You are on page 1of 5

BEE 2123

SOALAN DALAM BAHASA INGGERIS


S1 (a) Sebuah meter arus mempunyai rintangan dalam sebanyak 50 W digunakan untuk
mengukur arus yang merentasi cabang perintang RB seperti di Rajah S1(a).
(i) Lukis rajah litar yang baru bagi menunjukkan kedudukan meter arus tersebut. (2)
(ii) Tentukan peratusan ralat pada bacaan dan dapatkan peratusan ralat pada bacaan
jika bekalan voltan ditukar kepada 10 V. (4)
(iii) Berikan komen bagi keadaan tersebut. (1)
(7 markah)

(b) Sebuah meter voltan digunakan untuk mengukur voltan merentasi perintang RA seperti
di Rajah S1(b). Kepekaan meter adalah 200 k/V.
(i) Lukiskan litar baru yang menunjukkan kedudukan meter voltan. (2)
(ii) Cari bacaan voltan yang merentasi RA dan peratusan ralat bacaan jika julat voltan
bagi meter adalah 3 V. (4)
(iii) Beri komen anda bagi keadaan tersebut. (1)
(7 markah)

(c) 1 mA arus pesongan skala penuh meter pergerakan digunakan dalam litar meter ohm
seperti di Rajah S1(c). Meter pergerakan tersebut mempunyai rintangan dalam, Rm
sebanyak 100  dan bekalan bateri sebanyak 5.0 V. Kirakan,
(i) Nilai rintangan standart, RSTD. (1)
(ii) Nilai RX yang menyebabkan 25%, 50%, 75% pesongan dan tunjukan kedudukan
jarum penunjuk dalam meter bagi setiap kes tersebut.
Meter ohm direkabentuk semula bagi menambah kecekapannya yang mana satu
perintang R2 dipasang secara selari dengan GBMK dan arus meter ditetapkan kepada
0.5 mA pada skala penuh.
(iii) Lukiskan litar baru bagi meter ohm tersebut. (1)
(iv) Kirakan R2 bila terdapat 15% kejatuhan voltan dalam Eb dan kirakan Rx jika
meter menunjukkan 75% pesongan skala penuh. (4)
(v) Terangkan fungsi R2. (2)
(11 markah)

S2 (a) Nyatakan dua kaedah biasa yang digunakan untuk mengukur kuasa dalam litar AU dan
lukiskan litar bagi setiap kaedah tersebut.
(3 markah)

(b) Dalam merekabentuk sebuah meter arus AU, beberapa faktor perlu dipertimbangkan.
Meter tersebut mempunyai spesifikasi seperti di bawah:
Instrumen GBMK dengan PSP = 200 µA dan Rm = 900 ;

2
BEE 2123

Arus pengubah dengan Ns = 6000 dan Np = 5;


Diod dengan VF ≈ 0.3 Vpuncak;
Rintangan siri meter, Rs = 270 k;
Rintangan pirau sekunder pengubah, RL = 98.7 k.
(i) Lukiskan litar penerus meter arus.
(ii) Kirakan nilai arus pada litar primer pengubah bagi PSP.
(7 markah)

(c) Sebuah litar lampu pendarflour seperti di Rajah S2(c) mengandungi satu pencekik
dengan rintangan, R = 100  dan kearuhan L = 5 H dengan voltan bekalan, Vs = 586.9
cos 314t V. Jika meter watt dipasang merentasi lampu pendarflour tersebut, tentukan
(i) Faktor kuasa (fk)
(ii) Kuasa sebenar (P) dan Kuasa Reaktif (Q)
(iii) Kuasa apparent (S) dan Kuasa Komplek (S)
Bagi menjadikan faktor kuasa uniti, satu kapasitor perlu ditambah dalam litar secara
siri. Dalam litar yang baru, cari,
(i) Faktor kuasa (fk)
(ii) Kuasa sebenar (P) dan Kuasa Reaktif (Q)
(iii) Kuasa apparent (S) dan Kuasa Komplek (S)
(iv) Nilai pemuat yang ditambah dan lukis litar baru yang berlabel.
(Petunjuk: gunakan nilai pmkd untuk semua pengiraan)
(15 markah)

S3 (a) Sebuah tetimbang Wheatstone mengandungi empat perintang, R1, R2, R3 and R4 masing-
masing pada setiap lengan. Tunjukan titian Wheatstone berada di dalam keadaan yang
seimbang dengan menerbitkan persamaan berkaitan dan lukiskan rajah litar tersebut.
Tunjukkan semua langkah yang berkaitan.
(5 markah)

