You are on page 1of 11

Saidina Umar bin Al-Khattab R.

A-Pentadbir yang Ulung

Biodata:

Nama penuh : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza

Tarikh lahir : 584 Masihi

Tempat lahir: Kota Mekah

Keturunan : Bani Ady,Quraisy

Usia ketika memeluk Islam : 33 tahun

Jawatan : Khalifah yang kedua daripda Khulafa’ Al-Rasydin

Tarikh menjadi khalifah : 23 Ogos 634 Masihi bersamaan 13 Hijrah

Tempoh memerintah : 10 tahun 6 bulan

Meninggal dunia : Tahun 23 Hijrah

Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama Fairuz(Abu
Lukluk)

Usia ketika meninggal dunia : 63 tahun

Gelaran : Al-Faruq(pemisah antara yang hak dan yang batil)

SIFAT-SIFAT PERIBADI

a)Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menenetang Rasulullah.Beliau amat digeruni
oleh orang-orang yang memeluk Islamb)Beliau telah mengisytiharkan keislamannya di hadapan
masyarakat Quraisy tanpa berasa gentar walau sedikit

c)Semasa berhijrah ke Madinah,Beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya.

d)Beliau juga bersikap tegas

e)Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh

f)Merupakan seorang pemerintah yang bertanggungjawab

g)Beliau sangat mengambil berat tentang keselamatan,keamanan dan kemakmuran negara.Beliau


pernah menyamar sebagai rakyat biasa ketika memegang jawatan khalifah untuk melihat sendiri
rakyatnya.Pernah pada suatu hari beliau mengangkat sendiri gandum dan minyak untuk diberikan
kepada golongan miskin.
h)Seorang yang adil.Sifat adil beliau dapat dilihat ketika menjatuhkan hukuman terhadap anak kepada
Pesuruhjaya Mesir yang menzalimi seorang pemuda berbangsa Qibti

JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA UMAR

1)Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh saidina Umar kepada umat Islam
terutamanya setelah beliau dilantik menjadi khalifah.

Pentadbiran

a)Mengemaskinikan Masjlis Syura merupakan satu badan yang amat penting dan menjadi asas dalam
pentadbiran Islam.

b)Mengasaskan jabatan-jabatan kerjaan

c)Memisahkan kuasa kehakiman Dakwah

Ketenteraan

a)Penyebaran dakwah di wilayah-wilayah baru seperti Mesir,Rom dan Parsi

b)Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru

c)Membina sekolah dan pusat pengajianPembangunan Negara

Sosial

a)Mengemaskini institusi baitumal sebagai intitusi kewangan Islam

b)Penerokaan kawasan baru

SAIDINA USMAN BIN AFFAN R.A.-KORPORAT YANG DERMAWAN

Nama penuh : Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah

Tarikh lahir : 576 Masihi

Tempat lahir : Kota Mekah

Keturunan : Bani Umaiyah

Usia ketika memeluk Islam : 33 tahun

Tarikh menjadi khalifah : 644 Masihi bersamaan 23 Hijrah

Tempoh memerintah : 12 tahun

Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh seorang pemberontak

Meninggal dunia : 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah


Usia ketika meninggal dunia : 63 tahun

Gelaran : Zunnurain(yang mempunyai dua cahaya)

SIFAT-SIFAT PERIBADI

a)Taat kepada Allah S.W.T. dan Rasul-beliau sanggup berhijrah ke Habsyah demi menyahut seruan Allah
S.W.T.

b)Takut kepada Allah S.W.T.-beliau banyak melkukan ibadat sunat seperti berzikir,qiamullail,puasa
sunat, dan membaca Al-Quran.

c)Malu dan lemah lembut-beliau selalu mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walupun
berhadapan dengan musuh.

SIFAT DERMAWAN SAIDINA USMAN

Saidina usman merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya.Perniagaannya semakin maju dan
diberkati oleh Allah S.W.T. kerana sifat beliau yang banyak membelanjakan harta di jalan Allah
S.W.T.Antara bukti sifat dermawannya ialah

:a)Membeli telaga ‘Raumah’ dengan harga 35 000 dinar yang kemudiannya disedekahkan untuk
kegunaan orang ramai.

b)Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi.

c)Memerdekakan hamba pada hari Jumaat setiap minggu.

