You are on page 1of 9

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saad

Kampung Parit Raja Ahmad,

83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

(Nombor 1) TAJUK :

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

DI KAMPUNG SELULUN,

PT KASSIM, BATU PAHAT

NAMA                        : MOHD KHAMSULDIN  BIN ABDUL WAHAB

KELAS                        : 3 MANTAP

SEKOLAH                 : SMK PENGHULU SAAD, PT RAJA

AHMAD 83500  PT SULONG, BT. PAHAT

NAMA GURU          : EN MAMAT

TARIKH HANTAR    : 28 MEI 2010

TANDATANGAN PELAJAR                                  TANDATANGAN GURU

—————————-                         —————————

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

TAJUK                                                                                              HALAMAN

1)    Penghargaan

2)    Pendahuluan

3)    Objektif Kajian

4)    Kawasan Kajian

5)    Kaedah Kajian


6)    Hasil Kajian

7)    Rumusan

8)    Rujukan

9)    Lampiran

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

(Nombor 3) PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu Saad, Pn
Hajah Salbiah Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd
Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang
kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah
mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Mustaffa Siraj dan Mamat yang telah banyak
membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana
sudi meminjamkan basikal kepada saya.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Selulun yang telah sudi
memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja
yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Migrasi Dalaman
Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung
sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung Selulun,
sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor
pekerjaan di kawasan sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga
bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang
kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya
kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.
(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

2)    Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

3)    Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

4)    Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

5)    Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian.

6)    Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Selulun mengenai
kepentingan migrasi.

(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini
terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar  Batu Pahat dan kira-kira 11 km dari pekan  Parit
Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM
1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah.
Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong yang
mempunyai pelajar seramai 200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana
mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna.

Kampung Selulun mempunyai tanah  subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan
sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar
tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk yang
kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor
pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan,
perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

PETA KAJIAN

1)    Lukis Peta Daerah Batu Pahat

2)    Peta Pekan Parit Sulong

i)             Tajuk dan Bingkai  [1 m]

ii)            Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

3)    Peta Kg. Selulun


( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) = kena
lukis sendiri dan lengkapkan dengan

iii)           Tajuk dan Bingkai  [1 m]

iv)           Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

v)            Simbol Piawai [ 1 m ]

vi)           Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

( peta perlu kemas dan cantik )

-       Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan
untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya
telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah
yang telah digunakan :-

1)    Pemerhatian             = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi
yang berlaku di kawasan kampung pt kassim

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk
kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya.
Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka
lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi
oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan.
( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )

4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasu yang
berlaku di Malaysia.

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN

8.1  Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan,
kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang
dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat
ke tempat yang lain.
8.2 Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di
kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

i) Migrasi luar bandar bandar

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya.  Migrasi ini
berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan
kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap.
Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang
lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan
perkhidmatan.

ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar
kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA,
KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar
bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat
penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-

A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

i)  melanjutkan pelajaran

- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk
melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti
ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang
boleh memberikan masa depan kepada pelajar.

ii) peluang pekerjaan

- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih
meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan,
pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya
berpindah ke kawasan bandar.

B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

iii) Governan
- pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan tanah-
tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA.
Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah
berpindah ke kawasan kampung saya untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor
pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.

iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan

- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga
yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan
penduduk daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan bilangan
penduduk di kampung saya semakin bertambah secara semulajadi.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup
dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah
disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya  sebenarnya telah memberi yang
positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

A ( KESAN POSITIF )

1) Penduduk Bertambah

- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya
telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan
oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan.
Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang
belum dihuni  oleh penduduk.

2) Hasil Pertanian Bertambah

- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh
pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah
menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil kelapa sawit.

B ( KESAN NEGATIF )

3) Masalah Sosial

- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa
oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan
penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah
menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung
saya.

4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

- kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing
telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk
kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah
pengangguran.

5) Struktur Penduduk Berubah

- migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan
struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia
atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini  telah menyebabkan golongan muda semakin
berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah
menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup,
kemakmuran kampung  juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama
untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun
tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus
berlaku.

Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk
dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa
tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

1) Wujudkan Rukun Tetangga

- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung
sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam
perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal
terutamanya pada waktu malam.

2) Wujudkan Peluang Pekerjaan


- bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang
diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan

- pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan
dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan
golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah  ke
kawasan bandar.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan ,
masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini
merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.

Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk
menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong
menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-

i)             Jadual

ii)            Graf

iii)           Carta Pai

iv)           Peta  Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting
migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung.
Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya
masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk
tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan
kawasan kampung saya.

Diharapkan panduan ini dapat membantu pelajar menghasilkan kerja kursus yang bermutu..
teruskan usaha anda

You might also like