You are on page 1of 8

Motif flora

Motif flora yang merupakan unsure tumbuhan yang amat digemari dan digunakan ialah pucuk, rebung,
bunga, mangga, kenanga, cempaka, melur, dan sebagainya. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun, dan
ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.
Motif fauna

Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga, dan
unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan motif flora.
Motif geometri

Motif geometri biasanya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas
untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garis lurus,
swastika, gandaan huruf ‘s’ , bulatan, dan sebagainya.
Motif gabungan
Jenis-jenis batik

Batik adalah seni kraf tekstil tradisi malayu yang masih unggul hingga ke saat ini. Ianya berpotensi
menembusi pasaran antarabangsa. Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara batik utama
ialah batik blok, batik tulis, batik skrin, dan batik pewarnaan asli.

Batik blok.

 Dikenali juga sebagai batik terap atau batik pukul


 Merupakan salah satu daripada seni kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia
 Dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna
 Dibuat menggunakan ukiran sarang acuan yang dikenali sebagai ‘terap hitam’
 Corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya
 Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain,
badan kain, dan kaki kain
 Adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakkannya berdasarkan kepada flora dan fauna
 Corak flora dipilih daripada bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga
 Antara motif flora yang digunakan ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga mangga, dan daun
keladi
 Contoh bagi motif fauna pula ialah seperti jaring ikan, ayam, dan burung
Bahan-bahan

Sarang atau blok bunga - acuan yang dibuat sama ada daripada kayu logam atau tembaga yang
telah diukir. Blok sarang ini dibentuk khas dan dipateri mengikut rekaan corak
Meja pengecap - dilapik dengan kelopak batang pisang untuk membolehkan lilin
menyerap pada permukaan kain yang diterap
Kain kapas - kain yang boleh menyerap warna
Kuali leper - untuk mamasak bahan campuran lilin
Kuali kawah - untuk mendidihkan air bagi prose mananggalkan lilin melalui cara
merebus kain
Tempat jemuran - tempat yang terdedah kepada cahaya matahari

Alat-alatan

Kain putih - bergantung kepada kesesuaian jnis cotton/kapas


Campuran lilin - a) lilin putih (paraffin)
b) campuran rosin (dammar)
c) lemak binatang
d) minyak kelapa
Bahan pewarna - napthol
Debu soda (soda ash)
Kanji - untuk mengilatkan kain batik
Proses

1. Membasuh kain untuk menghilangkan kanji


2. Membentangkan kain yang telah dibasuh di atas meja pengecap. Pastikan kain diratakan dan
ditegangkan untuk membolehkan proses penerapan dilakukan dengan kemas dan lancer
3. Lilin dipanaskan di dalam kuali leper
4. Celup blok atau ssarang ke dalam lilin dan terapkan lilin ke atas permukaan kain. Lakukan
dengan kemas. Pastikan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai
kain sarung, corak badan kain adalah berbeza dengan kepala kain atau bahagian lain. Untuk
menghasilkan sehelai kain sarung, lebih daripada satu blok digunakan
5. Celup kain ke dalam pewarna naphtol. Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan warna
muda diikuti dengan warna gelap
6. Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash)
7. Basuh dan jemurkan kain
Proses-prose mengikut urutan teknik blok

You might also like