You are on page 1of 3

1.

Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah


satu komponen Amalan Profesional bagi kursus Perguruan
Lepas Ijazah Sekolah Rendah yang berkuat kuasa pada
Januari 2003.

Pengalaman ini bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar untuk melihat


bagaimana guru mengaplikasikan teori-teori pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas masing-masing.

Ia juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar mendapat ilmu keguruan


daripada mereka yang sedang aktif mengajar di peringkat elementary.

Melalui perkongsian ilmu di antara pelajar dan guru yang berpengalaman, ia akan
menambah keupayaan pelajar untuk menghasilkan teori-teori pengajaran dan
pembelajaran sendiri (able to construct personal theories of teaching and
learning) yang sejajar dengan teori-teori yang dihasilkan oleh pendidik yang lain
(that will correspond with published theories of teaching and learning).

2. Tempoh

Pengalaman ini akan mengambil masa selama 2 minggu(KPLI) 1 minggu


(PISMP) dan akan tamat sebelum Praktikum bermula.

3. Penempatan

Pelajar-pelajar akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di kampung


halaman masing-masing.

4. Kehadiran

Kehadiran pelajar semasa pengalaman berasaskan sekolah adalah wajib. Institut


perguruan perlu berbincang dengan sekolah untuk mewujudkan satu sistem
mengesan kehadiran pelajar sepanjang aktiviti pengalaman ini.

5. Kuliah

Kuliah tidak diadakan bagi kumpulan pelajar yang pergi menjalani aktiviti
Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah.

6.0 Nilai kredit

Nilai kredit komponen pengalaman berasaskan sekolah adalah


bersamaan 1 kredit. Ini bermakna mata pelajaran Major yang berjumlah 8 kredit
terdiri daripada 7 kredit interaksi kuliah dan 1 kredit diagihkan kepada
1
komponen pengalaman berasaskan sekolah.

7. Bilangan pelajar

Bilangan pelajar di sesebuah sekolah atau satu sesi persekolahan bergantung


kepada kemampuan sekolah, kehendak kursus serta bilangan sekolah rendah yang
berdekatan.

8. Penyelarasan

Jawatankuasa Kurikulum Institut Perguruan (JKM)


dipertanggungjawabkan untuk merancang pelaksanaan komponen PBS. Satu
jawatankuasa kecil penyelarasan di peringkat institut perguruan boleh ditubuhkan.
Ahlinya di antara lain terdiri daripada Ketua Mata Pelajaran Major yang
berkenaan.

9. Penyeliaan

Penyeliaan pensyarah di sekolah tidak diperlukan. Pensyarah atau wakil daripada


jawatankuasa penyelarasan boleh membuat lawatan yang bertujuan
mewujudkan semangat kekitaan di antara sekolah dan institut perguruan pada
hari pertama dan akhir pelajar berada di sekolah. Lawatan untuk
membantu pelajar menyelesaikan isu berbangkit sepanjang aktiviti
pengalaman berasaskan sekolah ini boleh diadakan mengikut keperluan.

10. Tugasan

 Tugasan adalah bersifat task-based, berstruktur dan terancang.


 Ilmu Pendidikan.
 Pensyarah Major akan menetapkan jenis dan skop tugasan.
 Tugasan akan berubah mengikut kohot.
 Tugasan tidak boleh melibatkan penyelidikan.
 Tugasan tidak boleh menyentuh urusan pentadbiran sekolah atau pun
mengganggu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

11. Prosedur Pelaksanaan

 Sebelum pelajar berada di sekolah


Pensyarah Major berbincang bersama pelajar tentang tugasan yang
perlu dilaksanakan serta tanggungjawab setiap pelajar sepanjang
tempoh pengalaman ini (rujuk kepada Perjanjian PBS).

 Semasa pelajar berada di sekolah


Pelajar perlu melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan oleh institut
perguruan selepas mendapat kerjasama daripada guru-guru yang berkenaan
(rujuk kepada Lampiran Perjanjian).
2
 Selepas pelajar kembali ke institut perguruan

(i) Sekembali daripada aktiviti PBS, tindakan susulan


hendaklah segera diadakan oleh pensyarah major semasa kuliah.
(ii) Maklumat yang diperoleh di bincang bersama supaya pelajar
dibimbing untuk mengaitkan apa yang dialami di sekolah dengan
teori-teori pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Major
khususnya.
(iii) Sesi refleksi diwajibkan kepada pensyarah mata pelajaran Major.

12. Mata pelajaran Minor

Pengalaman berasaskan sekolah ini boleh dioptimumkan oleh pensyarah mata


pelajaran Minor dalam sesi perbincangan semasa waktu kuliah Minor. Walau
bagaimanapun pensyarah mata pelajaran Minor tidak boleh memberi tugasan
pelajar semasa mereka berada di sekolah.

13. Penilaian

Tugasan yang diberi kepada pelajar semasa mereka berada di sekolah tidak
diambil kira untuk penilaian dan tidak boleh dianggap sebagai kerja
kursus. Tetapi maklumat yang diperoleh boleh diolah semula untuk
melengkapkan tugasan yang lain.

14. Perjanjian PBS

Semua pelajar wajib menandatangani surat Perjanjian PBS di hadapan Guru


Besar sekolah di mana pelajar ditempatkan untuk menjalani aktiviti
pengalaman berasaskan sekolah. Institut perguruan perlu memastikan supaya
pelajar faham prinsip di sebalik perjanjian ini serta mereka perlu bersedia
untuk berbincang tentang Perjanjian ini dengan guru yang berkenaan.

You might also like