You are on page 1of 9

PERATURAN SUKAN BADMINTON

1. FORMAT PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan akan diadakan mulai pada 11 - 14 Jun 2007.

1.2 Pertandingan akan diadakan di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Kota

Kinabalu.

1.3 Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan pusingan pertama

dan kalah mati dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

1.4 Setiap negeri akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, daripada Kumpulan A, B,

C dan D.

2. PENGUNDIAN

2.1 Undian akan menentukan kumpulan bagi acara berpasukan akan dibuat di

mana pasukan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di kejohanan

lalu dan pasukan tuan rumah (Sabah) akan diletakkan sebagai pasukan

pilihan untuk menerajui Kumpulan D.

2.2 Regu menunggu (Bye) bagi acara Regu Terbuka Lelaki.

2.2.1 Kotak No. 1 - Johan Tahun 2005

2.2.2 Kotak No. 13 - Naib Johan Tahun 2005

2.2.3 Kotak No. 7 - Tempat Ketiga Tahun 2005


3. MATA KEMENANGAN

Pasukan yang menang semasa pertandingan kumpulan akan diberi 3 mata.

Pasukan yang mengumpul mata yang banyak akan dikira Johan/Naib Johan

kumpulan. Jika mata yang dikumpul sama, perkiraan akan dibuat berdasarkan

kiraan set-set yang dimenangi dan kalah. Jika keputusan masih lagi belum dicapai,

Jawatankuasa akan menentukan cara terbaik untuk menentukan pemenang.

4. PUSINGAN SUKU AKHIR

4.1 Johan Kumpulan A melawan Naib Johan Kumpulan C.

4.2 Johan Kumpulan C melawan Naib Johan Kumpulan A.

4.3 Johan Kumpulan B melawan Naib Johan Kumpulan D.

4.4 Johan Kumpulan D melawan Naib Johan Kumpulan B.

5. PUSINGAN SEPARUH AKHIR

5.1 Pemenang 4.1 melawan 4.3.

5.2 Pemenang 4.2 melawan 4.4.

6. PUSINGAN AKHIR

6.1 Kalah Perlawanan 5.1 melawan Kalah Perlawanan 5.2.

6.2 Pemenang 5.1 melawan Pemenang 5.2.

7. HADIAH
Hadiah akan disediakan bagi Johan, Naib Johan dan Ketiga sahaja (untuk pemain

dan pemain simpanan).

8. GELANGGANG

Gelanggang permainan akan ditentukan oleh pihak Urus Setia Pertandingan dan

pasukan bertanding hendaklah berada di gelanggang yang ditentukan.

9. FORMAT PERLAWANAN

Format tiap-tiap perlawanan akan dimulakan dengan acara-acara seperti berikut:-

9.1 Pertama - Bergu Pegawai

9.2 Kedua - Bergu Wanita

9.3 Ketiga - Bergu Terbuka Lelaki

9.4 Keempat - Bergu Campuran

9.5 Kelima - Bergu Veteran Lelaki

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BADMINTON BERPASUKAN

1. Semua pasukan diwajibkan mendaftar senarai nama pemain di dalam borang yang

disediakan.

2. Setiap Pasukan Negeri hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 10 orang

pemain TETAPI tidak lebih dari 15 orang yang terdiri daripada:-

2.1 Satu Bergu Pegawai


Terdiri dari Pegawai Gred 41 ke atas (kedua-duanya) atau pasangannya

dibolehkan dari Gred 22 ke atas.

2.2 Satu Bergu Veteran – Lelaki

Umur 40 tahun ke atas pada atau sebelum hari pertandingan.

2.3 Satu Bergu Terbuka – Lelaki

2.4 Satu Bergu Wanita

2.5 Satu Bergu Campuran – Lelaki/Wanita

3. Seorang pemain hanya layak bermain sekali sahaja dalam setiap perlawanan.

4. Pemain mestilah seorang kakitangan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan

Negeri.

5. Pekerja Kontrak/Sambilan/Sementara Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri

yang dilantik sebelum 1 April 2007 atau disambung kontrak dibenarkan bermain.

6. Semua pemain hendaklah hadir ke gelanggang yang telah ditetapkan 30 minit

sebelum perlawanan bermula dengan berpakaian kemas serta alat permainan.

7. Pengurus Pasukan mestilah menyerahkan borang pemain kepada Pengadil 10

minit sebelum perlawanan bermula. Selepas itu, pindaan nama pemain tidak boleh

dilakukan kecuali mendapat persetujuan daripada pasukan lawan.

8. Apabila nama pemain dipanggil oleh Pengadil supaya memasuki gelanggang untuk

memulakan perlawanan, pemain hendaklah mematuhinya. Jika gagal

menghadirkan diri dalam masa 5 minit yang diberi, kemenangan akan diberi

kepada pihak lawan.


9. Pengadil dan Penjaga Garisan akan disediakan oleh Urus Setia Pertandingan.

10. Keputusan Pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima.

11. Bantahan selain dari para 10, boleh dibuat dalam tempoh 1 jam selepas

perlawanan ditamatkan dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak

RM200.00. Jika keputusan memihak kepada pihak yang membantah, maka wang

pertaruhan tersebut akan dikembalikan dengan 10% daripada wang pertaruhan

akan ditolak sebagai Wang Pengendalian Kes. Jika sebaliknya, wang pertaruhan

akan menjadi milik Jawatankuasa Pertandingan.

12. Jawatankuasa Rayuan akan dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola, Ketua

Pengadil dan tiga orang ahli daripada pasukan lain yang akan dilantik.

