang menyaingi
industrinya dalam bidang tekstil menyebabkan pengangguran berleluasa dan ini
menambahkan lagi kesengsaraan golongan miskin.
4
Melalui sistem ini, buruh India dikehendaki berkerja dengan majikan selama tempoh
satu hingga tiga tahun sebagai bayaran balik perbelanjaan tambang mereka ke
Tanah Melayu.
4. Kaum-kaum lain
- Kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini ialah Sikh, Pakistan, Siam, Kemboja dan Eurasia.
1. Sarawak
- Terdapat tiga kumpulan besar penduduk pribumi iaitu kumpulan tanah tinggi, kumpulan tanah
rendah dan kumpulan pesisiran pantai
a. Kelabit
- Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang
- Perkampungan mereka yang terkenal ialah di Bario
- Masih ada yang tinggal di rumah panjang
b. Penan
- Kebanyakannya hidup berpindah-randah
- Tinggal di hutan
c. Kayan
d. Bisaya
5
e. Kenyah
f. Punan
g. Berawan
a. Orang Melayu
Berasal dari Sumatera
Berada di Sarawak sejak kurun ke-15
Beragama Islam
b. Melanau
Kebanyakkannya tinggal di Sungai Igan, Sungai Oya dan Sungai Mukah
Beragama Islam
Berlaku asimilasi dengan orang Melayu dan banyak mengamalkan budaya Melayu.
c. Kedayan
2. Sabah
i. Kadazan-dusun
Kaum yang terbesar bilangannya, dipercayai berasal dari Kalimantan dan kebanyakannya
tinggal di kawasan pedalaman.
Tertumpu di lembah Ranau, lembah Tambunan dan kawasan Pantai Barat
Sabah.
ii. Bajau
Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu
Dikenali sebagai orang laut dan orang Sama
Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud dan Pulau Timbang di Teluk Sandakan.
iii. Murut
Kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman seperti Tenom, Rundum dan Pensiangan
Terdapat juga di kalangan mereka yang masih tinggal di rumah panjang dan sering hidup
berpindah
iii. Suluk
Berasal dari Kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di Sungai Sugut
Beragama Islam
iv. Brunei
Berasal dari Brunei dan sekarang tertumpu di Beaufort, Kimanis dan Papar
Beragama Islam
Majoriti penduduk yang terdapat di Sabah ialah orang Kadazan dan juga Bajau.