SEMANGAT JIHAD SAIDINA USMAN

a)Keimanan yang kukuh dan teguh kepada Allah S.W.T.

b)Sayang dan cintakan Islam melebihi segala-galanya.

c)Minat dan kesungguhan yang tinggi untuk berdakwah dan ingin melihat Islam tersebar luas

.d)Sayangkan Negara Islam dan bersungguh-sungguh dalam mempertahankannya daripada dicerobohi


musuh.

e)Memilki harta yang banyak untuk dibelanjakan dalam berjihad menentang musuh Islam.

f)Mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam diri.


JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA USMAN

Aspek Politik

a)Menubuhkan angkatan tentera laut bagi mengukuhkan lagi system pertahanan negara.

b)Menjadi utusan Rasulullah S.A.W untuk memasuki Mekah dalam Perjanjian Hudaibiyah

Aspek Ekonomi

a)menyumbangkan harta yang banyak pada jalan Allah S.W.T

b)berjaya membentuk masyarakat yang mantap ekonominya

Aspek Sosial

a)memperkenalkan system protokol.

b)Berjaya mempengaruhi rakyat dengan sifat lemah-lembut dan pemaaf beliau.

KONFLIK PADA ZAMAN SAIDINA USMAN

1)Konflik dan fitnah mula berlaku pada aman Saidina Usman ekoran tohmahan yang dilakukan oleh
golongan yahudi dan munafik.

2)Puak munafik diketuai oleh Abdullah bin Saba’.

3)Saidina Usman dituduh tidak adil dan tidak telus dalam urusan pemerintahannya.

4)Saidina Usman berjaya mengatasi krisis ini dengan menghantarpegawai penyiasat ke


Kufah,MesirBasrah dan Syam.

5)Beliau juga membuka pintu perbincangan dengan rakyat serta memanggil gabenor untuk di soal siasat.

6)Hasil siasatan mendapati bahawa krisi berlaku akibat musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan
agama dan umat Islam.

SAIDINA ALI BIN ABU TALIB R.A-PEMUDA YANG BERANI

Nama penuh : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib

Tarikh lahir : 10 tahun sebelum nabi menjadi Rasul iaitu pada tahun 601 Masihi

Tempat lahir : Di dalam Kaabah, Mekah

Keturunan : Bani Hasyim

Usia ketika memeluk Islam : 10 tahun

Tarikh menjadi khalifah : 655 Masihi bersamaan 35 Hijrah


Tempoh memerintah : 4 tahun

Tarikh wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah bersamaan tahun 661 Masihi

Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di bandar Kufat ketika dalam perjalanan ke
masjid untuk menunaikan solat Subuh

Gelaran : Abu Al-Hasan dan Abu Turab

Keunggulan Saidina Ali bin Abu Mutalib

1.Keluarga Rasulullah

-Mempunyai hubungan kekeluargaan dengan yang rapat dengan Rasulullah.

-Merupakan sepupu dan menantu baginda.

-Sejak kecil beliau tinggal dengan Rasulullah S.A.W. dan dididik oleh baginda.

-Banyak mewarisi keperibadian dan akhlak Rasulullah

-Sentiasa berada di sisi Rasulullah pda masa susah dan senang,semasa perang dan semasa Rasullah sakit
dan hingga keakhir hayat baginda.

2. Kanak-kanak pertama memeluk Islam

-Saidina Ali memeluk Islam ketika berumur 10 tahun

-Terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya.Ini
kerana beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil dan tidak pernah dikotori oleh keburukan
jahiliah.

-Merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga.

3. Cendikiawan Ulung

-Terkenal dengan ilmu pengetahuannya dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera,ilmu hisab dan
kehakiman sehingga beliau digelar gedung ilmu.

4. Pemuda yang berani

-Beliau terkenal dengan sifat gagah dan berani dimedan perang.