13. Permainan dimainkan satu set penuh (best of 3) termasuk ‘rubber game’. Masa

lima minit diberi untuk rehat semasa ‘rubber game’.

14. Mata Penamat bagi setiap set adalah 21 mata (Regu Pegawai, Terbuka, Wanita,

Campuran dan Veteran) dan mata dius dikira pada kiraan 20 - 20. Kemenangan

kepada bergu yang memperoleh mata 30.

15. Pemain yang sedang bermain hendaklah mendapat kebenaran dari Pengadil

apabila hendak meninggalkan gelanggang permainan seperti minum dan

mengesat peluh.

16. Semua perlawanan hendaklah dipertandingkan walaupun satu-satu pasukan telah

menang 3 daripada 5 perlawanan. ‘Walk Over’ tidak dapat diterima kecuali kerana

kecederaan atau tidak mempunyai kategori pemain yang dipertandingkan.

Pengadil perlawanan akan menentukan kecederaan pemain tersebut. Walau


bagaimanapun bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan

secara kalah mati. Pasukan yang mendahului tiga perlawanan akan diisytiharkan

pemenang.

17. Menarik diri (walk over) tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan yang berkenaan

akan dianggap sebagai menarik diri daripada pertandingan seterusnya.

Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu akan terbatal.

18. Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa sedang bermain akan

diberi masa 5 minit untuk dipulihkan atau mendapat rawatan.

19. Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukan

masing-masing untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli

Jawatankuasa Pertandingan.

20. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan

Badminton Antarabangsa (Badminton World Federation, WBF) yang berkuat kuasa

dan diterima pakai oleh Persatuan Badminton Malaysia serta peraturan-peraturan

yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kecil Pengelola Pertandingan.

21. Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa

Kecil Badminton berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar

untuk menjayakan pertandingan ini dan bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di

dalam peraturan ini. Semua keputusan adalah muktamad.

22. Pihak Urus Setia Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang

kecederaan anggota atau kehilangan barang-barang peserta-peserta di sepanjang

tempoh Kejohanan Sukan ini.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BADMINTON BERGU TERBUKA

1. Setiap negeri dibenarkan hanya mengemukakan satu bergu lelaki sahaja.

2. Pemain mestilah seorang kakitangan Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri

yang berjawatan tetap.

3. Pekerja Kontrak/Sambilan/Sementara Pejabat Kewangan/Perbendaharaan Negeri

yang dilantik sebelum 1 April 2007 atau disambung kontrak dibenarkan bermain.

4. Senarai pemain hendaklah dihantar pada 11 Jun 2007, jam 12.00 tengah hari

kepada Urus Setia Pertandingan bagi tujuan pendaftaran.

5. Pertandingan akan dijalankan pada 12 Jun 2007, jam 2.30 petang.

6. Format pertandingan dijalankan secara kalah mati dari pusingan pertama hingga

akhir.

7. Pengurus hendaklah memastikan pemain berada di gelanggang permainan 30

minit lebih awal sebelum pertandingan dimulakan.

8. Pengadil dan Penjaga Garisan akan disediakan oleh Urus Setia Pertandingan.

9. Apabila nama pemain dipanggil oleh Pengadil perlawanan, pemain hendaklah

memasuki gelanggang. Jika gagal berada di dalam gelanggang, 5 minit masa

tambahan akan diberikan. Sekiranya pemain masih gagal menghadirkan diri di

gelanggang tanpa sebab-sebab yang munasabah, kemenangan akan diberikan

kepada pihak lawan.


10. Pemain yang sedang bermain hendaklah mendapat kebenaran dari Pengadil

apabila hendak meninggalkan gelanggang permainan seperti minum atau

mengesat peluh.

11. Permainan dimainkan satu set penuh (best of 3) termasuk ‘rubber game’. Masa

lima minit diberi untuk rehat semasa ‘rubber game’ mata dius dikira pada kiraan 20

- 20. Kemenangan kepada bergu yang memperoleh 2 (dua) mata berturut-turut.

Sekiranya mencapai kiraan 29 - 29, kemenangan kepada bergu yang memperoleh

mata ke 30.

12. Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa sedang bermain akan

diberi lima minit untuk dipulihkan atau mendapat rawatan.

13. Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan

diterima.

14. Bantahan selain dari para 14, boleh dibuat dalam tempoh 1 jam selepas

perlawanan ditamatkan dengan menyertakan wang pertaruhan sebanyak

RM200.00. Jika keputusan memihak kepada pihak yang membuat bantahan,

maka wang pertaruhan tersebut akan dikembalikan dengan 10% dari wang

tersebut dipotong sebagai wang mengendalikan kes. Jika sebaliknya, wang

pertaruhan akan menjadi milik Jawatankuasa Pertandingan.

15. Jawatankuasa Rayuan akan dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola, Ketua

Pengadil dan tiga orang ahli daripada Pasukan Negeri yang akan dilantik.
16. Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukan

dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa

Pertandingan.

17. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan

Badminton Antarabangsa (Badminton World Federation, WBF) yang berkuat kuasa

dan diterima pakai oleh Persatuan Badminton Malaysia serta peraturan-peraturan

yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Kecil Pengelola Pertandingan.

18. Pihak Urus Setia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan

anggota atau kehilangan barang-barang peserta-peserta di sepanjang tempoh

Kejohanan Sukan ini.

19. Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa

Kecil Badminton berkuasa membuat sebarang keputusan yang difikirkan wajar

untuk menjayakan pertandingan ini dan bagi perkara-perkara yang tidak tercatat di

dalam peraturan ini. Segala keputusan adalah muktamad.

You might also like