You are on page 1of 1





Soalan : Bagaimanakah sekolah dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
murid ?

Pelajar di sekolah haruslah mewujudkan perpaduan semasa berada di sekolah mahupun di


rumah . Perpaduan bermaksud ikatan kukuh yang termenterai dengan rasa kemanusiaan dan
corak kehidupan yang dituntut oleh agama dan dijalinkan oleh perasaan muhibah . Melalui sukan
seperti kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar .
Semangat perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur.

Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama dalam
sesuatu kegiatan . Sebagai contoh , pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk
bertanding dalam acara suka yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak .
Secara tidak langsung hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh serta bersatu
untuk mencapai matlamat yang diharapkan .

Selain itu , perpaduan juga dapat dicapai melalui apabila sebilangan pelajar bekerjasama untuk
mengangkat bekas minuman yang dipenuhi air untuk diminum bersama-sama ketika bersukan di
padang . Dengan aktiviti ini sebilangan pelajar yang mengangkat bekas minuman yang dipenuhi
air akan wujud sikap bekerjasama dan tolong-menolong .

Seterusnya , semangat kekitaan dapat diwujudkan apabila pelajar berkongsi menggunakan


peralatan suka milik sekolah . Bertolak-ansur dan bertolenrasi menggunakan peralatan sekolah
mungkin dapat diwujudkan dalam diri seorang pelajar . Sebagai contoh , guru mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menkehendaki pelajarnya bermain bola jarring .

Akhir sekali , pelajar yang bermain permainan seperti bola jarring , bola tampar , dan bola
baling yang dimainkan dalam jumlah yang ramai akan wujud di dalam diri mereka perasaan
berdisiplin untuk bermain di dalam permainan seperti ini untuk mengumpul mata untuk pasukan
mereka supaya Berjaya .

Kesimpulannya , pelajar di sesebuah sekolah haruslah menjalin semangat perpaduan . Hal ini
kerana , perpaduan meningkatkan taraf hidup , memajukan negara , dan melahirkan pelajar atau
masyarakat yang setia , prihatin , dan peka terhadap pembaharuan .

You might also like