-Beliau menggunakan pedangnya yang bernama ‘Zulfaqar’ dan menyertai hampir semua peperangan
menentang musyirikin kecuali perangan Tabuk.

-Semasa peperangan Khandak Saidina Ali telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan
Quraisy yang bernama Amru bin Waid.
5. Pemerintah yang adil dan kreati

-Saidina Ali telah dilantik oleh Rasulullah menjadi hakim di Yaman.Beliau telah menjadi seorang hakim
dan pentadbir yang adil.

-Beliau telah melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam, menubuhkan pasukan polis yang diberi
nama ‘As-Syurtah’,menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum pernah
ditubuhkan oleh khalifah sebelum ini.Pengorbanan dan Jasa Saidina Ali bin Abu Mutalib

-Mengetuai misi dakwah di Hamadan,Iraq

-Jurutulis Perjanjian Hudaibiyyah

-Mengembangkan ilmu-ilmu Islam

-Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khulafa Ar-Rasyiddin

-Penulis wahyu

-Menjadi hakim di Yaman

-Menrima jawatan khalifah dalam keadaan negara huru-hara.

-Menyatupadukan uamt Islam yang sedang berpecah-belah

Konflik Pada Zaman Saidina Ali

1)Konflik dan fitnah berlaku pada zaman Saidina Ali berpunca daripada perancangan jahat yang dibuat
oleh puak Yahudi dan munafik.

2)Puak munafik berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diaturkan oleh Saidina Ali.Contohnya
dalam Perang Jamal, tentera Saidina Ali telah mencapaikata sepakat dengan kumpulan Saidina talhah
dan Saidina Zubair bin Al-Awwam untuk berdamai. Namun, puak munafik yang berasa gelisah dengan
perdamaian itu, telah membuat perancangan jahat demi mencetuskan perbalahan dan pergaduhan di
antara umat Islam

SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB R.A -PAHLAWAN TERBILANG

Nama penuh : Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim

Tarikh lahir : 570 Masihi iaitu tahun yang sama dengan kelahiran nabi Muhammad S.A.W

Tempat lahir : Kota Mekah

Keturunan : Bani Hasyim

Hubunagan dengan Rasulullah : Bapa Saudara Rasululah


Jawatan : Panglima Perang Rasulullah,pembawa panji angkatan tentera Islam

Hobi : Memanah dan memburu

Meninggal dunia : Tahun ke-3 Hijrah

Sebab Kewafatan : Syahid dimedan Perang Uhud

Gelaran : Asadullah (singa Allah) dan Sayyid As-Syuhada (penghulu orang yang mati syahid)

SEJARAH PENGISLAMAN SAIDINA HAMZAH

-Saidina Hamzah mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah.Beliau ialah bapa
saudara Nabi sebelah bapa, sepupu Nabi sebelah ibu, saudara susu Nabi dan teman sepermainan Nabi
sejak kecil.

-Saidina Hamzah memeluk Islam kerana tidak tahan melihat perlakuan Abu Jahal yang telah menghina
Rasulullah di Bukit Safa. Apabila pulang daripada berburu, Saidina Hamzah terus mencari Abu Jahal di
Masjidil Haram dan terus memukul kepala Abu Jahal dengan busar panah yang dibawanya
sehinggakepala Abu Jahal berlumuran darah.Lantas Saidina Hamzah pun memeluk Islam.

-Pengislaman Saidina Hamzah telah menyuntik kekuatan kepada umat Islma kerana beliau terkenal
dengan seorang yang gagah berani, setelah pengislamannya, pemimpin-pemimpin Quraisy tidak berani
lagi melakukan penindasan sesuka hati mereka terhadap umat Islam.

SIFAT PERIBADI SAIDINA HAMZAH

-Saidina Hamzah terkenal sebagai seorang yang cekal hati dan pantas bertindak.