(b) Satu tetimbang Wheatstone disambungkan untuk ujian gelung Varley seperti
ditunjukkan di Rajah S3(b). Apabila suis S berada di kedudukan a, tetimbang berada
dalam keadaan seimbang dengan R1= 1000 Ω, R2 = 100 Ω dan R3 = 52 Ω. Apabila suis
S berada di kedudukan b, tetimbang berada dalam keadaan seimbang dengan R1= 1000
Ω, R2 = 100 Ω dan R3 = 51.9 Ω. Jika rintangan dawai pintas adalah 0.015 Ω/m, cari
jarak dalam meter berlakunya kerosakan pintas dari tetimbang ke bumi.
(10 markah)

3
BEE 2123

(c) Tetimbang frekuensi radio yang ditunjukan di Rajah S3(c) adalah pada keadaan
seimbang and Zx dipintaskan dengan hasil seperti berikut:
Z1 = (120 – j159) 
Z2 = – j1592 
Z3 = 10 
Z4 = (100 – j132.6) 
Galangan yang tidak diketahui disambungkan merentasi terminal Z x dan tetimbang
diseimbangkan kembali dengan keadaan seperti berikut:
Z1 = (120 – j144.7) 
Z2 = – j1592 
Z3 = 10 
Z4 = (100 – j144.7) 
Dapatkan elemen-elemen siri yang setara bagi galangan tidak diketahui, Zx.
(10 markah)

S4 (a) Rajah S4(a) menunjukkan gambarajah blok asas bagi sebuah osiloskop. Berikan nama
dan fungsi setiap subsistem seperti yang ditunjukkan dalam Rajah S4(a) yang mana
dinomborkan 1 hingga 10.
(12 markah)

(b) Tentukan amplitud, frekuensi dan perbezaan fasa bagi dua gelombang yang dipaparkan
di Rajah S4(b).
(5 markah)

(c) Bagi sebuah osiloskop analog, mod XY di seksyen kawalan mendatar ditetapkan bagi
masukan frekuensi menegak, Fy = 150 Hz dan masukan frekuensi mendatar, Fx = 100
Hz. Daripada maklumat tersebut,
(i) Lukiskan gelombang masukan frekuensi menegak, Fy dan masukan frekuensi
mendatar, Fx.
(ii) Lukiskan rajah Lissajous bagi input-input frekuensi tersebut.
(ii) Dapatkan nisbah Fx : Fy.
Selepas beberapa perubahan pada masukan frekuensi menegak dan masukan frekuensi
mendatar, rajah Lissajous menjadi seperti di Rajah S4(c). Daripada Rajah S4(c),
tentukan perbezaan fasa antara masukan frekuensi menegak dan masukan frekuensi

4
BEE 2123

mendatar. Diberi Y1 = 1 cm dan Y2 = 1.2 cm.


(8 markah)

S5 (a) Nayatakan empat kelebihan instrumen digital berbanding instrumen analog.


(4 markah)

(b) Rajah S5(a) menunjukkan gambarajah blok bagi litar penukar analog ke digital (ADC).
Berikan nama setiap komponen yang dilabelkan ‘a’ hingga ‘f’ dan lakarkan bentuk
gelombang keluaran pada litar tersebut yang dilabelkan ‘1’ hingga ‘5’.
(11 markah)

(c) Satu arus tetap bernilai 1 mA dilalukan ke satu perintang, Rx yang tidak diketahui untuk
menentukan nilainya. Voltan melintangi perintang tersebut dibekalkan ke satu penukar
analog kepada digital (ADC) voltan-ke-frequensi seperti di Rajah S5(c) yang
mempunyai pemalar voltan dan frekuensi 0.002. Jika keluaran daripada penukar analog
kepada digital (ADC) menyebabkan 1680 denyutan disimpan dalam pembilang pada
masa denyut get 0.1 saat, dapatkan nilai perintang, Rx.
(5 markah)

(d) Namakan tiga mod operasi sesuatu pembilang elektronik. Terangkan secara ringkas
kendalian setiap mod tersebut dengan bantuan gambarajah blok yang sesuai.
(5 markah)

S6 (a) Berikan definisi dan fungsi tranduser elektrik.


(5 markah)

(b) Namakan tiga jenis transduser kemudian jelaskan aplikasinya dan fungsinya setiap satu
dengan bantuan rajah dan persamaan yang sesuai.
(12 markah)

(c) Satu tetimbang Wheatstone tolok terikan dibekalkan dengan satu sumber pada
9 V. Apabila dirangsang oleh parameter luaran, rintangan setiap elemen akan berubah
sebanyak 0.023R dan keempat-empat cabang mempunyai rintangan R yang sama pada
keadaan rangsangan sifar. Kirakan voltan keluaran Eo untuk 1 elemen aktif dan 4
elemen aktif.
(i) Lukiskan litar tetimbang Wheatstone tolok terikan.
(ii) Kirakan voltan keluaran Eo untuk 1, 2 dan 4 elemen aktif.
(8 markah)

5
BEE 2123

You might also like