-Beliau merupakan seorang pahlawan yang berani dan gagah perkasa. Justeru, beliau telah digelar
dengan ‘Asadullah’ yang bermaksud singa Allah

PERANAN SAIDINA HAMZAH DALAM PEPERANGAN

1)Beliau telah dilantik oleh Rasulullah S.A.W.sebagai ketua pasukan yang mengintip pergerakan musuh
yang berniaga antara Mekah dengan Syam.Pasukan yang terdiri daripada 30 orang mujahid ini telah
berjaya melumpuhkan musuh seramai 300 orang yang diketuai oleh Abu Jahal yang bertujuan untuk
menghancurkan Islam.

2)Rasulullah telah memilih Saidina Hamzah untuk menjadi panglima perang dalam Perang Badar. Beliau
telah berjaya menyusun strategi dengan baik dan tersusun.Akhirnya kemenangan milik umat Islam

3)Dalam Perang Badar juga, Saidina Hamzah telah dicabar untuk berlawan dengan dua orang tentera
musyrikin.Beliau menyahut cabaran itu dan berjaya membunuh kedua-dua pencabarnya itu.

4)Dalam Perang Uhud pula, Saidina Hamzah dapat menewaskan ramai tentera musyirikin seperti Utbah
bin Abd dan Usman bin Abuh Talhah.
SUMBANGAN SAIDINA HAMZAH

-Melindungi Rasulullah daripada ancaman musuh.

-Mengambil berat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama umat Islam.

-Mengambil bahagian dalam setiap peperangan dan berusaha mengatur strategi untuk kemenangan
umat Islam dalam pertempuran.

-Sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa untuk menegakkan agama Allah S.W.T.

-Membantu perkembangan dakwah Islam yang disampaikan oleh Rasulullah.

SYAHIDNYA SAIDINA HAMZAH

1)Saidina Hamzah telah gugur sayhid di medan Uhud pada tahun ketiga Hijrah.

2)Beliau telah dibunuh oleh Wahsyi dengan lontaran lembing.Wahsyi ditugaskan oleh tuannya Jubair bin
Mu’tim untuk membunuh Saidina Hamzah sebagai satu syarat pembebasannya daripada seorang
hamba.

3)Ketika Perang Uhud meletus, Saidina hamzah telah berjaya membunuh 21 orang tentera
musyirikin.Kemudian beliau terjatuh menyebabkan baju besi yang dipakainya pecah. Wahsyi yang
sedang mengambil peluang ini dengan melontarkan lembing tepat ke perut Saidina Hamzah yang
menyebabkan beliau gugur syahid.

4)Peristiwa kematian Saidina Hamzah telah menyayat hati Rasulullah. Saidina Hamzah telah dikurniakan
gelaran Sayyid As-Syuhada(penghulu orang yang mati syahid di syurga)

5)Allah S.WT. menjanjikan syurga kepada orang yang berjuang dan mempertahankan agama-Nya.

Saidina abdul rahman bin sakhr-perawi hadis

Nama penuh : Abdul Rahman bin Sakhr Ad-Dusi Al-Yamani

Tarikh lahir : 19 tahun sebelum Hijrah

Tempat lahir : Dus, Yaman

Keturunan : Bani Ady,Quraisy

Nama sebelum Islam : Abd As-Syams

Tarikh memeluk Islam : Tahun 7 Hijrah

Tarikh meninggal dunia : Tahun 59 Hijrah ketika berumur 78 tahun

Gelaran : Abu Hurairah(bapa kucing) kerana beliau amat menyayangi kucing


SIFAT PERIBADI

-Taat pada suruhan Allah S.W.T. dan Rasul.

-Seorang yang penyabar apabila menghadapi kesusahan.

-Beliau sangat cintakan ilmu.Kehidupan yang susah tidak menghalang beliau untuk tekun menuntut
ilmu.

-Beliau bersifat tawaduk, tekun beribadat kepada Allah S.W.T. seperti berpuasa sunat,berqiaumullail dan
pelbagai amalan lagi

-Beliau banyak menghafaz Al-Quran dan hadis daripada Rasulullah.Beliu sentiasa mendampingi
Rasulullah walau kemana baginda pergi.

-Walaupun Saidina Abu Hurairah merupakan seorang perantau dari Yaman dan seorang anak
yatim,namun beliau berusaha untuk menampung keperluan hidupnya dengan bekerja di ladang kurma.

-Abu Hurairah juga amat menyayangi ibunya dan berbuat baik kepada ibunya walaupun ketika itu ibunya
masih lagi tidak memeluk Islam.Beliau amat sedih apabila ibunya memperkecilkan Rasulullah.Abu
Hurairah memohon supaya Rasulullah berdoa untuk ibunya.Akhirnya ibu Saidina Abu Hurairah memeluk
Islam.

SUMBANGAN SAIDINA ABU HURAIRAH

-Saidina Abu Hurairah terkenal sebagai seorang sahabat yang amat meminati ilmu dan banyak
meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah.

-Beliau telah meriwayatkan hadis sebanyak 5374 buah hadis. Hadis Abu Hurairah yang telah disepakati
oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah sebanyak 325 buah hadis.

-Seramai 800 orang murid telah dating mempelajari hadis daripada Saidina Abu Hurairah.

-Kegigihan Saidina Abu Hurairah dalam menuntut ilmu membolehkan beliau memberikan sumbangan
yang besar dalam mengembangkan ilmu dan dakwah Islam melalui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh
beliau.

FAKTOR KEJAYAAN SAIDINA ABU HURAIRAH DALAM PERIWAYATAN HADIS

-Rajin menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah.

-Ketekunan menyampaikan hadis yang dipelajari kepada para shabat yang lain.

-Keberkatan doa rasulullah yang mendoakannya supaya mudah menghafaz hadis.

-Sentiasa mendampingi Rasulullah ke mana sahaja baginda pergi.


SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A-AHLI PERNIAGAAN YANG BERWAWASAN

Nama penuh : Abdul Rahman bin Auf bin Abd Auf bin Al-Harith

Tarikh lahir : 580 Masihi

Tempat lahir : Mekah

Keturunan : Bani Zuhrah

Memeluk Islam : Melalu Saidina Abu Bakar

Jawatan : Menjadi pengerusi Majlis Syura semasa pemilihan khalifah yang ketiga.

Tarikh meninggal dunia : Tahun 32 Hijrah bersamaaan tahun 654 Masihi ketika berusia 74 tahun

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

-Saidina Abdul Rahman bin Auf merupkan salah seorang sahabat nabi yang dijamin syurga.

-Beliau juga pernah menjadi imam solat Subuh dalam Perang Tabuk yang dihadiri oleh Rasulullah
sebagai makmum.

-Beliau juga pernah menjadi seorang calon dalam jawatan khalifah dan pengerusi pemilihan khalifah
Islam.

-Saidian Abdul Rahman terkenal sebagai seorang jutawan yang zuhud seta banyak menderma harta ke
jalan Allah.

-Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Namun, beliau tidak bergantung kepada orang lain
untk berjaya, sebaliknya beliau berdikari dan berusaha gigih untuk menempa kejayaan

SUMBANGAN SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

-Saidina Abdul Rahaman bin Auf banyak membelanjakan hata pada jalan Allah S.W.T..Antara sumbangan
beliau ialah:

-Menyumbangkan barang keprluan yang dimuatkan atas 700 ekor unta untuk penduduk Madinah

-Menjual tanah beliau dengan harga 40 ribu dinar dan wang itu dibahagikan kepada Bani Zuhrah, para
Ummahar Al-Mukmini(isteri-isteri Rasulullah) dan orang fakir miskin

-Memberi sumbangan sebanyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta untuk
kegunaan dalam Perang Tabuk.

-Menderma sebanyak 400 dinar emas kepda setiap seorang bekas tentera Badar yang masih hidup iaitu
berjumalah lebih kurang 100 orang.
FAKTOR KEJAYAAN SAIDINA ABDUL RAHMAN

-Usaha yang gigh dan bersungguh-sungguh.

-Jujur dan ikhlas dalam segala pekerjaan

-Berniaga barangan yang halal dan suci menurut syarak.

-Banyak menderma harta kepda jalan Allah S.W.T.

-Bersifat zuhud dan tidak mementingkan dunia.

-Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Rasulullah.

You might also like